........... Nasyid Di HRC - Ku Nan, Perlu Ke DiPertahankan Lagi Isu Ini ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Nasyid Di HRC - Ku Nan, Perlu Ke DiPertahankan Lagi Isu Ini ?

Wednesday, January 8, 201414comments


"Kita tidak mahu menolak hasrat (para pelabur), tetapi kita akan memberitahu mereka syarat-syarat kita. Beliau (Aseh) melakukan perkara betul dengan berbincang dengan pelabur kerana kita mahu mereka melabur di Putrajaya. Kita tidak boleh harapkan kerajaan sahaja melabur pada setiap masa," katanya ketika ditanya mengenai perjumpaan Aseh dengan Syed Yusof.

"Tolonglah jangan putar belitkan (perkara ini)...ia tidak wajar langsung. Saya sedih melihat apa yang berlaku, dan ini akan membentuk generasi masa depan Malaysia. Kita tidak mahu mereka menjadi seperti orang Barat. Kita mahu mereka mempunyai nilai-nilai Timur," katanya. - BERNAMA


"Malah Hard Rock Cafe boleh memainkan lagu nasyid, apa salahnya,"- TMI.


Baca juga ulasan MummyRokiah.


Komen saya - Perlu ke di pertahankan lagi isu HRC ini ? ( KLiK )

Ku Nan mempertahankan Aseh atau mempertahankan HRC ? Perlu ke keluarkan kenyataan menyindir yang hanya menyerlahkan sifat keanak2an beliau ?

Saya  sebenarnya terkejut dengan dua perkara dalam isu ini -

1 - Mentaliti pemimpin2 Melayu kita yang mengambil ringan isu2 berkaitan agama ..... perlu ditegur dulu baru nak sedar. Pemimpin yang memimpin rakyat atau pemimpin dipimpin rakyat ?

2 - Franchise Hard Rock Cafe milik orang Melayu ! ? 

PS - Hmmmm .... jadi HRC tak bolehlah dimasukkan dalam senarai Boikot Barangan Cina Dap, ek ?

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
January 8, 2014 at 8:26 AM

hard rock memang francais melayu x sedar diri yang keturunan syed

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2014 at 8:32 AM

@Yb Raz

Cek lah fakta betul2 wey YB RAZ...

Hard Rock Cafe bukan franchise milikan penuh org Melayu!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2014 at 8:36 AM

Nih Adnan seumpama mimpi di dalam mimpi... pergh!!!

Kalu mcm tu, Pub-Pub, kelab2 Karaoke suma kalu nak beroperasi kat PJ, kena main lagu Nasyid? Wow! Sadis gila idea nih! Kalah idea2 PEMANDU!

Bro Din, saya cadangkan serapkan Adnan nih ke dalam PEMANDU. Najib pasti akan smapai ke destinasi akhir yang dituju!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2014 at 8:39 AM

Sebenarnya Ku Nan perli tu, tak mungkin HRC akan ikut peraturan tu. Tuan Syed ni pun tak akan kompromi nak adakan nasyid dan minum teh tarik jer dalam HRC di Putrajaya.

Bawah jual insuran takaful Islam, tingkat atas joget ghairah dedah-dedah. Silap-silap tak sampai seminggu dah kena tutup.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2014 at 8:43 AM

Pengasas HRC ialah Isaac Tigrett dan Peter Morton, orang Amerika tapi pelancaran di London. Aktiviti utama, perniagaan ialah restoran secara kasual teramasuk hidangan minuman2 keras, perjudian dan perhotelan.

Di Malaysia, HRC mungkin akan di-Islamkan oleh ustad Adnan.

....................
Reply To This Comment ...................
January 8, 2014 at 8:44 AM

@AnonymousYa, saya pun baca Ku Nan perli tapi persoalannya, dia perli SIAPA ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2014 at 8:57 AM

adakah pelabur akan akur dgn ciri tempatan hrc. macamla xde pelabur lain nk masuk putrajaya.

mentality bodoh pemimpin seperti ni amat memalukan. sudahla liberal, iq pn ntah berapa je. kita nk harap org mcm ni meminpin Negara?

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
January 8, 2014 at 9:11 AM

Ramai kenamaan dan koporat melayu punya syer dalam syarikat-syarikat luar terkenal di sini. Cuma ini tidak menjadi cerita awam. Kebanyakkan ia di bawah proksi.

Malang nya mereka dalam hibernisasi dalam semua keadaan, tidak keluar dan membantu bangsa sendiri dalam dunia perniagaan. Masih mengharap bangsa lain kendalikan perniagaan. Sepatut nya peluang seperti ini di serap ken generasi di bawah selia dan pengaruh mereka.

Siapa kata Melayu tidak boleh berniaga ? Jika dengan ada nya seperti MARA kini UTC, peluang perniagaan boleh di wujudkan, bayangkan jika kompleks beli belah di buka luas kepada peniaga-peniaga Melayu yang aktif 100 % pelbagai.

Sepatut nya Melayu sudah menceburi ruang niaga asas di pasar-pasar basah dan kering, rangkaian servis dan penyelengaraan, alat ganti dan konsultasi secara berangkai dan sokong menyokong. Buat macam cina buat. Yang penting wujudkan sumber dan bahan yang kompetitif. Sebagai contoh, nepal dan pekerja asing berlambak di pasar borong basah. Anda fikir sekarang mereka pekerja-pekerja yang ada taukeh ? Sebahagian nya telah mengurus dan memiliki gerai dengan mendapat bekalan terus dari majikan dulu yang ada perjanjian belakang premis...
Malang nya peluang ini tidak di beri kepada melayu kerana sikap dan kepercayaan.

Apa-apa pun, melayu bandar kini agak bijak. Sayang dari segi politik majoriti mudah sangat menongkah arus menidakkan kerajaan yang sudah lama terus membantu. Mereka tifak mencintohi bangsa yang maju kerana bersatu dan sokong menyokong.

Melayu sangat suka berniaga bahan dagangan FITNAH dan BUSUK HATI. Ramai jadi pedagang BATU API. Tidak kurang dalam sektor menjual DAGING SAUDARA SENDIRI dalam pasaran terbuka Menjual Agama. Sebahagian duduk menepuk dada dalam kekenyangan sudah kaya, lantad membunuh lawan cara bersahaja, tiada yang lebih hebat dari nya....

(maaf DT, sekali sekala marah di pendam elok di luahkan. Yang baik sahaja. Bukan menjahanamkan macam macai-macai pihak nu...)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2014 at 10:00 AM

Pelaburan untuk Putrajaya, maksudnya masyukk ler ni....Ku Nan kalau berfikir seperti PEMANDU, sudah tentu akan meletakan keuntungan melebihi kepentingan rakyat. Manakah yang lebih penting ? Duit atau nilai moral ? Sebagai contoh, kalau Tabung Haji nak untung cepat, boleh melabur kat Genting Highlands. Untung memang untunglah, tapi maruah agama tergadai. Kita boleh lihat sama ada prinsip yang kita pegang selama ini mampu dipertahankan atau tidak bila diuji dengan kebendaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2014 at 10:56 AM

tkde kaitan sgt dgn agenda bangsa,agama dan tanah air.. kenapa perlu sgt bersuara... umno semakin jauh dari agendanya.. kerana 1 m'sia.. sedang agenda itu le yg akn memperkuatkan sokongan kpd umno seterusnya dihormati sbgai kerajaan.. bile agenda diketepikan 1 m'sia diutamakan , keadaan kacau bilau berlaku dan umno semakin tidak disokong oleh org melayu dan bumiputra, malah tidak dihormati oleh bkn melayu yg ambik kesempatan krn kelekaan umno pd agendanya..... kehancuran sedang menunggu umno.. dan org melayu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2014 at 11:06 AM

Assalam,

Inilah pemimpin yang kebanyakkan kita pilih, merka ni bukanlah bodoh kerna kalulusan tinggi melangit dan pandai pulak berbahasa Inggeris dan pandai pulak melancung kenegara lain waktu bercuti. Jadi fahamkanlah bahawasanya mereka ini bukan bodoh tetapi jahil tahap gaban.

Jadi apalah yang kita harapkan dengan kenyataan orang jahil ni, dan membahasakan ucapan dasar Menteri Wilayah Persekutuan berkaitan HRC ni. Buat gelak je bagi masyarakat dunia melihat pemimpin beragama islam memberi kenyataan yang berunsur ala-ala islam. Sudah tak payah bahas soal ni, kalau dah tak jadi Alhamdulilah jangan kita pula beri ruang kepada orang jahil ni kerna malu kita juga yang memilihnya.

Tulis dan rekodkan dalam buku 555 yang bahawasanya orang ini memang orang islam tetapi jahil tahap gaban dengan nota kaki yang besar tulis " Kalau jadi calon sebagai pemimpin jangan undi, kalau diletakkan juga dan tiada calun pilihan maka jangan bazir waktu dan duit minyak untuk pergi mengundi. Simpan duit minyak tu untuk urusan anak-anak sekolah dan peruntukkan waktu lapang untuk mengundi tu didik anak2 supaya mengenali pemimpin yang jahil diwaktu serba gawat nih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2014 at 11:09 AM

Kalo sbb nk tarik pelabur di jadikan alasan, kenapa pelabur dalam bidang hiburan spt HRC? Logik mudah sbb industri ini mudah buat duit.

Dalam kes ini kita rakyat dapat la lihat sendiri dan buat penilaian dimama tahap ilmu dan bagaimana pegangan agama para pemimpin melayu kita. Apb bertembung antara agama dan nilai dunia, yg mana satu mereka akan dahulukan. Kejar untung tak salah, yg salah bila agama dianggap tak penting dalam setiap keputusan yg dibuat pemimpin.
Utamakan hak Allah, Allah akan berkati hidup kita.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2014 at 11:14 AM

"We abide by Islamic administrative rules which prohibits the sale of acohol and any forms of indecent entertainment" by Al Ustaz Tengku Adnan Al Putrajayawi.

Nampak alim tapi jahil. Bila masa pulak Putrajaya ni jadi tanah haram di Malaysia nih. Bunyinya macam ikut lunas agama, tapi yang lain bersepah tu apa cerita. Cuba buat pembahagian peratusan islam dan bukan islam dan nisbah segala pusat maksiat berlesen di Malaysia ni wahai Al ustaz. Tak payah masuk yang tak berlesen ek, sebab yang berlesen pun banyak dah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2014 at 7:14 PM

salam,

kalu cakap menteri bodo, ramai pulak marah dan cakap macam kau pandai sangat. tapi kenyataan bertaraf menteri tak jauh beza dengan kenyataan orang tak sekolah pun. orang tak sekolah tinggi pun tak perlu fikir panjang bila baca kenyataan menteri. pelabur la konon. cari pelabur lain tak boleh ker? harap pelaburan hiburan jer. pelaburan lain tak pandai cari ker? kena letak hiburan, baru pelabur datang ker? tak pandai pakai kondom langsung pak menteri ni. harap ke pm ah jib gor jer je yg pakai. ke kak mah yg nak HRC ni ? kang kata fitnah pulak? ni teka jer.

Post a Comment