........... Najib Dan Kangkung - Satu Fenomena Baru ! Bukti Rakyat Tidak Puas Hati ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib Dan Kangkung - Satu Fenomena Baru ! Bukti Rakyat Tidak Puas Hati !

Monday, January 13, 201421comments


Saya percaya bagian video ucapan Najib yang menyebut tentang harga sayur kangkung yang turun bakal menjadi viral ..... sekarang ini pun artikel saya yang sebelum ini ( KLiK ) secara sinis menyindir Najib -


OKlah, kangkung turun harga punya pasal, kena pujilah juga .... TERBAIKlah Najib ! TerimaKasih banyak2 ! Kangkung dah turun harga ..... YES !!!


MASIH mencanak2 naik hits dari pembaca yang entah dari mana datangnya ..... saya percaya link disebarkan melalui media sosial SELAIN BLOG sebab tidak ada lagi blogger yang copy link artikel itu.

Nah, saya perturunkan transkrip ucapan Najib dan Kangkung sekali lagi -


0.55s - Kalau harga sayur2an naik, sawi naik kangkung naik ..... ada masa dia naik, ada masa dia turun. Hari ni dalam suratkhabar saya baca, ada yang dah turun. Kangkung konon naik sekarang ni dah turun.


Bila turun kenapa tak puji kerajaan ? Masa naik dipersalahkan kerajaan ... INI TIDAK ADIL !


Sebab ini adalah keadaan .... cuaca ....

Errrr .... bila dah ada transkrip, kenalah ada videonya juga kan ...... nah, video yang dah dipendekkan merujuk kepada transkrip di atas saja -




KLiK untuk ke Youtube.

Satu perkara yang perlu di kaji .... KENAPA video ucapan yang sebenarnya TIDAK ADA APA-APA PUN dan dirakam dari Berita TV3 semalam ini boleh mendapat sambutan dari rakyat ?

Adakah perkara yang SAMA berlaku bilamana rakyat marah bila Najib mengaku kononnya 11 Perkara beliau mendapat maklumbalas yang baik @ diterima oleh rakyat padahal ianya dicemuh oleh rakyat ?



Dikatakan orang lain yang tulis mesej itu, bukannya Najib sendiri ..... apakah persoalan SIAPA yang tulis mesej itu penting ? 

Persoalan yang LEBIH PENTING yang seharusnya mendapat perhatian adalah KENAPA RAKYAT BISING !


Kalau sentimen ketidakpuasan hati itu tidak ada, SIAPAPUN yang tulis APAPUN tidak akan beri sebarang impak. Tidak akan timbul sebarang isu pun.

Macam video yang innocent ini .... takder apapun. Tapi kenapa rakyat jadi teruja dengan Najib dan Kangkung ini ?

Sebab ia sekali lagi menjadi BUKTI yang Najib tdak peka malah rakyat melihat beliau sebagai memperlekehkan masalah kenaikan harga barang sekarang ini. Tidak serius ! Ada ke harga kangkung yang dijadikan contoh .......

Nah.... lepas ni akan ada pula usaha mempersoalkan SIAPA yang tulis ucapan Najib yang ada ayat Kangkung .... kan ? 

Macam biasalah ..... Alihkan isu dan fokus utama. Salahkan Penasihat (KLiK) ! ! Dan dalam kes ini - Salahkan Penulis Skrip ...

PS - Najib dan Kangkung sudah mula menjadi viral .... Serius beb !
Dari Malaysian Gags -

Share this article :

+ comments + 21 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 13, 2014 at 4:12 PM

Kangkung hai kangkung.. Tak pasal2 ko kena sebut oleh Najib. Apasal ko naik kangkung lepas tu turun. Ni mesti salah menteri ayam bagi makan kangkung kat ayam membuatkan harga ayam naik dan kangkung jadi turun sebab pengusaha makanan ayam boikot kangkung... Tinggal najib je makan kangkung... Kan Najib kangkung dah marah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 13, 2014 at 4:50 PM

kangkung oh kangkung.mengapa engkau kangkung,macam mana aku tak kangkung,professer manyak kangkungX2...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 13, 2014 at 5:04 PM

Arab Saudi Akan Melabor BerBillion2 Ringgit untuk Penanaman KANGKUNG...

Malayasi akan Jadi Pengeluar dan Pengesport Kangkung Terbesar Dunia hasil TRANSFORMASI KERAJAAN!!!

Haa Amacam....

Menteri Ayam.....
Menteri Tol........
Menteri Minyak................
Menteri Tin Kosong/Lalang.....

Above ALLL KITA ADA PM KANGKUNG....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 13, 2014 at 5:27 PM

Najib..awat yg desperate sgt nk rakyat puji kerajaan ni? Sbb kerajaan dh bg BR1M ker? BR1M tu bukannya rakyat mintak, tp mu yg dok gatal nk bagi..haa..skrg bila duit bodek rakyat dibalas dgn cacian dan kutukan, mula dh la panas punggung..
p/s: Kalo paksa rakyat suruh puji, tu bukan puji tp namanya BODEK!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 13, 2014 at 5:29 PM

Rock melon bila nk turun harga? Rock melon dan rosmah berpisah tiada...

....................
Reply To This Comment ...................
January 13, 2014 at 6:07 PM

Bro
Kangkung ni memang dah viral dlm media sosial. Ditambah pula berita dlm SH yg duit buat filem diHollywood tu duit kak Mah sebanyak rm325 juta.
Ianya sudah jadi bahan lawak rakyat.
Tak pernah berlaku pd PM2 lepas.
Time for Ajibgor to step down.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 13, 2014 at 6:31 PM

Maaf kata la...ni la Perdana Menteri Malaysia paling bijak dan cerdik sekali!
Lepas tu gila glamor plak tu! Ada ke pegi cakap kenapa tak puji kerajaan apa la bangang nak mampos nasib la rakyat Malaysia...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 13, 2014 at 7:31 PM

Perumpamaan sayur kangkung, yang di samakan dengan kos sara hidup rakyat yang tinggi.Nilai matawang merudum,harga pasaran luar yang tidak menentu termasuk bahan mentah yang di import dan rasionalisasi subsidi.Purata rakyat berpendapatan rendah dan sederhana rendah.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
January 13, 2014 at 10:01 PM

Nyanyikan ala-ala lagu katak oh katak

Najib ooo najib
kenapa engkau senyum
Macam mana aku tak senyum
kangkung turun harga
kangkung turun harga

Kangkung ooo kangkung
kenapa turun harga
macam mana aku tak turun
Rosmah tak makan aku
Rosmah tak makan aku

Rosmah ooo rosmah
kenapa tak makan kangkung
im very sorry la youallz
jet vip tak serve kangkung
jet vip tak serve kangkung

Sekian......

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
January 14, 2014 at 1:19 AM

patut la semenjak dua menjak ni gerai kat tpt aku BERLAMBAK KANGKUNG dijual....rupanya harga murah SOKMO.....Thanks UMNO, BN, PM

dah puji ni ada peluang dpt BR1M 3000 tak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2014 at 1:39 AM

Yahuuuuu...

lepas ni boleh isi tangki kereta dgn air kangkung...

Lepas ni boleh barter trade beras, gula, tepung, ayam, ikan waima lampin bayi dgn kangkung...

lepas ni boleh beli rumah guna kangkung..

lepas ni blh byr bil dgn kangkung...

kerajaan bijan mmg best...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2014 at 1:46 AM

Boleh tak kami bayar tax dgn menggunakan kangkung yg turun harga tu? Sila keluarkan arahan secepat mgkn kepada LHDN dan PBT bahawa pembayaran cukai dgn menggunakan kangkung adalah dibenarkan. Sekian

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2014 at 2:46 AM

KK1M...kangkung 1 malasia

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2014 at 8:31 AM

Kangkung dah turun bro, lepas ni menteri-menteri kangkung akan turun berduyun-duyun. Tunggulah pengumuman seterusnya. Jangan lupa berterima kasih ye.

djoe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2014 at 11:14 AM

Adoi...gambar mulut perempuan kena umbat ngn kakngkung tu lawak tul...sakit perut haha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2014 at 3:18 PM

lepas banjir surut nnti, boleh lah rakyat PEKAN menanam kangkung besar besaran , blh export ke arab saudi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2014 at 5:14 PM

apa yang najib dan segala konsultan-setannya, pemandunya, penulis ucapannya tak faham ialah kangkung bukanlah keperluan utama rakyat malaysia, bukanlah makanan ruji rakyat malaysia. bagi yang tinggal kat kpung kangkung diperolehi percuma ... ianya banyak tumbuh meliar di dalam parit ... jadi jika ianya turun harga di bawah par sekalipun tiada siapa yang ambil tahu. di bandar mungkin kangkung yang ditanam menjadi pilihan ... tetapi ianya bukanlah pilihan utama .... yang lebih utama di sini adakah wujudnya peranan kerajaan dalam mempengaruhi faktor penurunan harga kangkung sehingga kerajaan perlu dipuji dan dibodek oleh rakyatnya. setahu aku kerajaan tidak terlibat samada secara lansung atau tidak lansung dengan penurunan harga kangkung. jadi buat apa dipuji kerajaan dengan sebab turunnya harga kangkung. menyentuh tentang harga yang turun ini ... jangan lupa harga getah juga telah turun ... dan kini penoreh getah kembali ke zaman sukar ... adakah penoreh perlu memuji kerajaan kerana harganya turun ... aku dengar matawang malaysia pun dah turun ... adakah kita berbangga dengan turunnya matawang ini ... inilah yang amat tidak difahami oleh ah jib gong yang celik tetapi tidur .... samada sesuatu itu naik atau tutun ... apa yang penting sebenarnya kenaikan dan penurunan sesuatu perkara biarlah memberi manfaat yang berguna dan bermakna kepada rakyatnya dan tidak menyebabkan penghidupan rakyatnya perit akibat naik atau turun sesuatu perkara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2014 at 5:20 PM

selain daripada rock melon kak ros tanam kangkung tak ... bukan apa aku nak puji kak ros kerana inisiatifnya itulah maka harga kangkung yang merupakan keperluan utama rakyat malaysia dah turun. aku tahulah pasal teruk kena kritik dek nemuki lal ros dulu maka ah jib gpng minta rakyat puji kerajaan pulak kerana usaha kak ros yang gogih itu maka harva kangkung pun turunlah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2014 at 10:35 PM

apa kata mulai hari ini , diwajibkan semua jamuan rasmi dan tidak rasmi dihadiri oleh jemaah menteri mesti dihidangkan dengan menu kangkung saja ... salah satu usaha penjimataan yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan.rakyat pasti menyokong usaha murni PM.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2014 at 11:12 PM

Pagi td pegi pasar basah nak beli lauk memang mengejutkan sbb sambutan terhadap kangkung amat menggalakkan sehingga stok kangkung cepat habis berbanding sayur lain. X sempat den nak boli td.

....................
Reply To This Comment ...................
January 15, 2014 at 6:59 PM

http://bit.ly/JimatKangKung : Eating Kangkung And 11 Other Money-Saving Tips This 2014.

Post a Comment