........... Najib Dah Jawab ! YESSSSS ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib Dah Jawab ! YESSSSS !

Friday, January 17, 201413comments

Najib dah jawab ! begitulah bunyi mesej yang saya terima dari rakan pagi tadi. 

YES ! Akhirnya ...... berdebar juga nak baca sebab memikirkan implikasi jawapan beliau yang begitu besar kepada negara. Punyalah lama menunggu .... tapi takperlah, sekurang2nya datang juga keberanian pada Najib untuk berdepan dengan masalah negara.

Punyalah saya surf paper2 dalam internet ..... tak jumpa pun ! Rupanya Najib jawab isu KANGKUNG ! Ceh ..... mati2 saya ingat Najib nak perjelaskan isu 10 Point @ alKitab @ Kalimah Allah....


Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan 'kangkung' sebagai penjelasannya sebelum ini berhubung harga barang kerana ia sekadar contoh barangan yang digunakan ramai orang.

"Saya suka makan kangkung,anda semua suka makan kangkung...(sebab itu) saya beri contoh yang semua orang makan.

Kalau saya beri contoh seperti burung puyuh,orang tertentu sahaja makan.

Tidak seharusnya contoh itu dipermainkan oleh sesiapa kerana saya beri contoh sebagai prinsip 'supply and demand' (penawaran dan permintaan) yang tentukan harga sebahagian daripada barang makanan yang kita tidak kenakan harga kawalan," katanya. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu 'kangkung' yang ditimbulkan sesetengah pihak susulan penjelasannya sebelum ini berhubung harga barang sambil menambah bahawa perkara itu tidak patut dipermainkan



Tak payah jawab pun takper isu Kangkung. Sebab isunya seperti yang saya katakan sebelum ini ( KLiK ), rakyat FAHAM tapi SENGAJA nak mempersendakan beliau. 

Jawapan yang disebut Najib itu pun dah diberikan oleh bloggers yang cuba mempertahankan beliau sebelum ini. Bukan info baru. Dah la lambat jawab, jawapan pula dah basi ..... jadi saya tak nampak impaknya melainkan mengingatkan rakyat kembali isu Kangkung yang dah semakin dilupakan.


Penjelasan yang lambat dan terlewat ini sudah tidak memberi apa-apa makna lagi dalam memperbaiki kerosakan persepsi yang telah pun berlaku. Semuanya sudah terlambat dan tidak berguna lagi.

Rupa-rupanya tidaklah boleh dipersalahkan seratus-peratus jentera maya, pegawai di JPM, para pemimpin UMNO yang tidak bangun membela Najib atau sesiapa saja kerana Najib sendiri pun begitu lambat bertindak balas mengenainya. Lebih-lebih lagi jentera maya pro UMNO juga sedang menghadapi krisis sekarang ini berikutan kemarahan sebahagian daripadanya yang merasakan mereka tidak lagi dipedulikan oleh sejak berakhirnya PRU 13 lalu.

Kalau sudah Najib sendiri mempamerkan dirinya sebagai pemimpin yang begitu lambat dan perlahan, orang dibawahnya tentulah jauh lebih lembab lagi. ( Shahbudindotcom )


PS - Yang rakyat tunggu sekarang adalah kenyataan / penjelasan dari Najib mengenai 10 Point Solution dan kaitannya dengan alKitab dan Kalimah Allah.

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2014 at 3:41 PM

Din, ko janganlah desak Najib sangat lebih-lebih lagi menjelang Chinese New Year yang akan tiba tak lama lagi. Sekarang ni maybe Najib tengah prepare untuk ambik ati kaum bukan melayu. Dengar khabar, hari ni Najib nak menjenguk orang-orang India yang 'menunaikan haji' kat Batu Cave. Kalo bab Islam dan Melayu saya akui respon Najib memang amat mengecewakan. Almakumlah kerana kita dah lama ketiadaan Presiden UMNO (macam anak tiri pulak kat dalam negara sendiri). Yang wujud sekarang ni hanyalah Presiden BN.

....................
Reply To This Comment ...................
January 17, 2014 at 3:52 PM

Salam..Pak Din

Najib kena tunggu PEMANDU draft dulu ayat2 yang patut dijawab sebelum keluar kanyataan media..Lemah dan lembab!

....................
Reply To This Comment ...................
January 17, 2014 at 4:07 PM

Utusan memaparkan apa tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan -

1. Majlis kekal sokong Jais.

2. Kes gereja masih di siasat - sini agak lembab kerana undang-undang dan enakmen syariah belum di kuatkuasakan. gereja masih berkling-kling dan berdingdong dengan sokongan melayu munafik yang murtad. Melayu in juga patut juga di kenakan tindakan kerana menghina Islam Malaysia.

3. Jawi serbu pesta buih - nampak bagus dan tegas. Amalan songsang/maksiat yang mencabar kesucian Islam

4. Saya ada dengar pasal penubuhan Polis Syariah - semoga Sultan Perkenankan atau elok di tubuhkan.
Sekurang-kurang nya jadi pelapis yang berkesan dalam pelaksanaan kepakaran dan syariah Islam yang boleh di perkasakan berperingkat di semua negeri; memenangi gejala maksiat dan perlakuan jelek melampau menghina Islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Mohamed Z
January 17, 2014 at 4:22 PM

Najib harus berundur. Najib sudah menjadi satu liabiliti kepada orang melayu. Najib pentingkan bangsa lain dr bangsa melayu. Najib tidak peduli apa akan terjadi kepada bangsa melayu yg penting bangsa mata sepet di utamakan...itulah Ah Jib Gor, walaupun dah kena tipu dengan komunis...itu perkara biasa kata Ah Jib Gor.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2014 at 6:25 PM

Tak kan nak makan draf mengayat aje.Orang melayu dah makan dalam nie.Orang melayu di penang dah kuak lentang.Agama islam makin di cemari.Kos sara hidup makin meninggi.Gejala sosial makin mengalak.Di kala orang melayu tertekan,wujud pula pemikiran berbagai aliran.Tanda2 pola pengundian orang melayu akan berpecah.Bagaimana,orang melayu hendak di satukan?.Mesti berfikiran ke arah sebegitu.Imej umno pula,dah sarat dengan masaalah.Mereka hanya berpaut kepada 88 kerusi parlimen yang di anggap kekal dan menambah di Pru 14.Anggapan dan tafsiran mereka begitu.Tetapi pola pengundian orang melayu boleh berubah dan berpecah,mengikut situasi politik semasa.Benda baru dan baik tak semestinya baik dan kekal lama macam brim.Brim hanya bantuan seketika,bukan sepanjang masa.Pola berbelanja orang melayu dengan wang brim sangat berbeza,rata2 boleh habis satu hari atas alasan kos hidup semakin meninggi.Kedai makanpun dah ada pasang surut.Tak macam dulu.Kecuali di bandar2 besar.Langkah rasionalisasi subsidi juga,mungkin boleh menjejaskan perniagaan makanan di masa hadapan.Nak kawal harga barang di setiap masa dan setiap penjuru tanah malaysia ,memerlukan komitmen yang tinggi,kos yang besar dan berpanjangan,Spekulasi tanda harga barang,boleh berlaku di mana2 dengan alasan mudah rasionalisasi subsidi.Pengundi cina kosisten ke arah satu parti.Klim mungkin mereka setuju.Brim dan krim mungkin tidak, atas dasar kepentingan perniagaan dan prinsip berusaha mereka utk meraih rezeki.Spekulasi timbang dan tanda harga barang adalah bonus pada mereka dalam apa jua urusan jual beli dalam perniagaan.Di situ juga adalah jaminan ke atas hutang yang gagal di kutip.Mungkin sehingga membiayai ribet hutang perniagaan untuk mengekalkan keuntungan.Itu pasal mereka kekal dan maju dalam perniagaan.Ini adalah acuan utk terus kekal dalam aktiviti ekonomi kapitalis.Ia berbeza dengan ekonomi islam yang mengetengahkan kehendak syariah dan mengutamakan keadilan sosial. Tetap menguntungkan dalam aktiviti perniagaan dan menjamin keselesaan atas ketidaktentuan iklim ekonomi semasa.Banyak kelebihan yang ada dalam ekonomi syariah.Cuma kita ,malas utk memahami,membaca dan mentaksir dengan baik utk di jadikan instrumen yang berkesan.Sori merapu berpanjangan sebab,terlantas utk mencabangkan sudut pemikiran,demi kepentingan bersama di masa hadapan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2014 at 6:43 PM

Mari kita baca isu kang kung spt yang dikupas oleh a kadir jasin dalam blignya ... Jawapan yang diberikan oleh ah jib gong tidak menepati kupasan persoalan yang diulas oleh a kadir jasin. http://kadirjasin.blogspot.com/2014/01/kangkung-index-is-possible.html?m=1

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2014 at 6:48 PM

dia ni asyik2 dgn kangkung je..mmg hampeh betol la..

usha2 blog OSTB..nah semua yg rakyat komplen ada dlm tu..bukannya kangkung..so watpe nak puji kerajaan jika kangkung turun..

najbi mmg lemah!!!

....................
Reply To This Comment ...................
January 17, 2014 at 6:48 PM

@AnonymousMerapu berpanjangan ?

Dak eeehhhh .... panjanglah lagi !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2014 at 7:18 PM

Akibat makan banyak sangat kang kung yang cina tanam yang dibaja nga tahi dan air kencing b.bi pemikiran ah jib gong menjadi lembik selembik kang kung ... Jawapannya pun tak menjelaskan isu kenaikan tarif elektrik dan harga minyak yang dinikmati oleh rakyat. Perumpaan yang ah jib gong pilih umpama perumpamaan melayu melukut di tepi gantang mengurang tidak menyebabkan rugi menambah tidak menyebabkan untung. 1000 barang bertambah harga hanya kang kung yang boleh didapat percuma yang turun harga. Nampaknya ah jib gong sendiri yang blur dengan isu kang kung yang diciptanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2014 at 8:07 PM

Kupasan mantap oleh out side the box membuktikan ah jib gong memang blur ttg isu kang kung .... http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2014/01/najib-fumbles-again-kangkung-strike.html?m=1

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2014 at 8:26 PM

Najib lebih suka bersikap playsafe walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Aku betul-betul kecewa dengan Najib. Sekarang ni orang bukan Islam dah boleh buat sesuka hati tanpa perlu takut diambil tindakan. Cukup dengan sekadar meminta maaf, apa jua kes yang menyentuh sensitiviti umat Islam pasti akan dianggap setel. Fedup sungguh aku dengan pemimpin-pemimpin kerajaan dan pihak berkuasa yang menganggap ringan penghinaan terhadap orang Islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
January 17, 2014 at 10:23 PM

Disebabkan Najib dah arah menteri cap ayam untuk ambil tindakan terhadap peniaga yang naikkan harga secara melampau, jadi aku nak tengok apa tindakan terhadap TNB (untung berbillion tapi caj letrik naik jugak) dan PEMANDU (naikkan harga minyak dan gula). 2 ni dah cukup. Mintak banyak-banyak takut bertambah statement cap ayam akan keluar.

Dalam pada tu, KJ tak nak ke posing mencangkung (tak ada kena mengena dengan kangkung) depan pejabat TNB. Kan diaorang kasi naik harga. PAU dulu pernah dengar dia bising-bising. Habis PAU kenapa terus senyap?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2014 at 3:04 PM

Subsidi gula,minyak,tarif elektrik di kurangkan.11 langkah2 penjimatan kerajaan.Total entah berapa jumlah penjimatan setahun.Persoalanya,ke mana wang tersebut akan di belanjakan untuk bajet 2015.Kot2 tak sempat nak berjimat.,dah di gunakan utk kawal harga barang dan rangsangan ekonomi dalam negara di lihat semakin tenat.Di adakan program2 latihan kemahiran,bagi mereka kehilangan pekerjaan.Skim sara hidup.Program menyelamat hutang isi rumah.Sektor hartanah merudum.Kuasa membeli menguncup.Pelabur dalam negara berhijrah ke thailand.Dasar negara berubah2 mengikut keperluan keadaan semasa.Wawasan 2020 ntah ke mana.Negara maju berpendapatan tinggi hanya retorik semata2.TPPA di kaji dan di lihat semula.Sebijik macam peranan IMF.Malaysia hilang kedaulatan negara.

Post a Comment