........... Najib 10 Point Soluble | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib 10 Point Soluble

Monday, January 27, 20147comments

Anak Warisan dari Ampang menulis - 



Najib Razak @ Ah Jib Gor WAJAR Meletak Jawatan dan MengUNDUR DIRI sebagai PM Malaysia bersandarkan 10 POINT berikut:-

1. Najib @ Ah Gor telah gagal DI DALAM MENTADBIR URUS Kewangan dan Politik Tanahair dan sering diPERDAYA dgn sewenang2nya oleh Para Punahsihat Keliling Pinggangnya bilamana mengambil langkah Rasionalisasi @ Pengurangan Subsidi ke atas barangan/perkhidmatan utama seperti berikut:-

-MENGURANGKAN SUBSIDI HARGA PETRO DAN DIESEL sebanyak 20 sen, adalah baik untuk ekonomi kerana langkah itu akan membuatkan pasaran ekuiti dan mata wang lebih menarik dan menunjukkan bahawa kerajaan bersungguh-sungguh dalam menangani defisit fiskal. 

Ahmad Maslan dlm Metro berkata - “Apabila kita mengurangkan subsidi pada 3 September lalu, keyakinan pelabur semakin pulih,” katanya.

Ahmad Maslan juga berkata Langkah kerajaan mengurangkan subsidi minyak baru-baru ini bukan sahaja mampu mengembalikan keyakinan pelabur asing, sebaliknya mengukuhkan nilai ringgit pada paras lebih baik.

SOALAN: Berapa banyak pelaburan asing yg masok ke Malaysia dengan pengurangan subsidi Minyak?
Berapa Banyak Pengukuhan Nilai Ringgit yang berjaya di pertahankan sejak daripada Pengurangan Subsidi Minyak?

-MENAIKKAN HARGA GULA 34sen kpd RM2.84/kg

Najib berkata, langkah mengurangkan subsidi gula sebanyak 34 sen itu bertujuan untuk mengurangkan jumlah pesakit diabetis di negara ini yang agak membimbangkan. "Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetis dan jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung dan kerosakan buah pinggang. "Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman," kata Najib.


 FAKTA: Rasional Komen dan Pendapat oleh Mereka yang Tidak Layak diletakkan pada Tempatnya, maka komen dan pendapat mengarut untuk memperbodohkan Rakyat Malaysia. Diabetes adalah salah satu penyakit keturunan dan punca sebenar adalah pesticide (racun) yang yang disembur ketika proses penanaman. Banyak lagi faktor2 lain menyumbang kepada diabetes, bukanlah gula semata2.

-MENAIKKAN KADAR TARIF ELEKTRIK sebanyak 14.98% atau 4.99 sen hingga 38.53 sen per kWh bagi Semenanjung Malaysia dan lima sen bagi Sabah dan Labuan yang akan berkuatkuasa Januari tahun depan.

Najib berkata, Tenaga Nasional Berhad (TNB) memerlukan RM6 bilion setahun untuk pelaburan. "71 peratus pengguna tidak dikenakan kenaikan ini, sebaliknya hanya 30 peratus domestik industri dan komersial sahaja.

"Kita perlu lakukan kenaikan tarif ini kerana jika tidak ia akan menjejaskan keupayaan TNB, tetapi kita nak pastikan rakyat teramai tidak terjejas, "
katanya pada sidang media selepas selesai membuat ucapan penggulungan semperna Perhimpunan Agung Umno 2013, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai rungutan orang ramai yang menyifatkan kenaikan tarif elektrik itu sebagai membebankan berikutan tindakan kerajaan menarik subsidi gula dan petrol.Najib berkata, kenaikan itu sudah lama tidak dilakukan, apa yang diputus itu memerlukan komitmen kerajaan.

"Kenaikan ini bagi menjamin kewangan negara yang lebih kukuh.

FAKTA & SOALAN: Kenaikan kadar Tarif kerana TNB perlukan RM6 Billion setahun untuk PELABURAN – apa kena mengena dengan kerajaan…Bukannya Untuk Menaik Taraf Perkhidmatan Elektrik supaya lebih Effisien dan Jimat untuk Masa Hadapan? Kenapa TNB Perlu Wang Untuk Melabur, Rakyat yang Kena Bayar Kadar Tarif Lebih? Macam mana pulak TNB Melabur – Kerajaan boleh menjamin Kewangan Negara Kukuh? Apakah Kerajaan Mendapat Keuntungan drp Pelaburan TNB? Apa risiko jika Pelaburan TNB GAGAL.. Kerajaan akan juga RUGI dan Kerajaan akan Menaikkan lagi Kadar Tarif kepada Pengguna? Jadi Penggunalahlah yang Menanggung Pelaburan TNB, dan Apa Faedah kepada Pengguna? Apakah Najib Nak Membantu Jamaluddin Jarjis (yg Memiliki IPP spt Laporan Syed Outsidethebox) dalam membayar hutang Bank dlm kedudukan Ringgit yg semakin merudum?

2. Najib telah membuat Pembayaran sebanyak RM7.2 Billion dan menurut A.Kadir Jasin Najib juga telah meMINDAHKAN WANG sebanyak RM6.5 Billion ke Cayman Island dan sehingga KINI Najib masih belum berani berdepan dengan mana2 Wartawan mahupun menjawab pertanyaan kedua2 secara lisan dan terbuka, bukannya jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat melaui Kementerian Kewangan.


 3. Najib Melantik Pemimpin yang Lemah, Tidak Berwibawa dan Tiada Kebolehan.
Najib Pemimpin yang Tidak Layak Menjadi Pemimpin telah melantik mereka Yang Tidak Layak Memegang Jawatan seperti:
a) Hassan Malek b) Wahid Endut c) Tengku Adnan d) Jamil Khir e) Khairi Jamaluddin
Tak payahlah nak saya ulaskan kenyataan-kenyataan mereka seprti Harga Ayam Naik jangan makan Ayam – Harga Tol naik, lalu Jalan yang tiada Tol dsbnya.


4. Najib adalah Pemimpin Melayu Islam yang telah Kufur Al-Kubra (Harun Din yg kata Gugur Iman menjadi Kafir jika benarkan Orang Kafir gunapakai Kalimah Allah dalam Bible) bila mana memberikan kebenaran Kalimah Allah diguna pakai di dalam Kitab Bible Versi Bahasa Melayu di Sabah dan Serawak, waimma apa jua alasan perundangan. (Zaman Tun M hanya membenarkan penerbitan dalam Bahasa Melayu). Kita selalu menyebut “ Bismillahirahmanir rahiiim… (walaupon Islam tidak Menyebut akan “Kalimah” Allah.. tapi huruf/kalimah Allah itu adalah satu Kalimah Tauhid yang Maha Agung lagi Maha Tinggi .. Auzubillahi minas syaitan nirrajiiim.. (Nasib kita tak menyebut Auzubi Kalimahillahi minas syaitanir rajiim).

Allah Berfirman di dalam Al Quran – “Annallahu Robbil’alamiin… Anallahul ‘Azeezul Hakeem, ʾinnanī ʾana llāhu lā ʾilāha ʾillā ʾana fa-ʿbudnī wa-ʾaqimi ṣ-ṣalāta li-dhikrī”. "Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku. 




5. Najib Pemboros, Tiada Keyakinan Diri, Kurang Pengetahuan Agama dan Tiada Kepandaian Hal2 Ekonomi dalam Mengurus dan Mentadbir Kewangan Negara dan Memimpin secara Liberal yang mewajibkan Rakyat untuk mentaati kewibawaannya sebagai seorang Pemimpin, sebaliknya bergantung 99.9% kepada Punahsihat sekeliling pinggang. Najib juga Menggunakan dan Merompak Kewangan Negara dan Awam untuk memuaskan Nafsu, Kemahuan dan Kehendak Isteri si FLOM Rosemah


Dengan sifat yang tersebut di atas, maka sesungguhnya Najib Bukanlah seorang Ulul Amri yang Wajib untuk ditaati sebagaimana Firman Allah Ati"ullah wa atiur rosul wa Ulil amri minkum. Lihatlah Perilaku dan keperibadian, sifat-sifat yang ada pada Najib @ Ah Jib Gor ini yang mengsahihkan beliau bukannya Pemimpin Ulul Amri.


 6. Najib sanggup Mengkhianati Para Pemimpin dan Pejuang UMNO Terutamanya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdanan Menteri dengan mengadakan kesepatan dengan Anwar Laknatullah Ibrahim (Perjuagan Anwar adalah Perjuangan Peribadi, Perjuangannya untuk KeEGOan Diri Sendiri, Kepentingan Keluarga bukannya atas Islam, Melayu dan Tanahair). Najib Razak seorang yang pandai memberikan GULA-GULA manis dalam Senyuman dan akan Menikam DiBelakang. Ciri-ciri yang sama tetapi tidak serupa (kerana Anwar Menikam di belakang dengan anggota sesama anggota).

Najib dikhabar anginkan sanggup menerima Anwar Kembali di dalam UMNO, berkemungkinan Melantik menjadi Ahli Majlis Teringgi dan justeru menawarkan Jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Anwar melaui Yusoff Kalla, di Indonesia.

Mungkin inilah yang sangat2 diMimpikan oleh Para Punhasihat Sekeliling Najib supaya Puak Pembangkang secara Automatik dapat Menguasai Kerajaan. Anwar tidak perlu melaui proses Pilihanraya untuk Ke Putrajaya.. Najib Boddo ini yang membuka Laluan seluas2nya kepada si Anwar.. Alhamdulillah kesepakatan itu tidak menjadi kenyataan.



 7. Najib Celik tetapi Tidor dan amat lemah dan Lembap untuk bertindak bilamana berlakunya sesuatu kejadian, fitnah dan tohmahan. Jadi bila isu dah basi barulah Najib Mengeluarkan kenyataan.


8. Najib pemimpin yang Tidak Berakal Panjang bilamana seringkali statement yang keluar dipermain-mainkan dan diperbudak-budakkan oleh seluruh media sosial. Isu Marahkan Kerajaan Bila Barang Naik tapi Bila Harga Kangkung Turun Tak Puji Kerajaan Bukanlah sesuatu perumpamaan yang sepatutnya Keluar dari mulut seorang Pemimpin. Apatah lagi Najib Mengarah Menteri Kesayangan Isterinya Mengkaji Berapa Jumlah Gula di dalam Teh-Tarik minuman kegemaran orang Melayu?? Mengelak daripada Membayar Cukai.. adalah Pengkhianat Negara.

9. Dikhabar anginkan juga semacam Taufan Neelofa (Taufan ini Melanda Malaysia saja), bahawa Najib mengunakan Kedudukannya sebagai Presiden UMNO (yang menang tanpa Bertanding) dan Perdana Menteri di dalam Menpengaruhi dan MENGARAHkan Ketua Bahagian supaya Memberikan UNDI kepada Sepupunya Hishamuddin di dalam Pemilihan Naib Presiden pada PAU 13 baru-baru ini.

Walaupon seluruh rakyat tahu Hishamuddin kalah kepada Laksamana Mukhriz, tetapi Hishamuddin dengan Bantuan dan Penipuan Undi seperti yang DiARAHkan oleh Najib akhirnya telah memberikan kemenangan TIPIS kepada Hishamuddin.


Ketentuan Allah Azzawajalla bahwa, Hishamuddin bukannya seorang pemimpin yang layak berjawatan Naib Presiden, tidak dapat hadir sepanjang PAU 13 kerana beliau Sakit Sepanjang tempoh PAU diadakan. Apakah Najib tidak Melihat akan Tanda-Tanda yang ditunjukkan di depan matanya sendiri, walau macammana ikhtiar penipuan yang dilakukannya, Najib tidak berkuasa menyongsangi Takdir Allah Azzawajalla.. Saya Khuatir Hishamuddin akan terusan sakit dan tidak dapat meneruskan tugas beliau sepanjang tempoh ini sehinggalah PAU ke 14 diadakan.

10.Najib Anak Bangsatwan yang Hidup Bermewah (baca citer adik najib) dari kecil sehingga tua, mana lah belaiu tahu akan ertikata Susah, Erti Kata Kais Pagi Makan Pagi, Kais Petang Makan Petang, dan Jangan Bohong Najib sekiranya Kamu katakan kamu tahu akan kesusahan, keperitan, kesenggsaraan Rakyat mencari wang ringgit SECARA HALAL untuk menanggung kehidupan keluarga. Kebanyakkkan Melayu Kaya-Raya Berbangga mengumpulkan Beberapa banyak Kereta mereka di dalam garaj mereka, Tapi Najib dengan Bangganya Mengumpulkan JET semasa Pemerintahannya.

Najib Wajib meletakkan Jawatan dan Undur Diri seberapa segara sebelum Malaysia Hancur ditangan orang2 Yang Tidak Layak berada di tempatnya. Kalau ada lagi ahli UMNO yang nak backed-up Pemimpin yang 97% Orang Cina tak Ndak lagi, 93% Orang Melayu pon dah Tak Ndak Undi… maka akan jadi betullah prediction Tun M dan Tun Daim dan Lain2 UMNO / BN akan hancur pada PRU 14. Dianginkan Khabar Ahli Parlimen pon hampir 2/3 pon amat bengang dengan PM Najib..Asyik2 Nak Kenan jawab Isu PM dan Isteri aje…

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2014 at 12:05 PM

hahahaha ... ingatkan bro tersalah tulis - soluble, mcm panadol lak !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2014 at 12:47 PM

Bro Din, macam mana nak undurkan diri Najib? Tulis dah, undi pun dah. Ah Jib Gong tak mungkin akan berundur begitu saja. Satu lagi bro, mintak bukak balik undian tu. 93% tak cukup tu. Kita mahu 100%. Pening la! Pening la!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2014 at 12:48 PM

Tuh projek restorasi Battersea Power Station kat UK yg bernilai RM39.6 BILLION, tak nak kasih masuk kah? Sabah, negeri yg beri Ahjib Ngok nih nafas utk jadi PM terbiar gitu jak sehinga terjadinya total blackout baru-baru nih.

Bagi aku, baik bagi Ahjib nih kerakyatan UK jak dan tinggal bersama moyang2 kolonial beliau!

....................
Reply To This Comment ...................
January 27, 2014 at 1:03 PM

Syabas din. Pertama kali tulisan berapi ni... tak apa demi kebaikan dari pengetahuan yangl tidak sampai pada kami.

Ini lah penilaian ikhlas terbit dari kata hati. Aku baca dan aku kaji....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2014 at 5:01 PM

Ubat panadol 10 bijik ni kesannya sekejap jer. Kira untuk ilangkan rasa sakit dalam tempoh sekejap jer. Lepas kesan dadah tu ilang, rasa sakit akan datang semula. Itulah yang berlaku kepada 10 point soluable najib tu. Lepas PRN Sarawak, 10 point tu pon sepatutnya expired secara automatik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2014 at 6:34 PM

Mampo kerah la.... lagu ne....En Din.

....................
Reply To This Comment ...................
Mat tupai
January 27, 2014 at 8:55 PM

Tebaik din. Kita tak kenal din tapi kalau aku nak agak, aku agak kau ni orang biasa atau orang susah. Sebab tulisan kau, aku boleh relate. Gaji aku 2xxx je dan inilah apa aku rasa. Menyampahnye aku tengok rosmah karoke dan menari lagu jai-ho, tuhan je tau.

Syabas din. Aku menyampah komen2 bodoh cth mcm dari rocky. Ada ke dia tekankan semua orang sokong najib tapi tak suka penasihat dia? Apa yg team dia nak pertahankan aku pun tak tau. Stakat ni yg buat macam ni syek akbar je. Tapi dia pun dah tone down.

Najis ni bodoh. Tengok kat tv3 td dia bagi ulasan 10 point solution bodoh dia ni. Nampak sngt telur dah jadi bijik kurma. Najib bole bla bawak bini gempal kau bla skali

Post a Comment