........... Lawatan Antartika - MatSaid Berpeluang Elak Kontroversi | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Lawatan Antartika - MatSaid Berpeluang Elak Kontroversi

Saturday, January 18, 201412comments


Jadi isu juga perancangan MB MatSaid untuk ke Antartika yang dikatakan sebagai Lawatan Kerja bersifat Eksplorasi selama 15 Hari. Ada saya sentuh sikit dua hari lepas ( KLiK ) sekadar mendapat maklumbalas dari pembaca.

Rata2 menyatakan lawatan itu satu PEMBAZIRAN dalam keadaan ekonomi sekarang apatah lagi mengambilkira mangsa2 banjir yang masih dalam keadaan belum pulih sepenuhnya.

Saya dah agak mereka yang cuba mempertahankan lawatan ini akan memberikan alasan saintifik secara umum tanpa dapat diperincikan manafaat sebenar yang mampu dinikmati oleh rakyat Terengganu.

Cuma saya ingin highlightkan satu perkara tentang bantahan terhadap lawatan ini - Ada dua bantahan yang ditimbulkan iaitu -

Pertama bantahan keseluruhan projek ..... tapi bila dikaitkan dengan nama Sultan Terengganu, orang agak berhati2 mengomen.

Kedua adalah bantahan yang mempersoalkan kewajaran Mat Said dan para pengiringnya yang BUKAN PARA PENYELIDIK untuk ikut turut serta dalam Eksplorasi 15 hari ke Antartika.

Bantahan yang kedua itu bagi saya ada kewajarannya dibangkitkan oleh rakyat dan seharusnya dijawab oleh kerajaan Negeri dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap rakyat. Tak perlu dimarah2 mereka yang bertanya ..... takut nanti persepsi lain pula yang timbul. Contohnya - Apakah rakyat tidak berhak untuk bertanya apa2 yang pada pemerhatian mereka perlukan penjelasan lebih lanjut dari kerajaan yang mereka sendiri lantik ?

Tak perlu nak marah2 ! Sebab apa yang saya perhatikan bahasa yang digunakan oleh mereka yang menjawab bagi pihak Mat Said agak kasar sikit. Tak boleh ke jawab cara yang baik menggunakan fakta ?


Jelaskan berapa ramai yang pergi, berapa kos yang diperuntukkan, apakah keperluan mereka yang BUKAN PENYELIDIK untuk ikut sama...... saya percaya rakyat tertanya2 dan saya juga rasa rakyat BERHAK untuk tanya.


Perlu dingat, persoalan2 ini ditimbulkan SEBELUM lawatan bermula, maknanya Mat Said masih diberikan peluang untuk membuat penjelasan dan mendapat restu dari rakyat. Beliau masih boleh elakkan perkara ini dijadikan satu isu politik.... samada dengan memberikan penjelasan yang memuaskan atau membatalkan saja atau menunda lawatan ini atau meneruskan program dengan hanya menghantar team Penyelidik yang relevan saja.

Berbeza dengan kebanyakan isu lain dimana ia hanya ditimbulkan SELEPAS kejadian .... dimana kita sering melihat aksi memutar lidah oleh mereka yang terbabit kerana sudah terlambat untuk memutar kembali jam/masa.


 PS - Tak salah kan rakyat bertanya ?


TMI

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2014 at 3:10 PM

Pada membazir wang untuk ekspedisi macam ini, Mat Said patut guna duit ini untuk beli HELMUT untuk SEMUA rakyat dia sebab MASIH ada lagi 'time bomb' bumbung yang hanya menunggu masa saja untuk runtuh atas kepala orang. Sehingga ini dia masih bernasib baik sebab belum apa orang mati lagi.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2014 at 5:08 PM

Sekarang isu Khalid Ibrahim tengah hot, apa kata kita sentiasa update mengenai mamat tu dalam semua blog pro kerajaan agar rakyat tahu apa yang dia lakukan. Buat artikel samada Pakatan di Selangor memperkasakan orang Melayu atau orang Cina, samada Khalid merupakan boneka DAP atau tidak. Jika hanya kesilapan kerajaan BN ditonjolkan, orang tidak akan nampak keburukan Pakatan.

....................
Reply To This Comment ...................
January 18, 2014 at 5:37 PM

@Anonymouspaper kena dedahkan dan kena ada sumber maklumat supaya senang bloggers luar nak faham dan main isu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2014 at 7:13 PM

@AnonymousYang datang ke blog Din Turtle kebanyakan pun pro kerajaan dan sudah pun anti pembangkang.Tidak perlu suruh kami jadi anti pembangkang SEBAB kami memang anti pembangkang.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2014 at 7:57 PM

Susah nak lihat angle mana yang memerlukan sangat buat lawatan ke artatika ketika kerajaan pusat dengan tindakannya sendiri membebankan rakyat.Mungkin utk membuat kajian perubahan iklim mengikut kesesuainya rakyat negeri seperti di vietnam utara.

....................
Reply To This Comment ...................
January 18, 2014 at 8:00 PM

@AnonymousBab saintifik itu pakar yang lebih mengetahui tapi apapun manafaatnya, saya tidak nampak manafaatnya pihak pentadbir negeri pun nak ikut sama ... 15 hari tuh !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2014 at 9:26 PM

Boleh buat kajian sama ada penyu sesuai bertelor di antartika atau tidak. Yang penting apa faedah yang rakyat ganu boleh dapat dari lawatan ini. Apakah mungkin ada pelaburan besar yang akan masuk dari antartika kot.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2014 at 10:57 PM

Mengikut firasat saya, depa mau tgk effect of global warming di Antartica, kemudian calculate rate of ice melting, di anggar isipadunya dan buat prediction utk ketinggian paras laut in future. Dgn data ini mereka bole menyiapkan diri dlm menghadapi limpahan air atau banjir. Korang apa tau, complain je keje.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 19, 2014 at 12:29 AM

Nak data tentang perubahan cuaca pergi google ajer.Atau dapatkan maklumat dari jabatan kajicuaca.Siap ada setelit lagi.Kenapa program sebegini tidak di selaraskan dengan kerajaan pusat.Sedangkan setiap negeri mempunyai pantai dan berhadapan lautan yang terbentang luas.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
January 19, 2014 at 12:36 AM

@dinturtle
takkan bro DT dah MAJORITI PEMBACA tak dpt agak kenapa ramai yg nak pi Antartika?

selain MELANCONG, dpt lah meRENDAHkan sikit suhu badan mereka2 yg pi Antartika tu sbb suhu POLITIK n PERSEKITARAN di MAS terlalu panas buat masa ini dgn pelbagai isu....penyelidik tu lain cerita la sbb depa ada BENDA yg menunggu utk dibuat.

cumanya....KONGSI la penemuan2 dgn RAKYAT/ORG BIASA.....buat konferen besar2an....libatkan para peniaga, intelektual, badan kerajaan, swasta dlm satu tpt utk berkongsi penemuan/kajian/peluang dgn rakyat biasa

ni pusing2 antara org2 terpelajar je....tak ble ke syer dgn rakyat biasa ni ILMU yg korang KUMPUL tu??...berJUTA duit kerajaan habis, dah spt ILMUnya, korang PRIVATEkan pulak...apa GUNA ILMU KALAU TAK disebarkan....kata nak rakyat jd berILMU, tp usaha penyebaran disekat...hanya org tertentu je yg bleh dikongsi...apa kes???....ni nak pi Antartika nnt penemuan tu kongsi, buka pd semua....jgn nak private2....tak ada makan2 pun takpa, yg penting rakyat tahu betapa INDAHnya ilmu itu.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
January 19, 2014 at 12:41 AM

@Anonymous
itu kerja penyelidik....BUKAN PENGIRING....kami TAK BODOH...n jgn anggap kami pembaca2 ni level pengajian kami cikai2...global warming2...masalah bumbung bocorpun tak selesai2...settle masalah plg mudah dulu yg melibatkan kontraktor....global warming masalah DUNIA yg SUKAR dikawal, bukan taraf kontraktor negeri

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 19, 2014 at 7:30 AM

PEMBAZIRAN YANG NYATA. MEMBAZIR ITU AMALAN SYAITAN!!!

itu je komen aku. tq

Post a Comment