........... KJ - Pendirian Pusat - 10 Point Solution Tidak Boleh Mendahului Enakmen Syariah | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

KJ - Pendirian Pusat - 10 Point Solution Tidak Boleh Mendahului Enakmen Syariah

Friday, January 24, 20149comments


Sudah 2 minggu berlalu sejak kabinet bermesyuarat dan memutuskan agar hanya satu suara saja yang akan bercakap tentang kalimah Allah, iaitu PM Najib. ( Themalaymail 9/1 )

"We have all decided that only one voice (Najib) will speak"

Tunggu punya tunggu punya tunggu.... takde juga Najib bersuara .... alih2 Ketua Pemuda Umno Khairy pula yang bercakap BAGI PIHAK Najib .... hmmmmm... KJ pula menjadi ONE VOICE CABINET (!).

"Posisi kita jelas bahawa Penyelesaian 10 Perkara itu kekal.

"Malah menteri besar Selangor sendiri mengakui Penyelesaian 10 Perkaraitu adalah penyelesaian terbaik apabila merujuk JAIS kepada sepuluh perkara itu," 

"Sebab itu kita perlu faham ia adalah serbuan yang dilakukan oleh agensi negeri. Untuk membolehkan sebarang perbincangan dilakukan, mereka (Selangor) perlu menyelesaikannya di peringkat negeri dahulu,"


 "Tentulah 10 perkara itu tidak boleh mendahului undang-undang negeri. - Mkini.


Dari TMI pula -

“Kurang komen isu ini lebih baik. Sudah tentu kerajaan persekutuan komited kepada penyelesaian 10 perkara dan perkara itu jelas.

“Apabila berkata tentang enakmen, ia sepenuhnya di bawah pertimbangan kerajaan negeri,”

“Dalam kes BSM, serbuan dijalankan oleh pihak berkuasa agama negeri maka penyelesaian 10 perkara tidak boleh menggantikan enakmen negeri,”


Pendirian yang dinyatakan oleh KJ ini adalah SAMA dengan kenyataan beliau sebelum ini sewaktu diwawancara dalam rancangan Soal Jawab TV3 pada 8 Januari lalu. ( KLiK )


Kenapa bukan PM Najib yang cakap ? Bukankah itu yang telah diputuskan oleh kabinet ? Najib takut ?  Alahai ... makin hilanglah respek kat Najib kalau macam ni ....

Adakah kita boleh ambil kenyataan KJ ini sebagai PENDIRIAN KERAJAAN dalam isu 10 Point / Kalimah Allah / alKitab ? Bahawa 10 Point itu KEKAL tapi TIDAK BOLEH mendahului Enakmen Syariah ?


BAGUS ! Selama ini saya bising pun sebab nak dapatkan kepastian itu. Benda macam ni pun Najib tak boleh nak cakap sendiri ....Susah ke ?

Pastinya pihak gereja akan bantah tapi itu mereka boleh bawa berbincang dengan Najib. Saya tidak hairan kalau pihak gereja bising sebab sememangnya antara 10 Point dengan Enakmen Syariah terdapat percanggahan / kekeliruan. Ada saya bincangkan di sini - KLiK.

Dengan pendirian kabinet (?) sepertimana yang dikatakan oleh KJ, ini bermakna Putrajaya sokong tindakan Jais yang merampas alKitab kerana Jais bertindak atas kuasa Enakmen Syariah.

“Dalam kes BSM, serbuan dijalankan oleh pihak berkuasa agama negeri maka penyelesaian 10 perkara tidak boleh menggantikan enakmen negeri,” 


Jadi Jais TIDAK PERLU memulangkan alKitab yang telah dirampas, tidak perlu minta maaf malah Jais boleh bawa Persatuan Bible Malaysia ke muka pengadilan kerana telah melanggar Enakmen Syariah.


                                            *********************************

Najib pula saya cadangkan tambah satu lagi point supaya menjadikannya 11 Point Solution supaya dapat mengelakkan sebarang kekeliruan dalam menafsirnya iaitu -

11 - Walaubagaimanapun, 10 perkara yang disebut di atas adalah tertakluk kepada Enakmen Syariah setiap negeri.

Point2 yang menyebut alKitab dalam apajua bahasa boleh diimport dan dicetak didalam negara TIDAK BOLEH mengandungi kalimah2 yang dilarang oleh Enakmen Syariah jika melibatkan negeri2 yang mempunyai Enakmen tersebut dan ini tidak terhad kepada kalimah Allah sahaja. ( KLiK )

Ada 25 perkataan yang dilarang digunakan bagi maksud seksyen 9(1) dan perkataan-perkataan ini adalah seperti berikut:

Allah, Illahi, Firman Allah, Wahyu, Rasul, Iman, Fatwa, Imam, Ulama, Mubaligh, Dakwah, Nabi, Hadith, Syariah, Injil, Sheikh, Ibadah, Qiblat, Salat, Kaabah, Haj, Khalifah, Kadi, Mufti, Wali.


Ada 10 perkataan yang dilarang digunakan bagi maksud seksyen 9(2) dan perkataan itu adalah seperti berikut:

Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Walillahilham, Allahu Akbar, Insyallah, Astaghfirullahal Azim, Tabaraka Allah, Masyaallah, Lahaula Walaquata Illabillahilaliyil Azim.


TERIMAKASIH KJ kerana tampil menyatakan pendirian kerajaan pusat dalam isu ini.

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 24, 2014 at 6:42 AM

Najib lebih suka dilihat sebagai neutral dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Amat jelas sekali bahawa faktor undi masih mempengaruhi pendirian Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 24, 2014 at 6:54 AM

ALAMAK!!!!!! Akhirnya Baby Kangkung bersuara juga untuk menyelamatkan Boss Kangkungnya.

Kailan ada Baby dan Sawi pon ada Baby jugak... Nie Baby Kangkung ratah mentah2 lagi syok

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 24, 2014 at 8:43 AM

heran kenapa najib still nk amik hati mereka dgn membelakangkan agama. tsunami dulu umpama penampar pada dia. barangkali kemaruk penampar cauvinis.

kj... dia akan ckp apa saja asal dia kelihatan relevant dan popular sbb dia tgh aim jawatan pm esok.

tp jawapan dia adalah typical tolak responsibility pada org lain. sape2 yg keje office sure Nampak similarity dgn email2 yg sentiasa diterima.

dr jawapan dolak dalilh pn kita dh tau pendirian org umno. why bother nk kelontong kami lagi?


melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 24, 2014 at 8:56 AM

Walaupun KJ ahli kabinet tetapi kenyataan yang keluar daripada mulut beliau tidak "weightage" berbanding jika ianya keluar daripada mulut PM walaupun ayat dan perkara yang digunakan sama 100%. Jadi jika KJ yang bersuara, maka kenyataan beliau masih dapat "diperbetulkan", "disangkalkan", "diperbaiki" etc oleh authority yang lebih tinggi (misalnya DPM & PM) pada masa depan. Hehe...satu kaedah "playsafe". Apapun, lebih baik ada statement daripada wakil kabinet daripada senyap sunyi memanjang.

....................
Reply To This Comment ...................
January 24, 2014 at 11:39 AM

Najib sebenarnya dah bagi "hint" ini lah bakal penganti aku sebagai PM Malaysia dan atas sebab itu lah dalam punya ramai menteri menteri senior, budak kangkong ni jugak yang dipilih Najib untuk buat kenyataan

....................
Reply To This Comment ...................
January 24, 2014 at 12:28 PM

Betul kata KJ tu. Sepuluh perkara tersebut tidak boleh mengatasi undang-undang / enakmen syariah negeri yang terpakai dan sah di rujuk membawa kes peringkat tinggi persekutuan.

Tidak apa jika Najib tidak jawab. Sebagai menteri kabinet, telor KJ tidak lah hitam sangat berbanding yang lain... he.. he.. telur asin rendam garam...

Yang bangang nya puak melayu yang berdebat isu Allah di Shah Alam yang di lagakan akbar yang jelas pro PR tu... Masih perlekehkan badan rasmi Majlis Fatwa dan enakmen syariah/undang-undang sedia ada.

Jika ada kepakaran, berdebat lah untuk mengheret manusia penghasut ke muka pengadilan. Putuskan once for all - jika berbangkit lagi, tiada kompromi, dalam apa jua keadaan bersabit, termasuk suara- suara p.....k yang suka menghina Islam dan Melayu !

Bincang agar perpaduan boleh di eratkan. Pandai tapi ada gak bodoh sombong nya.... rakyat Melayu yang resah perlu kepada sokongan bijak pandai - bukn memandai-mandai !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 24, 2014 at 1:20 PM

Sebab tak pass university Ahjibgor Kangkong sekarang lebih 'careful' untuk elak isu isu sensitive dimana dia akan di tekan lagi oleh reporter2 dan public perkenaan perkara ini lalu lebih baik dia serah kepada seseorang yang boleh berdebat dan pandai menjawab secara sepontan,something Ahjibgor tak boleh buat.

Dan bila seorang BODOH berkuasa dan memberi kedudukan tinggi kepada ahli2 UMNO MAKA AHjibgor berfikir menteri2 ini PUN patut tanggong atau 'share' segala masalah atau problem yang rakyat tengah buat kacau. Cuba fikir masuk akal kah Menteri SUKAN jawab pasal isu UGAMA?

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 24, 2014 at 3:47 PM

Spot on alfie...! spot on! Hihihi....

....................
Reply To This Comment ...................
January 24, 2014 at 4:03 PM

@AnonymousSaya cadangkan saudara alfie cepat2 claim hak nama 'alfie' itu supaya tidak ada orang boleh menyamar menjadi saudara dan menulis komen yang bukan2 baik disini atau diblog lain.

Post a Comment