........... KJ - Ketegangan Ekoran Isu JAIS-alKitab Bukan Kerana Kerajaan Pusat Lemah.( Piiiiiraaaah ! ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

KJ - Ketegangan Ekoran Isu JAIS-alKitab Bukan Kerana Kerajaan Pusat Lemah.( Piiiiiraaaah ! )

Wednesday, January 29, 201420comments



Saya petik kenyataan Khairy dari Mkini

Mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa ketegangan kaum disebabkan kepimpinan yang lemah, Khairy menepis kenyataan bekas perdana menteri itu.
"Tindakan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) yang tidak dapat dijelaskan oleh kerajaan Selangor, bukan kelemahan kepimpinan pusat, tapi Selangor," katanya.


?  ?  ?  ?

KJ merujuk kenyataan Tun Mahathir yang mana satu ? Adakah KJ merujuk kepada artikel Tun di Che det semalam yang bertajuk Multiracialism in Malaysia dimana pada perenggan 22 Tun menulis -

22. Taking advantage of liberalisation and the weakened BN Government, the conflict between the races heated up. The situation in Malaysia is tense as never before.

23. The people show no respect for the Government.

Dan terjemahan yang dibuat oleh TMI pula -

Dalam pada itu, Dr Mahathir menyalahkan liberalisasi dan kerajaan BN yang lemah sebagai punca konflik antara kaum semakin hangat.

"Mengambil kesempatan liberalisasi dan kerajaan BN yang lemah, konflik antara kaum semakin tegang.

"Keadaan di Malaysia tidak setegang ini sebelumnya," kata Dr Mahathir lagi, sambil menggesa semua masyarakat di Malaysia membuang pemikiran konsep dominasi kaum supaya dapat hidup tanpa sengketa.


Tun bercakap secara umum dan terjemahan TMI juga merujuk secara umum tapi KJ pula menyempitkan kenyataan Tun kepada isu JAIS-alKitab.

Tapi takper ..... saya nak layan juga seposen.

KJ melihat isu ketegangan yang timbul adalah ekoran tindakan JAIS merampas alKitab, maksud saya ia bermula dari situ. Dan kerana kerajaan Selangor tidak dapat memberi penjelasan.

Jika diingat balik, Utusan pada tanggal 3 Januari sudah pun mengeluarkan artikel yang merujuk kepada satu sumber bahawa -

Menurut sumber, kedua-dua mereka ditahan di bawah Seksyen 9, Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 kerana menerbitkan dengan menulis kalimah Allah untuk kegunaan orang bukan Islam. ( Utusan 3/1 )

Dan di artikel yang sama juga disiarkan komen pihak Persatuan Bible Malaysia, Min Choon yang merujuk kepada 10 Point Solution -

Sementara itu, Min Choon ketika ditemui di perkarangan balai polis mendakwa, beliau terkejut dengan serbuan itu kerana mendakwa pihaknya telah mendapat kebenaran daripada kerajaan untuk mengimport Bible versi bahasa Melayu.

"Sejak beberapa tahun lalu kami sentiasa berhubung dengan Putrajaya dan mendapat kebenaran untuk mengimport dan mengedarnya di Sabah dan Sarawak.

"Sementara itu di Semenanjung Malaysia, asalkan Bible itu mempunyai lambang salib dan tertera perkataan 'penerbitan untuk Kristian' di kulitnya, maka kami boleh mengimport dan mengedarnya dalam kalangan penganut agama itu," dakwanya.


Pertembungan atau Percanggahan antara Enakmen Syariah dengan 10 Point Solution sudah dibangkitkan dari awal kes lagi. Kedua pihak mendakwa bertindak berdasarkan kefahaman mereka tentang apa yang sudah termeterai.

Enakmen Syariah memang sudah lama ada, yang itu tidak perlu dipertikaikan. 10 Point itu yang baru termeterai antara Najib dengan pihak gereja dan ternyata pihak gereja salah faham akan bidang kuasa perjanjian itu.


Tindakan JAIS sudah dijelaskan sehari selepas kejadian tapi bila pula Najib tampil menjelaskan kedudukan 10 Point ? - Selepas 3 minggu berlalu iaitu pada tanggal 24 Januari !

Sepanjang 3 minggu tanpa penjelasan dari kerajaan, pihak gereja dibiarkan perasan mereka berada dipihak yang benar kerana menggunakan alasan 10 Point sementara orang Islam yang menyokong tindakan JAIS juga berasa mereka dipihak yang benar disisi undang2 ..... ini tambah menyemarakkan keadaan dan menyebabkan ketegangan kaum semakin serius.

KENAPA NAJIB @ KERAJAAN DIAM BEGITU LAMA SEBELUM BERSUARA MENJELASKAN KEDUDUKAN SEBENAR 10 POINT ?

Tidakkah itu menunjukkan kelemahan kepimpinan pusat ? 

Malah kalau kita ingat semula tahun lepas ketika Lim Guan Eng menyemarakkan kembali isu kalimah Allah dan alKitab, kerajaan sudah sedia maklum terdapat kesalahfahaman tafsiran akan 10 Point itu dipihak gereja kerana isu ini juga dibangkitkan beberapa kali.

Kenapa kerajaan senyap juga ? Tidakkah itu menunjukkan kelemahan dipihak kerajaan pusat ? 

Lagi senang kalau kita rujuk saja kepada 10 Point itu sendiri - Kenapa tidak dinyatakan dengan jelas dan terang didalam OFFER kerajaan kepada gereja itu yang 10 Point itu tertakluk kepada Enakmen Syariah ..... maknanya 10 Point itu hanya sah di Sabah, Sarawak, Penang, Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan saja ! Bukannya banyak nama tempat pun kalau nak disebut dalam OFFER itu.


Jadi kalau nak hadkan topik ketegangan kaum yang berpunca dari isu JAIS-alKitab, saya menyalahkan Najib @ kerajaan Pusat yang ternyata lemah dalam menangani isu ini.

Share this article :

+ comments + 20 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2014 at 12:54 AM

si kitol ni lagak pandai tapi bodo nya melantun2...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2014 at 1:50 AM

Semua orang tahu isu Kalimat Allah ini fiasco 'cock-up' Idris Jala. Bodoh nya Ahjibgor Kangkong bila dia menyuruh orang Kristian untuk menyelesaikan masalah antara orang islam dengan kristian. Jangan lupa undi kerusi dari Sarawak dan Sabah yang bagi advantage kepada Ahjibgor semasa PRU13 dahulu. Kalau isu ini tidak di selesai awal2 dalam 2 tahun lagi bila Sarawak akan ada piliharaya,kebanyakkan pengundi pro BN berugama kristian akan sokong pembangkang.

Bagi KJ seorang yang MUDA mendapat jawatan Menteri dari Ahjibgor,sama juga menteri2 yang bahalol mendapat jawatan dalam kabinet,SEMUA nya mereka akan COVER line untuk boss mereka. Semangat 'TEAM SPIRIT' sangat tinggi sebab RESENTMENT rakyat sangat tinggi terhadap kerajaan Ahjibgor,mereka tahu kalau seorang boleh di pecat atau di buang,kemungkinan REJECTION seluruh kabinet pun boleh di minta oleh rakyat. Buat masa sekarang kita sudah nampak budaya ini bila menteri sukan cuba reda isu ugama,menteri polis cuba nak tangkap orang jual sayuran kangkong MAHAL. Ini tanda nya ada menteri2 Ahjibgor yang LEMAH sampai menteri2 dari lain portfolio kena tolong cover rakan menteri mereka.

'GROSS MISTAKE' yang di buat oleh Idris Jala dengan endorsement Ahjibgor pada 2011,akan mula 'menghantui' Ahjibgor sekarang kerana ia akan buka pekong yang Ahjibgor seorang yang Bodoh,kerana sebagai BOSS dia di perbodohkan oleh perkerjanya Idris Jala.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2014 at 1:54 AM

Saya setuju ngan Tun M pasal kerajaan lemah. Katakanlah kita masih mempunyai ISA dan ordinan darurat sebagai undang-undang untuk mengekang ekstrimis agama. Tapi kerajaan yang lemah pastinya berpendirian untuk tidak akan menggunakan undang-undang tersebut. Pemimpin sebegini sedaya-upaya akan mencari kaedah yang paling lembut untuk mengendalikan pelampau agama. Dengan berbuat demikian diharapkan rakyat melihat kerajaan sebagai tidak menzalimi rakyat. Itu daripada persepsi kelompok minoriti. Bagaimana pula dengan kelompok majoriti ? Sudah tentu mereka akan melihat kerajaan sebagai lemah, lembik, lesu dan longlai. Apabila kerajaan dilihat lemah, provokasi agama pastinya akan sentiasa berulang pada masa akan datang. Bagaikan anak-anak yang sentiasa bersikap degil dan nakal kerana mereka tau bahawa bapa mereka tidak akan memukul atau merotan mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
January 29, 2014 at 2:16 AM

@AnonymousYa, rakan saya dari Sarawak juga mengakui perkara yang sama ... yang isu ini jika tidak diselesaikan segera akan beri kesan negatif pada BN pilihanraya Sarawak nanti.

10 Point adalah satu kesilapan besar dan ini perlu diakui dan diterima oleh Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
January 29, 2014 at 2:17 AM

@AnonymousSeperti kata Tun M , dulu perkara begini tidak pernah berlaku pun !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2014 at 7:32 AM

KJ ni pada dulu lagi nak jadi hero tapi malangnye tak cukup hensem lagi. Najib,dia sudah jadi liabiliti kepada Malaysia khususnya bagi org Melayu. Najib masih tak dapat gambaran lagi yang org Melayu dah naik meluat dan bosan kerana kedayusannya menangani masalah perkauman dan agama di Malaysia. Terjemahan kebosanan dan kemeluatan tu nanti akan berlaku pada PRU14 nanti. UMNO dah tak relevan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2014 at 7:33 AM

yg btol2 ikhlas buat keje dsepak mcm sampah.yg SAMPAH lak makn bertambah2 bongok yg MELAMPAU2..

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
January 29, 2014 at 8:32 AM

nampaknya mereka2 yang di atas tu masih in denial state.

jika kerajaan tidak lemah, tak terhapus pun ISA tu.
jika kerajaan tidak lemah, takdenya isu gentlemen agreement dengan jusuf kalla sbg org tngah.
jika kerajaan tidak lemah, memang takdenya demo sini sana.
jika kerajaan tidak lemah, tak berlaku pun isu2 sensitif seperti kalimah Allah dsb.
jika kerajaan tidak lemah lagi lemau, tak perlu pun sorang PM masuk iklan dok palu gendang!!!

lagi mau tipu ka?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2014 at 8:42 AM

HAA HAA HAA HAAA HAAAAA (Ketawa Sombong) Hee Hee Hee Heeee (Ketawa Mengejek)

Cubalah Bukak Mata LUAS2 - Pelbagai Isu ada... Macam 2 Isu...Kesemuanya Menjuruskan kepada Kelemahan Kerajaan Pusat Pimpinan Najib Razak @ Ah Jib Gor.

Dalam Banyak2 Menteri, Timbalan Menteri, Ahli Parlimen dan Wakil Rakyat - Yang Dok Melalak, Backed-up PM Najib BODDO Tahap Gaban nie cuma Orang-Orang yang Najib GOR pilih sendiri... Khairi Kitol J, Hassan Malek, Jamil Khir, Tengku Adnan, Ahmad Maslan,

Yang Lain semuaNYA DIAM..PLAY SAFE... Tak Nak Backep UP - Depa Nie pon Agaknye Dah Menyampah dgn Najib tapi Telor Tak Dak...Dah Jadi Pondan Semuanya Kot...

Yang Berani Menyatakan Kebenaran Skit2 Melawan Hanya Tan Sri Muhyiddin (Isu Rasionalisasi Subsidi) - Laksamana Mukhriz (Kerajaan Lemah, Nak Jadi Populis - BN Kecundang 2014).

Menteri Lain ke Timbalan Menteri Lain ke Ahli Parlimen ke Wakil Rakyat Ke .... Depa Nie Ada Mata ke, Ada Telinga Ke, Tak Ada... Macam Tak Ada jer..

Susah Sangat Ke Nak Tegur dan Menyatakan Hal Yang Benar dan Haq? Apa dia? Pakat Suruh Najib Letak Jawatan.. 5 Ayat Saje..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2014 at 9:01 AM

Saya impikan sebuah parti melayu jati, Islam sebagai tonggak perjuangan, melayu sebagai lambang (kerana parti tersebut berada di Malaysia), Pemimpinnya bijak, berani dan berwibawa... disenangi kawan dan lawan. Tegas dan berfikiran jauh, tangkas mengatasi dugaan dan masaalah. Ianya muncul dikala umno sedang nazak dengan pemimpin2 nya lembik dan bacul sementara menteri kabinet pula rata2 incompetent, penakut dan pembodek... yang berani sikit, pelahap pula.
Kemunculannya bak hujan dikala kemarau panjang, umpama mendapat segelas air dingin di kepanasan padang pasir... Menjadi penyelamat umat melayu dikala sengketa memuncak, dikala sebahagiannya menjadi pengkhianat, sebahagian lagi menjual maruah, menjual agama demi keuntungan politik. Dia muncul dikalangan pembela bangsa, pencinta agama... menjadi dahan tempat berlabuh bagi penyokong kerajaasn yang telah meluat sangat dengan karenah pemimpin, penyokong atas pagar dan penyokong pembangkang yang telah hilang kepercayaan kpd PR.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2014 at 9:13 AM

Din.. Din... janganlah kasar mcm tu kat 'anak omak' kesayangan nih! Bagilah sikit peluang, lagi pon dia baru habis frust tertonggeng tak sempat klimaks ngan Maya hari tuu....

Kesian lah kat dia lah yer....

-Omaki KJ.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2014 at 10:13 AM

KUALA LUMPUR 28 Jan - Pergerakan Pemuda UMNO (PPUM) berpendapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat tindakan yang bijak dengan menyeru agar rakyat bertenang berhubung isu perkauman dan agama yang sengaja dicetuskan pihak tidak bertanggungjawab.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, tindakan perdana menteri itu menunjukkan kerajaan tidak berat sebelah dan sentiasa memikirkan penyelesaian terbaik untuk setiap masalah yang timbul.

"Setuju dengan Perdana Menteri yang merupakan pendekatan terbaik, tidak mahu mengapi-apikan keadaan, tidak mahu dilihat berat sebelah. Kita ada penyelesaian terbaik, ini merupakan berpunca di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) seperti isu Bible serta kalimah Allah misalnya dan ia bukan soal kelemahan pimpinan pusat.

Itu Kenyataan Khairi dipetik dari Blog Melayu Maju-Melayu Berwawasan.

SOALAN Untuk Ustaz Khairi:-

1. Siapa PENCETUS Isu Perkauman dan Agama? Kalau Bukan NAJIB dengan 10 POINT.

2. NAJIB ada pendekatan terbaik dalam ISU Agama tidak mahu berat sebelah. Agama adalah KETENTUAN DAN KETETAPAN drp Allah AllahAzzawajalla, Hukumnya HALAL… dan HARAM.., SYURGA..dan NERAKA.. (Kalau ikut Mazhab..Banyaklah.. ada Sunat dan Mahkruh).

3. Khairi Nak beri pandangan awal (Test Market) yang NAJIB nak BERKOMPROMI soal Akidah, soal Tauhid, Soal Fekah, Soal Usuluddin dsbnya, agar Tidak Berat Sebelah. Jadi Apa sebenarnya KEINGINAN yang ADA dalam Hati dan Sanubari USTAZ Najib dan Timbalannya Ustaz Khairi nie? Apa Ustaz Kangkung nie Nak LIBERALkan AGAMA ISLAM di Malaysia?

....................
Reply To This Comment ...................
January 29, 2014 at 10:35 AM

Tiba2 terlintas satu perkara ...... Ingat lagi 11 langkah penjimatan yang Najib umumkan ? Kenapa 11 ? Tak ke pelik sebab biasa orang akan guna angka 10. Mungkinkah ia sengaja ditambah jadi 11 supaya kita tak kaitkan dengan 10 Point ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2014 at 11:11 AM

Oh ye raya cina tahun ni Najib xnak palu gendang lg ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
January 29, 2014 at 11:15 AM

@dinturtle
PM kita kan suka dgn nombor 1...kalau 1 yg single dah BIASA, tu yg dia letak berpasangan, ada la gaya2 menara berkembar petronas, megah, mantap, hebat, tersohor. sbb tu saya sayang PM sbb dia pandai main nombor....erk, lari tajuk sbb Bro DT yg suruh lari....:)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2014 at 11:51 AM

Angka 11 tuuuh Angka Keramat si Najib Kot..

Kenapa Lah Bulan November 2014 ini lambat lagi..

Kalau Tak Bolehlah Anjur DEMO supaya Besar-Besaran Seluruh Malaysia dan Pelusuk Dunia kat Mana ada Orang Melayu Islam pada Tanggal 11 / 11/ 2014 Protes Najib Letak Jawatan..Undur Diri..

Hee heee hee heeeeee

Apa - Apa pon Masih ada Lagi 11 Februari 2014.. Tarik Keramat Najib Letak Jawatan Undur Diri.... Haaaa Haaaa Haaaaaa

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
January 29, 2014 at 1:39 PM

Hanya kerajaan yang lemah saja yang menghabiskan masa cuba menangkis serangan dari luar dan dalam. Kualiti sesebuah kerajaan dicerminkan melalui pemimpin mereka. Kuat pemimpin, kuatlah kerajaannya.

KJ menyerlahkan lagi sikap keANWARan nya dengan cuba memesongkan kenyataan Tun M kepada isu Jais sambil meletakkan kesalahan kepada kerajaan Selangor. Pemimpin dinilai melalui tanggungjawab serta kecekapan melaksanakan tugas.

Petanda terkini yang menunjukkan kerajaan sedia ada tersangat lemah adalah keberanian puak-puak PR mengosongkan kerusi DUN yang mereka menangi pada PRU 13. Tidak ada langsung rasa takut puak PR tentang kemungkinan mereka akan kalah pada PRK Kajang nanti. Kalau perkara asas pembentukan kerajaan boleh dipandang remeh, siapa pula yang akan rasa gementar memperlekehkan bangsa Melayu dan agama Islam? Tuhan yang disembah oleh penganut Islam boleh dijadikan "mainan politik". Apakah hebat pemimpin BN bilamana ALLAH dengan senang dipersendakan oleh si kafir? Adakah ALLAH tidak wujud di Selangor atau mana-mana tempat yang tidak diperintah oleh BN maka kessuciannya tidak perlu dipertahankan. Terlaksanakah tanggungjawab seorang Islam dengan hanya menyediakan 10 point solution tu. Sah kah solat seorang Islam dengan hanya melafazkan niat sahaja tanpa melakukan ibadah solat itu sendiri?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2014 at 6:54 PM

Cuba cek. ...KJ cakap macam anak haram tak tau apa benda pon...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2014 at 8:05 PM

itu budak kecik apa dia tau , tapi jangan main2sama dia , nanti dia pangil dian punya emak satu malaysia bole pusing ooooooo....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 30, 2014 at 5:34 PM

KPU bangan dipilih perwakilan bangang...mana bukti x nak retorik tp prestasi...x sedar dia terlebih retorik

Post a Comment