........... Kalimah Allah - Husam dan Mujahid - Terdesak Sangatkah Nak Jadi Populis ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kalimah Allah - Husam dan Mujahid - Terdesak Sangatkah Nak Jadi Populis ?

Sunday, January 12, 20149comments

Saya bangga jika orang lain nak guna nama Tuhan saya sendiri ! ? ?  Husam ni faham ke tidak isu berkaitan kalimah Allah ? Saya percaya beliau amat sangatlah faham tapi masih ingin berpolitik !

Kerana fahamlah maka Husam cuba bermain dengan kata2. ( maknanya berpolitik ) Jika kita perhatikan ayat itu, Husam sebut secara umum maknanya tidak merujuk kepada penyalahgunaan kalimah Allah kedalam bentuk Triniti Kristian. 

Apakah jika diajukan soalan kepada Husam penggunaan nama Tuhan Islam itu mahu digunakan sebagai gantinama Tuhan Kristian, apakah jawapan beliau tetap sama .... yakni berbangga ?

Ada baiknya Husam perjelaskan ayat di atas ..... ( namun saya percaya beliau cuma mahu menimbulkan kontroversi semata2, sebab itu ayatnya disebut secara umum. ) Takkanlah terdesak nak cari publisiti kot ?

Begitu juga dengan Mujahid Rawa yang saya kira sengaja mengambil pandangan populis demi politik dalam isu ini -

“… antara sebab yang mereka selalu gunanya ialah mengatakan kalau orang Kristian guna kalimah Allah maka ini adalah salah satu daripada usaha kritianisasi, usaha misionari, untuk memurtadkan orang Islam. Saya telah mendengarnya (merujuk ucapan sebelum itu oleh Eugene Yapp wakil dari NECF) bahawa itu tidak ada apa-apa “intention”. Dan saya jugak bukan Tuhan yang tahu apa di dalam hati saudara-saudara Kristian saya. … dan saya memerlukan semangat dan kekuatan untuk memahamkan bahawa isu kalimah Allah tidak ada kena mengena dengan gerakan misionari tetapi ianya adalah satu hak yang perlu diberi. 

Dan umat Islam jangan sekali-kali mudah menerima hujah bahawa hanya kerana orang bukan Islam Kristian di dalam Bible mereka menggunakan perkataan Allah maka orang Islam akan murtad. Itu bagi saya, cakap-cakap yang menghina agama saya (mendapat tepukan gemuruh) … persoalan saya sekarang ini ialah, soalnya, apakah benar semua itu suatu isu ataukah ianya satu helah lain.

Yang kalau betullah ianya helah lain maka bagi saya inilah manusia-manusia yang menghancurkankan keharmonian dan kerukunan negara ini yang telah sejak dibina oleh datuk nenek moyang kita berkurun bahawa mereka mahu melihat negara ini hancur hanya kerana kepetingan politik.”

Saya setuju dan ingin berkongsi pandangan tentang kenyataan Mujahid dari SINI -

Dalam hubungan kita dengan orang-orang Kristian dan bagi memahami sikap serta perancangan mereka, kita MESTI rujuk kepada panduan yang telah diperingatkan oleh Allah Azzawajalla di dalam surah Al Baqarah ayat 120. Ayat yang terlalu sering kita baca dan dengar sangat penting kerana sikap dan kebencian orang-orang Kristian yang disebut sebagai Nasrani itu adalah suatu peringatan yang sah hingga akhir zaman. Ianya bukan hanya peringatan untuk zaman lampau. Tetapi peringatan untuk kita hari ini dan akan datang.

Kemudian, keduanya, kita rujuk pula perancangan-perancangan mereka (orang-orang Nasrani-Kristian) yang telah mereka sendiri dedahkan. Bukan tuduhan-tuduhan dan sangkaan-sangkaan yang direka-reka. Kita ambil dari sumber orang-orang Kristian sendiri. Sumber dalaman mereka sendiri. Bahan dan dokumen yang mereka kongsi di kalangan mereka sendiri bukannya penafian luaran yang mereka lunakkan dalam bisikan mereka ke telinga kita.


Pemimpin2 Pas masih dengan cara berbelit2 bila bercakap ...payah sangat ke nak berterus terang dan straight to the point ?

Apa komen Husam dan Mujahid tentang kenyataan Nik Aziz sendiri yang menolak cara kalimah Allah digunakan dalam alKitab -

“Kalimah ALLAH kita telah putuskan sebulan lepas, saya tak payah ulang dah benda ni, benda yang tak patut dijadikan isu, jadi isu.

“Nama ALLAH telah digunakan oleh syaitan dan iblis di dalam syurga lagi. Iblis jumpa Nabi Adam di syurga, dia kena guna nama ALLAH, ayah Nabi Muhammad nama Abdullah, dia peluk Islam, jadi apa susah kita? Cuma masalahnya, terjemah God dan Lord kepada ALLAH, itu tak betul,” SINAR  1/3/2013.

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2014 at 11:41 PM

Nik azis ni kalau bagi kenyataan tanpa menyebut kawan dia, macam tak sah... Sentiasa saja ada cara dia nak promote kawan sekongkol dia a.k.a setan laknatullah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 13, 2014 at 12:05 AM

Sejarah kerajaan kesultanan melayu melaka akan berulang, bukan kerana musuh yang kuat tetapi kerana talibarut berselirat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 13, 2014 at 12:32 AM

Orang Islam dilarang meletakkan 99 nama-nama Allah pada nama anak masing-masing. Kalo nak pakai jugak boleh, tapi awalannya mestilah diletakkan nama Abdul (hamba). Contohnya Abdul Rahman. Sekarang masalahnya ada agama lain yang nak menggunapakai nama Allah. Kita orang Islam bukannya kededut, tak nak share nama Allah. Cuma masalahnya, nama Allah itu terlalu suci dan Allah adalah tuhan sekalian alam. Mana mungkin boleh digunakan oleh agama lain kerana Allah hanya meredhai Agama Islam sahaja. Kewujudan Al-Quran juga menjadikan kitab-kitab Injil, Taurat dan Zabur tidak lagi boleh diterimapakai kerana Al-Quran adalah kitab yang lengkap. Oleh itu hanya Al-Quran sahaja satu-satunya kitab yang boleh menggunakan kalimah Allah lebih-lebih lagi dalam bahasa arab. Adalah tidak sesuai kitab berbahasa melayu menggunakan kalimah Allah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 13, 2014 at 2:40 AM

aku setuju anon 12.32am. sedangkan nama2 Allah asma alhusna pun org islam tak boleh guna sesuka hati utk namakan anak kita inikan pula kristian nak guna nama ALLAH utk tuhan kepala 3 depa. gunalah akal sikit wahai husam wei. Kalau husam bangga nama tuhan dia org kristian guna apa kata kita guna nama HUSAM pada BABI. Boleh ke? Dan nama BABI lak kita guna utk HUSAM. so kalau jumpa HUSAM panggil je YB BABI....boleh ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 13, 2014 at 6:12 AM

Anonymous January 13, 2014 at 12:32 AM

Betul tuu... Tapi Puak 2 PAS tak paham paham jugak.. mereka kata mereka lebih Islam drp mana2 orang di dunia ini...

....................
Reply To This Comment ...................
Aku org Islam
January 13, 2014 at 8:26 AM

Aku juga bangga jika org menyebut nama Tuhan ku dgn ungkapan ungkapan yg benar dan selayaknya bgNya. Tp aku tidak redha, tidak suka, benci dan sekali kali tidak akan menyokong bila disebut dgn ungkapan ungkapan yg tidak layak bgNya, apatah lg dgn ungkapan ungkapan yg mensyirikkanNya. Dan jika aku berkuasa tentulah akan mencegah dan menghalangnya.
Allah swt Tuhanku,
Muhammad saw Nabiku,
Islam agamaku.
Jika ingin mengguna nama Tuhan ku, jadilah saudaraku !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 13, 2014 at 10:38 AM

Arab terjemahan bahasa melayu masih mengunakan Allah....God ke bahasa melayu...gunakanlah God....tara Baca?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2014 at 11:35 AM

Sebab tu saya tak akan pilih orang PAS dlm pilihanraya, tak pasti mereka ini berpihak kepada mana. Bila mereka bercakap, memang menyakitkan telinga dan hati.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2014 at 11:23 PM

Beginilah org politik bila parti lawan cakap bende betul pasti dicari kesalahan. Suma politik ade kepentingan masing2. Kite ni sebagai rakyat kena pandai menilai. X semestinya parti yg kite sokong semuanya sempurna, pasti ada salah masing2. Dalam dunia ni cuma satu sahaja yg sempurna iaitu ALLAH S.W.T . serta Nabi Muhammad s.a.w. Maaf, sila betulkan jika ayat sy salah.

Post a Comment