........... Jika Keadaan Tidak Berubah, Apakah Umno/BN Akan Menang PRU14 ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Jika Keadaan Tidak Berubah, Apakah Umno/BN Akan Menang PRU14 ?

Tuesday, January 21, 201447comments

Satu persoalan yang dah lama saya fikirkan dan semakin hari semakin kuat  meronta untuk diluahkan.....

Jika keadaan tidak berubah, apakah Umno/BN akan menang PRU14 ?

Adakah terlalu awal untuk dibincangkan persoalan ini ? Saya rasa tidak sebab jika jawapan kepada soalan diatas adalah BN AKAN KALAH, persoalan itu perlu dibincang secepat mungkin dan seterusnya diambil langkah2 drastik bagi mengatasinya.

Mampukah Najib mengubah pandangan negatif rakyat terhadap kepimpinan beliau sekarang ini ? Apakah pandangan negatif itu satu persepsi semata2 atau berpijak pada kenyataan ? Persoalan yang paling penting, apakah pengundi Melayu Pribumi yang sebelum ini menolong BN dengan mengundi Umno akan tetap memilih BN sekali lagi jika keadaan sekarang berterusan ?

Apa yang saya perhatikan, semakin ramai yang atas pagar yang sebelum ini undi BN sudah mula berasa kecewa kerana harapan yang diberikan kepada Umno sebelum ini seperti sia2 saja ..... Mereka berasa suara mereka tidak dipedulikan langsung oleh Umno.

Kalau PRU13 Umno BN menang hanya kerana pengundi Melayu Pribumi tidak mahu memilih PR, bagaimana nanti kalau pengundi yang sama dah tak kisah lagi soal 'tiada alternatif yang lebih baik' kerana mereka melihat kedua2 PR dan Umno BN - SAMA SAJA , dua-dua tak boleh pakai ! ?

Apakah keputusannya nanti kalau mereka ini bertindak membuat undi protes ?


Entahlah ..... sekadar meluahkan kegusaran.....

Share this article :

+ comments + 47 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2014 at 5:17 PM

Jika aku diberi pilihan sama ada nak memilih mudarat besar atau mudarat kecil. Aku akan pilih mudarat kecil. Apakah mudarat kecil itu ? Tak lain tak bukan, iaitu UMNO@BN.

BN dan PR, kedua-duanya boleh membawa mudarat kepada negara. Tapi PR mudaratnya adalah lebih besar daripada BN kerana adanya DAP. Dalam bahasa omputehnya, "Between Two Evils".

....................
Reply To This Comment ...................
January 21, 2014 at 5:19 PM

@AnonymousDan itu mesej yang kita mahu sampaikan pada Najib/Umno ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2014 at 5:39 PM

bro din... umno sekarang dah beri mudarat besar kepada agama bangsa dan negara dengan memberi muka mereka yang bukan ahli menjadi pemimpin.... yang jahanam kita.. cuba perhatikan apa yang umno buat semua menguntungkan bukan melayu.... yang ada pada melayu semua nak dibahagi sama rata dengan kaum lain.... jadi apa beza umno/pkr/dap.... cuma dalam pkr atau dap kita nampak bangsa lain semua nak tekan melayu.... tetapi sedarkah kita sekarang parti yang kononnya untuk melayu dipimpin oleh orang yang kononnya melayu sendiri TELAH menekan dan menjahanamkan segala apa yang kita ada.... jadi siapa pembawa mudarat besar yang sebenarnya?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2014 at 5:52 PM

Sayapun begitu.......dan akan tetap suruh kaum keluarga mengundi Umno.....pun dalam pada itu saya tetap memohon kepada Allah agar mengurniakan kepada Umno "pemimpin Melayu Islam" yang terbaik dan mana-mana yang kurang baik dan khianat tu dipertunjjukkan jalan keluar oleh Allah s.w.t....Aminnn...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2014 at 6:05 PM

Rasanya bro din pernah kupas sket ttg isu ini tak lama dulu. Dua2 BN dan PR kerja nk menjahanamkan org melayu cuma bezanya BN melakukannya slow2 tp PR buat secara mendadak..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2014 at 6:14 PM

Nak buat macam mana Din. PM hanya bertukar menjadi Melayu sebelum PRU jer. Lepas PRU terus bertukar kulit. Point kat sini ialah kita takde pilihan lain yang lebih baik dari UMNO. Akhirnya, semasa PRU14 nanti, kita masih tetap memilih UMNO. Lepas menang, sekali lagi dicanang ke seluruh negara bahawa orang Melayu masih menyokong beliau. Kononnya, atas sokongan orang Melayu itulah, beliau berpendapat, apa jua yang dilakukannya, orang Melayu tetap merestui apa jua tindakannya.

Tapi apakah tindakan atau keputusan beliau itu menguntungkan Melayu ? Satu persatu yang dulunya milik Melayu kini telah hilang.Tapi apakah orang Melayu masih merestui ? DEB hilang, MeCD hilang....dan tak mustahil suatu hari nanti MARA jugak akan turut hilang. Ketika itu, tiada lagi agensi yang khusus untuk menolong Melayu. MRSM dan UiTM pun tak mustahil akan dibuka kepada bukan Melayu. Sekolah Kebangsaan akan kekal dhaif dan mundur, manakala SJKC terus dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa. Bahasa Melayu lama kelama-lamaan akan lenyap, manakala Bahasa Inggeris dan Mandarin akan terus diperkukuhkan.

Dengan kenaikan mendadak harga rumah, juga menyebabkan orang Melayu akan terus menyewa rumah sehingga pencen. Apabila orang Melayu dinafikan memiliki rumah sendiri, tak mustahil bandar-bandar besar akan didominasi oleh satu kaum jer. Secara tak langsung, akan menjadi fix deposit kepada DAP. Itu belum lagi mengambilkira diskriminasi atau cara layanan company-company cina terhadap pekerja-pekerja Melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
January 21, 2014 at 6:18 PM

@dinturtle
UMNO mudaratnya mmg LEBIH KECIL.....tp PM n BARISAN kepimpinannya merupakan MUDARAT BESAR jika dibandingkan dgn UMNO

kira kalau ikut RANKING MUDARAT
1) PR....mudarat TERBESAR, agama, negara, bangsa HANCUR semuanya
2) PM n barisan kepimpinannya...mudarat SEDERHANA
3) UMNO....mudarat KECIL

kita kena PILIH UMNO, tp BUKAN kePIMPINan UMNO yg memerintah negara sekarang.....masalahnya, mcm mana nak bg tau PM n CO. yg mereka ni pembawa MUDARAT ke-2 terBESAR?....mmg pening n HARU

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
January 21, 2014 at 6:22 PM

@Anonymous
itulah DILEMA kita SEKARANG...masalahnya tak ke BUANG TEBIAT nak SOKONG PR????....hahaha

jd mcm mana nak keluar dr belenggu yg berselirat ni....kalau si PM n Co dgn RELA HATI step down, masalah berselirat ni akan terurai dgn sendirinya....cuma mungkin EGO n Blurrr yg merajai "mereka2" skrg, tu yg TAK MAU LEPAS JAWATAN mcm Pak Lah

atau mungkin PM sdg tunggu SUARA DLM UMNO sendiri suruh dia step down spt mana yg berlaku pd Pak Lah dulu....TPM tak mungkin bersuara, sbb pembangkang n rakyat akan kata dia GILA KUASA....jd siapa kena bersuara?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2014 at 6:39 PM

MU yang kuatpun boleh tumbang di gelanggang bola sepak.Inikan umno di gelanggang politik.Tinggal spirit sahaja.Hati dan perasaan di dalam badan dah abis luruh.Dah tak ada tempat untuk mengadu.Hanya kepada Allah sahaja.Tengok pada sejarah Firaun,berapa lama dia berjaya menundukan manusia atas telunjuknya.Nasib baik ler,Tuhan Harun orang biasa jer,pun masuk hospital.Kalau dia berada di tahta kekuasaan,haru biru malaysia di buatnya.Atas sebab perbezaan ilmu wahyu dengan ilmu manusia.Ini adalah sejarah tamadun manusia.Banyak, sejarah2 manusia yang membawa manafaat sekian alam dan kehidupan manusia.Ia terbukti di era tamadun islam.Bukan di era kewangan islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2014 at 7:20 PM

Siapa yg kena bersuara? Mungkinkah DS Mukhriz akan ambil peranan untuk menyuarakan kebimbangan org melayu terhadap dilema UMNO dan barisan kepimpinannya..
Well..kerjasama mukhriz dan muhyidin mungkin boleh menjadi alternatif untuk beri isyarat kepada najib and co.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2014 at 7:47 PM

Memang menarik gandingan Muhyidin yassin dan Mukhriz.Team orang lama dan orang baru.Mangabungkan kekuatan dan pemikiran bersama dengan tenaga baru,menstem rollkan Pas dan Pkr.Dap dalam kedudukan playsafe.Tetapi di ajar cukup2 parti kompenen BN.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2014 at 8:36 PM

Andainya Tun Abd Razak masih hidup dan dapat melihat apa yg telah dilakukan oleh anaknya kepada negara dan kepada bangsa Melayu khususnya, Apakah perasaan beliau?

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
January 21, 2014 at 8:37 PM

Adakah ahli-ahli UMNO sendiri masih mahu UMNO/BN menang? Bukankah penentu siapa yang menjadi peneraju adalah ahli-ahlinya sendiri. Fenomena yang berlaku sekarang dimana ahli-ahli UMNO sendiri seolah-olah mencuci tangan dengan begitu mudah meletakkan segala kelemahan keatas bahu Najib sahaja.

Ahli-ahli sendiri tidak mahukan sebarang perubahan. Lihat saja PAU yang lepas. Kepimpinan yang sama masih lagi menjadi pilihan. Kepimpinan yang sama juga dicerca dan diperlekehkan oleh ahli UMNO sekarang!

Najib boleh ditukar dengan pemimpin yang lain sekiranya ahli-ahli UMNO yang berkehendakkan begitu. Kalau sekadar menjadi ahli dan tidak berjuang untuk parti, lebih baik duduk diatas pagar. Jangan cemarkan nama baik UMNO. Kita kena ingat, UMNO berjuang untuk Agama, Bangsa dan Tanahair. Suatu perjuangan yang sangat murni. Yang merosakkan pejuangan itu adalah ahlinya.

Perlukah ahli UMNO menunggu dan sekadar berharap agar adanya berlaku perubahan ATAU memilih untuk berubah? Najib bukan seorang sahaja yang menimbulkan masalah, ahli-ahli UMNO juga bersalah dalam hal ini. Sekiranya Najib dikatakan tidur, maka ahli-ahli UMNO pula sedang terlena di medan perjuangan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2014 at 9:01 PM

Untuk menjadi pemimpin yg baik, latar belakang seorang pemimpin itu memainkan peranan yg sgt penting. Hanya mereka yg pernah merasai kesusahan hidup dapat memahami perasaan dan kehendak rakyat terbanyak.
Najib seperti yg diketahui umum, dilahirkan dalam dulang perak telah menjadiknnya tidak dapat merasai dan memahami erti sebenar kepayahan. Pernah ker najib rs lapar sbb tak cukup duit nk beli makan?
Pernah ker najib rs betapa seksanya org melayu diperlakukan seperti binatang oleh penjajah di tanah air sendiri?
Pernah ler najib rs betapa susahnya bekerja seperti hamba untuk meneruskan hidup walaupun mendapat bayaran yg tidak setimpal?
Apa la yg kita nk harapkan dari org yg sepanjang hidupnya tak pernah merasa susah apatah lg mengenal apa itu susah.
Mat Said yg lahir dari kalangan org kebanyakan dan tahu apa itu erti kesusahan ada potensi untuk menggantikan najib selain Tok Pa yg terkenal dgn sifat rajinnya.
Amacam..ada bran? Hehe..

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
January 21, 2014 at 9:07 PM

Setakat hari ,ekoran hirok pirok penyokong yang pro UMNO menyuarakan ketiakpuasan tindok tandok Najid dan barisanya , tndak nampak apa-apa perubahan ,makin terok adalah.

Yang mendakwa keturunan raja habis ditangkap , yang menyangah titah dan menghina raja juga yang bertindak macam raja (raja cina) dibiarkan sahaja .

....................
Reply To This Comment ...................
January 21, 2014 at 9:17 PM

@Anonymousya antara mati cepat dengan mati perlahan. Kita pilih mati perlahan sebab fikir ada lebih masa untuk ubah.....

....................
Reply To This Comment ...................
January 21, 2014 at 9:20 PM

@Anonymouskalau mahu ubah kepimpinan harus ambil kira faktor masa..... kalau 2 atau 3 tahun sebelum pru,payah dah sebab masing2 akan guna alasan sudah tidak masa untuk bersatu bla bla bla

....................
Reply To This Comment ...................
January 21, 2014 at 9:23 PM

@Melayu Kampungya, mungkin tumpuan kita harus ditujukan kpd ahli2 Umno kerana mereka yg punya kuasa utk ubah presiden. Rakyat tidak punya kuasa itu melainkan Najib undur dgn rela hati.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2014 at 10:14 PM

Buat macam tak da PM aje la.Buat sedapkan hati.Tumpuan dan harapan pada TPM,steamentnya sangat menarik,tegas,memahami dam berilmiah.Hatinya lebih tersentuh dengan kos sara hidup rakyat.Bapa pengumuman lebih kepada lifestyle.Rakyat tak boleh buat apa2,cuma harap pada ahli umno sahaja.Atas pagar yang mengundi BN pun tak boleh apa2.Begitu mereka yang mengundi PR,yang dapat wayang gambar sahaja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2014 at 10:20 PM

Cakap baik baik ...maksud hang PDRM seolah tak tau bikin kerja dah tu Bantai Melayu pulak..dan support china...biar betui..

yang diatas tu aku tak faham. ..

yang aku faham ialah :

Perangai Melayu memang macam tu ...dengan adik beradik macam anjing dan kucing...bila dengan orang luar bukan main baik lagi...

Orang Melayu banyak yang sakit sekarang ....dari bangsawan, aristocrat dan Marhaen. ...

Entah lah....



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2014 at 10:28 PM

Kalau tun razak masih hidup dah tentu najib kena pelempang dgn selipar jepun

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2014 at 10:47 PM

Jgn risau la en.din. Selagi ada DAP selagi tu la UMNO akan berkuasa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2014 at 11:30 PM

Bagus untuk menjadi risau En Din.Sekurang2nya ada guide utk kefahaman semua,yang lebih memahami situasi sebenar.Orang macam nielah, kita hendak utk menjaga masa depan agama,bangsa dan negara terutamanya rakyat marhaen.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2014 at 11:38 PM

Bercakaran di dalam keluarga seperti anjing dan kucing,baik utk masa depan kepimpinan negara.Tengok mcm ketua pembangkang,hidup mewah pukul rata.Ibarat hasil dari kayu magic.Adik angkat dan tiri pun turut sama.Tengok pada sejarah politik beliau sekarang nie,gelap gelita.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2014 at 11:47 PM

@dinturtleMulai 2016, perlu ada pihak2 dalam umno untuk mengujudkan perebutan jawatan atau kata lain macam undi tak percaya dalam kepimpinan umno bagi membanteras semua pengkhianat bangsa di dalam umno, semua pondan2 dalam umno semua kaki ampu dlm umno i.e pembersihan umno. Then barulah aku akan kembali menyokong umno.

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
January 22, 2014 at 12:16 AM

@dinturtle

Mungkin ada benarnya bahawa tumpuan harus diberikan kepada ahli-ahli UMNO. Tetapi siapakah yang menetapkan sekiranya jawatan Presiden boleh direbut atau tidak?
Jawapannya sudah tentu ahli UMNO itu sendiri. Jadi kalau kita lihat pula ratio ahli UMNO yang benar-benar berlandaskan perjuangan UMNO dan mereka yang berstatus Parasit UMNO, saya rasa rationya akan berpihak kepada puak-puak Parasit yang hanya pandai membodek dan mempunyai kepentingan peribadi dengan membuat kenyataan bahawa jawatan Presiden UMNO tidak perlu di pertandingkan. Bukankah itu yang menjadi ungkapan lazim setiap kali menjelangnya PAU?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2014 at 12:41 AM

Bro Din,

Najib akan gunakan sentimen perkauman dan agama untuk mendapatkan sokongan orang Melayu dan Bumiputera menjelang PRU14. Ketegangan agama dan kaum yang kita rasai sekarang tidak akan padam sehingga 2018. DAP akan gunakan isu kalimah Allah untuk menembusi kubu BN di Sabah dan Sarawak. UMNO pula mengeksploitasi isu ini untuk mendapatkan undi Melayu.

Doktrin DAP berjaya meyakinkan puak komunis kafir jika undi PR maknanya komunis memerintah. Kalau undi BN maknanya Melayu Bumiputera perintah. Ini sekaligus menyebabkan parti komponen dalam BN seperti MCA dan Gerakan menjadi obsolete.

Untuk kita berharap Najib berundur secara sukarela saya yakin itu agak mustahil. Jika veteran UMNO yang masih berpengaruh seperti Tun M, Tun Daim dan Ku Li bersama-sama memberi tekanan pada Najib, itu pun sukar. Ini kerana ahli MT UMNO kesemuanya loyalist dan penyokong Najib. Ketiga-tiga Naib Presiden pun orang die jugak. Mereka ini memberi perlindungan kepada Najib dari tekanan dalam dan luar. Secara teorinya, kedudukan Najib dalam UMNO adalah stabil dan tidak tergugat.

Persoalannya, adakah orang Melayu boleh bertahan sehingga PRU14 dengan asakan komunis sekarang?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2014 at 1:03 AM

Mungkin kita semua terlupa, mereka yang penggalas tugas berat dan harapan kita semua adalah PENGUNDI-PENGUNDI PARLIMEN PEKAN! Mereka yang sebelum ini memenangkan Najib, mereka inilah juga yang boleh menjatuhkan Najib sementelah dia sendiri ego tak nak letak jawatan walau didesak.

Masalahnya, parlimen Pekan sentiasa dimanjakan dan digula-gulakan. Apa kata pengundi parlimen Pekan UBAH dengan undi protes asalkan najib tak kekal jadi PM PRU14 nanti. Kata putus adalah pada pengundi sana, sama ada nak terus lihat Melayu hina di tanah air sendiri asalkan parlimen Pekan dapat apa sahaja atau seluruh negara dapat manfaat dan Islam, Raja Melayu dan Melayu terbela. Parlimen Pekan mempunyai peranan untuk memastikan Melayu tidak merempat di tanah sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2014 at 1:11 AM

Najib Razak @ Ah Jib Gor Nie PONDAN, BLURR, Takut Bini... JANGAN HARAPlah Si Boddoh Labu Dgn Kangkung nie nak letak JAWATAN - Undur Diri dan sewaktu dengannya.

Lihat saja Isu Kalimah Allah, Diak Buat Dont Know Diam Aje - Isu Kenaikan Harga - Berapa Lama Baru - Saya Arahkan KPDNKK check Berapa Kandungan Gula dalam Teh Tarik..

Najib Nie Suka Makan Kangkung denagn Teh Tarik agaknye... Dah Tak usahlah kelentong, Kalau Boddo Tu Boddo lah Tak Kemana.. Nie Menyusahkan Seluruh Melayu Apa Hal...

Kita Tengok ada tak Pemimpin UMNO lain yang Berani Nak Tegus Najib Boddo nie sama Macam Laksamana Muhkriz... Jangan Ada yang pie Hantam Mukhriz Nak Sangat Back-up Najib udah ler..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2014 at 1:24 AM

Ya!

Saya sekeluarga non partisan. Undi BN baru2 ni. Tapi bertekad tidak akan keluar mengundi pada pru akan dtg. Kenalan saya yg pro kerajaan hampir semua hanya menggeleng kepala akibat kecewa dgn kerajaan dan umno. Apatah lg selepas PAU tempoh hari. Ramai yg dah give up dgn umno.

Saya 99.9% pasti, bn akan akan hilang separuh drpd kerusi yg ada sekarang..nak harap mca dan mic? Dorang pun harap ehsan pengundi melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2014 at 1:43 AM

bro din...mudarat yg paling besar adalah najib....yg kedua adalah umno dan yg ketiga adalah pr. kerana najib bukan pemimpin yg dapat membawa bangsa melayu mercu kejayaan serta membawa kerosakan kpd islam. yg kedua umno kerana di barisi oleh pemimpin2 yg pentingkan diri sendiri. dan pr adalah musuh islam yg nyata kerana ditunjangi oleh komunis dan cauvanis. Jadi utk keselamatan bangsa melayu dan islam ahli2 umno perlu menyahkan najiib serta pemimpin2 yg takde jati diri melayu. Jangan tunggu PRU14 baru nak hindar mudarat yg boleh memudaratkan melayu dan islam. sekarang la masanya sebelum terlambat.

....................
Reply To This Comment ...................
January 22, 2014 at 2:07 AM

@Anonymoussaya lepaskan komen sebagai contoh. Tak perlulah nak gunakan kata2 kesat begitu. Kalau ya pun nak lepas geram, gunalah bahasa yg biasa.

ada artikel2 tertentu yang saya lepas, kalau dibiarkan selalu, pembaca akan boring dan tidak akan baca.... sia2 jer saudara taip.

nak marah pun ada bahasa yang molek .

....................
Reply To This Comment ...................
January 22, 2014 at 2:20 AM

@Malaysian Cybertrooperkita cuma mampu berharap ahli2 Umno mampu berfikir matang dan meletakkan agenfa bangsa dan agama didepan berbanding taksub kepada pemimpin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2014 at 2:33 AM

Nasi dah jadi bubur.Tak menarik langsung parti terbesar melayu nie.Nak bangga dengan sejarah silam kepimpinan terdahulu.Untuk apa.Bukannya sama dengan era sekarang.Naik tekan keyboard utk menyokongpun,feelnya dah hilang.Tak kan nak makan umpan Br1m sampai Pru 14,isu kalimah Allah.Rakyat makin susah.Lagi besar nilai duit brim lagi la susah.Harga barang boleh berubah2 ikut pesta.Brim abis satu hari,nak tempoh 364 hari,macam mana.Harga barang naik.Gaji gomen bertingkat2.Produktiviti tak ada.Bagi kat swasta atau consultant buat kerja.Habis duit begitu sahaja.Hasilnya tak nampak.Boros2 juga.Jet sampai 7 bijik,betul ker.Dah jenuh baca macam2 isu,naik sarat dlm kepala.Nilai ringgit dah merudum.Orang singapore,seronok ler,ble gi shopping melonjak girang sampai ke siling.Orang malaysia makan hati ler, terconggak2 tekan calculator setiap hujung bulan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2014 at 2:46 AM

Salam,

Apa yang saya tulis ini mungkin tiada kaitan dengan tajuk artikel, tapi wajar kita sebagai orang Melayu untuk renungkan. Pada 5 Mei 2013, hari pengundian PRU13 yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Rakyat bersiap sedia untuk menunaikan tanggungjawab memilih kerajaan untuk tempoh 5 tahun akan datang.

Sejak awal pagi, satu fenomena yang pelik diperhatikan di seluruh negara. Pengundi-pengundi yang berasak-asak dan beratur panjang sejak awal pagi didapati kebanyakannya terdiri daripada satu kaum sahaja, iaitu komunis. Mereka berasak-asak seperti mahu segera membuang undi, tidak mahu membuang masa seperti "tiada petang untuk hari tersebut".

Menjelang tengah hari, bilangan pengundi komunis didapati semakin berkurangan. Orang Melayu pula makin bertambah ramai. Keadaan ini berterusan sehingga petang, apabila hampir tiada komunis dikesan berada di pusat mengundi. Seolah-olah mereka ini ghaib entah ke mana. Orang Melayu kelihatan masih memenuhi pusat mengundi sehingga tamat masa mengundi.

Menjelang malam, puak komunis ini dilaporkan telah berada di rumah masing-masing dan tidak keluar ke bandar. Keputusan PRU13 ditunggu sama ada komunis berjaya memerintah atau tidak. Sementara orang Melayu masih berada di luar, puak komunis menyembunyikan diri dalam rumah untuk menunggu keputusan. Jika berlaku sebarang kekacauan, mereka telah siap-sedia berlindung dalam rumah masing-masing.

Jika berlaku kekacauan, pihak yang bertelagah ialah orang Melayu sama ada UMNO dan PAS. Komunis hanya memerhatikan kita dari dalam rumah dengan tersenyum sinis melihat Melayu bertarung sesama sendiri. Benarlah pesan orang-orang dahulu, "menang jadi arang, kalah jadi abu". Siapa yang menang, siapa yang kalah.

....................
Reply To This Comment ...................
January 22, 2014 at 6:34 AM

Din,
Najib buat pengumuman yg dia akan pergi check harga brg di pasar tani putra jaya minggu ni.
Aku gerenti din semua brg akan turun harga di putra jaya minggu ni.
Dan Nsjib akan kata siapa kata harga brg naik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2014 at 8:53 AM

aku tunggu Anwar tak ada je dalam PR....kalau Anwar tak ada...memang sah aku undi PR....UMNO Najib Rosmah boleh blah!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2014 at 11:03 AM

Isunya Bukan MARAH kerana keluarkan Bahasa Kesat.. Kita Orang Melayu Memang Sopan Berbahasa... Tapi Bila Orang Dah Keterlaluan Menggunakan Kuasa untuk Kepentingan Diri Sendiri dan Kepentingan Segelintir Individu, membiarkan Majoriti Senggsara..Apa Nak Melayu Diam saja dan KOMEN dengan Bahsas yang Indah dan Baik..

Jadi Memang Benarlah akan kata Punahsihat Najib...Mana Melayu Majoriti Berani nak Kutuk dan Mengata kat Pemimpin Mereka..

Takkan Isu Demo Di Penang nak di ambil kira, takut ada Melayu Backed-up Najib Boddo tuuh.. Isu di Penang sudah sampai Tahap Melampau... Melayu sudah jadi Pendatang di Bumi Sendiri..

Tanyalah kepada Pemimpin Melayu itu Sendiri.. Contoh Berapa Lama Gerakan BerTAPA di Pulau Pinang, Walaupon UMNO yang memenangi Kerusi Majoriti? Koh Suu Koon Berapa Lama dia Jadi Ketua Menteri Penang? Apa Nasib Melayu semasa Kerajaan BN memerintah di Penang dan sebaliknya APA nasib Melayu semama Kerajaan DAP Memegang Penang?

Kenapa Anak Penang Sendiri sewaktu Pak Lah Menjadi Perdana Menteri.. Melayu masih GAGAL di Penang..

Sama jualah Anwar Ibrahim.... Sebagai Ketua UMUM Pakatan Rakyat.. Apa yang Anwar Mampu lakukan untuk mengembalikan Hak Melayu di Penang? Siapa Yang lebih berkuasa Lim Guang Eng atau Anwar Ibrahim?

Berbalik pd Isu Menghentam Najib @ Ah Jib Gor..Sekiranya Melayu di Kuala Lumpur atau mana2 pelusuk tanahair di suruh Berdemo kerana Mempertahankan Najib, Ada siapa Yang Nak Turun?

Najib dgn Bantuan Punahsihat sudah berjaya MENUKARkan sistem Pengundian demi Untuk Kekal Bertakhta...dan memastikan Orang2 Pilihannya juga Kekal Berjawatan di dalam UMNO.

Sekelian Ahli UMNO inginkan perubahan.. mereka membuang undi.. tetapi UNdi Ketua Bahagian lah yang menjadi Pennentu Pemilihan Sebenar.. Ini dpt dibuktikan UNDI Popular melebihi Undi Pemilihan?

Kenapa Tiada Sesiapa pon.. Blogger Pro Kerajaan mahupon sesiapa saja MENGUPAS MENGULAS dan KOMEN sistem pemilihan YG TIDAK ADIL ini?

Keadaan tidak akan berubah dgn adanya sistem yg direka khas oleh Punahsihat ini..

Allah telah berfirman dan Nabi Muhammad telah pon bersabda(Allah dan Para Malaikat Berselawat keatasNya dan Sekelian Para Nabi) mengenai.. Kesalahan Memilih Pemimpin.. Jika sekiranya Meraka yang tidak layak di pilih menjadi Pemimpin.. Maka tunggukah saat kebinasaannya..

Jadi sekarang SUDAH JELAS & TERBUKTI bahawa NAJIB menyamai perumpamaan Firman dan Sabda tersebut..Boleh Tolong Pok Din, Syed Hassan PERKASA, ISMA atau mana2 NGO Melayu Islam yg Sebutkan Cara, Saluran, Langkah Yang Baik untuk digunakan dan dilakukan supaya Najib nie Berundur dan Letak Jawatan?

Situasi kita dengan situasi dulu sudah berubah... Ayahanda Tun M pon sudah tak didengari dan dipedulikan oleh Najib.. Maka siapa lagi di Bumi Malaysia nie yg mampu nak Menegur dan Menasihati Najib yg dikelilingi oleh PUNAHSIHAT yang takut dan khuatir akan kehilangan Jawatan Masing2...

Apa lagi boleh Saya sebagai seorang Rakyat Buat? BALUN DAN BERKATA2 kesat, harap2 Najib dan Punahsiaht ada terbaca dan terdengar...itu sajalah yg boleh dibuat, selain Berdoa dan Qunut Nazillah khusus untuk Najib setiap Hari..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2014 at 2:23 PM

Salam,
Cakap la cam na pun. Org kat atas sana baru menang tanpa bertanding. Pemimpin dok pakat puji diri krn perasan hebat dan dipilih ramai ahli. Bg mereka ini peluang utk merebut jawatan mp dan dun serta pakej kontrak jutaan ringgit. Ada mereka peduli org lain? Tak ada pun melainkan kroni yg berada disekeliling.

Sy pernah hadir beberapa majlis pembesar, ramai yg sibuk dan tunjuk diri ialah golongan pengampu. Cukup la yg ada dkt org yg diperlukan, tp ada yg tukang sibuk nak betada hampir dgn pembesar. Patutnya kita pi dengar pembesar berucap tin kosong. Tapi ramai yg pi buat jadi tong kosong. Bunyi tin kosong dan tong kosong kuat la, tp tarak apa.

So, kesimpulannya, nak harap ah jib gor letak jawatan macam pakai kondom dok harap mengandung.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2014 at 2:43 PM

Negara yang mempunyai nilai matawang yang kukuh, sangat beruntung dalam menangani kos sara hidup dan membuat keuntungan.Melambakan barangan di pasaran dari luar yang berdaya saing bersesuaian dengan kehendak atau keperluan pengguna yang berpendapatan rendah dan sederhana rendah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2014 at 5:23 PM

"Janganlah kita harapkan suasana indah lagi cerah,dengan meninggalkan dunia yang kelam penuh kelat dengan sekelip mata".Terjemahan peribahasa dari negara uganda.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2014 at 7:25 PM

Aku takut,PM smash kita balik sampai berbaloi2 nanti.Perkembangan terbaru berkait rapat dengan note RM 100 dan RM 1000 wang fiat berjumlah trillion ringgit yang berada di jepun dan china oleh RBF.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2014 at 5:14 AM

mudarat kecil,mudarat besar.Dua2 dah masuk fasa tersebut......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 24, 2014 at 3:30 PM

Bro din , tak payah nak fikir jauh2 setiap kali pilihanraya yang di menangi oleh UMNO@BN selalunya tidak tulus dikatakan itu dan ini oleh pembangkang , dimana kerajaan BN hanya senyap saja bila dilempar tomohan belaka dan BN hanya mampu senyap saja , dah kira masa sekarang kerajaan BN akan tergoyang jugak sekira salah lagi langkah , seperti mana banyak zaman empayar yang besar dahulu pernah jatuh .apa entah lagi BN selagi melayu masih berpecah lagi itu kekalahan untuk UMNO@BN, kalau bangsa cina boleh bersatu boleh tumbangkan kerajaan BN diPRU 13 , r u ready for psy , yessss!!!! R u ready for BN , NOOOOOO!!! Sudah terbukti bangsa cina akan buat sekali di PRU 14 selagi kita belum temu calon PM yang boleh patahkan bangsa cina nie

Puff

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2014 at 9:41 PM

AKU TAK SUKA SUMA KOMEN YG BERUNSUR RASIS.SAYA X PERCAYA DAP BOLEH JD KUASA UTAMA WALAUPUN PR MENANG NANTI.ORG CINA X SAMPAI PUN 30% DR PNDDK MAL.ORG MELAYU DLM PEMBANGKANG BKN SUMA BODOH SEPERTI YG KAMU FIKIRKAN..MALAH APA YG SY NANPAK, ASAL JD PEMIMPIN YG BAIK PASTI KENA PINGGIR KALU DALAM BN..SO JGNLAH ASYIK DGN OTAK RASIS SJ...ITU BKN AJARAN ISLAM...

....................
Reply To This Comment ...................
April 1, 2014 at 10:08 PM

@AnonymousKuasa tidak semestinya bergantung kepada bilangan ahli, tapi lebih kepada PENGARUH.

Jadikan isu kalimah Allah sebagai contoh.

Apakah pendirian Pas dan Pkr dalam isu ini dan apakah pendirian bersama PR pula ?

Kenapa pendirian Pas tidak sama ?

....................
Reply To This Comment ...................
May 9, 2015 at 4:19 PM

asalamualaikum wbt....sblm ini saya hanya memerhati aja komen2 di sini, tergerak lah hati sikit nak memberi komen ini, tak tahu lah saya boleh ke tidak cara ini, sbb saya bukan nya ahli politik, cuma terlintas di fikiran, sejak akhir2 ini, iya..tidak di nafikan, mmg rakyat tidak mengira apa kaum marah dengan kerajaan yg ada, sedih saya dengan kepimpinan sekarang. di kedai2 kopi , sudah terdengar yg umno sudah tidak relevan, bnyk yg mahu ke PR untuk next PRU, terdengar jugak cakap2 mereka no choice, walaupun tahu DAP di situ, cuma menyedapkan lagi pilihan mereka ke PR ialah tidak mungkin sekiranya BN tumbang, maka tampuk pemerintahan akan di perintah oleh DAP, maka pasti di perolehi oleh PKR atau PAS, tu dia sampai sebegini rakyat memikirnya bagaimana mahu buang BN dan UMNO, cuma fikiran saya pulak, begini dan sekiranya tidak betul, maafkan saya, ini hanya mencari arah atau ruang untuk mengajar pimpinan yg tidak amanah untuk rakyat...
saya hanya bertanya kepada sesiapa sahaja, adakah boleh kita buat sebegini, sekiranya parlimen di bubarkan bila menjelang PRU,maksudnya tidak ada mandat sesiapa yg memerintah...agak saya la, maksudnya ia sementara terpulang kepada agong dan raja2 melayu sebagai pemerintah, di sini saya hanya bertanya kepada semua, sekiranya rakyat memboikot tidak kluar mengundi dan tidak memilih kerajaan, maka ia nya secara tidak langsung boleh atau tidak terpulang kepada agong dan raja2 melayu....maaf sekiranya pendapat saya ini betul atau tidak, saya hanya mencari alternatif kepada masaalah sekarang yang di hadapi sekalian rakyat malaysia, yg buntu dengan pemimpin sekarang yang ada, mahu pun UMNO, PKR dan PAS..sekadar untuk renungan...wallahualam..

Post a Comment