........... Jangan Haramkan Wolf of Wall Street ! Rakyat Mahu Berkongsi Kebanggaan Riza Aziz ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Jangan Haramkan Wolf of Wall Street ! Rakyat Mahu Berkongsi Kebanggaan Riza Aziz !

Friday, January 17, 20146comments

Saya tak puas hati bila dapat tahu filem Wolf of Wall Street yang baru saja memenangi Oscar Award telah diharamkan penayangannya di Malaysia. 



WHY  ?  WHY  ?

Rakyat Malaysia nak tonton dan mahu juga berkongsi kebanggaan di atas kejayaan anak Malaysia Riza Aziz yang syarikatnya Red Granite Pictures menjadi penerbit filem berkenaan. 

Tidak ada penerbit maka tidak akan adalah filem itu, kan ? Kalau Riza tak keluar duit untuk beli filem itu, Leonardo DiCaprio tidak akan menang award pun ! 


Memerlukan satu tahap kebijaksanaan melampau untuk berjaya dalam industri perfileman Hollywood dan memilih filem yang bakal meletup, apatah lagi memenangi sebarang Oscar Award bukannya calang2 orang mampu buat.

Riza Aziz berjaya melakukannya ! TAHNIAH !

Sekarang berilah peluang kepada rakyat Malaysia untuk berkongsi kejayaan pelaburan beliau dan waktu sama menyumbang kepada kutipan tiket filem tersebut.



Minat yang mendalam dalam bidang perfileman mendorong anak muda itu bersama rakan-rakannya memulakan perniagaan perfileman di Hollywood sehingga berjaya menerbitkan beberapa filem terkenal.


Malah katanya, pembabitan Riza itu juga berjaya memecahkan monopoli Yahudi dalam dunia perfileman di Hollywood.
 

Kata rakan rapat itu, berdasarkan perkembangan tersebut, tidak mustahil Riza akan menjadi rakyat malaysia pertama dicalonkan utnuk Golden Dblobe Award dan anugerah Oscar yang berprestij itu.

"Siapa tahu satu hari nanti Riza boleh membuka laluan kepada pengarah-pengarah filem di negara ini untuk mengarah filem di Hollywood, begitu juga membawa pelakon-pelakon tempatan menempa nama di sana," katanya - MalaysiaGazette



Ya Riza SUDAH PUN BUKTIKAN !

Saya mohon kerajaan luluskan filem Wolf Of Wall Street ditayangkan di negara kita.

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2014 at 8:19 PM

Apakah engkau menyindir din ....
Kasihan kat ah jib gong ...
Nampaknya raya cina tahun ni dia tak akan menari tarian naga ... dan juga tak akan memukul gendang cina ...
Kita telah kehilangan kemeriahan sambutan raya cina ...
Nampaknya makan besar tahun ini juadahnya adalah berasaskan kang kung.
kalu ada sampul ang pow yang diberikan secara percuma mungkin akan dihiasi dengan gambar muka ah jib gong yang poyo yang menjadi minat engkau dan berlatar belakang gambar kuda yang mukanya seiras wajah ah jib gong yang sedang makan kang kung.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2014 at 8:33 PM

Gila kau...cerita 18 sx ni...kalau nak2 nati aku tolong download kt kau ya abg din...kn dah kata orang melayu ni bijak tpi bijak tak kena cara kalau bijak cara yang baik dah lama orang melayu tawan dunia ni huh

....................
Reply To This Comment ...................
January 17, 2014 at 8:53 PM

Pulak ..... jadi saya sepatutnya tulis HARAMKAN filem ini ? Nanti orang Rosmah marah pulak ... Mana satu nih ? Confused !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2014 at 8:56 PM

tu la ... awalnya saya dah tanya abang din ...
adakah dia menyindir ah jib gong ...
satu sindiran yang membuat kak ros terduduk ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2014 at 10:51 PM

Aku suka pilem nih! Banyak guna ayat2 kemelayuan seperti 'pak yu'. Mak yu dan pak wan polak mcm tak ader dlm skrip. Saya jangkakan pilem nih boleh box=office kalu ditayangkan kat Malaysia! Saya sokong cadangan en.Din!

....................
Reply To This Comment ...................
January 17, 2014 at 10:53 PM

kalau dah dapat award, collection gerenti meletup ! bolehlah bayar balik modal niih....

kat sini kena astro la kut, din. langgan je 3 pg he..he..

Post a Comment