........... Isu Tarik Balik Saman Tian Chua - Ada Satu Perkara Yang Seharusnya DiLakukan Umno Sebagai Bukti keJANTANan Masih Ada | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Tarik Balik Saman Tian Chua - Ada Satu Perkara Yang Seharusnya DiLakukan Umno Sebagai Bukti keJANTANan Masih Ada

Thursday, January 23, 201415comments


Nampaknya Umno masih belum selesai mempertahankan kePONDANan tindakannya menarik balik saman terhadap Tian Chua dengan kenyataan media yang terbaru dari Tengku Adnan Mansor -

"Umno tidak akan sesekali berkompromi atau beralah dengan pihak yang berniat jahat, tetapi dalam kes itu, pihak lawan meminta untuk ia diselesaikan di luar mahkamah dengan kekesalan terhadap apa yang telah dilakukan," tegasnya dalam kenyataan media, di Kuala Lumpur hari ini. -TMI

Umno masih mempertahankan yang Tian Chua sudah meminta maaf berdasarkan tindakannya menyatakan kesal dan menarik balik artikel berkaitan WALAUPUN tuanpunya badan sudah membuat pengakuan yang beliau TIDAK ADA meminta maaf pada sesiapa pun !


Saya ada berikan satu perumpamaan sebelum ini ( KLiK ) dan suka saya ulangi sekali lagi sebagai reaksi kepada kenyataan Ku Nan di atas -

Umpama berbangga berjalan sambil menunjukkan telur yang mereka tatang, perasan konon telur mereka besar padahal orangramai hanya mentertawakan saja saiz telur mereka kerana pada penglihatan orangramai telur yang mereka bawa itu teramatlah kecil .... namun mereka tetap juga berdegil kata sebagai besar !

 Kalau bukan SYOK SENDIRI namanya, apalagi yang boleh kita panggil mereka ini ?


Sebenarnya ada satu perkara yang pemimpin Umno, terutamanya mereka yang terlibat mengeluarkan kenyataan PONDAN dalam isu ini, harus dan telah lakukan selepas Tian Chua kencing mereka tapi sehingga kini yakni SELEPAS 10 HARI bau hancing itu berlegar, tidak ada siapapun terfikir hendak buat.


Kenapa tidak ada seorang pun pemimpin Umno yang tampil menempelak Tian Chua di atas kenyataan Tweeter di atas, menuduh Tian Chua seorang PENIPU dan MENUNTUT Tian Chua MENARIK BALIK kenyataan Tweeter itu serta MENUNTUT Tian Chua MEMINTA MAAF secara terbuka  ? !

Ini penting sebagai BUKTI yang menunjukkan mereka telah merasa tertipu kerana beranggapan Tian Chua ikhlas meminta maaf melalui kenyataan kesal dan tindakan menarik balik artikel tetapi kemudiannya beliau menafikan ada meminta maaf.

Bukankah keseluruhan penyelesaian melalui tindakan menarik balik saman adalah bersandarkan anggapan yang Tian Chua telah MINTA MAAF ?


Saya melihat dengan ketiadaan kenyataan seumpama itu seolah menunjukkan Umno sendiri tahu dan akur dengan kedegilan Tian Chua dan BERSAMA bersubahat untuk menutup kes melalui permainan kata-kata. 

Dan itulah persepsi yang diterima ramai ketika ini.

Walaupun kenyataan media itu ada melaporkan - Tengku Adnan turut menegaskan bahawa walaupun saman fitnah itu selesai, Tian Chua masih lagi berhadapan dengan tuduhan jenayah iaitu hasutan di Mahkamah Sesyen di sini, ekoran laporan polis yang dibuat rakyat berhubung insiden tersebut. - itu adalah isu lain. Itu antara Tian Chua dengan Rakyat. 


Sekarang ini adalah isu antara Umno dengan Tian Chua. Ini adalah isu MARUAH UMNO  di mata rakyat !


Terserahlah pada Umno ..... kalau masih juga berdegil dan mahu dilihat sebagai SYOK SENDIRI, itu adalah pilihan anda .....

Rakyat akan melihat sebagaimana Umno RELA dikencing Tian Chua, begitu jugalah Umno RELA dipandang hina oleh rakyat.


PS - Pemimpin Umno tidak ada rasa apa-apa keMALUan ke dengan Tweet Tian Chua itu ? Kalau ada, kenapa tak balas ?

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2014 at 8:42 AM

PONDAN...sembang memang kencang..tapi telur masuk ke dalam..

itulah dia pilihan perwakilan umno tempoh hari..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2014 at 9:42 AM

Tak kan bodoh sangat UMNO ini. Sepatutnya suruh sahaja Tian Chua buat announcement dalam surat khabar dahulu kalau dia betul kesal,kemudian baru lah settle out of court.

Tapi kalau President party mereka pun BODOH memang kurang sopan dan salah protokol kalau mereka ini berlagak lebih pandai dari boss mereka.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2014 at 9:46 AM

bro din , apa nak buat , dapat president tak ada telor , timabalan telornya macam biskut,kejab ada kejab tak ada, keris mudin memang dah lama tak ada telor, zahid awal dulu nampak macam telor besor, rupenya telor tembelang atau telor temberang (telor palsu),ahli majlis boleh di katakan semua, ketua pemuda. ini lagi tak boleh pakai , cakap kalahkan ketua pembangkang , telor besor tapi salah guna (lagi hampeh dari orang yang tak ada telor) kitol2 bila le engko nak sedor diri..

....................
Reply To This Comment ...................
January 23, 2014 at 9:47 AM

@AnonymousCara mengaitkan Najib ...ada kelaaaaasssss :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2014 at 10:55 AM

Menteri Cap Ayam. Kalau telur ayam tu boleh di masak dan di makan.Tapi telur menteri tak masak2, cuma utk dijentik je!
.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2014 at 10:59 AM

mana UMNO ada telor sekarang ni. zaman Tun M dulu lainlah. sekarang seluruh kabinet macam kangkung je. PRU14 kena cari parti lain ganti depa ni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2014 at 12:13 PM

Din aku tgk page sstdm dgq kata ada ang paw ada gmbar ah jib gor...mwahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
January 23, 2014 at 1:15 PM

Beginilah keadaan yang sedang berlaku didalam UMNO. Presiden memang ada, timbalan pon ada. Sayap ada tiga. Tapi tiada peneraju. Apa yang ada hanyalah jawatan tapi tidak di isikan dengan tanggungjawab. Susun atur kerja tidak diawasi.

Perkara sebegini besar yang melibatkan maruah UMNO sepatutnya ditangani oleh MT yang dipengerusikan oleh Presiden. MT yang patut keluarkan arahan dan disampaikan oleh Setiausaha. Barulah biro-biro tertentu menjalankan tanggungjawab masing-masing. Hasil kerja dilaporkan kembali kepada MT dan sekiranya MT tidak berpuas hati, maka tindakan susulan harus diambil.

Apa yang berlaku sekarang adalah masing-masing cuba tunjuk pandai dan buat dulu sebelum sebarang keputusan dikeluarkan oleh MT. Bila dah terpercik kemuka sendiri, mulalah kelam kabut. Biro perundangan keluar statement sendiri. Konon nak bela diri. Setiausaha dah tentu tak mahu jadi kambing hitam. Maka keluar juga satu lagi statement. Walaupun bercanggah, tengkuk sendiri mesti diselamatkan dahulu.

Bila sayap dipersoal kenapa tidak bertindak, cepat je jari menunding kearah lain. Protokol jadi alasan. Perkara ni semua baru sekarang kita nampak jelas tetapi bukan kepada pembangkang. Mereka dah tahu lebih awal dari kita. Itu sebabnya mereka nampak lebih berkuasa dan berani bertindak. Mereka dah tahu rahsia dalaman pucuk pimpinan UMNO. Tinggal lagi kita belum terlopong mulut bila pendedahan dibuat tentang siapa sebenarnya agen pembangkang yang berjaya menyusup masuk ke dalam kepimpinan tertinggi UMNO.

Kalau DAP menggunakan Cina yang ditempelkan nama Melayu untuk memelayukan dia, didalam UMNO pula seorang Melayu yang berhati Cina tetapi ditempelkan dengan baju melayu dan songkok untuk memelayukan dia.

Siapakah gerangan manusia tersebut? Adakah dia suka makan kangkung? Mungkingkah sotong juga jadi kegemarannya?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2014 at 4:45 PM

Menjelang Tahun Baru Cina yang akan menjelang pastikan kaki dan tangan Ah Jib Gor diikat supaya beliau tak tergedik-gedik muncul dalam iklan TV sambil memalu gendang. Cukup-cukuplah memperabihkan duit rakyat semata-mata untuk membodek kaum yang tak mengenang budi. Masih lagi jelas di ingatan, mereka inilah yang memegang banner "I Love PM" secara beramai-ramai. Lalu Ah Jib Gor tersenyum simpul dengan mengandaikan bahawa BN confirm dapat undi 100% dari kaum ini. Lalu, ingatkan hujan sampai ke petang, rupa-rupanya tsunami cina di tengahari. Sejak itu beliau tersentak kerana rupa-rupanya selama ini beliau diberi maklumat yang salah oleh orang kanannya. Sudah jelas bahawa cina lebih sayangkan DAP daripada BN.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2014 at 7:23 PM

Salam,
Bro tak baca komen saya ke? Kesal, tersalah cakap, tidak bermaksud, tiada niat, bukannya, salah tafsir, silap sumber, bukan umno tapi blogger umno, antara yg sinonim dengan minta maaf zahir batin. Pemimpin umno mempunyai perbendaharaan kata yg luas dan maksud yg luas.

Kangkung sama dengan ayam, daging, ikan, tarif letrik, petrol dan subsidi. Maksud kangkung turun harga, itu la maksudnya.

....................
Reply To This Comment ...................
January 23, 2014 at 10:46 PM

Din, ini kisah telo dua darjat. Jika kita berbicara, mereka akan tanya siapa kah kita ? Masa memerlukan undi lembut lidah dari gigi.

Di sebelah pembangkang PR lagi hebat sandiwara nya.

Dalam kelab privat dan eksclusif, mereka bertepuk tampar...... camana nak saman ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 24, 2014 at 1:25 AM

Kes Pencerobohan Lanun Pengganas Lahad Datu menyebabkan kematian sperti berikut:-

1 Mac 2013 - Asisten Supritendan (ASP) Zulkifli Mamat, 29, dari Pasukan Polis Komando VAT 69
1 Mac 2013 - Sarjan Sabaruddin Daud, 46, dari Pasukan Komando VAT 69
2 Mac 2013 - Asisten Komisioner Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman.
2 Mac 2013 - ASP Michael Padel, 36, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna.
2 Mac 2013 - Sarjan Abdul Azis Sarikon, 48, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.
2 Mac 2013 - Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran, 27, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.
2 Mac 2013 - Sarjan Detektif Baharin Hamit, 49, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.
2 Mac 2013 - Koperal Salam Tugiran, 42, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.
12 Mac 2013 - Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Batalion 7 RAMD Tawau.
12 Mac 2013 - Prebet Ahmad Farhan Ruslan, 21 (kemalangan), dari Batalion 3 RAMD Kota Kinabalu.

Artikel Keadilan Daily bertarikh 6 Mac 2013 “Insiden Tembakan Di Lahad Datu Konspirasi Terancang UMNO –“ Serangan Tembak Menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang Kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat” – kata Naib Presiden Keadilan, Tian Chua

Jika sekiranya UMNO sudah menarik balik samannya ke atas Tian Chua, dan menyelesaikan kes mereka melalui jalan luar mahkamah, dan Tian Chua ini masih dengan SOMBONG dan ANGKUHnya mengeluarkan statement dlm FBnya 12 Jan “Correction to certain news reports: my settlement with UMNO involved withdrawal of article in Keadilan Daily, THERE WAS NO APOLOGY TO ANYONE.

Secara impliednya Tian Chua masih berkeras bahawa Kejadian tersebut adalah suatu KONSPIRASI TERANCANG, bilamana beliau tidak mahu berganjak waima sehun pon apatahlagi untuk meminta maaf daripada keluarga anggota keselamatan di atas.

Saya dengan SUKACITAnya ingin menyarankan supaya Ahli Keluarga mangsa di atas memfailkan SAMAN terhadap Tian Chua, Parti Keadilan Rakyat, Keadilan Daily dan UMNO (sebagai Sabit Kes), menuntut keadilan dari segi fitnah, maruah, nama dan jasa baik seluruh anggota keselamatan dan keluarga terbabit

Apakah jenis2 saman yang boleh difailkan oleh keluarga mangsa, samada saman malu, fitnah dan tuntutan gantirugi ke atas Tian Chua, Parti Keadilan Rakyat, Keadilan Daily dan UMNO (sabit Kes).

Majoriti yang Mati Shahid di atas adalah Orang Melayu Islam… Kenapa TIDAK ADA SATU pon Peguam-Peguam mahu menolong Keluarga Mangsa di dalam memfailkan samam terhadap Tian Chua, PKR dan Keadilan Daily? Mana Perginya Peguam-peguam Melayu Islam…

Apa Boleh Perkasa – Syed Hassan, ISMA mahupon mana2 NGO Melayu Islam tampil untuk membantu keluarga anggota keselamatan di dalam memfailkan saman ini?

Apakah Ada di kalangan para pembaca dan pengomen yang berpengetahuan dari segi perundangan atau ada eke Peguam yang boleh memberikan sedikit penjelasan mengenai saman yang boleh dibuat?

Anak Warisan Dari Ampang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 24, 2014 at 1:36 AM

Yg PALING tak best, dah lebih 5 tahun tadbir negara tp masih duk highlight kehebatan bapak dia. Sampai bila dia nak duduk bawah bayang2 bapak dia?
Knapa dia tak nak tunjuk kehebatan diri sendiri?

.....sebab tak ada kut...???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2014 at 2:55 AM

kak ros rupawan ada kat jb sekarang.persidangan isteri2 wakil rakyat semasia.bini2 wakil rakyat claim juga ke???berapa lah pulak belanja?tido makan mileage hmmm.perlu ke depa bersidang??takat nak lawan badminton??habih boreh je!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2014 at 8:40 PM

Semua yang ada dlm UMNO sekarang .. BETUL2 TIADA TELOR .. BERJUANG KEPENTINGAN KANTUNG SAHAJA..
APATAH LAGI SI KITOL KJ..

Post a Comment