........... Isu Serbuan JAIS - Pendirian KJ Adalah - Itu Masalah Kerajaan Selangor ! Kabinet Pegang 10 Point Solution | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Serbuan JAIS - Pendirian KJ Adalah - Itu Masalah Kerajaan Selangor ! Kabinet Pegang 10 Point Solution

Thursday, January 9, 201423comments


Ini dia pendirian Khairy Jamaluddin sepertimana yang disebut beliau dalam rancangan Soal Jawab TV3 sebentar tadi berkenaan isu Serbuan JAIS yang terbaru.



KLiK untuk ke Youtube.


0:42 - dalam perkara serbuan ini, ini adalah soal undang2 Enakmen Agama Islam Negeri Selangor  sendiri..... yang melarang penggunaan beberapa perkataan untuk orang bukan Islam .... dan atas Akta itulah serbuan ini dibuat.

...sekiranya ada apa2 masalah atau kritikan mengenai tindakan yang dibuat oleh JAIS, itu harus dituju kepada kerajaan Negeri Selangor. Sebab kerajaan Persekutuan tidak ada locus standi untuk buat apa-apa pendirian mengenai perkara ini.

Kita pegang kepada keputusan Mahkamah dalam kes Herald dimana kerajaan Persekutuan, kita telah buat ketetapan ...dan ini juga pendirian saya, bahawa kita bantah penggunaan kalimah Allah oleh Herald yang diterbitkan oleh Katolik Church.

Dan kabinet ..kita pegang kepada 10 Perkara Penyelesaian yang dipersetujui oleh jemaah Menteri pada bulan April 2011 dimana kita membenarkan bible2 yang ada kalimah Allah tersebut digunakan di Sabah Sarawak dan sebagainya, tetapi tertakluk kepada beberapa syarat2 ...contohnya di Semenanjung mesti ada chop bahawa bible itu untuk digunakan oleh penganut agama Kristian sahaja dan sebagainya.

Bagi saya, dalam kes yang terkini iaitu serbuan JAIS - it's a State matter... adalah perkara yang hanya dapat diselesaikan diperingkat Negeri. Dan oleh kerana melibatkan titah Tuanku dan satu Enakmen Negeri - perlu diselesaikan di peringkat Negeri bukan kerajaan Persekutuan.

Kita pegang kepada Penyelesaian 10 Perkara ....


Mungkin KJ juga bercakap bagi pihak Kerajaan Pusat sebab beliau menggunakan gantinama 'kita'.

Nah ! BERBELIT2 cakap ..... Mula2 tu macam nak pertahankan JAIS yang bertindak atas Enakmen Syariah, kemudian ditekankan kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Herald .....

Kita BANTAH penggunaan kalimah Allah oleh Herald ... TAPI kita pegang kepada 10 Perkara Penyelesaian....  ? ? ?

Last sekali .... Kes JAIS adalah masalah Kerajaan Negeri Selangor !

Baik punya PLAYSAFE !

KJ bantah penggunaan kalimah Allah oleh pihak Herald SAJA, tapi penggunaan oleh pihak gereja sepertimana terkandung dalam alKitab, KJ ( dan juga kabinet ) berpegang kepada 10 Perkara Penyelesaian ( 10 Point Solution / 10 Point Najib )

Tapi KJ sedar atau tidak yang dalam kes serbuan terbaru JAIS, semua alKitab itu ADA mengikut syarat2 10 Perkara Penyelesaian ? Hmmmm ..... itu masalah kerajaan Negeri Selangor !

Kesimpulan yang saya dapat adalah -

Pendirian KJ @ Kabinet adalah SAMA dengan pendirian MPPN/MKPN adalah SAMA dengan pendirian pihak gereja. 

PS - Makanya seperti artikel terdahulu - KLiK, saya mohon PM Najib sendiri tampil memberi pencerahan mengenai 10 Point Solution dan percanggahan dengan Enakmen Syariah. Ini bukan saja melibatkan Selangor saja tapi 9 lagi Negeri yang mempunyai Enakmen yang sama.

Dan yang paling penting, kita mahu tahu pendirian yang TEGAS dari Najib sebenarnya apa berkaitan isu Kalimah Allah.

Share this article :

+ comments + 23 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 9, 2014 at 12:45 AM

Jawapan yang liberal dari seorang liberalist. new DNA(kromosome. watever. not our problem. their's) pemuda umno.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 9, 2014 at 6:13 AM

fathul bari ,senyap je , tak ajar ke si kitol ni.....

....................
Reply To This Comment ...................
January 9, 2014 at 6:26 AM

Larangan penggunaan kalimah Allah terhadap kristian itu dianggap ortodoks oleh golongan liberal(contohnya marina) sebenarnya.Tambahan pula ada sokongan dari ahli2 politik berserban seperti hj hadi,nik ajis(?)dan tokoh2 agama pro wahabi seperi dr maza.

Perbezaan pendapat sebeginilah yang memberi ruang seluas2nya dan keberanian luar biasa kepada orang2 kristian di Malaysia untuk menuntut penggunaan kalimah Allah secara terbuka.Ini kerana mereka tahu orang2 Islam juga keliru tentang perkara ini dan berbelah bagi untuk menentang secara bersungguh2.

Kalau orang yang dianggap 'arif agama' oleh umum seperti hj hadi dan dr maza sendiri sudah menyokong penggunaan kalimah Allah ini untuk kristian apa sangatlah golongan2 liberal seperti kj dan najib yg tak berapa nak arif agama.

10 point najib dibuat bermotifkan politik dari sudut pandangan yg sangat liberal dari seorang yg sentiasa mahu playsafe dalam apa jua perkara.Walaupun bukan undang2 tapi dianggap sebagai akujanji kerajaan(najib)kepada kristian.Ini yg dipegang oleh puak2 kristian dengan sepenuh hati walaupun mereka sebenarnya tahu tentang kewujudan enakmen syariah yg bertentangan dengan 'akujanji' najib tersebut.

Sekarang ahjib gor pun sudah terperangkap dalam permainan playsafenya sendiri.Enakmen syariah vs akujanji najib agak2 siapa yang menang?Ahjib pun serba salah sebenarnya,kalau ikut hati liberalnya memang nak bagi kristian pakai tapi takut orang Islam(sebahagian saja)marah pulak.Jadi biarlah isu ini reda sendiri...

....................
Reply To This Comment ...................
January 9, 2014 at 6:41 AM

Dia pegang keputusan mahkmah larang penggunaan Kalimah Allah dlm Herald bermaknanya dia akur dgn mahkamah tiada cetakan Herald boleh guna Kalimah Allah tapi dlm pada masa yg sama dia setuju Kalimah Allah dlm bible di sabah dan sarawak......pegangan agama tak kuat.

....................
Reply To This Comment ...................
January 9, 2014 at 7:09 AM

@Syed Hassan Syed AliLarangan terhadap Herald harus dibaca sebagai larangan secara umum. Hujah2 yang diterima dalam kes Herald seharusnya turut sama relevan untuk umum.

Itu kekurangan besar dalam penghakiman Mahkamah Rayuan kerana tidak disebut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 9, 2014 at 7:23 AM

Persoalannya, siapakah yang menyediakan draf 10 point berkenaan? Takkanlah Najib sekadar sign jer tanpa membaca isi kandungannya terlebih dahulu. Kenapa wujudnya perbezaan larangan bagi penggunaan kalimah Allah antara Semenanjung dan Sabah Sarawak? Sama ada Semenanjung ke, Sabah ke, Sarawak ke, kita adalah rakyat Malaysia dan sepatutnya 10 point tu merangkumi kesemua negeri di Malaysia. Larangan kalimah Allah sepatutnya dibuat secara menyeluruh dan tidak terhad kepada negeri tertentu sahaja. Meskipun di Malaysia kita membenarkan kebebasan beragama, tapi kebebasan itu tidaklah sehingga mengambil hak agama orang lain. Kami orang Islam telah ada "hakcipta terpelihara" dan ianya ekslusif hanya untuk orang Islam sahaja. Kami tak rela nama tuhan kami dikongsi dengan agama lain. Jika kamu berterusan mencuri nama tuhan kami, kamu seolah-olah nak mencetuskan perbalahan agama. Kami tidak mau berperang seperti Perang Salib suatu ketika dahulu. Kami mahu keamanan. Meskipun begitu, kesabaran kami ada batasnya. Tak guna berunding dengan orang yang tak faham perlembagaan negara, undang-undang syariah negeri dan keputusan mahkamah. 10 point solution tu bukan undang-undang pun. Ia hanya kompromi sementara kerana ketika itu keputusan mahkmah belum diketahui dan sebagai langkah untuk meredakan ketegangan agama. Persoalan yang masih lagi menjadi misteri sehingga kini ialah siapakah yang menyediakan draf 10 point solusi tersebut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 9, 2014 at 8:01 AM

Hebat KJ..hanya dlm satu wawancara, beliau berjaya menampakkan percanggahan pendirian dlm kenyataan beliau sendiri..dan tanpa mampu disedari oleh org yg mewawancara beliau...hebat..kalau si yg mewawancara dpt mengesan percanggahan ini dan menyusulinya dgn terjahan keras..apakah mampu lagi utk KJ berbelit2?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 9, 2014 at 8:16 AM

Buat mcm Mukhriz, ada berani Najib? Nama sahaja Islam, perangai mcm pondan!

....................
Reply To This Comment ...................
January 9, 2014 at 8:25 AM

@Anonymoushttp://beta.malaysiakini.com/news/251283

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 9, 2014 at 8:26 AM

kj bermain dgn kata2, itu kemahiran org pandai berbahas dan berdebat, sama dgn anwar, akhirnya terbelit dgn kata2 sendiri, atau dia pun tak tau dah apakah yg diucapkan itu.

jgn harap dgn fathul bari, DNA dia sama jer dgn Maza sombong tu, ILMU, kumpulan anak wahab yg mencari payung dlm kuasa, maza mencari payung dlm kuasa sebelah sana, bermatlamat sama dari kump anak wahab. Deme ni pun mcm liberalis islam, hebat mereka guna hujah hadis dn memperelekh ulama yg tak sebulu, puak kristian dah arif dgn situasi org2 islam dan ulama2 islam dimsia, mereka dah nampak mcmana nak checkmate kita. Ulama Islam yg partisan mcm pas juga puak kristian dah nampak muncung senjata ulama pas kemana boleh dihala.

Yg terseksanya dan rasa lemas serta rasa dicheckmate ialah org spt kita bro, yg non partisan, yg cintakan keamanan, pemimpin mana2 pun asyik hentam sana sini, yg sakit sebenar benarnya rakyat islam yg memang dah sentiasa seksa dgn tahap kemiskinan, tahap bobroknya sosial org kita, dan tekanan hidup semasa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 9, 2014 at 8:27 AM

Dengan wujud nya 10 point solution dalam ERA pemerintahan Ah Jib Gor ini bersamaan konsep BODOH dia iaitu 1 Malaysia,keadaan yang clear cut sejak merdeka TELAH menjadi KERUH thanks to his stupidity, we are back to pre MERDEKA crisis where every RACE/RELIGION is fighting to their own interest and at the expense of others.This incompetent Prime Minister has move us back to the DARK AGES with his WEAK and POPULAR policies. Policy Ah Jib Gor yang datang dari recommendation consultant dia ini ibarat TIKUS MEMBAIKI LABU.

As for menantu Pak Lah ni,memang dia MAHU jadi seorang POPULIST as HE wants to a friend to EVERYONE biar pun kalau ugama dan bangsa dia TERGADAI.

alfie

Ah Jib Gor HAS to GO before he DESTROYS this country any further.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 9, 2014 at 8:32 AM

Salam, Saya bersetuju dgn pandangan Yg Bhg Syed Hassan, Khairi J kalau tak faham, cetek ilmu agama, serah saja soalan itu untuk dijawab oleh Menteri yg Bertanggungjawab.

Ikut contoh macam Laksamana DS Ahmad Zahid Hamidid, buat kerja dah siap serah semuanya kpd Menteri Agama, Dtk Jamil Khir..

Masalahnya MANA Perginya Orang YG Dipertanggungjawab dalm hal ehwal agama nie...? Diam Membisu, dalam sola syiah masih Diam Membisu, apa perkembangan lanjut? Nieh Masalah baru Tak Kan Nak diam aje Cover Lain? Apa PLAYSAFE jugak ke?

Kenapa Kebanyakkan Jemaah Menteri Yg Dilantik oleh BEKAS Perdana Menteri Najib Razak (jgn salahkan saya... Ini PEMANDU yg siarkan.. Najib Tak Komen apa2, jadi Betul lah Najib Suka dan Pop[ularis Katanya bila dengar Perkataan BEKAS tuu).

Kebanyakkannya Mereka yg Tak Layak Memeganag Jawatan.. Penuh Kontroversi, Lemah, Tidak Tegas dlm menjalankan Tanggungjawab?

....................
Reply To This Comment ...................
January 9, 2014 at 8:32 AM

Saya baru terfikir akan satu analogi - 10 Point Najib haramkan air arak tapi membenarkan penjualan botol Stout kerana mengandungi arak TAPI tidak disebut akan isu kandungan arak itu, dengan syarat2 tertentu.

Jais rampas botol stout ( yg berisi arak ) dan berhujahlah pro Najib yang larangan itu hanya sebut botol Stout saja..... dan KEBETULAN botol stout itu berisi air arak ! Walaupun umum tahu Stout itu sinonim dengan arak.

Cuba terima fakta yang alKitab itu sinonim dengan penggunaan kalimah Allah walaupun tidak disebut secara spesifik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 9, 2014 at 8:58 AM

kita juga jgn lupa twitter kj. yg meretweet hannah yeoh dap. ckp politik je hatu perut liberal kj jgn ingat boleh memperbodohkan kami

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
January 9, 2014 at 9:01 AM

@AnonymousSoal retweet HY tu saya heran kenapa hanya 2 blogger je yang ikut main cerita tu .... yang lain ?

Kita tengok kenyataan KJ dalam video ini pula, berapa ramai yang akan main...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 9, 2014 at 9:21 AM

JAIS serbu bukan bawah enakmen syariah..tapi enakmen pengembangan agama bukan islam..dakwaan di mahkamah majisteret cuma peg jais di beri tauliah untuk kuatkuasakan enakmen tu..disamping polis.enakmen tu kiranya urusan persekutuan jugak.

....................
Reply To This Comment ...................
January 9, 2014 at 9:56 AM

@AnonymousSaya lebih suka melihat kes ini dari sudut akidah dan tanggungjawab penguasa dan kita sebagai umatNya.

Kalau di layan borak peguam, sampai sudah tak selesai

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 9, 2014 at 10:39 AM

Assalam,

“Innalillahiwainailahirojiun”…. Astarafirullahhalazim.

“Dan kabinet ..kita pegang kepada 10 Perkara Penyelesaian yang dipersetujui oleh jemaah Menteri pada bulan April 2011 dimana kita membenarkan bible2 yang ada kalimah Allah tersebut digunakan di Sabah Sarawak dan sebagainya, tetapi tertakluk kepada beberapa syarat2 ...contohnya di Semenanjung mesti ada chop bahawa bible itu untuk digunakan oleh penganut agama Kristian sahaja dan sebagainya.

Padanlah semua jemaah menteri yang beragama islam menyepikan diri termasuklah NAJIB kerana pada dasarnya perkara ini telah selesai dengan bersetuju bersyarat (seperti diatas) mesti ada chop untuk digunakan oleh penganut agama kristian. Walaupun dalam bible berbahasa melayu itu memgunakan terjemahan God sebagai Allah, maka akan wujudlah Allah Bapa dan anak Allah.

Sesungguhnya Allah telah menyatakan bahawasanya datanglah kepadanya walaupun dosamu sebesar dunia dan isinya nescaya akan dia ampunkan melainkan syirik. Adakah kita sanggup bersongkol dengan mereka-mereka yang mensyirikkan Allah? Adakah mereka yang bersongkol bersetuju ini masih lagi takrifnya islam? Allah juga yang menentukkanya. Yang nyata ini perbuatan mensyirikkan Allah SWT.

Tetapi didalam kes Herald dimahkamah pendiriannya bantah pula. Bantah yang macam mana?. Sebut BANTAH je ke? Atau nak kena eja B.A.N.T.A.H ke? Atau nak buat bunting dengan perkataan BANTAH ke? Inilah yang dikatakan jahil dan orang jahil ini yang kita berikan kuasa memerintah dan menentukan hala tuju 28.3 juta rakyat Malaysia 67.4% Bumiputera, Cina 24.6%, India 7.3% dan lain2 0.7% yang menjurus kepada 61.3% beragama islam, 19.8% Buddha, 9.2% Kristian, 6.3% Hindu, 1.3% Tao dan suku puak, 1.0% tidak diketahui, 0.7% tiada agama, 0.4% Lain2 agama.

Nauzubillahminzalik.

Inilah yang dikatakan jahil dan orang jahil ini yang kita berikan kuasa memerintah dan menentukan hala tuju 28.3 juta rakyat Malaysia 67.4% Bumiputera, Cina 24.6%, India 7.3% dan lain2 0.7% yang menjurus kepada 61.3% beragama islam, 19.8% Buddha, 9.2% Kristian, 6.3% Hindu, 1.3% Tao dan suku puak, 1.0% tidak diketahui, 0.7% tiada agama, 0.4% Lain2 agama.


.......bersambung

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 9, 2014 at 10:40 AM

.... Sambungan


Demokrasi jenis apa yang kita ikuti sekarang ini? Demokrasi kesaksamaan? Demokrasi minority? Atau demokasi harmoni? Yang banyak diperkatakan supaya rakyat semua menjaga keharmonian supaya Negara stabil. Tetapi golongan mana yang duk sibuk menggugat keharmonian ini atas dasar kesaksamaan sesat 1 Malaysia yang Najib bawa ni? (Cuba lihat peratusan diatas).

Adakah kerajaan yang dipilih oleh kumpulan majoriti yang menjadi majoritinya adalah orang melayu beragama islam ini sekarang cuma mempertahankan kumpulan minoriti. Konsep “minority rules” inikah yang diguna pakai sekarang ini? Sekiranya konsep ini yang dipegang oleh pimpinan kerajaan sekarang ini, amat wajar sekali pemilihan UMNO yang baru lepas di “Reverse” kembali menggunakan konsep yang sama demi menjaga keharmonian. Boleh ke? Ataupun PRU 13 yang lepas di “Reverse” kembali supaya “Minoriti rules” supaya keharmonian Negara terjaga? Boleh ke?

Pimpinan mana pula yang akan melayu islam harapkan? Nak disandar kepada kabinet semua dah sedia maklum. Nak harapkan kepada pejuang parlimen seperti Gangster Pasir Salah (Double Y yang gelarkan) rasa-rasa buku limanya tdah tercicior (kata orang perak) di celah kerusi Timbalan Menteri, Nak harapkan Naga Kinabatangan rasa-rasa Naga dah bertapa kat bilik Pengerusi Risda. Jadi siapa?

Nak diharapkan Jati, dah jadi macam pokok je tak bergerak langsung. Nak diharapkan kepada perkasa setakat garang lepas buat repot polis sahaja. Nak diharap kepada badan bukan eksekutif yang tidak berpihak seperti polis, undang-undang perhimpunan aman dan sosma boleh dibakul sampahkan apabila membenarkan minoriti mengganggu majoriti awal tahun ni tanpa tindakkan. Nak harapkan AG, dia kata undang2 yang sedia ada mencukupi tetapi ejen provaksi di laman social dilepaskan.

Kenapa kerajaan dan ahli YB takut menguatkuasakan fasal 149 bahagian XI perlembagaan persekutuan. Iaitu :-

Perundangan menentang perbuatan subversif (makna : bertujuan melemahkan atau merosakkan sesuatu system politik, kerajaan, agama dll. Bukannya kominis sahaja) tindakkan yang memudaratkan kenteteraman awam, dsb.

149. (1) Jika sesuatu akta parlimen menyebut bahawa tindakkan telah diambil atau diancam oleh mana2 kumpulan besar orang sama ada diDALAM atau di Luar persekutuan :-

(b) untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap yang DiPertuan Agung atau mana-mana kerajaan dalam persekutuan:- atau

( c . untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan:- atau
(f) yang memudaratkan kenteteraman awam didalam persekutuan atau mana2 bahagiannya atau yang memudaratkan keselamatannya.

Maka apa-apa peruntukkan undang-undang itu bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakkan itu adalahsah walaupun peruntukkan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukkan Perkara 5 (Kebebasan diri) , 9 (Larangan buang Negeri dan kebebesan bergerak), 10 (Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpesatuan) atau 13 (Hak terhadap harta)


...Bersambung..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 9, 2014 at 10:41 AM

... Sambungan...

Walaupun ada pihak meroyan dan ingin membawa untuk taksiran mahkamah maka biarkanlah ianya dibahas di mahkamah setidaknya perkara yang tersebut di berhentikan serta merta tanpa berlengah.

Inilah dilemma kita sekarang sebagai rakyat terutama melayu islam. Adakah pimpinan kerajaan ingin melihat perkara 13 May berulang kembali yang sememangnya ditagih oleh anasir dalam dan luar supaya kebebasan rakyat keseluruhannya akan menjadi taruhannya.

Wahai Melayu Islam, bermuhasabah diri mari kita kembali kepada Allah kerna sebaik mana perancangan kita dan mereka, Allah juga sebaik-baik perencana.

Untuk Blogger Din.. Teruskan perjuangan dan istiqamah. Saya menyokong.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 9, 2014 at 11:21 AM

Bro Din,

Dasar "total silence" yang diamalkan Najib memang meresahkan rakyat terutama orang Melayu. Pentadbiran die lebih gemar mengambil pendekataan dengar, tunggu dan bisu bila berkaitan isu nasional. Rakyat dbiarkan bertelagah sesama sendiri tanpa kawalan. Fungsi "autocruise" ini amat merbahaya kepada negara.

Berkenaan KJ, menjadi pembahas yang bagus bukan jaminan die tau buat keje. Semua sedia maklum kiblat Ketua Pemuda UMNO BN ni. Orang macam ni ke yang patut ditanya pasal Islam? Jemput die tak ubah seperti jemput Marina Mahathir bagi ceramah pasal Islam. Yang patut dijemput adalah Jamil Khir sebagai menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam.

Polemik penggunaan kalimah Allah Yang Maha Esa dipanaskan semula oleh Lim Guna Beng aka Khalifah Umar Abdul Aziz versi kafir menurut fahaman Pas. Sehingga kini, belum ada kenyataan dari pimpinan tertinggi Pas berhubung serbuan JAIS ni.

Kepada Perkasa dan NGO lain, tahniah diucapkan kerana lantang mempersoalkan keanggotaan Melayu Islam dalam MPPN. Kerajaan terutama Najib perlu ditekan kiri kanan depan belakang supaya die sedar jawatan PM yang die sandang sekarang hasil undi Melayu Islam dan Bumiputera, bukan puak kafir.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 9, 2014 at 11:38 AM

apa kah perlu kita dahulukan 10 perkara yang di putuskan kabinet itu dengan tindakan kita untuk membela nama baik ALLAH..terang2 mereka telah melanggar titah sultan dan mempermainkan JAIS....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 9, 2014 at 6:37 PM

bagi saya kalau blogger pn pengampu ape beza mereka dgn perwakilan umno yg x berguna yg hanya tahu memilih pemimpin yg merugikan bangsa.

maka harta benda lagi penting dr maruah bangsa dan agama.

bahana bangsa bila setiap mereka x tau mengenepikan kepentingan masing2.

kelakar jgk bila zaman pak lah masing2 hentam. bila dh jadi ketua pemuda semua senyap.

punyalah x bermaruah dan berprinsip. gamaknya mereka rela pengkhianat negara memerintah.

jgn lupa hubungan dia dgn kalimullah bagaimana kalimullah rapat dgn singapore etc2

sape juga yg mula2 hantar pasport pada anwar bila anwar keluar?

moga Allah selamatkan kita dr golongan begini dan para pengampu.

melayu mmg mudah lupa, atau buat2 lupa demi kepentingan. ramai sgt si kitol kt dikalangan kita.

melayu hampa

Post a Comment