........... Isu Serbuan Jais / alKitab /Kalimah Allah - Takder Siapa Minat Dengan Pendirian Kerajaan ? ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Serbuan Jais / alKitab /Kalimah Allah - Takder Siapa Minat Dengan Pendirian Kerajaan ? ?

Thursday, January 9, 20143comments




Baru lagi pihak MPPN/MKPN mengeluarkan kenyataan berhubung isu serbuan terbaru JAIS -

Mesyuarat pertama Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (MPPN) membuat pendirian menyesali serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Persatuan Bible Malaysia (PBM) kerana ia melanggar penyelesaian 10-perkara yang dibuat Putrajaya dengan penganut Kristian sebelum ini.

Sehubungan itu, MPPN meminta Putrajaya untuk memastikan semua pihak mematuhi penyelesaian 10-perkara yang dibuat April 2011 lalu.

Ramailah yang komen dan mengkritik pandangan MPPN itu.  Tapi bila KJ keluar secara LIVE di TV3 dalam rancangan Soal Jawab semalam dan mengungkap ayat yang bagi saya hampir serupa -

Dan kabinet ..kita pegang kepada 10 Perkara Penyelesaian yang dipersetujui oleh jemaah Menteri pada bulan April 2011 dimana kita membenarkan bible2 yang ada kalimah Allah tersebut digunakan di Sabah Sarawak dan sebagainya, tetapi tertakluk kepada beberapa syarat2 ...

( Artikel sebelum ini bersama Video dan transkrip - KLiK )

TIDAK ADA pula sesiapa yang nak komen ........ ? ? ? Tak kisahlah samada menentang atau menyokong, pokoknya TIDAK ADA blogger yang komen ? 

Mustahil mereka tidak tahu .... sebelum rancangan itu disiarkan, sudah di hebahkan. Peliknya, lepas keluar dalam TV, semua buat tak tahu jer ?

Kalau nak kata mereka tak tengok, saya ada rakamkan. ( Kebetulan pengacara waktu itu sudah beritahu awal2 sebelum iklan yang bila mereka kembali, KJ akan mengulas mengenai isu serbuan Jais, jadi sempatlah saya ambil kamera dan rakamkan ).

Bukankah itu satu pandangan /pendirian seorang Menteri yang mewakili Kabinet Najib, yakni PANDANGAN KERAJAAN....... tapi pelik, takder siapa yang ambil pot !


Isu dah basi ker ? Paling tidak pun, siarkanlah pendirian kerajaan sebelum tutup kes ....

Hmmmmm .......

PS - Pro KJ pun tak nak tolong promote ke ? Dah la masa KJ reTweet mesej Hannah Yeoh baru ni pun ( KLiK ) cuma 2-3 orang blogger jer yang siarkan ..... Apakah orang dah tak respek pandangan KJ ?

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 9, 2014 at 2:18 PM

Putrajaya 9Jan - Perdana Menteri Dato Sri Najib menyeru umat islam dinegara ini supaya bertenang berikutan timbulnya semula kontrovesi kalimah Allah dan serbuan pihak Jais baru-baru ini. Tegasnya pendirian kerajaan adalah konsisten seperti yang diputuskan semasa perbicaraan melibatkan Herald Tribune iaitu menbantah penggunaan kalimah Allah sepenuhnya oleh penganut agama kristian. Berhubung dengan penyelesaian 10 perkara seperti yang telah dipersetujui, kerajaan mengambil kira keperluan kaum pribumi Sabah dan serawak dalam memahami agama mereka melalui tejemahan bahasa melayu dengan ketetapan kalimah Allah tidak digunakan malah ianya tidak harus menjadi pertikaian berdasarkan ketetapan awal bantahan kerajaan yang tersebut. oleh itu perdana menteri menyeru supaya ektremis agama supaya tidak membuat provokasi melampau bagi menimbulkan suasana ketidak harmonian timbul diantara kaum. Tindakkan sewajarnya akan diambil sekira golongan ekstremis kecil ini yang dibayangi oleh ahli dan parti politik pembangkang berterusan membuat provakasi melampau. Sementara itu pihak Peguam Negara diminta untuk mengkaji dari sudut perundangan dan perlembagaan bagi merangka satu deraf deklarasi bagi dipersembanhkan kepada Yang Dipertuan Agung selaku Ketua Negara untuk di bawa kepada Majlis mesyuarat raja-raja sebagai sesuatu ketetapan bagi tindakkan pihak kerajaan diwaktu yang terdekat. Pihak berkuasa juga digesa supaya melaksanakan penguatkuasaan undang-undang sedia ada yang berkaitan bagi memastikan kententeraman awam dikekalkan. Pihak kerajaan memandang serius perkara yang berlarutan ini akibat daripada provokasi puak-puak ekstremis agama sesuai dengan konsep "wasatiyah" iaitu kesederhanaan yang diambil oleh pihak kerajaan.

(sumber : Utusan Mimpi malaysia)

Kalau lah betul.... Aman Malaysia dari polemik bangang ni..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 9, 2014 at 2:31 PM

jika pemimpin yg rosak akhlak dilantik jadi ketua..nantikanlah kerosakan yang meliputi semuanya..ini terpakai kepada semua. raja dan kaum kerabat, politician, mahupun pemimpin keluarga..so..beringatlah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 9, 2014 at 9:10 PM

bukan semua peribumi sabah kristian. hanya kurang dari 45%..

Post a Comment