........... Isu Jais - PBM ( Persatuan Bible Malaysia ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Jais - PBM ( Persatuan Bible Malaysia )

Friday, January 3, 201419comments


Kali ini saya nak komen isu JAIS serbu Persatuan Bible Malaysia dan merampas alKitab. Sekali lagi saya malas sebenarnya nak main isu ini setelah kita dapat saksikan bagaimana LAWAKnya pemimpin2 Islam kita mengendalikan isu serbuan Jais terhadap DUMC dahulu. 

Tengoklah, sekali lagi pemimpin Islam yang kita ada akan buat aksi lawak mereka ..... semua jadi serbasalah antara mempertahankan yang Hak dengan karier politik masing2.

Satu lagi sebab ia membabitkan isu alKitab di mana telah berulangkali saya sebut, isu ini akan terpalit balik kepada Najib. Nanti akan saya terangkan ...

Dari UTUSAN 2/1 -

Petaling Jaya 2 Jan. - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas sebanyak 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah dalam serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing di sini kira-kira pukul 2 petang ini.

Dalam serbuan tersebut, pasukan penguat kuasa JAIS yang diiringi anggota polis turut menahan dua individu iaitu Presiden Persatuan Bible Malaysia, Lee Min Choon dan pengurus premis itu, Sinclair Wong.

Menurut sumber, kedua-dua mereka ditahan di bawah Seksyen 9, Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 kerana menerbitkan dengan menulis kalimah Allah untuk kegunaan orang bukan Islam.

"Satu laporan polis telah dibuat dan mereka dibawa ke Balai Polis Damansara untuk memberikan keterangan berhubung serbuan itu dan kesemua naskah yang dirampas," kata sumber tersebut kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kata sumber itu lagi, Min Choon dan Wong bagaimanapun telah dibebaskan atas jaminan polis kira-kira pukul 4 petang dan diarahkan hadir ke pejabat JAIS pada 10 Januari depan untuk siasatan lanjut.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Ahmad Zaharin Mohd. Saad ketika dihubungi mengesahkan serbuan dan penahanan itu.

Beliau memohon kepada semua pihak memberi peluang dan ruang kepada bahagian penguatkuasaan JAIS dan polis untuk melakukan siasatan serta tidak mempolitikkkan isu itu.

Sementara itu, Min Choon ketika ditemui di perkarangan balai polis mendakwa, beliau terkejut dengan serbuan itu kerana mendakwa pihaknya telah mendapat kebenaran daripada kerajaan untuk mengimport Bible versi bahasa Melayu.

"Sejak beberapa tahun lalu kami sentiasa berhubung dengan Putrajaya dan mendapat kebenaran untuk mengimport dan mengedarnya di Sabah dan Sarawak.

"Sementara itu di Semenanjung Malaysia, asalkan Bible itu mempunyai lambang salib dan tertera perkataan 'penerbitan untuk Kristian' di kulitnya, maka kami boleh mengimport dan mengedarnya dalam kalangan penganut agama itu," dakwanya.

Pada 14 Oktober lalu, Mahkamah Rayuan memberi kemenangan kepada orang Islam apabila membuat keputusan tidak membenarkan majalah mingguan, The Herald menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu.

Keputusan itu merupakan isyarat jelas kepada semua pihak bahawa kalimah Allah adalah milik agama Islam kerana penggunaannya dalam agama lain dilihat boleh mengeruhkan keharmonian di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.


 Dari TMI ada sedikit tambahan info - 


 - ketika pekerja persatuan itu membawa masuk barangan dan pejabat mereka tidak dibuka apabila 20 pegawai Jais bersama dua anggota polis tiba kira-kira jam 2 petang.

Apabila pekerja enggan membuka pintu, pegawai Jais meminta mereka menghubungi pegawai atasan mereka untuk mendapatkan kebenaran.

"Mereka memberitahu pekerja kita, kami ada masa lima minit untuk membuka pintu, jika tidak mereka akan masuk secara paksa.

"Bila pejabat hubungi saya, saya kata jangan benarkan sesiapa masuk kerana Jais tidak ada kuasa ke atas bukan Islam dan mereka juga tidak ada waran untuk menggeledah premis," kata ahli persatuan itu.

Apabila Lee sampai, dia membenarkan lima pegawai Jais masuk.


Saya sokong tindakan Jais yang PROAKTIF bertindak menguatkuasakan undang2. Tidak ada gunanya sebarang Enakmen tuk nenek kalau ianya sekadar jadi hiasan. Hujah pro Gereja yang mengatakan serbuan itu tidak ada kena mengena dengan agama Islam dan menganggap tindakan itu sebagai menceroboh hak bukan Islam saya tidak setuju sebab Jais hanya berminat dengan alkitab yang mengandungi kalimah Allah. 

Ini sudah termaktub dalam Enakmen Syariah sebagai satu kesalahan dan pihak Sultan Selangor juga ada menitahkan rakyatnya supaya patuh kepada undang2 itu. Jadi Jais yang bertindak atas kuasa Sultan hanya menjalankan tugas yang diamanahkan.

Tapi saya agak tidak berapa setuju bila pihak Jais sepertinya sengaja tidak mahu belajar dari pengalaman. Maksud saya, kenapa tidak sediakan WARAN terlebih dahulu ? Polis dah ada sama tapi waran tidak ada. 

Kalau tak silap, pihak Polis kalau nak masuk mana2 premis pun kena ada waran kalau tidak izinkan oleh pemilik premis. Kalau tidak, agak payahlah nak masuk mahkamah kerana tidak mengikut SOP. ( yang ini saya tahu dari menonton cerita Hollywood di TV ! entah betul entah tidak  )

Payah sangat ke nak dapatkan waran ? Mungkin ada yang kata, kalau ada waran sekalipun, pro gereja akan bangkit isu lain pula. Well .... fine, sekurang2nya Jais dah uruskan hal waran dan tidak timbul isu pencerobohan premis.

Tidak ada kewajipan untuk Jais beritahu Exco Agama walaupun bagi saya, beliau patut di beri penjelasan.


OK, balik kepada artikel Utusan diatas, bagian yang saya gelapkan..... 


"Sementara itu di Semenanjung Malaysia, asalkan Bible itu mempunyai lambang salib dan tertera perkataan 'penerbitan untuk Kristian' di kulitnya, maka kami boleh mengimport dan mengedarnya dalam kalangan penganut agama itu,"

Nah ..... bagaimana nak jawab ni ? Ni siapa punya kerja ni ? Saya beranggapan kesemua alkitab yang dirampas itu punya lambang salib dan ayat 'penerbitan untuk Kristian' dikulitnya.

Bukankah ini angkara 10 Point Solution Najib ?

Sebenarnya saya hanya menunggu masa jer isu percanggahan 10 Point Solution Najib dengan Enakmen Syariah ini meletup. Kira ada hikmahnya juga serbuan Jais ini..... Ayuh kita selesaikan kemelut kalimah Allah @ alKitab ini.

Asal jangan ditumpukan pada isu pencerobohan kerana ketiadaan waran sudah...

Satu lagi, bukankah dalam bidang kuasa kerajaan negeri yang punya majoriti untuk meminda sebarang Enakmen..... so, apalagi ADUN2 Pakatan Rakyat ? Kenapa tidak usulkan saja supaya Enakmen itu dihapuskan ? 

Dan kita lihat pertembungan Dun Selangor dengan pihak Sultan pula !

Jadi cara terbaik adalah dengan menyelesaikan percanggahan antara 10 point Solutin Najib dengan Enakmen Syariah yang jelas bertentangan antara satu sama lain.

Share this article :

+ comments + 19 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2014 at 2:37 PM

Mana satu yg lebih tinggi kedudukannya? Enakmen Syariah atau 10 point solution Najib? (hmmm..najib lagi buat hal...) Sebenarnya puak2 gereja ni tahu mmg diaorg salah sbb sengaja langgar undang2. Tp mcm yg DT cakap sblm ni lah, puak2 ni akan pusing kot lain bila ditanya dan divert benda ni jadi isu lain pulak! Tp bab waran tu mmg mmg ada musykil sket sbb mustahil bahagian serbuan dan penguatkuasaan JAIS tak tahu SOP kerja yg mmg bread n butter bg mereka! I smell something fishy laa...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2014 at 2:56 PM

dorang kelaurkan surat pekeliling dalam bahasa inggeris...chat dalam FB, twitter, blog dll pun dalam bahasa inggeris..tapi yang tiba2 dok nak injil bahasa melayu apekejadahnye? memang dasar kafir harbi!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2014 at 3:08 PM

Perrrghhhh...Pelapis Khalid Samad, Mujahid Rawa dengan pantas turun menyalahkan JAIS dan minta tindakan dikenakan terhadap JAIS. Golongan manusia yg berfikiran seperti Mujahid Rawa inilah yg menyebabkan momentum puak2 kristian ini terus konsisten kerana rela diperalat dan menjadi pengkianat kepada maruah agama,bangsa dn negara. Menyokong pihak gereja dalam kes ini bermaksud mereka REDHA dengan perbuatan musuh islam dan secara nyata mencari MURKA Allah. Mujahid perlu bertaubat dan check balik akidah beliau.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2014 at 3:33 PM

Isu ini takkan selesai sbb najib masih tak mampu nk buat keputusan sama ada nk pertahan JAIS+beri amaran keras kpd gereja atau nk nyatakan pendirian 1Malaysia nya. Berdasarkan rekod, sy dpt rasakan yg najib akan sekali lagi beralah utk redakan keadaan dn dalam diam idris jala akan ditugaskan selesaikan masalah ini dgn cara kompromi berat sebelah yg jelas merugikan org islam. Najib ibarat kapten kapal yg nk pegi satu tempat cantik tp dia tak tau arah yg betul ke sana sbb dia tak reti guna kompas!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2014 at 3:37 PM

Polemik ini merupakan satu lagi isu yang membukakan kebodohan pemimpin kita berfikir... Malaysia kini diterajui oleh bahlol tolol yang bukan saja bengap, tapi penakut dan mudah disogok..... (puas hati aku mencarut kali ini) - dah tak tahan dgn pemerintahan pak kadok yang aku sendiri terasa silap pilih.... Alahaiii

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2014 at 3:44 PM

Nak sangat guna nama Allah. Nah, ini menunjukkan pihak kristian yang beria-ia nak guna nama Allah sebagai terjemahan kepada God daripada bahasa Inggeris sendiri TIDAK MEMPUNYAI KEYAKINAN terhadap agamanya sendiri.

Seperti kata Tun "pegangan penganut Kristian di Semenanjung tidak akan terjejas walaupun mereka tidak menggunakan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan mereka". Nampaknya pegangan mereka agak terjejas, keyakinan mereka goyah setelah lebih 50 tahun Tanah Melayu membenarkan mereka mengamalkan agama mereka. Agaknya iman mereka tak mantap kalau tak guna kalimah Allah; termasuklah iman pimpinan tertinggi mereka di sini.

"Ya Allah, Kau bolak-balikkan hati-hati dan pegangan mereka. Kau hilangkanlah keyakinan mereka terhadap ajaran sesat ini dan kau kembalikan mereka kepada agama fitrahMu. Hanya Engkaulah yang boleh mengurniakan hidayah sebagaimana kau jadikan Umar sebagai pembela agamaMu ini. Jadikanlah mereka pula sebagai pembela agamaMu sebagaimana Kau jadikan Arnoud Van Doorn sebagai pembela islam".

Amin ya rabbal 'alamin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2014 at 4:45 PM

Salam DT,

Pendapat saya punca semua ketegangan kaum dan agama yang kita rasai sekarang tak lain tak bukan Mohd Najib. Sebelum Najib jadi PM, Vatican City tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia. Dan kita tidak mempunyai masalah untuk berurusan dengan Vatican walaupun tiada hubungan rasmi. Perlembagaan menjamin kebebasan penganut Kristian mengamalkan agama mereka. Pendek kata tiada keperluan untuk kita menjalin hubungan dengan Vatican.

Namun malangnya, pada Julai 2011 Najib telah membuat lawatan rasmi ke Rom. Hasil pertemuan dengan Pope Benedict XVI, Najib bersetuju untuk menjalin hubungan diplomatik bagi "menggalakkan hubungan persahabatan". Menurut Najib, antara sebab utama dia bersetuju ialah Malaysia mahu berkongsi pengalamannya dengan dunia, ke arah dunia aman dan harmoni. Pengalaman apa saya pun tak tau.

Bertitik tolak daripada persetujuan itu, maka Kedutaan Vatican dibuka di Malaysia dan mempunyai Dutanya sendiri. Bertapaklah Kristian secara rasmi di bumi berdaulat Melayu dengan hubungan dan sokongan terus dari Vatican. Selepas itu juga, kita menyaksikan kebangkitan Kristian di Malaysia dan bermulalah ketegangan agama. Seperti biasa, umat Islam dipersalahkan dan mereka pihak yang "benar, teraniaya".

Amat malang sekali untuk kita mempunyai PM yang membuka "floodgates" untuk populariti semata-mata tanpa berfikir panjang kesan buruk pada negara. Semoga Allah SWT melindungi kita semua.

....................
Reply To This Comment ...................
January 3, 2014 at 6:53 PM

10 point solution itu kini dijadikan alasan oleh gereja untuk penyebaran alkitab di seluruh Malaysia. Malah ia juga dijadikan salah satu hujah mereka semasa di Mahkamah Rayuan baru ni.

Siapa yang bekalkan peluru itu ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2014 at 7:09 PM

Majlis Kristian Persekutuan memanggil dan meminta polis utk memastikan keselamatan mereka jika NGO mengadakan bantahan dihadapan gereja di Klang ahad ini. Soalan sy adakah polis perlu menjaga keselamatan puak2 yg terang2 dgn sengaja melanggar undang2 negara? Polis sepatutnya dengan tegas beritahu yg sesiapa yg dengan sengaja melanggar undang2 hak mereka untuk mendapat perlindungan keselamatan pihak polis akan serta merta TERLUCUT secara automatik! Mana Zahid?? Knp senyap? Ke Zahid pn dh tersampok sakit mcm menteri amaran kerismudin??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2014 at 8:18 PM

Sudah Sampai Masanya Umat Islam Malaysia adakan JIHAD... tiap kali Meroyan Nak Berdemo.. Mana Perginya Puak2 Pemuda... Ulamak Tak Da ke Nak Seru atau Sebut...Perkataan JIHAD

JANGAN SAMAPAI UMAT ISLAM ISHTIHAR JIHAD FI SABILILLAH...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2014 at 8:25 PM

Amiin

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
January 4, 2014 at 12:46 AM

PELIK....berapa BESAR 10 point solutions DS Ah Jib Gor ni sehingga seolah2 menjadi enakmen pulak utk digunakan pakai oleh ekstremis Kristian di malaysia?

siapa yg BUAT n BERSETUJU dgn 10 point solutions DS Ah Jib Gor n apa kebendanya solution2 tu?....setahu aku, urusan agama tertakluk pd RAJA/SULTAN tiap2 negeri n mana2 negeri tak berSULTAN/RAJA YDPA lah yg berkuasa.....DS Ah Jib Gor siapa memandai2 nak bg solusi hingga kacau bilau kedudukan Islam di Malaysia dibuatnya?

....................
Reply To This Comment ...................
January 4, 2014 at 8:42 AM

Isu paling besar Mujahid Rawa mempersendakan seluruh Umat Islam Malaysia Semenanjung. Sampai bila melayu munafik terus di benar menjadi duri ?

Jika di nilai halus, mereka juga serupa kelompok ajaran sesat seperti tuhan harun, ayah pin, aurat muhammadiyyah dll. Sudah sampai masa JAIS masuk dan membentras gejala agama songsang berbaur politik belukang yang menjadi amalan petualang melayu.

Majoriti AHLUL PAS amat teruja dengan fitnah kemungkaran akibat perlakuan sahabat dunia politik yang menjadi syurga mereka. Lihat lah anak-anak muda melayu dalam kumpulan "guling dan turun" baru-baru ini. Jenis pemuda pemudi begini kah yang bakal memimpin negara ? Kesian sungguh....

DT : Aku tak komen isu artikel kerana pemangkin nya terletak dalam tangan melayu pembangkang dan lemah nya reaksi dan tindakan kerajaan. Apa guna JAIS jika tidak di sokong penubuhan nya sekarang ? Berikan kuasa sepenuh nya kerana ia di bawah naungan Ketua Agama Islam persekutuan dan negeri. BUKAN KUASA DAP !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 4, 2014 at 8:43 AM

Salam DinTurtle..
Sekadar bertanya, apa cerita dgn bancian yg saudara buat sekitar 2 minggu lepas utk memberi isyarat kpd najib spaya dia segera berundur? Adakah ia sekadar untuk simpanan rekod tanpa ada apa2 tindakan susulan lain untuk memastikan mesej sebenar yg dihantar rakyat benar2 sampai kpd najib?
Kalau tak silap saya, saudara ada beritahu akan keluarkan analisis keputusan bancian tersebut brsama bancian najib sbg PM yg blurr.. Adakah ia merupakan satu artikel khas atau saudara sebenarnya telah pn bincangkannya dalam artikel2 lain secara berperingkat peringkat mengikut tajuk2 semasa? Sy tak pasti dgn yg lain tp sy sgt berminat nk tahu tentang hal ini.
Mohon pencerahan saudara.terima kasih..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 4, 2014 at 10:56 AM

SEBAB A JIB GO MEMANG TAK BOLEH HARAP!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 4, 2014 at 11:12 AM

Mohon DT ulas kenyataan "bijak" hannah yeoh berhubung isu gambar wanita Melayu terpaksa duduk din lantai komuter. Di sebelah wanita Melayu malang tu ade dua ekor komunis yang buta mata dan hati. Marah aku ni Din!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 4, 2014 at 11:38 AM

10 point resolution ni undang2 baru ke? Undangan untuk menjahanamkan/ menyesatkan orang melayu/bumiputra? Najib ni nak setaraf dengan munsyi abdullah sipenterjemah pertama bible?

Joe

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
January 4, 2014 at 1:13 PM

Munsyi Abdullah BUKAN penterjemah BIBLE, tp beliau menjadi penyemak kepada terjemahan BIBLE yg dilakukan oleh paderi Kristian yg boleh berbahasa Melayu......Munsyi TAK BERSETUJU bilamana nama Allah diterjemahkan drpad perkataan GOD/LORD, tp malangnya, beliau tak mampu buat apa2.....beliau hanya mampu MENENTANG n MENYUARAKAN RASA TAK PUAS HATI beliau sbb beliau sedar perancangan JAHAT Kristian utk menggunakan nama Allah dlm Bible.

Dlm hal ini, Munsyi Abdullah diKAMBING HITAMkan/diperGUNAkan oleh Kristian utk mengelirukan umat Islam Tanah Melayu pd masa itu dgn menggunakan seorang TOKOH ISLAM Nusantara yg dikatakan sebagai PENTERJEMAH BIBLE MELAYU PERTAMA.....saya ada terjumpa artikel berkenaan perkara ini tak berapa lama dahulu, cuma dah lupa dkt blog mana...tp kalau tak silap blog berkaitan SEJARAH BANGSA MELAYU

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
January 4, 2014 at 3:10 PM

@Otak geliga
bercakap bab ini...WZWH ada ambil petikan berkenaan perkara ini:
http://wzwh.blogspot.com/2014/01/sejarah-bible-melayu-dari-munsyi.html

LICIK extremist Kristian nikan?....agenda depa dr dulu sampai la ni.

Post a Comment