........... Isu Hard Rock Cafe Di Putrajaya - Seharusnya TIDAK Timbul Langsung Isu Kalau Pemimpin .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Hard Rock Cafe Di Putrajaya - Seharusnya TIDAK Timbul Langsung Isu Kalau Pemimpin ....

Monday, January 6, 20146comments


Belum sempat saya enterframe gossip isu cadangan pembukaan Hard Rock Cafe di Putrajaya, perkaranya dah diselesaikan bilamana Tan Sri Aseh Che Mat selaku Presiden Perbadanan Putrajaya mengeluarkan kenyataan - Aseh turut memohon maaf dan memaklumkan bahawa tiada premis berunsur jualan arak dan hiburan akan dibenar beroperasi di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan itu. Sinar.


So ..... isu dah selesai ya ..... ?  Well ..... Hard Rock Cafe tidak akan dibuka di Putrajaya, alhamdulillah, yang itu dah selesai. Tapi apa yang saya tak puas hati dan nak juga gossipkan perkara ini adalah - 

Jika benar Perbadanan Putrajaya tetap tegas dengan prinsip serta peraturan ketat yang tidak membenarkan unsur-unsur penjualan arak dan hiburan yang tidak bersesuaian demi menjaga kesucian dan imej Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan, isu ini tidak sepatutnya timbul langsung !

Aseh sepatutnya tidak layan langsung sebarang usul atau berbincang atau membuat lawatan ke tapak cadangan Hard Rock Cafe Putrajaya .... dan entri di FB Aseh seperti dibawah ini sepatutnya tidak wujud langsung !



Apa pulak yang dimaksudkan dengan 'peringkat cadangan' ? Tak masuk langsung dengan kenyataan 'tetap tegas dengan prinsip serta peraturan ketat' !




Tidakkah semua itu hanya menimbulkan persepsi negatif terhadap seorang pemimpin seperti Tan Sri Aseh .... sepertinya beliau sendiri berminat dengan cadangan itu tapi terpaksa akur dengan bantahan ramai ?

Cadangan yang JELIK yang seharusnya ditolak mentah2 sekiranya benar Putrajaya tegas dengan prinsip, tidak akan disiarkan dalam FB milik Presiden Perbadanan Putrajaya seolah2 ia dijadikan satu kebanggaan.

Bayangkan kalau cadangan itu tidak dibantah ? Saya percaya ia akan diteruskan ..... dan segala prinsip ditongsampahkan !

Apalah nasib orang Melayu yang punya pemimpin macam ni ......


Apapun, sekalung tahniah kepada rakan2 blogger dan media sosial yang tangkas membantah sehingga menimbulkan kesedaran kepada Aseh untuk batalkan niatnya membenarkan pembukaan Hard Rock Cafe di Putrajaya.

Mujur Aseh jenis yang mendengar keluh kesah rakyat .....

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 7:51 PM

Bro,
Ayat yg paling last tu, mendalam tu. Kalau lah dia, dia dan dia terasa kan? Hehe..
Btw, lama tak komen dkt blog bro.
Selamat Tahun Baru ye Bang Din. :)

Paan M.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 8:00 PM

Den malas nak cakap sebenarnya bro din. Memang pelik dan tak paham, sekarang ni musim menteri/pemimpin Melayu yang bodoh keluar ke? Sebelum ni semua pakat tidur dalam reban? Tak cukup dengan menteri ayam, keluar lagi sekor sama level bengong. Mana akal di letak den pun tak tau. Sia-sia ada Tan Sri, Datuk Seri, Phd semua bila benda mudah macam ni pun tek leh nak pikir.

Den yakin kenyataan mohon maaf di atas keluar sebab bantahan ramai. Kalau semua senyap, dalam tiga empat bulan akan tersergam pusat hiburan tak jauh dari Masjid Besi. Si aseh ni tak pikir saham yang die dapat ke kalau HRC ni betul-betul dibuka? Tak takut dosa ke ape orang tua ni?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 9:46 PM

" Supaya lebih ramai belia terutamanya yang bermotosikal kuasa besar datang berkunjung ke putrajaya" kata Che Aseh... Tak caya tanya tanyalah Zahid Hamidi yang tergolong dalam golongan belia nih... Kebanyakkan yg bermotor kuasa besar ni semua kategori belia lanjut.. Akai ada ka...

....................
Reply To This Comment ...................
January 7, 2014 at 2:38 AM

Ai Seh maaan...silap plak !:kok gini dangdut aje !

Buat lah Kafe Malaysia. Imam Masjid besi dan para jemaah boleh juga bergaul dengan pak-pak menteri kita. Sesekali dengar ceramah santai, apa salah nya. Kafe untuk semua. Jenama baru untuk servis 1Malaysia PM Najib selepas Kedai Kain 1 Malaysia.

What say u, DT ? he..he.. ai seh maaan....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2014 at 7:38 AM

Bro Din,
Siapa sponsor makan pagi tu dan apakah ada pujuk rayu semasa makan.
Cuba kau siasat lagi. Biasanya kerajaan UMNO ni, mula2 je dia respon membatalkan apa saja cadangan bila rakyat bantah. Tetapi lepas beberapa bulan bila rakyat pun lupa, tiba2 apa yang dibantah dulu tegak beroperasi. Bila disoal jawapannya yang dibantah itu cadangan dulu tetapi cadangan yang baru ni tak ada bantahan pun, jadi cadangan diluluskan. Lagi pun Putrajaya kini pada waktu malam macam kota mati saja tak ada keciaran. Itu sebab timbul cadangan2 untuk hidupkan bandar ini dengan HRC.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2014 at 8:19 AM

Mujurlah aseh ni jenis yang mendengar keluh kesah rakyat...
kalaulah dia tu!! selagi penasihat tak bagi hint, selagi itulah blurr nya menjadi jadi... ye tak? Nak harapkan Ketua Pemuda, sampai mamposlah tak akan bersuara.. Rakyat boleh tengok dan rasai siapakah yang memerintah negara sekarang... si badut, sibengap dan sitolol serta si serakah... semua ada.

Post a Comment