........... Isu alKitab / Kalimah Allah - Mohon PM Najib Tampil Berikan Pencerahan Segera ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu alKitab / Kalimah Allah - Mohon PM Najib Tampil Berikan Pencerahan Segera !

Wednesday, January 8, 201410comments

Kenapa Najib masih senyap tidak bersuara dalam isu alkitab @ Kalimah Allah yang semakin hangat kini ? 

Apakah anda tidak merasa tercabar sedikit pun dengan kenyataan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew sebagaimana dilaporkan oleh Utusan ini -

Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew (gambar) enggan tunduk terhadap desakan pihak yang mahukan beliau menarik balik serta memohon maaf berhubung kenyataannya sebelum ini supaya gereja Katolik terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan di Selangor.

"Kenyataan saya sebelum ini adalah berkaitan dengan Perkara 11 tersebut. Begitu juga dengan hak kumpulan mana-mana agama untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri, ini yang saya sebut.

"Kita tidak boleh pergi kepada agama lain dan mengarahkan apa nak dibuat seperti jangan guna bau-bauan, jangan guna air. Perlembagaan jelas menyebut setiap kumpulan agama berhak menguruskan agama masing-masing.

"Saya tak boleh beritahu orang Islam, Hindu, Buddha, Sikh apa yang perlu dibuat. Saya tidak boleh cakap apa-apa tentang agama lain... jangan salah faham,"


Dengan kata lain - Ikut suka orang Kristian lah nak pakai kalimah Allah untuk tujuan apapun kerana baginya tindakan itu dibenarkan ikut Perlembagaan !

Saya tanyakan soalan itu kepada Najib berdasarkan kenyataan yang disiarkan dibawah yang mana linknya anda boleh dapat di Portal Resmi Jabatan Perdana Menteri - ( KLiK )


Jika anda klik link di atas, anda akan dapat prinskrin laporan paper di bawah-


Sekarang si Lawrence terang2 mencabar janji yang diucap oleh Najib pada 15 Julai lalu untuk Pertahan Kalimah Allah.

Tak tercabar ke Najib ? 

Atau Najib punya terjemahan lain dengan apa yang disebut sebagai Pertahan Kalimah Allah itu ? Jika ada, kami ingin tahu apa dia ...

Dan mohon Najib juga perjelaskan bagaimana ungkapan Pertahan Kalimah Allah itu jika dikaitkan dengan 10 Point Najib yang dipersetujui dengan pihak gereja 3 tahun lalu ( KLiK ) terutama dua bagian yang paling atas ini -


Terjemahannya yang saya faham adalah - 

1 - Bible dalam apajua bahasa boleh diimport masuk kedalam negara dan ini termasuk versi Bahasa Malaysia/Indonesia

2 - Bible ini juga boleh di cetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

( perenggan 5 menyatakan bible yang diimport atau dicetak bagi  Semenanjung itu harus punya  perkataan Christian Publication dan lambang tanda salib dimuka depan buku. )

SEMUA ORANG tahu yang Bible versi Bahasa Melayu/Indonesia itu dinamakan alKitab dan SEMUA ORANG pun tahu terdapat kalimah Allah didalamnya yang digunakan sebagai gantinama konsep Ketuhanan Trinity Kristian.

Dan mohon Najib perjelaskan bagaimana perkara di atas hendak diselaraskan dengan Enakmen Syariah yang mengharamkan penerbitan seperti itu.

Pelbagai versi pandangan/tafsiran akan dikemukakan jika ditanya kepada orang ramai jadi adalah TERBAIK jika Najib selaku Perdana Menteri sendiri yang tampil dan berikan pencerahan.

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2014 at 6:31 PM

10 point Najib tu adalah khas untuk PRN Sarawak sahaja. Sebaik sahaja PRN Sarawak berakhir, sepatutnya 10 point tu jugak sepatutnya terbatal automatik. Matlamat 10 point tersebut adalah atas faktor undi semata-mata.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2014 at 7:00 PM

Bro Din,
Nak dapat maklumat sedikit. Adakah 10 point Najib tu satu undang2 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat? Jika 10 point tersebut tidak diluluskan oleh Dewan maka ianya tak terpakai.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2014 at 7:02 PM

Kondom playsafe habis dipasaran. Tanpa kondom, tak mungkin berani memancutkan suaranya. Kambing hitam tak jumpa lagi. Semua menteri dok tunggu ah jib gor bersuara, kemudian keluar suara backup singer.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2014 at 7:09 PM

Assalam,

Imam Syafie pernah berkata "aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu".

Pendek kata hujah Paderi ni jangan dilayan berlebihan kerana kita juga akan mengikut jadi jahil. Fasal 11 harus dibaca dengan fasal 3, iaitu agama lain boleh diamalkan secara harmoni. Kalau dah tak harmoni makanya tak boleh la diamalkan. Senang dan mudah. Tetapi puak2 jahil ni tahu tidak ada apa didalam perlembagaan yang akan menyokong mereka jadi digunakan alasan2 dangkal.

Bab PM BIJAN (baca kanan ke kiri) tunggu dan lihat je kerana kini beliau tak mahu diganggu akibat sakit perut lantaran makan merata-rata. Tunggu sehingga perutnya sembuh kerana ketika itu baru akalnya berfungsi.

....................
Reply To This Comment ...................
January 8, 2014 at 7:57 PM

@AnonymousIa cuma satu polisi jer tapi puak gereja termasuk MPPN anggap sebagai undang2. Jadi sebab itu saya mohon Najib yang jelaskan.

Orang lain yang jelaskan takder kesan biarpun nampak logik.

....................
Reply To This Comment ...................
January 8, 2014 at 7:58 PM

@AnonymousItu tujuan saya minta Najib yang tampil dan jelaskan sebab buang masa kalau orang lain selain Najib yang cuba jelaskan pada puak gereja

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2014 at 11:04 PM

Din,
Nak terang mcmana, najib sendiri tak paham2 bila baca semula surat tu. Aku rasa dia taktau apa dia sign. Nah sekarang tanggung akibat ye. Gereja kata Surat tu overule undang2 syariah semua negeri. Gereja sebenarnye takde basis pun, jadi dorang baca dan buat2 bodoh kata bole buat.

Agak2 kau kalau pemimpin kat spore apa tindakan dorang. Tindakan tegas diambil, haram alkitab indon dan pengawalan edaran oleh kdn. Sedikit pahit tapi mereka tak ambil risiko atas keharmonian negara. Dan paderi tu masuk isa. Tindakan pantas dan tegas tanpa ragu2.

Yuyu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2014 at 11:19 PM

Ah Jib Gor pernah berkata beliau bukan seorang populist dan tidak mengejar GLAMOUR,tak kan beliau sudah tak SEDAR dan FAHAM bahawa beliau SUDAH tidak popular kepada 53% rakyat Malaysia dan sekarang kalau masuk angka terkini dari penyokong pro BN yang sudah meluat kepada dia,saya fikir angka yang mungkin mencapai 80% overall. Tak kah dia faham dan sedar dia TIDAK popular kepada 97% orang Cina.

Ah Jib Gor kena make a stand that will clear the AIR,once and for all. If the situation is GREY than he must DECIDE for us by SAYING its BLACK or WHITE,if the situation is like a CIRCLE than he MUST cut the CIRCLE and make it a STRAIGHT line and tell us which length it BEGIN from and which length is the END of it.

In order to earn back our respect he should come out in the open and make the final stand on the kalimat ALLAH issue. Being a GENTLEMAN Ah Jib GOr thinks he is,he should KNOW what is the honourable thing to do NOW. If his words are not like by Kristian so be it,the same goes with the Chinese too. He has got nothing to LOOSE because they NEVER supported him earlier anyway. His popularity is ROCK BOTTOM now(especially with the latest fiasco about the twitter that addresses HIM as "FORMER PRIME MINISTER' by his highly 7.2 billion PAID consultants staff) and the ONLY way for him to go is UP. How controversial the matter/issue is ,he must ALWAYS made the final say or stand and let the rakyat KNOW.

Alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 19, 2014 at 9:19 PM

mulut tu jangan nak lebih2...kami org kristian ni lebih aman dr org islam tau tak?klau hal2 perang di dunia ni pasti kaitan dgn isalm..ada hati nak marah agama lain..Allah bermaksud Tuhan...apa nak sangat buat issue ni?sebagaimana kristian menghormati agaam islam...macam tu juga islam menghormati agama lain..betul cakap Father Lawrence....imagine kalau kami tiba2 paksa org islam "JANGAN KAWIN LEBIH DR SATU...BERDOSA" macam mana?nak tak?macam tu juga jangan nak paksa2 agama lain...sebab kaum islam nampka macam nak menang pun krana ni negara islam...dh ALLAH nak buat macam tu...imagine kalau ini negara CHRISTIAN dan kami buat macam tu dgn hang smua..macam mana?but of course..Christian is a peaceful religion...We forgive our enemies tak kira macam mana jahat org tu buat dgn kita...tak kira bbrapa byk agaam di dunia ini tp Tuhan hanya ada satu dan kalau nak buat besar sangat hal khalimah Allah tu...buat lh...ingat..the whole kristian in Malaysia including Sabah and Sarawak supports apa yang father lawrence cakap...jangan nak ingat mentang2 ini negara malaysia...negara islam...korang boleh sesuka hati nak marah agama dan kaum lain...without us...Malaysia doesn't mean a thing...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 19, 2014 at 9:22 PM

@Anonymousmuka tak tahu malu marah Kristian....jangan ingat diri tu baik sangat...smbahyang lebih dr 3 kali tp mulut mcm tak prnah bibadat....do you think that you will go to heaven after saying all these mean things about kristian?Seriously?

Post a Comment