........... Isu alKitab - Bila MPPN Enter Frame - Isu Utama Adalah Antara 10 Point Najib dan Enakmen Syariah, Mana Yang Berkuasa ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu alKitab - Bila MPPN Enter Frame - Isu Utama Adalah Antara 10 Point Najib dan Enakmen Syariah, Mana Yang Berkuasa ?

Tuesday, January 7, 201411comments


Majlis Perundingan Perpaduan Nasional ( MPPN ) yang baru ditubuhkan Najib bagi tujuan mengkaji isu Perpaduan Nasional turut enter frame dalam isu alKitab / Kalimah Allah -

Majlis perpaduan mahu Putrajaya patuhi penyelesaian 10-perkara dengan Kristian


Mesyuarat pertama Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (MPPN) membuat pendirian menyesali serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Persatuan Bible Malaysia (PBM) kerana ia melanggar penyelesaian 10-perkara yang dibuat Putrajaya dengan penganut Kristian sebelum ini.


Sehubungan itu, MPPN meminta Putrajaya untuk memastikan semua pihak mematuhi penyelesaian 10-perkara yang dibuat April 2011 lalu.


Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman (gambar) berkata, Putrajaya juga perlu memberikan tindakan segera terhadap isu perpaduan nasional kerana ia menjadi isu yang sangat penting.


- Bagaimanapun, Samsudin yang juga pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan bekas ketua setiausaha negara, tidak mahu melebelkan tindakan Jais itu "salah" kerana katanya, MPPN mesti mengambil tindakan tidak berpihak dalam isu ini.


Apakah Samsudin berasa kenyataan beliau diatas itu sebagai Neutral atau tidak berpihak ? Tapi hujah atau desakan yang beliau utarakan itu SEBIJIK SAMA dengan apa yang dipertahankan oleh pihak gereja !

Yakni menjadikan 10 Point Najib sebagai alasan menyokong penyebaran alKitab diseluruh negara.

Waktu isu ini meletup minggu lepas saya dah sebut tentang 10 Point Najib ni - KLiK, saya dah agak perjanjian sial itu akan dijadikan peluru oleh pihak gereja dan kini ia turut di sokong oleh MPPN pula.

Yang menarik juga, kalangan bloggers yang mengutuk pihak gereja tidak ramai atau hampir tiada yang mahu menyentuh tentang 10 Point Najib ni - KENAPA ? Padahal itulah alasan utama yang digunakan pihak gereja bagi menghalalkan perbuatan mereka.


Saya dah katakan, kita tidak boleh lari dari mengungkit kembali 10 Point Najib ini dan mengkaji apakah ia selari dengan Enakmen Syariah berkaitan kalimah Allah.

Ada rakan dalam cubaan mempertahankan 10 Point Najib itu berkata, perjanjian itu cuma berkaitan dengan alKitab, tidak ada sebut pun tentang kalimah Allah.

Come on la ! Habis tu yang bising dengan isu penyebaran alKitab itu kenapa ? Bukankah ia berkaitan kalimah Allah yang digunakan oleh alKitab bagi merujuk Ketuhanan Trinity Kristian. Jadi isu mengenai alKitab adalah SAMA dengan isu kalimah Allah.

10 Point Najib walaupun tidak menyebut isu kalimah Allah ( cuma alKitab ), ia tetap SAMA berkaitan isu kalimah Allah !


Dan saya katakan untuk kesekian kalinya - 10 Point Najib itu BERTENTANGAN dengan Enakmen Syariah berkaitan penyalahgunaan kalimah2 yang diharamkan penggunaannya oleh Bukan Islam bagi tujuan pemurtadan baik secara langsung atau tidak langsung.

Kalau dalam alKitab tidak ada digunakan kalimah Allah, maka tidak akan ada lah sebarang isu !


Balik kepada kenyataan bos MPPN, sebenarnya kita wajar mempersoalkan kewajaran/kuasa/hak MPPN untuk ikut campur tangan dalam soal berkaitan agama.

Saya setuju dengan pandangan Perkasa dalam perkara ini - KLiK.


Apakah sekarang kita mahu mengiktiraf kepakaran Marina, Wardina, Mujahid, Lim Che Wee, Saifuddin Abdullah dan lain2 dalam isu berkaitan agama ?

Mengenai saranan bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib supaya Mahkamah Persekutuan Malaysia mengadakan sidang prosiding berhubung isu Allah pada kadar segera supaya satu keputusan muktamad terhadap perkara itu dapat diambil dan “menghalang ketidakadilan berlalu”.( TMI ) .... well.... bagi saya, baguslah kalau boleh dipercepatkan tapi apakah pihak yang terlibat akan akur dengan sebarang keputusannya kelak ?

Isu kalimah Allah ini tidak seharusnya dibawa ke Mahkamah in the first place ! !

Ia adalah isu akidah dan kita mahu serahkan mahkamah sivil membuat keputusan berdasarkan hujah2 logik atau mengikut tafsiran sekular ? Apakah Islam dinegara ini tertakluk kepada budibicara hakim mahkamah sekular ?


Ini negara Islam ! Kan ? Majoriti penduduknya beragama Islam ! Kan ? Penguasa negara ini beragama Islam ! Kan ?

Tapi kenapa umat Islam sepertinya mudah diperlekehkan oleh golongan minoriti ?

Apakah ini petunjuk akan kebangkitan golongan LIBERAL dalam negara Malaysia ? 

PS - Bagi saya apa yang penting didahulukan sekarang adalah membincang dan menetapkan mana satu yang lebih berkuasa antara 10 Point Najib atau Enakmen Syariah.

Atau bagaimana keduanya boleh ditafsir supaya selari maksudnya dan hanya SATU maksud tafsiran saja yang digunapakai oleh semua.



PS -  Artikel pertama saya mengenai 10 Point Najib waktu ia mula diperkenalkan 3 tahun lalu - KLiK

- Sorotan isu alkitab yang saya komen waktu PR Sarawak 3 tahun lalu - KLiK

dimana jelas segalanya bermula kerana permainan politik pihak gereja dan Dap .... dan dituruti oleh Najib. Semuanya kerana UNDI. 
 

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2014 at 2:47 PM

Sebenarnya bila muncul konflik/krisis spt inilah kita akan kenal tahap kualiti kepimpinan pemimpin negara. Cara dan pendekatan yg diambil mereka mencerminkan prinsip yg dipegang dan ini menjadi kayu ukur tahap kecerdikan dan keberanian sebenar mereka. Well...apa yg berlaku sekarang sebenarnya sudah cukup untuk kita menilai tahap kepimpinan yg kita ada sekarang. Seorang pemimpin yg hebat, berani buat keputusan dan ambil tindakan yg luar biasa untuk selesaikan masalah tanpa perlu heboh2 dan kecoh. Selesai dalam senyap. Najib pulak dalam senyap buat keputusan yg akhirnya dia sendiri tak boleh nk pertahankan sbb keputusan tersebut bukan benar2 datang dari dirinya berasaskan kefahaman menyeluruh dan keberanian berpaksikan prinsip perjuangan yg jelas.
Apapun tahniah kepada najib sebab gagal menyelesaikan perkara sensatif dgn cara yg bijak dn berkesan. Apa guna najib yg ada pelbagai kelebihan dan akses istimewa sbg PM tp hanya mampu buat perkara yg simple dan expected/biasa2 je.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2014 at 3:22 PM

Macam ada yang tak kena. Macam MPPN ni camouflage kepada IFC. IFC dulu dah tak jadi ditubuhkan jadi MPPN ni boleh jadi topeng yang baik kepada MPPN. Apa jadi kepada orang Islam yang cas alim dalam MPPN?

Zaman kerajaan tahu apa yang baik untuk rakyat dah berlalu. Sekarang ni zaman kafir tahu apa yang 'baik' untuk Islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2014 at 4:12 PM

Din,

Hati bertambah panas, kerajaan nak bagi sampai nanti setiap rumah simpan parang panjang ke baru nak mengleraikan perkara yang tak sepatutnya berbangkit nih.

Aku tak nak ulas panjamg cuma nak ulas tentang 10 perkara penyelesaian NAJIB dengan Kristian. NAJIB ni bukanya tuhan yang dia boleh buat apa dia suka ikut kepala dia. Apa pun 10 point penyelesaian banggang yang NAJIB buat itu tidak mewakili kehendak semua orang melayu islam waima pun dia Perdana Menteri, esok kalau dia dah tak de jawatan sama je macam orang lain.

Boleh ke buat 10 point solution yang bercanggah dengan perlembagaan. Bab ni banyak pihak akan buat tafsiran ikut suka di mana dia nak berak je. Ingat dan sedar Fasal 4 perlembagaan menyatakan perlembagaan itu sendiri adalah undang2 tertinggi dan mana2 undang2 , akta atau enakmen yang becanggah adalah terbatal dengan sendirinya.

10 penyelesaian NAJIB tu bukannya undang2 pun cuma persetujuan. Banyak cantik, kalau nak ikut persetujuan dari awal sebelum merdeka sehingga tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu puak2 lahanat yang bangkitkan isu2 bertentangan dengan apa yang dah di perstujui kenalah ikut dulu. Kita jangan jadi sama bangang macam NAJIB.

....................
Reply To This Comment ...................
January 7, 2014 at 4:51 PM

Bro Din

MPPN pun tidak objektif dalam membuat keputusan. Adakah 10 point deal to lebih besar dari Enakmen Syariah. 10 point deal tu tak da legal standing dibawah undang2. Ianya tak lebih dari MOU. Jadi bagi MPPN membalun JAIS adalah tak kena. Aku tak hairan kerana kelompok Melayu yg diambil menjadi ahli adalah org yang diragukan mempertahan Agama Islam.

Muka depan The Star hari ini membawa tajuk 'Blatant disregard for 10 point deal'. Headline ini dipetik dari kenyataan Pengerusi MPPN. MPPN tidak mengambil sikap berkecuali dalam membuat keputusan dan lari dari tujuan sebenar JAIS membuat serbuan.

Lim Kit Siang dalam Malay Mail semalam minta kabinet endorse semula 10 point deal. Aku harap ahli kabinet beragama Islam (kalau pun ada) sekarang tidak masuk perangkap LKS ni. Apa perlu diendorse semula. Melainkan Najib mahu melayan kehendak mereka ini sekali lagi.

10 point deal tu hanya satu MOU dan bukan undang2 seperti Enakmen Syariah. Ianya tak sepesific dan boleh disalah tafsir.

Yang ini pun MPPN tak boleh bezakan!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2014 at 5:13 PM

Bodoh la kita kalau menangkan gereja....ntah la..apa nak jd skrg nie

....................
Reply To This Comment ...................
January 7, 2014 at 5:16 PM

@Anonymoussaya ada menulis 3 tahun lalu semasa mengulas perjumpaan Najib dengan pihak gereja sehari sebelum mengundi PR Sarawak dimana Najib dakwa segalanya sudah selesai ..... saya katakan ia belum selesak kerana ia melibatkan isu kalimah Allah dan bertentangan dgn Enakmen Syariah.

Nah, ternyata hantu lama telah datang menganggu kembali !

tindakan bersifat populis ala Najib tidakakan kekal lama

....................
Reply To This Comment ...................
January 7, 2014 at 5:20 PM

@Anonymousyang saya tertanya2 adalah apakah suara MPPN ini merupakan suara Najib yang berselindung PLAYSAFE ?

....................
Reply To This Comment ...................
January 7, 2014 at 5:25 PM

@AnonymousSaya percaya Najib tidak berniat jahat semasa memeterai perjanjian 10 point itu. Dia hanya fikir nak menang pilihanraya jer....... cuma mungkin pemikirannya tentang isu ini agak singkat. Tidak tercapai akalnya yang perkara itu bakal menjadi satu polemik berpanjangan dimasa depan

....................
Reply To This Comment ...................
January 7, 2014 at 5:56 PM

Selagi ramai puak2 liberal Melayu dan munafikun berdiri teguh bersama2 saudara2 mereka para kafirun menyokong tuntutan sesat ini,selagi itulah Islam akan diperkotak-katikkan di Tanah Melayu ini.Melayu/umat Islam berbelah bagi untuk menunjukkan respons kerana mengikut membuta-tuli pendirian ahli2 politik yang bertuhan dan bernafsukan kuasa politik.Ahli2 politik jahanam ini berada di dalam kedua2 belah pihak pemerintah dan pembangkang.

Siapa yang mampu memberi kata putus dan muktamad supaya konflik ini tidak berpanjangan?Ahjib gor?Sultan/Agong?Atau nak tunggu perang agama berlaku baru masing2 nak sedar diri?Ataupun umat Islam di Tanah Melayu ini memang sudah tidak sensitif terhadap isu agama selagi tidak melibatkan perut dan bawah perut mereka?Ataupun juga isu ini sudah dikelirukan oleh ahli2 politik rakus yg memakai serban dan mengaku ulama kononnya sehingga umat Islam tidak pasti dimana mahu meletakkan pendirian?

Nak tahu tahap kesensitifan dan isu mana menjadi prioriti umat Islam mungkin kita boleh ukur daripada bilangan penyertaan perhimpunan 'turun harga barang' dengan perhimpunan membantah penyalahgunaan kalimah Allah.Yang mana lebih ramai dan lebih diperkatakan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2014 at 6:42 PM

Walaupun niat najib baik tetapi jalan penyelesaian yg dipilih beliau memang salah dan itulah asas ketidakpuasan hati org melayu. 10 point solution najib sekadar menyembunyikan sampah dibawah karpet dan bukannya penyelesaian secara tuntas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2014 at 9:10 AM

bila mula2 badan ni diperkenal dan melihat ahli2nya adakah kita terkejut dgn kenyataan mereka baru2 ni?

kan ni badan yg diperkenal najib sendiri? more liberalism najib

melayu hampa

Post a Comment