........... Isu alKitab - Benarkah Najib Telah Mungkir Janji ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu alKitab - Benarkah Najib Telah Mungkir Janji ?

Saturday, January 25, 201416comments

Benarkah Najib telah mungkir janji sebagaimana yang didakwa oleh Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia Hermen Shastri, sebagai reaksi kepada penetapan yang dibuat oleh Najib semalam bahawa 10 Point Solution tertakluk kepada Enakmen Syariah Negeri ? ( TMI )


Ada dua artikel lama TMI yang saya prinskrinkan dibawah yang melaporkan apa yang berlaku 3 tahun lalu untuk kita dapatkan gambaran tentang isu alKitab sehingga Najib terpaksa menghasilkan 10 Point Solution untuk mengambil hati pihak gereja.

Artikel pertama Najib pledges to keep Alkitab free 13/4/2011 - 3 hari sebelum Pilihanraya Sarawak, Najib ke Sarawak dan mengadakan pertemuan dengan pihak gereja bagi menyelesaikan kemelut alKitab. Buat julung kalinya seorang PM mengadap Paderi !

Idris Jala yang menjadi jurucakap selepas pertemuan itu berkata Najib komited dan dengan terang menegaskan bahawa kes alkitab ditahan tidak akan berulang lagi.

( “Najib made very clear his commitment that on the issue of the impoundment of bibles, it should not recur. I think he made that very explicit today. )

Idris Jala juga mengesahkan salah satu hasil utama 10 Point Solution adalah pelepasan 30 ribu alKitab yang ditahan oleh KDN kerana mengandungi kalimah Allah.

( “The fact of the matter is that the bibles are no longer impounded and there are no more bibles in custody,”)

Tetapi turut dinyatakan penggunaan kalimah Allah masih dalam pertikaian mahkamah.

( The government is still locked in a legal dispute with the Catholic Church over the use of the word “Allah” to refer to God by non-Muslims as Islamic enactments in 10 states prohibit this practice.)


Artikel kedua - Christians want permanent solution for Alkitab-Allah row - 2 hari kemudian pihak gereja menyifatkan 10 Point Solution sebagai satu bentuk penyelesaian sementara saja kerana isu berkaitan penggunaan kalimah Allah masih belum selesai.

(“We consider the 10-point solution to be an ad hoc and short term solution to the two consignments of Alkitab which have been impounded at Port Klang and Port of Kuching,”)

Ini boleh dijadikan bukti yang 10 Point Solution TIDAK menyentuh isu kalimah Allah walaupun ia membebaskan lebih 30 ribu alKitab yang mengandungi kalimah Allah dari tahanan KDN dan ini diakui oleh pihak gereja.

Bergantung kepada tafsiran anda apakah Najib telah memungkiri janji kepada pihak gereja 3 tahun lepas ....


Saya nak komen satu perkara ....... melihatkan betapa terujanya umat Islam dalam isu kalimah Allah dan alKitab sekarang ini, saya terkilan kerana semangat yang sama tidak ditunjukkan 3 tahun lepas semasa isu ini hebat diperdebatkan, yakni ketika 10 Point Solution itu diperkenalkan.

Waktu itu tidak ramai yang bising, cuma Ngo2 Islam saja yang menyuarakan bantahan tanpa mendapat liputan meluas dari media. Mungkin saja keadaan jadi berlainan jika ramai yang membantah ketika itu ( seperti sekarang ) ......

Ada saya luahkan waktu itu - KLiK.

Takperlah, yang lepas tu kira lepaslah. Apapun kita pertahankan kalimah Allah SEKARANG. Saya ulang SEKARANG, jangan dibiarkan berlarutan kerana jika dibiarkan berlarutan sehingga Pilihanraya Sarawak yang bakal menjelang lagi 2 tahun, mungkin sejarah 2011 berulang lagi ! 

Takut Najib akan berjumpa pihak gereja lagi dan entah apa Solution pula yang akan dijanjikan nanti ...




Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
January 25, 2014 at 10:34 PM

Setuju. NGO Islam hari ini kena kehadapan memberi pressure point kepada pentadbiran Najib kerana Najib dilihat tidak mempunyai pegangan dan prinsip dalam pentadbiran negara. Dengan erti kata yg lebih mudah, pentadbiran najib umpama lembik, pondan dan apologetic. Tiadakah dalam umno seorang jantan nak memandu negara ni?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2014 at 11:04 PM

Benarkah Najib telah mungkir janji? Setahu saya Janji manifesto telah dimungkiri atau manisfesto tu bukan janji?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2014 at 12:20 AM

Najib Razak @ Ah Jib Gor WAJAR Meletak Jawatan dan MengUNDUR DIRI sebagai PM Malaysia bersandarkan 10 POINT berikut:-

1. Najib @ Ah Gor telah gagal DI DALAM MENTADBIR URUS Kewangan dan Politik Tanahair dan sering diPERDAYA dgn sewenang2nya oleh Para Punahsihat Keliling Pinggangnya bilamana mengambil langkah Rasionalisasi @ Pengurangan Subsidi ke atas barangan/perkhidmatan utama seperti berikut:-

-MENGURANGKAN SUBSIDI HARGA PETRO DAN DIESEL sebanyak 20 sen, adalah baik untuk ekonomi kerana langkah itu akan membuatkan pasaran ekuiti dan mata wang lebih menarik dan menunjukkan bahawa kerajaan bersungguh-sungguh dalam menangani defisit fiskal.

Ahmad Maslan dlm Metro berkata - “Apabila kita mengurangkan subsidi pada 3 September lalu, keyakinan pelabur semakin pulih,” katanya.

Ahmad Maslan juga berkata Langkah kerajaan mengurangkan subsidi minyak baru-baru ini bukan sahaja mampu mengembalikan keyakinan pelabur asing, sebaliknya mengukuhkan nilai ringgit pada paras lebih baik.

SOALAN: Berapa banyak pelaburan asing yg masok ke Malaysia dengan pengurangan subsidi Minyak?
Berapa Banyak Pengukuhan Nilai Ringgit yang berjaya di pertahankan sejak daripada Pengurangan Subsidi Minyak?

-MENAIKKAN HARGA GULA 34sen kpd RM2.84/kg
Hasan Malek berkata pemansuhan subsidi itu akan memberikan keuntungan kepada tahap kesihatan rakyat. "Kita mahu rakyat hidup sihat. Hari ini ramai yang kena penyakit kencing manis kerana berlebihan gula. Dan ini kita perlu lihat secara positif."InsyaAllah dengan penerangan yang kita akan pergiatkan nanti, rakyat akan tahu dan faham tentang perkara ini," katanya.

Najib berkata, langkah mengurangkan subsidi gula sebanyak 34 sen itu bertujuan untuk mengurangkan jumlah pesakit diabetis di negara ini yang agak membimbangkan. "Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetis dan jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung dan kerosakan buah pinggang. "Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman," kata Najib.
Bersambung/…

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2014 at 12:23 AM

/Sambungan….

FAKTA: Rasional Komen dan Pendapat oleh Mereka yang Tidak Layak diletakkan pada Tempatnya, maka komen dan pendapat mengarut untuk memperbodohkan Rakyat Malaysia. Diabetes adalah salah satu penyakit keturunan dan punca sebenar adalah pesticide (racun) yang yang disembur ketika proses penanaman. Banyak lagi faktor2 lain menyumbang kepada diabetes, bukanlah gula semata2.

-MENAIKKAN KADAR TARIF ELEKTRIK sebanyak 14.98% atau 4.99 sen hingga 38.53 sen per kWh bagi Semenanjung Malaysia dan lima sen bagi Sabah dan Labuan yang akan berkuatkuasa Januari tahun depan.

Najib berkata, Tenaga Nasional Berhad (TNB) memerlukan RM6 bilion setahun untuk pelaburan. "71 peratus pengguna tidak dikenakan kenaikan ini, sebaliknya hanya 30 peratus domestik industri dan komersial sahaja.

"Kita perlu lakukan kenaikan tarif ini kerana jika tidak ia akan menjejaskan keupayaan TNB, tetapi kita nak pastikan rakyat teramai tidak terjejas, " katanya pada sidang media selepas selesai membuat ucapan penggulungan semperna Perhimpunan Agung Umno 2013, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai rungutan orang ramai yang menyifatkan kenaikan tarif elektrik itu sebagai membebankan berikutan tindakan kerajaan menarik subsidi gula dan petrol.Najib berkata, kenaikan itu sudah lama tidak dilakukan, apa yang diputus itu memerlukan komitmen kerajaan.

"Kenaikan ini bagi menjamin kewangan negara yang lebih kukuh.

FAKTA & SOALAN: Kenaikan kadar Tarif kerana TNB perlukan RM6 Billion setahun untuk PELABURAN – apa kena mengena dengan kerajaan…Bukannya Untuk Menaik Taraf Perkhidmatan Elektrik supaya lebih Effisien dan Jimat untuk Masa Hadapan? Kenapa TNB Perlu Wang Untuk Melabur, Rakyat yang Kena Bayar Kadar Tarif Lebih? Macam mana pulak TNB Melabur – Kerajaan boleh menjamin Kewangan Negara Kukuh? Apakah Kerajaan Mendapat Keuntungan drp Pelaburan TNB? Apa risiko jika Pelaburan TNB GAGAL.. Kerajaan akan juga RUGI dan Kerajaan akan Menaikkan lagi Kadar Tarif kepada Pengguna? Jadi Penggunalahlah yang Menanggung Pelaburan TNB, dan Apa Faedah kepada Pengguna? Apakah Najib Nak Membantu Jamaluddin Jarjis (yg Memiliki IPP spt Laporan Syed Outsidethebox) dalam membayar hutang Bank dlm kedudukan Ringgit yg semakin merudum?

Kenyataan BODDO mengenai subsidi hanya untuk orang miskin ialah suatu DISKRIMINASI kepada golongan yang Kaya, Golongan yang Kaya adalah Golongan Yang Berjay, Kejayaan adalah Hasil drp Usaha Gigih, Kuat dan Tekun Berterusan. Jadi Di Malaysia ini Adalah SALAH untuk jadi Kaya dan Berjaya kerana adanya subsidi. Orang Kaya – Golongan Berada, Orang Yang Berpendapatan Tinggi, membayar Cukai Yg Tinggi – Bukan Diskriminasi? Kenapa Tak Samaratakan CUKAI orang Miskin dan Orang Kaya supaya samarata? Orang Kaya, Berpendapatan Tinggi – Rumah Kompeni Bayar, Minyak Kereta ada Elaun, dsbnya – Apalah Kerajaan dah jadi macam sebegini BODDOnya. Waimma Menteri dan Ahli Parlimen/Wakil Rakyat pon ada elaun.. Pegawai Atasan semuanya ada elaun minyak…siapa yang Bayar Minyak Mereka.. Mesti lah Rakyat Miskin – kerana kesemua KOS Perbelanjaan Syarikat sudahpon dimasokkan ke dalam Kos sesuatu barangan dan perkhidmatan yg diberikan atau diniagakan.

Bersambung/..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2014 at 12:23 AM

/Sambungan…

2. Najib telah membuat Pembayaran sebanyak RM7.2 Billion dan menurut A.Kadir Jasin Najib juga telah meMINDAHKAN WANG sebanyak RM6.5 Billion ke Cayman Island dan sehingga KINI Najib masih belum berani berdepan dengan mana2 Wartawan mahupun menjawab pertanyaan kedua2 secara lisan dan terbuka, bukannya jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat melaui Kementerian Kewangan.

3. Najib Melantik Pemimpin yang Lemah, Tidak Berwibawa dan Tiada Kebolehan.
Najib Pemimpin yang Tidak Layak Menjadi Pemimpin telah melantik mereka Yang Tidak Layak Memegang Jawatan seperti:
a) Hassan Malek b) Wahid Endut c) Tengku Adnan d) Jamil Khir e) Khairi Jamaluddin
Tak payahlah nak saya ulaskan kenyataan-kenyataan mereka seprti Harga Ayam Naik jangan makan Ayam – Harga Tol naik, lalu Jalan yang tiada Tol dsbnya.

4. Najib adalah Pemimpin Melayu Islam yang telah Kufur Al-Kubra (Harun Din yg kata Gugur Iman menjadi Kafir jika benarkan Orang Kafir gunapakai Kalimah Allah dalam Bible) bila mana memberikan kebenaran Kalimah Allah diguna pakai di dalam Kitab Bible Versi Bahasa Melayu di Sabah dan Serawak, waimma apa jua alasan perundangan. (Zaman Tun M hanya membenarkan penerbitan dalam Bahasa Melayu). Kita selalu menyebut “ Bismillahirahmanir rahiiim… (walaupon Islam tidak Menyebut akan “Kalimah” Allah.. tapi huruf/kalimah Allah itu adalah satu Kalimah Tauhid yang Maha Agung lagi Maha Tinggi .. Auzubillahi minas syaitan nirrajiiim.. (Nasib kita tak menyebut Auzubi Kalimahillahi minas syaitanir rajiim).
Allah Berfirman di dalam Al Quran – “Annallahu Robbil’alamiin… Anallahul ‘Azeezul Hakeem, ʾinnanī ʾana llāhu lā ʾilāha ʾillā ʾana fa-ʿbudnī wa-ʾaqimi ṣ-ṣalāta li-dhikrī”. "Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

5. Najib Pemboros, Tiada Keyakinan Diri, Kurang Pengetahuan Agama dan Tiada Kepandaian Hal2 Ekonomi dalam Mengurus dan Mentadbir Kewangan Negara dan Memimpin secara Liberal yang mewajibkan Rakyat untuk mentaati kewibawaannya sebagai seorang Pemimpin, sebaliknya bergantung 99.9% kepada Punahsihat sekeliling pinggang. Najib juga Menggunakan dan Merompak Kewangan Negara dan Awam untuk memuaskan Nafsu, Kemahuan dan Kehendak Isteri si FLOM Rosemah

Dengan sifat yang tersebut di atas, maka sesungguhnya Najib Bukanlah seorang Ulul Amri yang Wajib untuk ditaati sebagaimana Firman Allah Ati"ullah wa atiur rosul wa Ulil amri minkum. Lihatlah Perilaku dan keperibadian, sifat-sifat yang ada pada Najib @ Ah Jib Gor ini yang mengsahihkan beliau bukannya Pemimpin Ulul Amri.

Bersambung/…

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2014 at 12:25 AM

/Sambungan…

6. Najib sanggup Mengkhianati Para Pemimpin dan Pejuang UMNO Terutamanya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdanan Menteri dengan mengadakan kesepatan dengan Anwar Laknatullah Ibrahim (Perjuagan Anwar adalah Perjuangan Peribadi, Perjuangannya untuk KeEGOan Diri Sendiri, Kepentingan Keluarga bukannya atas Islam, Melayu dan Tanahair). Najib Razak seorang yang pandai memberikan GULA-GULA manis dalam Senyuman dan akan Menikam DiBelakang. Ciri-ciri yang sama tetapi tidak serupa (kerana Anwar Menikam di belakang dengan anggota sesama anggota).

Najib dikhabar anginkan sanggup menerima Anwar Kembali di dalam UMNO, berkemungkinan Melantik menjadi Ahli Majlis Teringgi dan justeru menawarkan Jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Anwar melaui Yusoff Kalla, di Indonesia.

Mungkin inilah yang sangat2 diMimpikan oleh Para Punhasihat Sekeliling Najib supaya Puak Pembangkang secara Automatik dapat Menguasai Kerajaan. Anwar tidak perlu melaui proses Pilihanraya untuk Ke Putrajaya.. Najib Boddo ini yang membuka Laluan seluas2nya kepada si Anwar.. Alhamdulillah kesepakatan itu tidak menjadi kenyataan.

7. Najib Celik tetapi Tidor dan amat lemah dan Lembap untuk bertindak bilamana berlakunya sesuatu kejadian, fitnah dan tohmahan. Jadi bila isu dah basi barulah Najib Mengeluarkan kenyataan.

8. Najib pemimpin yang Tidak Berakal Panjang bilamana seringkali statement yang keluar dipermain-mainkan dan diperbudak-budakkan oleh seluruh media sosial. Isu Marahkan Kerajaan Bila Barang Naik tapi Bila Harga Kangkung Turun Tak Puji Kerajaan Bukanlah sesuatu perumpamaan yang sepatutnya Keluar dari mulut seorang Pemimpin. Apatah lagi Najib Mengarah Menteri Kesayangan Isterinya Mengkaji Berapa Jumlah Gula di dalam Teh-Tarik minuman kegemaran orang Melayu?? Mengelak daripada Membayar Cukai.. adalah Pengkhianat Negara.

9. Dikhabar anginkan juga semacam Taufan Neelofa (Taufan ini Melanda Malaysia saja), bahawa Najib mengunakan Kedudukannya sebagai Presiden UMNO (yang menang tanpa Bertanding) dan Perdana Menteri di dalam Menpengaruhi dan MENGARAHkan Ketua Bahagian supaya Memberikan UNDI kepada Sepupunya Hishamuddin di dalam Pemilihan Naib Presiden pada PAU 13 baru-baru ini.

Walaupon seluruh rakyat tahu Hishamuddin kalah kepada Laksamana Mukhriz, tetapi Hishamuddin dengan Bantuan dan Penipuan Undi seperti yang DiARAHkan oleh Najib akhirnya telah memberikan kemenangan TIPIS kepada Hishamuddin.

Bersambung/….

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2014 at 12:25 AM

Sambungan/….

Ketentuan Allah Azzawajalla bahwa, Hishamuddin bukannya seorang pemimpin yang layak berjawatan Naib Presiden, tidak dapat hadir sepanjang PAU 13 kerana beliau Sakit Sepanjang tempoh PAU diadakan. Apakah Najib tidak Melihat akan Tanda-Tanda yang ditunjukkan di depan matanya sendiri, walau macammana ikhtiar penipuan yang dilakukannya, Najib tidak berkuasa menyongsangi Takdir Allah Azzawajalla.. Saya Khuatir Hishamuddin akan terusan sakit dan tidak dapat meneruskan tugas beliau sepanjang tempoh ini sehinggalah PAU ke 14 diadakan.

10.Najib Anak Bangsatwan yang Hidup Bermewah (baca citer adik najib) dari kecil sehingga tua, mana lah belaiu tahu akan ertikata Susah, Erti Kata Kais Pagi Makan Pagi, Kais Petang Makan Petang, dan Jangan Bohong Najib sekiranya Kamu katakan kamu tahu akan kesusahan, keperitan, kesenggsaraan Rakyat mencari wang ringgit SECARA HALAL untuk menanggung kehidupan keluarga. Kebanyakkkan Melayu Kaya-Raya Berbangga mengumpulkan Beberapa banyak Kereta mereka di dalam garaj mereka, Tapi Najib dengan Bangganya Mengumpulkan JET semasa Pemerintahannya.

Najib Wajib meletakkan Jawatan dan Undur Diri seberapa segara sebelum Malaysia Hancur ditangan orang2 Yang Tidak Layak berada di tempatnya. Kalau ada lagi ahli UMNO yang nak backed-up Pemimpin yang 97% Orang Cina tak Ndak lagi, 93% Orang Melayu pon dah Tak Ndak Undi… maka akan jadi betullah prediction Tun M dan Tun Daim dan Lain2 UMNO / BN akan hancur pada PRU 14. Dianginkan Khabar Ahli Parlimen pon hampir 2/3 pon amat bengang dengan PM Najib..Asyik2 Nak Kenan jawab Isu PM dan Isteri aje…

Seterusnya sila lihat2 citer2 berkaitan…

http://sakmongkol.blogspot.com/2014/01/bila-bahtera-tidak-bernakhoda-negara.html

http://kedahku.blogspot.com/2014/01/tun-dr-mahathir-kerajaan-boros.html

http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/2014/01/umno-tidor-dan-lembik-atau-umno-power.html

http://pilihan-anda.blogspot.com/2014/01/bn-bakal-tumbang-pada-pru14-tun-m.html#.UuMi7tKwqIU

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2014 at 1:05 AM

Tiadakah sesiapa dalam UMNO sekarang baik dari kaum lelaki ke...wanita ke...puteri ke... yang sayangkan Negara...agama dan bangsa?

Waktu PAU, bukan main lagi mereka bertempik...meraung...bercakap berapi-api bab agama, bangsa dan Negara tapi lepas tu, apa sahaja... saya ulangi, APA SAHAJA, yang pemimpin depa cakap, walau tak betul sekalipun, depa akan putar juga (spt DR MiM) untuk membenarkan kata-kata dan tindakan pemimpin mereka.

(Pemuda tak boleh diharap sebab dah sahih mereka suka jenis 'PROGRESIF LIBERAL')

Come on laa! Di mana semangat Allahyarham Tunku...Tun Razak...Tun Dr Ismail...Saadon Zubir...Tan Sri Aishah Ghani..???

Bangkitlah!...please...!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2014 at 1:51 AM

Dengan bukti yang terpampang di atas,JELAS nampak IDRIS JALA yang meyebabkan masalah berlarutan. From a management point of view Idris Jala FAILED to resolved this issue,aside from his FAILURE to turnaround MAS too. Yang pelik nya after Idris Jala punya fiasco in MAS,Ahjibgor kangkong GAVE him a BIGGER responsibility and position in the cabinet.It can be deduce that Ahjibgor is not SMART because he seem to be appointing the wrong kind of people like Marina Mahathir,Hindraf rebel,Menteri Ayam to be part of his team.
Kalau Ahjibgor ada OTAK he should get some one who is wise and experience like Tun Daim to go through Idris Jala work and proposal, for a second opinion. From my banking experience whenever my subordinate does a 'cock-up',I normally send in another person/team to review ALL their past and previous worked done earlier in order to PREVENT a major 'timebomb' waiting to explode.Jelas budak kelulusan dalam degree in Communication is TAKING Ahjibgor Kangkong for a ride.

Untuk masalah ini timbul lagi berkali kali, TANDA menunjuk Ahjibgor tidak ada "HANDS ON' dalam kerja dia buat sebab itu isu berlarutan WALAUPUN sudah ada perjanjian '10 point solution. Ini lah masalah nya bila anak bangsawan menjadi Perdana Menteri kerana pada awal hidup dia SEMUA kerja dan masalah kerja official dan private nya akan di DELEGATE kepada pegawai2 khasnya dan setpol2 nya and Ahjibgor learns NOTHING as the years pass by .

Kita juga bertanya kalau Idris Jala ini is a FAILURE mengapa Ahjibgor kangkong tak buang dia from the team/cabinet? Jawapan nya ialah 'Loyalty'. Ahjibgor mahu wujud budaya ini kerana kalau dia juga GAGAL sebagai Perdana Menteri orang2 bawahan nya juga tak akan suruh dia berhenti atau TURUN.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2014 at 1:52 AM

patutlah najib takut nak senyap....... kiri kanan dia jual kangkung !

....................
Reply To This Comment ...................
January 26, 2014 at 1:58 AM

@AnonymousMaksud saudara, takut nak bersuara... kan ?

....................
Reply To This Comment ...................
January 26, 2014 at 1:59 AM

@Anonymousspesis sama suka berkumpul... they flock together gether

....................
Reply To This Comment ...................
January 26, 2014 at 1:59 AM

@AnonymousKalau komen saudara ini tidak disiarkan dalam blog lain, saya akan artikelkan nanti

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2014 at 9:20 AM

Salam,
10 solution tu janji undi. Dah tak undi, ah jib gor mana beraniii. Telur masuk dlm la. Yg undi bkn kristian, mereka ambil kesempatan jer. Kalu layan memang cari nahas la. Kita melayu islam yg byk beri undi. Cina kristian tolak pemimpin melayu. Memang ah jib gor tergolong dlm golongan pemimpin yg amat bodoh di dunia kalu menerima cadangan drpd org yg tak undi dan tolak cadangan org yg undi dia.

Kalu nak kritik pm kita, gunakan nama pm ah jib gor. Memang pembela dia tak masuk punya. Nama ah jib gor ni memang berhantu kpd pembelanya. Kalu name tag dia ah jib gor, dah lama kena baling tahi..

Baru ni ah jib gor pi buat demo. Dia mungkin rasa dpt sokongan. Bro tak ulas ker?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2014 at 1:44 PM

dinturtle January 26, 2014 at 1:59 AM

Salam Pok Din, Saya pembaca blog dan pengomen tegar dalam Blog Din Turtle saja

Anak Warisan Dari Ampang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2014 at 4:54 AM

Lagu Bahagiku Deritamu...ciptaan MRS lirik idris jalal.

Post a Comment