........... Isu 10 Point / alKitab / Kalimah Allah - Najib Bersuara ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu 10 Point / alKitab / Kalimah Allah - Najib Bersuara !

Friday, January 24, 20145comments

Tadi di Berita TV3 Najib telah pun bersuara mengenai isu 10 Point / alKitab / Kalimah Allah. Sama seperti apa yang diucapkan oleh KJ sebelum ini iaitu kerajaan berpegang kepada 10 Point Solution tapi tertakluk kepada Enakmen Syariah.

"Maknanya kalau negeri itu ada enakmen, ia tertakluk kepada enakmen negeri. Kalau negeri yang tidak mempunyai enakmen seperti Sabah dan Sarawak, maka amalan biasa boleh diteruskan dan tidak ada pihak yang harus menakutkan mana-mana pihak," - Bernama. Saya prinskrinkan artikel itu di bawah.

Selepas lebih 3 minggu isu ini panas, baru Najib nak bersuara ....... hmmmmm. Dan pendirian itu disokong sepenuhnya oleh Majlis Tertinggi Umno.

Najib berkata perkara ke-9 dalam resolusi itu juga ada mengatakan secara spesifik bahawa ia tertakluk kepada undang-undang persekutuan dan enakmen negeri.

Apa dia perkara ke 9 itu -


(  Memang asal benda ni ditulis dalam omputeh ke ? Perkara resmi sebegini kenapa diutamakan Bahasa Kebangsaan ? Kan namanya RESMI .. )

Pastinya pihak gereja akan mempertikaikan maksud 'Beyond the Bible issue' pada permulaan ayat. Tapi buat masa ini saya malas nak komen panjang.

Kenyataan / Pendirian Najib ini seharusnya mendapat perhatian negeri/wilayah di Semenanjung yang tidak punya Enakmen Syariah seperti Perlis, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.

Saya tidak pasti siapa yang bertanggungjawab untuk menggubal Akta itu bagi Wilayah Persekutuan dan Putrajaya .... tapi jika kita tidak mahu melihat lambakan alKitab ditempat2 itu dek lampu hijau yang baru diberikan melalui 10 Point Solution, cepat2lah gubal.

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 24, 2014 at 10:02 PM

Kalau tak salah saya antara orang perantaraan mewakili kerajaan yang juga terlibat dalam isu ini adalah Idris Jala pada masa itu. Ahjibgor sepatut nya buat statement ini bersama Idris Jala,dan Idris sepatut nya 'ENDORSE' statement ini publicly. Dan kalau Ahjibgor ada OTAK dia patut TAMBAH statementnya dengan memberi AMARAN publicly jika perkara ini masih belarutan oleh orang macam Paderi Lawrence,kerajaan akan ambil TINDAKAN. Tapi kita tahu dia BODOH jadi sebab tu nanti dia kena buat lagi dua atau tiga kali publicly statement ini atas perkara yang SAMA.

Macam MANA si Ahjibgor SANGGUP BAYAR sampai $7.2 billion consultant fee kepada 'mangkok hayun' ini semua sebab all their advise brings him nothing but TROUBLE!!! Oh kita lupa Ahjibgor TAK PASS university!!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
January 24, 2014 at 11:30 PM

@AnonymousNajib langsung tidak sebut tentang isu kalimah Allah dalam konteks 10Point sebagaimana yang disebut2 oleh pro Najib ( yang 10 Point tidak rujuk kepada kalimah Allah tapi hanya merujuk kpd alKitab )

Nanti gereja akan bising dan sekali lagi isu akan heboh dengan pelbagai tafsiran... dan sekali lagi Najib akan senyap berminggu2 sebelum komen.

Kenapa tak perjelaskan semuanya sekali harung jer ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2014 at 12:16 AM

Din, hang ingat Ahli biasa UMNO faham ke Najib 10 point solution ni.?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2014 at 12:25 AM

Salam,
Ah jib gor dah pasti selamat dan memakai kondom 3 minggu, isu pun dah sejuk sikit, baru dengar suara perlahan pm . Sokongan 100% ahli umno
.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2014 at 8:40 AM

Puak puak pengampu pun dengan kadar segera mengambil tempat di depan PWTC menyokong PM yang dah lama tak ke udara...
psstt:... harap-2 dapatlah perhatian najib untuk jawatan yang sedang diidamkan tu...

Post a Comment