........... HOT - Bersama Setiausaha Agung Perkasa : Anda Tanya Dia Jawab | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

HOT - Bersama Setiausaha Agung Perkasa : Anda Tanya Dia Jawab

Monday, January 6, 201456comments


 

Saya amat bertuah bilamana saudara Syed Hassan, Setiausaha Agung Perkasa sudi menjengah blog ini di artikel terdahulu ( KLiK ) untuk menjawab peluru2 yang ditujukan kepada Perkasa (!). 

Ada dua komen terakhir yang saya terima dari beliau semalam, agak lewat jadi saya jadikan sebagai satu artikel supaya lebih ramai dapat baca dan faham pendirian beliau dalam isu2 yang melibatkan perjuangan bangsa Melayu.

LEBIH MENARIK lagi bila saya menerima mesej dari Syed Hassan sendiri dan selepas berbincang lebihkurang, beliau bersetuju untuk terlibat dalam menjawab sebarang soalan dari pembaca dalam artikel ini, bermula pagi esok.

( Tapi soalan2 saudara juga terpaksa melepasi tapisan saya terlebih dahulu, maknanya saya tidak akan lepaskan komen2 yang mengandungi bahasa mencarut dan kurang ajar dan yang jauh lari dari topik. Jangan risau, setakat inipun, 95% komen2 saya lepaskan )

Sebab perkara ini adalah secara direct, maka Saudara Syed Hassan akan menjawab dalam kapasiti peribadi beliau.



Komen Pertama - Perkasa Sebagai Sebuah Parti Politik

Utk Perkasa menjadi Parti Politik saya rasa jauh sekali. Kalau ini berlaku sudah ada 4 party mewakili org Melayu. PKR bekerja samadgn Pas. Jadi ianya akan menjadi 3 penjuru disetiap kawasan melayu. Dikala cina bersatu dgn DAP, saya bimbang cina akan diam2 letak calun bebas. DAP buat tak tahu dan begitu juga MCA dan Gerakan.

Mereka MCA dan Gerakan ni mana ada penyokong tegar. Ahli party pun sokong Pakatan. Bayangkan ada lebih 3000 ahli MCA yg layak mengundi di kawasan MCA bertanding, calun MCA hanya dpt kurang 100 undi Cina. Apa maksud tu.

Jadi jika di kawasan 70% pengundi Melayu ada 3 calun Melayu bertanding UMNO, Pas dan Perkasa terpaksa berkongsi 60% pengundi Melayu yg keluar mengundi krn biasanya paling pasti 10% tak keluar, peluang cakun bebas Cina dpt undi 30% bersih noleh menang. Tak pasal kawasan Melayu kerusi jatuh ke kaum Cina.

Sebenarnya Perkasa mahu jadi sekuat Dong Zong yg boleh pengaruhi pengundi Cina. Jika 60% pengundi Melayu menyokong Perkasa walau tidak jadi ahli tetapi mengikut arahan Perkasa calun mana perlu dipilih pun sudah mencukupi.

Maknanya suara Perkasa digeruni mana party. Pas mahu sokong Perkasa dan Umno juga mahu sokongan Perkasa. Kita boleh tentukan Pas atau umno. Pastinya dua2 party melayu itu akan berlumba2 bersuara lantang pejuangkan agenda Melayu utk tarik perhatian Perkasa

Malah calun Cina juga perlukan sokongan Perkasa jika mereka bertanding sesama bangsa mereka. Selain mengejar sebahagian undi kaum cina, undi Melayu juga penting.

Jika mana2 kawasan yg bukan melayu lwn bukan melayu bertanding kita boleh celah dgn calun bebas yg di endose oleh Perkasa ssecara terang2an. Dgn ada 40% undi Melayu kawasan itu dan undi bukan melayu berpecah dua, harapan cerah utk calun bebas Melayu tajaan Perkasa menang.

Sebab itulah Perkasa berusaha menyakinkan org Melayu tidak perlu berparti. Cukuplah hanya menyokong sahaja semasa PRU.



Komen Kedua - Komen Tentang Najib

Umno tenat sekarang kerana pemimpin lain tak berani menegur PM tidak seperti zaman TARahman.

Semua tahu Najib ambil alih tugas sebagai PM dari Pak Lah dlm keadaan UMNO dan BN tiada 2/3 kerusi Perlimen. Bermakna Najib ambil alih kerajaan yg lemah dan dlm keadaan ekonomi dunia tak menentu.

Tambahan pula keterbukaan pak lah adakan meberi ruang kpd bukan melayu berani bersuara.

Bertambah malang bila Najib pula terus melayan kaum bukan Melayu kerana terlalu mengharap PRU13 cina kembali menyokong BN setelah menggagalkan BN dot 2/3 pd PRU 12.

Haru biru terus Najib terlalu percaya penasihat2nya yg liberal dan Najib pula tidak bijak membuat keputusan sendiri dgn tepat.

Selain dari membuat keputusan2 yg tidak tepat berkaitan politik ditambah pula gagal mengurus ekonomi negara dgn baik serta kelemahan menerangkan walau dasar yg baik sekali pun telah memberi ruang kpd pembangkang memutar belitkan dasar yg baik.

Semuanya berpunca bila dasar sedia ada yg telah disusun dgn baik oleh Tun M cuba diubah utk tidak nampak mengikut legasi Tun M. Cuba utk membuat legasi sendiri.

Kita amat rugi sejak 2003 Tun M sudah 11 tahun negara tiada perubahan dari segi fizikal cuma penambahan bangunan2 baru pencakar langit sekitar ibu kota yg pemaju mengambil kesempatan kesan penjanaan ekonomi yg Tun M buat.

Masalah skrg kita boleh lihat turn point najib akan ke track yg betul. Sehari ke sehari makin tersasar.

Salah satu contoh bila Petronas dibawah Shamsul membuat beberapa keputusan yg merugikan Petronas dan Negara. Saya akan huraikan kemudian.

Share this article :

+ comments + 56 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 5:16 AM

Perkasa boleh kaut undi protes orang melayu.Sap sap soi.Sekarang nie pun ramai yang berkata akan undi protes di PRU 14 nanti.Banyak sangat faktor yang mempengaruhi undi protes.Tetapi, di sabah dengan serawak macam mana,Kalau UBN tabur banyak projek di sabah dan serawakpun tak ada guna sebab iklim politik di semenanjung yang sangat jauh berbeza.Orang melayu tak akan sekali2 beri undi pada PR.Kalau undi protes,sampaii tak keluar mengundi, lagi teruk kawasan orang melayu.Baik bagi pada perkasa secara total.Politik yang cerdik,bijak dan imej yang baik sahaja,dapat mengaut 13 juta pengundi.Dasar rasionalisasi subsidi hanya sekadar membersihkan akaun perbendaraan negara.Ia sangat menjejaskan kos hidup pengundi yang berpendapatan rendah.Perkasa kena bekerja kuat pada kadar yang luar biasa untuk mendapat jumlah pengundi melayu dan tidak lari kepada parti PAS.Orang melayu nie beremosi,bila menghadapi tekanan kos hidup yang tinggi di samping isu2 yang tidak enak untuk di baca.Takut bertindak di luar kawalan semasa membuang undi PRU 14.Swing vote nie,dah selalu kita dengar dan acap kali di sebut2.Yang paling menguntungkan adalah PR,andai PERKASA tidak memikirkan tindakan awal.Awal2 lagi,PR dah sebut utk menarik pengundi muda.DAP telah aktif memindahkan jumlah pengndi ke kawasan baru.Dasar Rasionalisasi subsidi telahpun di war2kan,berperingkat2.Hanya ada tempoh 3 tahun lebih sahj lagi ke PRU 14.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 5:34 AM

kemenangan berpehak kepada jumlah kerusi terbanyak, bukan dari undi popular.Ramai yang sudah tahu,perkara tersebut.Maka, startergik pengundian akan di corakan atas sistem berkenaan di PRU akan datang,untuk mendapatkan kemenangan. Termasuk, merencanakan pemindahan pengundi yang berlebihan di satu2 kawasan ke kawasan yang lebih penting utk mendapatkan kerusi dun dan parlimen.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 6:46 AM

Apakah yang kerajaan patut lakukan demi memastikan survival peniaga-peniaga melayu dalam menghadapi kenaikan mendadak kos produk, kos jualan dan kos-kos tambahan yang terpaksa diserap oleh peniaga. Peniaga melayu bukanlah supplier atau orang tengah yang mempunyai kuasa untuk mengawal harga kerana kita sedia maklum bahawa ekonomi negara dipegang oleh kaum tertentu. Sampai bilalah peniaga-peniaga kecil melayu akan terus ditindas dan apakah peranan PERKASA dalam membela nasib mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 6:58 AM

Sekolah kebangsaan, sekolah agama rakyat dan sekolah pondok nampaknya masih daif dan kekurangan dari segi fasiliti yang memuaskan. Meskipun begitu, pihak kerajaan nampaknya masih memanjakan SJKC dengan peruntukan jutaan ringgit. Sedangkan pada masa yang sama Sekolah Kebangsaan terutamanya yang terletak di kawasan luar bandar dan pedalaman diabaikan. Mungkin PERKASA boleh mengingatkan kerajaan, sekolah manakah yang sewajarnya dibantu jika mengikut peratusan undian dan sokongan dalam PRU yang lepas. Ini penting demi generasi anak-anak melayu kita dalam menikmati pendidikan yang lebih berkualiti dalam persekitaran yang kondusif.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 7:04 AM

Saya melihat masih ada lagi warganegara malaysia yang tidak fasih berbahasa melayu. Ada jugak sesetengah company bukan melayu yang mensyaratkan bahasa mandarin jika ingin bekerja dengan mereka. Nampaknya bahasa melayu dilayan sebagai bahasa kelas ke-3 jika nak dibandingkan dengan bahasa inggeris dan bahasa mandarin. Apakah usaha PERKASA dalam memartabatkan bahasa melayu di negara ini agar tidak terus diperlekehkan oleh sesiapapun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 7:13 AM

Dalam soal meritokrasi pendidikan, saya melihat anak-anak melayu luar bandar terpaksa bersaing secara tidak adil dengan anak-anak bukan melayu yang cemerlang di bandar. Kita maklumi bahawa sekolah luar bandar amat dhaif dan perlukan pembelaan berterusan dari pihak kerajaan. Oleh kerana itulah mereka selalunya hanya mendapat keputusan peperiksaan yang sederhana. Berbanding dengan pelajar bukan melayu yang belajar di sekolah bandar yang serba-serbi lengkap. Apakah yang patut kerajaan lakukan supaya pelajar-pelajar melayu di luar bandar dapat bersaing secara lebih adil melalui dasar meritokrasi yang tidak berat sebelah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 7:22 AM

Apakah cadangan PERKASA supaya isu kalimah Allah ini dapat ditamatkan dengan segera sebelum perkara buruk berlaku akibat konflik antara orang Islam dan orang Kristian. Saya rasa kerajaan kita terlalu berlembut sangat dengan pihak berkenaan. Tiada ketegasan yang benar-benar konkrit. Undang-undang sedia ada pun masih lemah dalam membanteras pelampau agama sejak akta darurat dan ISA dimansuhkan. Sampai bilakah kita harus membiarkan melayu dan Islam diusik dan diperlekehkan. Sudah sampai masanya maruah Islam dibela dengan penguatkuasaan yang lebih tegas dari kerajaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 7:39 AM

Sebelum PRU, Najib membodek cina dengan majlis makan besar, konsert mega, palu gendang cina dalam iklan tv, tanglung percuma dan peruntukan jutaan ringgit untuk sjkc. Selepas PRU13, sokongan cina terhadap cina terhadap BN hanyalah temberang semata-mata. Dengan sokongan padu orang melayu terhadap UMNO dan BN dalam PRU yang lepas, mengapa tiada langsung inisiatif Najib untuk membodek melayu? Apakah kerana melayu tiada pilihan selain UMNO sehingga mewajarkan melayu terus dipinggirkan dan diabaikan. Apakah undi melayu itu sia-sia saja tanpa sebarang balasan sebagai mengenang budi melayu yang memberi kemenangan kepada mereka. Tapi akhirnya melayu dibalas dengan kenaikan harga gula, harga minyak dan tarif elektrik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 7:41 AM

Pada pandangan PERKASA apakah Najib wajar meletakkan jawatan kerana kegagalan beliau menjaga hak melayu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 7:51 AM

Salamualaikum, apa komen saudara berkenaan kantong kewangan PERKASA? lepas balun kerajaan dapat peruntukan lagi x?

....................
Reply To This Comment ...................
Muslim
January 6, 2014 at 8:50 AM

Betul kata Tuan Syed, jika PERKASA jadi parti politik, bakal pecahkan undi Melayu, menang sorak kampong tergadai. Yg penting PERKASA meluaskan pengaruh, mendpt sokongan dan dokongan org Melayu secara menyeluruh, serta mempunyai kuasa desakan yg kuat.

....................
Reply To This Comment ...................
January 6, 2014 at 8:58 AM

Yang penting sekarng ialah Perkasa menarik org muda mdnyertainya.
Perkasa dilihat sebagai port politikus has been.
Kita tak boleh lagi mengharap pemuda umno sebagai gulungan pendesak kerana sayap itu sudah dicemari oleh oleh gulungan liberal.
Perkasa mesti mencari pemuda yg berani dan lantang bersuara dalam menangani isu semasa bagi org melayu.
Saya faham mengapa Perkasa tak mahu dijadikan sebuah parti politik.
Perkasa boleh dijadi badan pendesak bagi org Melayu kerana sayap2 umno sudah dilihat tidak lagi berfungsi.

....................
Reply To This Comment ...................
January 6, 2014 at 9:31 AM

Salam semua. Nampaknya byk persoalan dikemukakan. Mahu tak boleh buat kerja lain saya nanti. Tapi seperti yg dijanjikan saya akan menjawab satu persatu isu dgn serengkas boleh walaupun saya sedar kadang2 jawapan saya meleret2. Itu kerana mahu pembaca benar faham.

Ada lebih kurang 8 persoalan. 1.Bantuan peniaga2 Melayu, 2.Sekolah Kebangsaan, 3.Bahasa Kebangsaan, 4.Wajarkan Najib letak jawatan, 5.Kalimah Allah, 6.Kewangan Perkasa, 7.Meritokrasi Pendidikan dan 8. Pikat Orang Muda.

Byk yg boleh saya kongsi tapi ambil masa sikit sbb saya tak mahu jawapan saya beri tergantung. Sebentar lagi saya jawab satu persatu. Tk.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 10:13 AM

Salamunalaikum w.b.h.

Kenyataan:
Utk Perkasa menjadi Parti Politik saya rasa jauh sekali. Kalau ini berlaku sudah ada 4 party mewakili org Melayu. PKR bekerja samadgn Pas.

Soalan:-
1. Jika PKR boleh Bersatu dgn Pas, Kenapa Perkasa tidak boleh bersatu dgn UMNO sebagai usaha untuk menguatkan lagi Kuasa dan Politik Orang Melayu? Kecualilah Perkasa tidak Mendapat Keahlian yang Mencukupi untuk Mencabar Kedudukan UMNO yg menurut Tim Men Dato Ahmad Maslan seramai 3 Juta orang? Kiranya Perkasa boleh mendapatkan keahlian UMNOseparuh drp itu, dan berusaha untuk meningkatkan lagi keahlian, barulah memberi impak kpd UMNO! Kiaranya keahlian Perkasa tidak ramai maka menjadi Perkasa seorang Budak Kecil atau Pemuda setahun Jagung - masih Hingusan memberi nasihat kpd Pendekar yg Puluhan Tahun Berjuang di Medan Perang?

Isunya Perkasa daftar pertubuhan politik untuk membawa wadah perjuangan melayu majoriti SENYAP bukan keahlian UMNO, yang menyokong Kerajaan BN, bukannya menjadi satu lagi parti politik berhaluan kiri. Kiranya berhaluan kiri, akhirnya akan bergabung dgn pembangkang juga...

Kenyataan:
Dikala cina bersatu dgn DAP, saya bimbang cina akan diam2 letak calun bebas. DAP buat tak tahu dan begitu juga MCA dan Gerakan.

Ualsan:
1. Sekarang pertembungan adalah Satu Lawan Satu di antara BN dan Pakatan Rakyat, Isu Calon Bebas tidak terkecuali, tetapi amat sedikit di kawasan tertentu kerana ianya bertujuan untuk memecahkan undi. Pru13, amat sedikit calon bebas menang di kawasan pertembungan kuat antara BN dan Pakatan Rakyat, Calon yang menang tersebut rasanya mestilah drp Ex-Wakil parti dan diketahui jasa2 beliau di kawasan tersebut.

Kenyataan:
MCA dan Gerakan ni mana ada penyokong tegar. Ahli party pun sokong Pakatan. Bayangkan ada lebih 3000 ahli MCA yg layak mengundi di kawasan MCA bertanding, calun MCA hanya dpt kurang 100 undi Cina. Apa maksud tu.

Ulasan:
Tidak dinafikan PRU13 tsunami terbesar dlm sejarah politik tanahair, bilamana Kaum Cina berputar arah menyokong mana2 calon pakatan rakyat. Isunya kerana Mereka tidak bersetuju dgn cara, Halatuju dan Program2 yang dibawa oleh PM Najib Razak. Orang Cina percaya ADAnya skandal Najib Razak dan Kerajaan BN cuba untuk menengelamkan skandal2 tersebut dan juga campurtangan keterlaluan di dalam urusan kerajaan oleh isteri beliau. Lebih memburukkan lagi isu2 tersebut dibiarkan tuan empunya diri tidak terjawab di PRU 13, tetapi dijawab juga selepas PRU13. Ini adalah mesej jelas yg cuba disampaikan, bukannya Orang Cina tidak boleh bekerjasama dgn BN-UMNO, tetapi mereka tidak ada keyakinan bahawa Najib Razak Pemimpin Tertinggi di dalam BN mampu untuk menerajui negara mencapai Wawasan 2020 - Negara Maju. Lebik memburukkan lagi Pemimpin Pakatan Rakyat SPIN isu2 tersebut didlm mana2 ceramah mereka, print-out dan bermacam2 cara yg dibuat untuk mengingat dan menimbolkan kemarahan rakyat khususnya Kaum Cina. Soalnya KENAPA jawapan bertulis hanya dikeluarkan selepas PRU 13? KENAPA Isu wang sejumlah RM6.5 Billion yang di transfer keluar masih belum dijawab? Kenapa samapi sekarang Isu bayaran RM7.2 Billion belum di jawap oleh PM tetapi hanya kenyataan bertulis drp kementerian Kewangan?

Perkasa seharusnya mendesak isu2 ini diperjelaskan secara terperinci oleh tuan empunya badan, kalau tak beri beri penjelasan, sila undur diri...PUSH STOP. berani buat Berani Tanggung, Kalau Pemimpin Berani Buat tapi Tak Berani Tanggung, saya rasa Perkasa ada jawapannya.

bersambung...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 10:13 AM

Kenyataan:
Sebenarnya Perkasa mahu jadi sekuat Dong Zong yg boleh pengaruhi pengundi Cina. Jika 60% pengundi Melayu menyokong Perkasa walau tidak jadi ahli tetapi mengikut arahan Perkasa calun mana perlu dipilih pun sudah mencukupi.

Maknanya suara Perkasa digeruni mana party. Pas mahu sokong Perkasa dan Umno juga mahu sokongan Perkasa. Kita boleh tentukan Pas atau umno. Pastinya dua2 party melayu itu akan berlumba2 bersuara lantang pejuangkan agenda Melayu utk tarik perhatian Perkasa.

Ulasan:
Saya secara Dasarnya tidak bersetuju langsung dgn pendirian saudara, juga PERKASA di dalam hal ini. Pada saya Perkasa cuba untuk menangguk di air yang keruh, mengail di dalam Bubu.. Di sini JELAS bahawa Perkasa tidak ada pendirian sebenar pertubuhan, menyokong PAS dan Menyokong UMNO? Di dalam satu2 hal atau isu yg dibentangkan di Parlimen contohnya hanya ada jawapan Yes Or No, Perkasa tidak Boleh sesekali menyokong PAS dan setelah itu dalam Isu Lainnya Menyokong UMNO. Sekiranya Perkasa mengambil pendirian Menyokong UMNo, apa2 yg baik untuk rakyat dan negara wajar Perkasa Sokong dan sekiranya apa2 yg bakal di rencanakan oleh UMNO TIDAK Baik untuk Rakyat dan negara, Perkasa harus MENENTANG.. jadi Penentang Utama bukannya Menjadi Pak Turut dengan mengikut spt diikat tali lembu oleh Pas dan PKR.

Pahitnya rasanya bilamana Perkasa seolah2 Bermimpi disiang hari didlm Konteks Politik masakini sekiranya beranggapan Bahawa Parti Melayu (UMNO, PAS DAN PKR) akan berlumba2 bersuara lantang mempejuangkan agenda Melayu utk tarik perhatian Perkasa?

Perkasa mestilah terlebih dulu menunjukkan kewibawaan menegahkan Perjuangan Melayu samada menentang Dasar2 yang memberikan bebanan kepada rakyat khususnya orang2 Melayu contohnya dgn segala siri kenaikan harga barangan dan perkhidmatan akibat langsung drp rasionalisasi subsidi & langkah lain tidak popular yang di ambil oleh yang Suka sangat Nak Popular? Maaflah, Saya belum mendengar sebarang USAHA keras drp Perkasa di dalam isu2 ini dan sekiranya Perkasa menentang, sewajarnya Perkasa mengemukakan cadangan2 yang kukuh lagi berasas untuk diguna-pakai oleh Kerajaan. Tonjolkan kelainan drp Pakatan Rakyat spt Pas & PKR yg hanya menentang, cuba SPINkan isu tetapi tidak mengatakan sebarang cadangan jalan keluar drp masalah.. wal hal mereka inie adalah Ahli2 Parlimen dan Wakil Rakyat yang sebebasnya boleh menmberikan sebarang cadangan bernas di Parlimen. Kalau setakat Nak Bangkang saja, tak perlulah lagi ada Parti Bangkang yang baru.. Yang dok ad Dua Pas & PKR pon dah cukuplah, rakyat malaysia hari ini dah jadi boddon, benggong dan makin terkebelakang kerana hari2 disajikan dengan cerita skandal dan bangkang? Jalan Penyelesain.. Hanya ada si Ruangan Komen2 di Blogger2 ..

Ini kerana SALURAN Kerajaan sudah RAPAT TERTUTUP, SEALED oleh Puak2 yg Nak Menjahanamkan Negara spt Omar Ong, Jamaluddin Jarjis, Alis Anor, Idris Jala dsbnya..

Mana perginya Pejuang Melayu Terhebat spt Aziz Shamsuddin (yea betul dia ada hal2 tersendiri, tetapi Beliau Lah yg Banyak Berjasa Kpd Negara, Beliaulah Yg banyak Menjalankan Tugas 2 Berat dlm Membangunkan dan Mentadbir Urus Negara naum tak ramai yang tahu - Pujian semuanya diberikankpd Tun Mahathir dan Tun Daim saja - tetapi Siapa Pengerak Utama kalau Bukannya TS Aziz Shansuddin?)

bersambung....

....................
Reply To This Comment ...................
January 6, 2014 at 10:31 AM

@Syed Hassan Syed Alitidak perlulah menjawab semuanya jika ada kekangan masa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 10:47 AM

Kenyataan:

Semua tahu Najib ambil alih tugas sebagai PM dari Pak Lah dlm keadaan UMNO dan BN tiada 2/3 kerusi Perlimen. Bermakna Najib ambil alih kerajaan yg lemah dan dlm keadaan ekonomi dunia tak menentu.

Ulasan:
Sewaktu PM Najib mengambil alih kerajaan, kedudukan kewangan negara masih kekal utuh dan jitu - Cumanya Najib mendengar pandangan dan nasihat Ohh Punahsihat di sekelilingnya dan terlebih lagi isterinya sendiri. Berapa ramai Jutawan/Hartawan Cina yang berjanji untuk membawa wang pelaburan masok ke Malaysia sebelum PRU 13. Maka pelbagai program untuk kebaikan rakyat diadakan spt BR1M dan banyak lagi (sebut pon buat sakit hati aje) tetapi bila PRU hadir, cakap dan Janji orang Cina cuma kosong, JANJI TIDAK DITEPATI.. maka marah sangat mulalah berkempen JANJI DITEPATI.. Manifesto Akujanji.. malangnya kata2 masa marah tanpa fikiran yg waras maka akhirnya terMungkir Janji juga.. kerana terpaksa apabila langkah dah tersilap, wang keluar bagai air hujan masoknya macam pili air di kelantan..tersumbat..(ini citer yang saya dengor di kedai kopi mamaklah)

Gabenor Bank Negara dan MITI bersungguh2 mengatakan bahawa kedudukan ekonomi Malaysia Mampan kerana dasar kerajaan, meningkatkan serta mengukuhkan pasaran ekonomi tempatan dan dalaman, olehitu Malaysia tidak terjejas dan masih mampu mencapai pertumbuhan ekonomi mapan, walaupon ekonomi dunia merudum bak terkena Ekonomic Turrnmoil. Bank 2 Terbesar dunia gagal dlm Stress Test. Macam Pok Din juga malas saya nak browse cari details tapi ini fakta!

Tapi langkah Kerajaan sekarang menaikkan harga barang dan perkhidmatan akan menyebabkan pasaran ekonomi tempatan dan dalaman akan terjejas teruk, inilah NASIHAT terakhir dpr Puak2 Punahsihat supaya Kedudukan Ekonomi Negara Goyah dan tidak ada lagi dokongan dan kekebalan pasaran ekonomi tempatan. Pasaran Ekonomi tempatan dan dalaman negara akan mengecut, tiada daya saing, lemah dan lembap. Pengurangan subsidi dan kenaikan perkhidmatan akan menyebabkan kewangan isirumah berkurang, kuasa beli tempatan/dalaman juga akan berkurang, Ini akan menjejaskan Penabungan Isirumah dimana akan berlaku kekurangan ataupon pengeluaran/pengurangan ketara penabungan isirumah. Bank negara akan menaikkan Base Lending Rate, Kadar Simpanan Tetap menurun, Interest Rate Pinjaman meningkat, Kadar Non-Performing Loan akan meningkat kerana sisrumah masih belum dapat menyesuaikan siri dgn perubahan mendadak kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Banyak syarikat akan muflis, katop kedai dan individu muflis makin banyak, ekonomi negara meleset, pertumbuhan ekonomi mungkin sekitar 1.5 ke 2% di suku akhir tahun 2014. Demonstrasi Jalanan faktor penyumbang terbesar akan kejatuhan pasaran ekonomi domestik. Investor.. ambil langkah tunggu dan lihat.. Mungkin ke IMF itulah destinasinya yang disarankan oleh Punahsihat2 sekeling Najib.. Mampukah Bank2 Tempatan bersaing dgn pengenalan Basel III, stress test dsbnya.. kita sama2 akan menyaksikan tempoh 0 bulan lagi bukannya lama..pejam celik pejam celik, tahun baru cina, puasa, raya puasa, depaavali, raya haji dan krismas.. tahun baru.. tapi sebelum tahun baru kita tunggu...apak yang akan jadi..

bersambung lagi..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 11:16 AM

Siapa anon yang menganalisis ni? hebat betul... tolong masuk perkasa dan jadi penasihat presiden... melayu2 profesional perlu berlumba-2 masuk perkasa supaya boleh dibentuk sebagai parti politik... ganti umno.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 11:36 AM

Kebanyakan orang Melayu masih skeptikal dengan perjuangan Perkasa. Ramai masih menganggap Perkasa tak lebih sebagai "budak suruhan UMNO" dan tidak boleh hidup tanpa sokongan UMNO. Bagaimana Perkasa mahu menangkis persepsi ini?

Untuk menjadi kuat dan berpengaruh seperti Dong Zong, Perkasa perlu menjadi badan neutral dan tidak berpihak pada mana-mana parti. Ketua Wira Perkasa pernah mengkritik PM dan mendesak Najib meletak jawatan. Saya kira kritikan itu ada asasnya dan Ketua Wira Perkasa betul dalam tindakannya. Malang sekali tiada sokongan dari pimpinan tertinggi. Ini antara contoh menyebabkan masyarakat tidak melihat Perkasa sebagai badan bebas yang benar-benar jitu seperti Persatuan Cina.

Saya amat berharap Perkasa dapat melangkaui sempadan parti-parti politik dalam gerak kerjanya. Umat Melayu Islam di Tanah Melayu amat memerlukan suara bagi mempertahankan hak dan kesucian agama kita

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 11:40 AM

Assalam,

Perkasa perlu mempunyai arah tuju yang betul daripada menyimpang kepada banyak perkara yang menjurus kepada kepentingan politik. Pada hemat saya sudah cukup berkesan sekiranya Perkasa menjurus kepada perlembagaan negara secara mutlak kerana inilah yang sebahagian besar rakyat berbangsa melayu dan bumiputera mahukan kerana setiap perkara didalam perlembagaan negara merangkumi semua topik yang dinyatakan diatas.

Perkasa perlu kembali kepasa asas in iaitu Melayu Islam dan bumiputra. Tidak payah melihat jauh. Sekiranya perkara ini menjadi keutamaan daripada hal ehwal politk. Kita lihat pada awal penubuhan ada kekuatannya tetapi apabila pengerusi sendiri bertanding untuk mendapat kepentingan politik maka secara tidak langsung ianya berpihak yang kebanyakkan orang tidak gemar.

Kalau lihat disudut perlembagaan yang memerintah adalah kerajaan Yang Di pertuan Agung dan raja-raja melayu. Bukannya kerajaan BN atau PR. Parti BN atau PR ada instrumen atau alat yang diguna pakai untuk memilih calun pemimpin bagi mewakili rakyat. Yang memperkenan dan melantik ketua pemimpin kerajaan adalah Yang Di pertuan Agung dan raja-raja melayu. Sekiranya ianya tidak diperkenan maka ianya tidak boleh dilantik sebagai pemimpin mewakili kerajaan Yang Di Pertuan Agung dan Raja-raja melayu. Perkara ini sudah berlaku di beberapa negeri dan kenapa tidak bagi peringkat persekutuan sekiranya pemimpin tersebut tidak di persetujui oleh ramai rakyat. Pihak ahli berhormat boleh memilih pemimpin yang lain bagi menggantikan pemimpin yang sedia ada.

Oleh itu wajar bagi Perkasa kembali kepada Perlembagaan negara kerana inilah yang menjadi asas perundangan tertinggi negara yang mana tersebut bahawasanya mana-mana undang-undang, akta atau enakmen yang bercanggah dengan perlembagaan negara itu terbatal dengan sendirinya.

Kita pertahankan perlembagaan, Perkasa harus menyedarkan dan mendidik rakyat semua amnya dan melayu islam khasnya apa yang dilindungi oleh perlembagaan secara satu persatu. Perkasakan raja-raja melayu dan melayu islam walaupun digelarkan rasis kerana Sifat Ding Zong dan sekutunya adalah lebih rasis daripada orang melayu islam dan bumiputera. Disebabkan ramai dikalangan kita yang kurang celik dengan perlembagaan negara secara keseluruhan dan pemimpin sibuk bermain politik untuk memenuhi nafsu sendiri inilah natijahnya kerana kita berpecah.

Perkasa perlu menjadi seperti CUEPACS atau MTUC yang mewakili sektor awam dan swasta yang secara konsisten memperjuangkan hak-hak secara perundingan mahupun desakkan. Perkasa perlu mewakili suara Melayu islam dan bumiputera bukan mengikuti agenda politik parti UMNO, PAS ataupun PKR. Insyallah sekiranya Perkasa istiqamah dan tidak melaksanakan perkara yang menjengkelkan, melayu islam akan bersama menyertainya malah bukan mustahil keahliannya melebihi 3 juta orang.

Kita hanya merancang tetapi rancangan Allah lebih hebat. Bermuhasabah dirilah wahai Perkasa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 11:48 AM

Kenyataan:
Selain dari membuat keputusan2 yg tidak tepat berkaitan politik ditambah pula gagal mengurus ekonomi negara dgn baik serta kelemahan menerangkan walau dasar yg baik sekali pun telah memberi ruang kpd pembangkang memutar belitkan dasar yg baik.

Ulasan/Komen:

Saya sangat bersetuju dgn keputusan politik yg tidak tepat contoh di dalam perlantikkan Menteri Ayam Hasan Malek..Walaupon ada beberpa mentri dan timbalan menteri lagi, tetapi tidaklah ketara seperti Menteri ayam kita nieh.

Amat Pelik dan Ajaib bilamana Kerajaan gagal dan lemah didlm memberikan penjelasan berkenaan dasar yang baik? Persoalannya Mana satukah Dasar yang diperkenalkan oleh Najib adalah Baik untuk keadaan politik dan kewangan negara masakini dan sebelumnya (sewaktu beliau mula2 menjawat jawatan).

GTP - mungkin inilah satu-satunya penambah-baikkan yang dibuat, tetpai ini adalah suatu usaha dasar berterusan yang sewajrnya dilaksanakan oleh Kerajaan.

ETP - syukur alhamdulillah, dan terimakasih pd kaum cina kerana melakukan TRANSFORMASI melalui Tsunami Politik dengan memberikan sokongan kepada Pakatan.. Kalau Perkasa betul2 Nak jadi Hero Orang Melayu.. Dasar ETP ini haruslah ditentang 100%. Dasar ETP memberikan peluang 100% kepada Orang Cina untuk terus Menerajui Ekonomi dan Pasaran Tenaga Buruh..Kerajaan lari drp tangggungjawab memajukan negara dan meletakkan beban tersebut kepada sektor swasta.. sektor swasta digalakkan mencari pelaburan antarabangsa untuk dibawa masok ke malaysia untuk 14 NKEA yang dibentangkan.. Bolehkan Syarikat2 Melayu bersaing untuk membawa masok pelaboran asing di dalam sektor yang dicadangkan (jangan sebut Oil & Gas kerana adanya Petronas, walaupon dgn Pengenalan ETP, Petronas sudah berubah wajah memberikan galakkan dan bantuan kepada kaum Cina). syarikat Melayu.. bolehkah Syarikat Melayu memimjam daripada Bank2 Tempatan.. Bank2 Cina spt Hong Leong Bank/Public Bank, dalam jumlah yang besar... rata2nya Melayu Hanya pandai membuat proposal business, tapi bila pergi ke Bank2 Tempatan.. dgn mudah ditolak oleh mana2 pegawai yang ada.. faktor dan alasan utama... tiada pengalaman, tiada cagaran dsbnya??
Mana Melayu boleh mendapatkan pinjaman.. MARA dan Tekun.. cuma ribuan ringgit... selebihnya SME Banklah tempat melayu bergantung.. itupon atas ehsan dan sokongan ornag politik, tak da kalu.. TATAPlah proposal itu sambil tangan diatas kepala dan mulalah berangan kalua itu kalau ini... dan bermimpilah seenak2nya..

ETP boleh diperkenalkan semula bilamana ekonomi dunia sihat dan ekonomi malaysia kuat dan kemampuan Melayu untuk bersaing dipersada antarabangsa juga adalah baik, dan kerajaan sewajarnya memberikan sokongan dan galakkan berterusan di dalam usaha ini.

KERAJAAN seharusnya MENGURANGKAN SUBSIDI DAN MENAIKAN PERKHIDMATAN sewaktu ekonomi negara berkembang pesat, bukannya pada masa Kejatuhan ekonomi negara seperti sekarang ini.

Apakah Kerajaan cuba berdolak dalih menaikkan cukai perkhidmatan dan mengurangkan subsidi kerana telah berbelanja secara BOROS dan LUPA untuk membuat peruntukkan membayar balik pinjaman?

Ada juga pakar ekonomi cerita kedai kopi bercerita bahawa, dulu Kerajaan Meminjam Wang drp Kerajaan ataupon Corporation dr Jepun, sewaktu pinjaman dibuat nilai Yen amatlah rendah iaitu RM1.00 bersamaan 300 Yen... Kerajjan sepatutnya membayar balik dalam bentuk Yen dan bilamana Kerajan Jepun/Corporation Jepun menuntu bayaran balik atau bayaran tertunggak.. nilai matawang sekarang adalah RM1.00 bersamaan 30Yen.

Apakah Benar seperti kata Tun M Melayu Mudah Lupa.. Lupa Nak Bayar Balik Pinjaman sewaktu Kaya dulu... Sifat Tak Apalah, Nantilah dsbnya, akhirnya mengundang masalah besar2an.

Kalau hal ini benar2 berlaku, rasanya kalaulah PKR atau PAS yang memerintah.. semuanya bakal digadai oleh DAP dan dengan mudahlah mereka menjawab semuanya SALAH UMNO..

sekian.. anak warisan dari Ampang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 11:49 AM

Minta tolong encik Perkasa tolong tegur sikit pemuda Umno yang angkuh tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 12:50 PM

Salam Saudara Syed Hassan & Din Turtle,

Melayu perlu sedar kekuatan sendiri, kita mempunyai kuasa yang sangat besar dalam negara ini. Bilangan kita ramai. Sewaktu Tun Abd. Razak memperkenalkan DEB, secara tak langsung sebenarnya pemimpin kita mahu kita sedar yang kita boleh menggunakan kuasa kita tanpa bantuan kerajaan. Tetapi kita kena bersatu. Tak perlu bersatu dalam parti politik, tapi bersatu atas satu bangsa, satu agama.

DEB tidak berjaya sehingga kini bukan kerana salah kerajaan, atau salah kroni, tetapi salah kita sendiri, rakyat biasa yang tidak menggunakan formula pengagihan kekayaan dlm konteks kehidupan kita iaitu perbelanjaan harian. 30% atau lebih perbelanjaan seharian kita, patut disalurkan kepada Melayu dan yang lain2 barulah kepada kaum yang lain.

Sepatutnya pada waktu ini kita sudah pun mempunyai senarai barangan keperluan seharian milik syarikat melayu, untuk kita salurkan sebagai pelaburan untuk orang melayu. Saya percaya hanya dengan cara ini barulah DEB akan berjaya.
Dasar Ekonomi Melayu Baru (DEMB), itulah yang sepatutnya kita jayakan dan jalankan. Lupakan ideologi politik, yang sebenarnya hanyalah platform untuk kuasa pada yang gila kuasa dan harta (dan terbaru popular).

Saya lihat, PERKASA boleh menjadi penggerak kepada permulaan penyatuan Melayu baru. Melayu yang bijak, tidak emosi dan boleh memberi kesan tanpa perlu melalak.

Pemilihan blog ini sebagai platform untuk PERKASA adalah sangat tepat, kerana disini, pengisiannya tidak emosi, bijak dan tidak berpihak. Saya berharap agar artikel ini akan menjadi permulaan kepada gerakan penyatuan dan kesedaran untuk kita semua.

-XVC-

....................
Reply To This Comment ...................
January 6, 2014 at 2:35 PM

Salam

Saya ingin menjawab yg tiada posting jam 10.13.

Saya qouted apa ayat awalnya  "Jika PKR boleh Bersatu dgn Pas, Kenapa Perkasa tidak boleh bersatu dgn UMNO sebagai usaha untuk menguatkan lagi Kuasa dan Politik Orang Melayu?"

Bukankah PRU13 lepas itulah keadaannya? Sebenarnya kita tak mahu berpihak kdp mana2 parti tetapi kita juga perlu fikirkan survival kuasa politik org Melayu.

Jika dulu Melayu bersatu kuat bersama BN meninggalkan Pas bersendirian dgn perjuangan terus menerus mengkafirkan UMNO tetapi sekarang sudah berubah.

Dulu Cina tidak boleh terima Pas sbb kononnya negara ini akan diperintah cara Islam dan UMNO dpt undi Cina. Padahal UMNO dah tahu semuanya itu adalah cara politik Pas. Ada juga menafikan Pas tidak politikan Islam masa tu.

Tetapi bila 2008 jelas Pas sudah boleh bekerjasama dgn DAP dan tidak lagi berapi2 memperjuangankan Islam dan Melayu membuatkan Cina seronok dan sanggup bagi undi kpd calun Pas yg bertanding kpd UMNO di kawasan2 umno lwn Pas.

Satu sahaja dlm kepala pengundi cina yg telah disemat rapi oleh pemimpin mereka iaitu bila undi UMNO, Melayu berkuasa dan Cina no 2. Tapi undi Pas, Cina berkuasa dan Melayu no 2 pula.

Sbb itu jika UMNO bergabung dgn Perkasa jika Perkasa jadi parti politik selepas ini tiada bezanya seperti apa yg berlaku PRU13 atau mungkin lebih buruk keadaan kdp BN pada PRU14.

Apa pun itu jika Perkasa menjadi parti politik. Saya sudah terangkan semalam Perkasa jauh utk menjadi parti politik dan lebih mahu menjadi kuat seperti Dong Zong atau Dewan2 Perniagaan Cina yg menentukan org Cina perlu pilih siapa samada BN atau Pakatan dan ianya berhasil melihat kpd PRU13.

Dong Zong dan Dewan2 Perniagaan Cina sebulat suara menyokong DAP dan Pakatan apabila melihat DAP lebih berani perjuangkan kepentingan kaum mereka dan semangat mahu menguasai kerajaan Malaysia seperti mana berlaku di Selangor, PP dan sekejap di Perak. Tiga negeri ini kaum Cinalah menguasai kerajaannya selepas PRU12 pd tahun 2008.

Malangnya selepas PRU2008 UMNO dan PAS terus berlumba2 mencari sokongan kaum Cina sehingga segala kemahuan kaum Cina dipenuhi oleh BN manakala Pas tidak menentang apa saja yg DAP suarakan walau mempertikaikan perlembagaan termasuk dlm isu2 Mekayu dan Islam membuatkan dilema kpd org Melayu.

Maka bila wujudnya Perkasa selepas PRU
2008 dan berani bersuara menentang kebiadapan kaum lain dan menyuarakan dan mempertahankan hak orang Melayu, ramailah orang Melayu bersama Perkasa termasuk juga tidak sedikit dari kalangan ahli Pas dan PKR. Perkasalah tempat ramai orang Melayu mengadu hal baik berkaitan kerajaan BN dan juga kerajaan Pakatan di 4 negeri.

Memang ahli Perkasa tidak ramai seperti UMNO bahkan kalau Pas dan PKR bergabung pun tidak boleh menandingi jumlah ahli UMNO tetapi mereka berjaya banyak tempat memenangi kerusi Parlimen yg dulunya BN punya.

Setelah mengambil pengajaran suasana politik dari PRU 2008 hingga selepas keputusan PRU 2013, Perkasa telah membuat pendekatan baru. Perkasa lebih tumpukan penambahan ahli.

Perkasa akan pastikan ekonomi org melayu terbela. Perkasa akan pastikan kesucian Islam terpelihara. Sebab itu isu Paderi biasa di Selangor baru2 ini yg melaporkan kpd polis adalah Perkasa Selangor pada Isnin lepas baru diikuti oleh ngo2 lain dan umno sendiri.

Kita ada rasa sikit gembira bila kita lihat umno juga sudah berani skrg dgn jelas menyuara dgn tegas isu Paderi di Selangor yg selama ini tenggelam sepanjang 2008 hingga 2013.

Kita mahu UMNO terus menyuarakan dan lakukan apa sahaja utk Islam dan Melayu. Dan kita juga sudah mula nampak Pemimpin kanan Pas sudah mula ternampak keberanian mereka mempertahankan kesucian Islam dlm kes Paderi Selangor ini walaupun Pas PP begitu lantang pertahankan Kristian demi keadilan kononnya.

Perkasa mahu buat dua2 parti Melayu ini terus hebat menyuarakan kepentingan org Melayu dan Islam. Mereka sedar ngo2 lebih menonjol dari mereka dln hal2 Melayu dan Islam.

Jika dua2 sudah kembali ke asal walaupun demi politik untuk pancing undi orang Melayu dan Islam Perkasa bersyukur.

Sambungan sebentar je lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
January 6, 2014 at 2:36 PM

Sambungan..

Jika dua2 tumpukan isu Melayu dan Islam, pemimpin Cina juga pastinya tidak berani lagi suarakan dgn lebih lantang mempersoalkan hak Melayu.

Namun Perkasa mahu dua2 parti lebih tunjukan dgn jelas mereka boleh bersama dlm isu2 penting dan sensitif seperti isu Kalimah dan juga hak biasiswa dan pendidikan serta bahasa.

Bayangkan jika UMNO dan Pas bersatu semalam ketepikan soal perbezaan politik berarak memperotes depan seluruh gereja dlm negara pagi ahad semalam. Pastinya tidak akan ada siapa lagi org kristian berani bersuara lagi isu yg sama.

Apa sahaja isu kepentingan Melayu dan Islam yg dipertikaikan atau penghinaan oleh kaum lain, Umno dan Pas bersatu pastinya kita terasa selamat segalanya di masa2 dpn. Menangislah air mata darah mahu peruntukan

utk sekolah2 cina atau tamil, kerajaan boleh pekak je dan boleh tumpukan sekolah kebangasaan sahaja. Malah boleh buat sekolah cina dan tamil tu semua tutup sahaja.

Katakan 500 ribu umno, pas, perkasa, GPMS, jati dan lain2 ngo berarak keliling KL, lalu dpn Petaling Street, lalu dpn Bukit Bintang lalu dpn Brickfield. Pastinya mereka akur sekolah mereka perlu ditutup demi semua anak2 sekolah satu saja acuan pendidikan negara.

Antara Pas dna UMNO boleh berbeza pendapat dan serang satu sama lain tentang keberkesanan dasar masing2. Isu rasuah atau apa sahaja berkaitan pentadbiran dan Perlaksanaa mereka tegurlah antara satu sama lain.

Saya percaya jika ini berlaku MCA dan Gerakan pasti balik ke pangkal jalan tunduk kpd UMNO dan DAP dan PKR akan tunduk kpd Pas. Jika Pakatan perintah dan Pas tegas maka Pas lah sebenarnya berkuasa.

Sepatutnya Pas selangor sudah boleh beri kata dua kpd DAP di Sgor. Pastinya mereka bimbang jika Pas ugut keluar Pakatan hilanglah kuasa mereka di Sgor.

Itulah peranan sebenar mahu Perkasa mainkan. Perkasa mahu lakukan sesuatu agar Pas dan umno boleh bersama dlm apa saja isu demi kepentingan Melayu dan Islam.

Jika dua2 parti melayu itu tidak boleh bersama walau dlm isu penting utk melayu dan islam maka Perkasa akan tumpukan kpd yg mana satu yg boleh melayani desakan Perkasa. Desakan Perkasa adalah desakan org melayu undi orang mekayu.

Jika dua2 sama mas8h takut dan lebih berani membantu dan melayani ni desakan kaum lain, kepntingan Melayu dan Islam terus dibiarkan, Oerkasa sebut semasa AGM ke 4 Perkasa baru2 ini, tidak mustahil Perkasa terpaksa menjadi parti alternatif kpd org Melayu.

Kita sudah atur strategi tapi lebih berminat utk menyatukan suara dua parti Melayu ini bileh bersuara sanada seirama dlm isu2 kepentingan Islam dan Melayu dahulu.

Terimakasih

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 2:36 PM

Dasar rasionalisasi subsidi bermula dengan peratusan yang tinggi dan berperingkat2,menjadikan tahun2 akan datang menjadi suram bermula 2014.PR bersama dasar mengeografikan pengundi2 baru dan pemindahan pengundi untuk meningkatkan kerusi dun dan parlimen terutamanya kawasan orang melayu bagi mengurangkan defisit dan menjadi penentu kemenangan.PRU 14 akan menjadi TSUNAMI AMARAH PENGUNDI yang tidak terkawal pada kertas undi.Parti PAS dan PKR akan untung,PERKASA hanya badan NGO bagi orang melayu.Berapa ramai orang PERKASA yang mampu di kerah untuk mengawal amaran pengundi melayu.Berapa ramai pengundi orang melayu nak dengar.Bagi BR1M(one off) pun tak cukup untuk menangani kos hidup yang tinggi setiap tahun dengan dasar rasionalisasi subsidi yang berperingkat2.Tempoh 3 tahun lebih,tak lama untuk mengadap PRU 14.Pengurangan subsidi yang mengkayakan perbendaraan negarapun tak guna,sebab rakyat semakin miskin di peringkat mejoriti rakyat yang berpendapatan rendah.Termasuk juga pengusaha2 industri yang mengalami kos hutang yang tinggi dan keuntungan yang mengecil yang mengakibatkan pengurangan tenaga kerja.Mode PR, hanya menadah tangan kertas undi PRU 14 nanti,sahaja lah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 3:01 PM

UBN menang 88 kerusi parlimen.Kalau orang cina kata,angka 88 tu kaya-kaya.Tapi hakikatnya makcik joyah sahaja yang tahu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 3:58 PM

Isteri kata "membangunkan negara".Suami kata "negara maju berpendapatan tinggi".Satu ke arah negara membangun,satu lagi ke arah negara maju.Mana satu yang betul nie.Dasar Wawasan 2020 dalam konteks yang mana satu.Pengisian negara maju,ada banyak maknanya.Negara Greece pun maju dan berkebajikan.Tapi hutang luar negara yang besar,sehingga menjerut greece kepada negara muflis.Negara korea dan jepun juga maju juga.Budaya reka cipta dan R&D mereka berjaya menjadikan penduduk dunia sebagai pengguna terbesar produk mereka.Negara mereka juga mempunyai hutang yang besar dalam negara.Tak kan ler nak jadikan malaysia negara maju tanpa subsidi.Pedih2 ler rakyat berpendapatan rendah.BR1M pun duit subsidi juga.Tetapi tidak melambangkan keadilan sosial,kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.Negara maju berinstrumentkan subsidi.Yang nie cantik.Kerajaan mesti ada duit tepi yang tak kuak2 dapat di gunakan sepenuhnya utk melaksanakan "instrument bersubsidi" bukan pembiayaan wang ,selari dengan masa depan negara atas peningkatan ekonomi rakyat dan kerajaan ,tanpa menjejaskan kos hidup yang tinggi atas usul rasionalisasi subsidi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 4:25 PM

Salam Yang Berbahagia Syed Hasan,

Sewaktu pemerintahan Tun Dollah menampakkan kelemahannya, saya ada berjumpa dgn beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, bukan islam. Mereka berpendapat tiada bezanya di antara PAS, PKR dan UMNO, kerana parti2 ini kesemuanya didominasi oleh Orang2 Melayu Beragama Islam.

Mereka berpendapat bahawa Melayu adalah SAMA, Majoriti Pemimpin Melayu dan Orang2 Melayu di dalam UMNO agak sukar untuk diperalat dan terlalu konservatif, mereka terlalu menyanjung tinggi pucuk kepimpinan mereka. Amat kecil ruang untuk memanipulasi dan risiko amat tinggi untuk memperalatkan mereka semata2 demi kepentingan majoriti oarang cina dan india.

Jika selama ini mereka (samada pengundi Cina dan India) memberikan sokongan kepada BN yang diketuai oleh Melayu UMNO, kenapa TIDAK mereka mengubah halatuju dan TUKAR arah sokongan kepada Melayu lain di dalam juak Pembangkang seperti PAS dan PKR.

Sememangnya PAS yang terlalu dahagakan kemenangan dan PKR Parti yang Hampir tenggelam di dalam siri PRU11, maka PAS sanggup berkompromi dengan Parti Cina DAP dengan berTahalul Siyasi. Adalah HALAL bagi Parti PAS Halal bergabung dengan DAP yang terang-terangan menolak Islam daripada berTahalul-siyasi dengan UMNO, yang telah mereka mengkafirkan sendiri, dengan mengikut hawa nafsu dan definasi pegangan agama yg cetek dan tidak berasas.

Pendirian Keagamaan mengenai Islam boleh bertukar-tukar dengan mengikut keadaan dan tempat yang mana diguna-pakai sesuai dengan kehendak dan kemahuan mereka sahaja.

Ramai di kalangan mereka mengelarkan diri masing2 Mursyid, Tuan Guru, Al-Ustaz dsbnya, namun mereka ini pada Hakikatnya masih belum faham Apakah Islam yang disebut-sebut Ad-Din, sebagai suatu cara hidup yang benar di sisi Allah Azzawajalla.

Apakah mampu mereka menerangkan hujah yg berbelit di hadapan Allah nanti, mereka saja yang mampu menjawabnya, namun PERHATIKANLAH wajah2 siPenipu Agama ini.. adakah anda semua melihat Nur di Wajah mereka... sbg contoh Apakah anda mendapat ketenangan, ketenteraman malah hidayah apabila memandang Wajah2 Mereka yang Digelar Mursyid, Tuan Guru dan seumpamanya itu?

PAS tidak akan sekali-kali ingin bersatu dengan UMNO dan UMNO juga tidak akan bersatu dengan PAS, walaupun terdapat ura2 acuh tak acuh yang cuba dilakukan. Ini adalah kerana Para Pendukung PAS dan Ahli-ahlinya sudah disemai perasaan Benci Yg Terlalu Mendalam, Bersemadi di dalam Kalbu, mereka ini majoritinya adalah orang-orang kecewa, irihati dan penuh perasaan hasad dengki terhadap Orang Melayu di dalam UMNO. Ini kerana terdapatnya segelintir Melayu UMNO yang berjaya yang mana kebanyakkannya SOMBONG, LUPA DIRI, TAKBUR dan Berbesar diri..

Memang Benar, Hanya Tuan Harun sahaja yang berani dgn lantang menyarakan supaya dikaji semula Tahalul Siyasi dgn anggota Pakatan Rakyat di Muktamar Pas di Shah Alam. Tetapi, apakata Pemimpin Tersohor PAS, spt Hadi Awang, Nik Aziz dan Mustafa Ali, Mujahid Rawa dan Mahfuz Omar.. Mereka ini Penentang tegar, maka Tuan Harun pon SPIN balik dgn menyatakan sebaliknya.. Yang Merugikan PAS...

bersambung....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 4:30 PM

Konsep subsidi sememangnya baik.Ia menyediakan platform yang rata di padang ekonomi.Cuma,perlu persaingan yang sehat .Kesungguhan dan kesepaduan serta kerjasama yang erat di dalam satu2 bangsa melambangkan satu kerjayaan yang besar.Bantuan Tongkat sebenarnya di istilahkan sebagai kaki bodek,kaki kipas tanpa usaha yang keras dan memilih jalan yang mudah untuk menjadi kaya dan berjaya.Maksud yang mudah ialah memenangi wang besar.Tidak baik utk perkembangan persekitaran anak2 bangsa.Berjaya dalam ertikata di atas platform sebenar, di atas keringat sendiri,pemikiran yang bernas dan ketekunan serta mempunyai prinsip dan ketegasan utk terus melangsungkan aktivitti2 ekonomi harian hingga berkembang menjadi maju.Sekarang,dasar subsidi negara telah di ubah.Dari makan suap ke mulut menjadi suap mengelilingi tengkuk,baru ke mulut.Ia menjadi kepayahan kepada rakyat berpendapat rendah dan sederhanan rendah, bukan kepada rakyat berpendapatan tinggi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 4:36 PM

Undi UMNO, Melayu berkuasa dan Cina no 2. Tapi undi Pas, Cina berkuasa dan Melayu no 2 pula.

Melayu adalah Melayu.. tak kira di dalam PAS mahupon PKR dan UMNO. Kerajaan Pakatan Rakyat Pokok Sebatang di Negeri Pasir Berdengung Perak tidak mampu bertahan lama, bilamana ada usaha menobatkan Orang Cina untuk menguasai Kerajaan dan Pemimpin Melayu dijadikan Pupet/Patung semata2. Pertukaran kem beberapa wakil rakyat drp Pakatan Rakyat kpd BN berjaya mengubah Kepimpinan Negeri drp Pembangkang kembali kepada Kerajaan BN.

Kesinmabungan ini dapat dilihat Hasil drp Undi PRU3, Perak masih lagi di pegang oleh Kerajaan UMNO-BN. Maknanya Kebanyakkan Melayu Perak sudah kembali menyokong Kerajaan UMNO-BN dan INI sebenarnya Menidakkan segala usaha Pakatan Rakyat walupon di peringkat Nasional berlaku Tsunami Cina secara besar-besaran, Tsunami Cina ini tidak berjaya menumbangkan Kerajaan UMNO BN di Perak.

Dong Zong ini sebenar BUKANlah sebuah Pertubuhan yang kuat, malangnya Kerajaan sebelum ini memberikan pengiktirafan kpd mereka dengan mengadakan dialog tertentu, Kerajaan lah yang mengangkat Darjat menjadikan Dong Zong ini kuat. Justeru menampakkan mereka kuat. Mereka ini sebenarnya pon coba menangguk di ayer yg keruh dan Mengail ikan di Bubu kerana menekan kedua2 pihak bertelagah, antara UMNO dan DAP, walhal mereka sebenarnya akan sentiasa menyokong DAP walaupon segala kemahuan mereka diikuti, dituruti dan dilaksanakan oleh Kerajaan.

Kenapa Tidak Ada duujudkan sebuah PERSATUAN MELAYU seumpama Dong Zong untuk menjaga hal-ehwal sekolah Kebangsaan, supaya Agenda Melayu Dapat dipertahankan, saya khuatir lama-kelamaan sekolah kebangsaan ini pon akan hilang Kemelyuannya jika tiada usaha dilakukan di peringkat sekarang... Better Late than Never or It's too Late to form?

Soalnya, Kenapakah Kerajaan memberi muka kepada pemimpin Dong Zong ini? Kenapa tidak dibiarkan saja mereka melolong dan melalak, kerana Meraka TIDAK AKAN sesekali berjaya untuk membawa Orang-Orang Cina untuk BerDemo di jalanan... Apakah Pemimpin Melayu sudah tiada kepandain di dalam bernegosiasi/berunding dgn mereka ini?

Lupakah kita dulu terdapat 3 Persatuan Cina datang menuntut macam2 kpd Tun M, tetapi saya tak pasti apa kisahnya selepas itu.. Mungkin Yg Bhg Sayed Hassan boleh mengulas, ataupon Pok Din juga boleh memperjelaskan pakah tindakan Tun M untuk menDIAMkan tuntutan persatuan tersebut!

Katakan 500 ribu umno, pas, perkasa, GPMS, jati dan lain2 ngo berarak keliling KL, lalu dpn Petaling Street, lalu dpn Bukit Bintang lalu dpn Brickfield. Pastinya mereka akur sekolah mereka perlu ditutup demi semua anak2 sekolah satu saja acuan pendidikan negara.

Saya Berani Guaranti yang Perkara Ini tidak akan Berlaku, kerana Tiada Orang UMNO dan Melayu yang akan BerDemo di jalanan spt tyang ersebut. Orang Melayu Bukannya Boddoh untuk dipergunakan sedemikian rupa, orang Melayu Akal Bersulam, Ikhtiarnya Panjang bila mahukan sesuatu dan Melayu UMNO, GPMS tidak akan turun menyahut cabaran ini.

Jika ianya dilakukan juga, Dunia akan memboikot Malaysia, Campurtangan asing semestinya akan berlaku - UN-UNESCO akan mengecam Malaysia dan UN juga akan mengistiharkan SEKATAN PERNIAGAAN atau dikenali umum "TRADE EMBARGO" terhadap Malaysia. Pendidikan adalah hak asasi dan Pendidikan Jenis Cina ini telah diperkenal dan diamalkan sekian lamanya di Malaysia.. Bukan mudah untuk Kita melakukan usaha untuk menamatkan sekolah Cina mahupon Tamil sewenang-wenangnya.

Akan tetapi, mesti ada cara-caranya yang tersulam dan tersirat yang perlu difahami dan tidak menjejaskan kedudukan negara di mata dunia..

bersambung...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 4:42 PM

Untung ler orang kaya atas dasar rasionalisasi subsidi.Memberi tekanan dan meraih keberuntungan sedap mata memandang.Bertuah kepala bana.

....................
Reply To This Comment ...................
January 6, 2014 at 4:50 PM

@Anonymoussaya hanya berikan peluang kepada saudara syed hassan untuk menjawab sebab selama ini saya dan pembaca beterusan mengkritik Perkasa , itu saja.

Tidak ada sebarang jalinan kerjasama antara
Blog DT dengan Perkasa. Saya macam akan terus sokong siapa saja yang memperjuang Melayu dan mengkritik yang menjadi liabiliti.

....................
Reply To This Comment ...................
January 6, 2014 at 4:58 PM

TERLALU banyak point2 bernas terselit dalam komen2 anda semua ! Sayang rasanya nak tulis artikel baru sebab artikel ini akan terkebelakang.

TerimaKasih kepada anda semua ! Teruskan komen2 anda kerana saya akan ambil point2 bernas untuk diartikelkan nanti. Dan link ke artikel ini akan saya letakkan sebagai Must Read secara kekal di sebelah kanan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 5:45 PM

Quoted "Sepatutnya Pas selangor sudah boleh beri kata dua kpd DAP di Sgor. Pastinya mereka bimbang jika Pas ugut keluar Pakatan hilanglah kuasa mereka di Sgor.

Itulah peranan sebenar mahu Perkasa mainkan. Perkasa mahu lakukan sesuatu agar Pas dan umno boleh bersama dlm apa saja isu demi kepentingan Melayu dan Islam."

Lupakah Kita sepanjang Tempoh Kemerdekaan Negara, PAS telah berjaya memenangi 5 buah negeri iaitu di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak dan Selangor. Walaupon di Perak Pas bukannya majoriti, tetapi Pas menerajui nuat seketika di negeri pasir berdengung tersebut.

Kelantan diperintah oleh Pas berdekad lamanya, namun Nasib Majoriti Melayu di Kelantan tidak pernah berubah, tidak naik tapi semakin merosot.. berbagai masalah dari dulu kini dan selamanya tidak akan selesai selagi Pas memerintah Kelantan..

Isu Besar seperti Air Kotor (Merah, Kuning, Paip Tersumbat dsbnya), Masalah Highway menghubungkan Kelantan ke Ibu Negara Kuala Lumpur, Isu Stadium dsbnya.

Maaflah cakap, rasanya Orang Kelantan ini tidaklah sebijak jiran mereka Orang Terengganu, bilamana mereka berjaya di dalam kempen ACU UBAH SEKALI.. dan berubahlah Kerajaan drp UMNO-BN kepada PAS.

Rakyat Terengganu memang tiada masalah bekalan air, tapi sudah dapat Highway walaupon belum sepenuhnya.. masih tersangkut diantara Dungun dan Hulu Terengganu, Orang Terengganu juga dapat Stadiium Bolasepak Baru.

Mungkin Orang Terengganu ini Tidak Ikhlas di dalam memperjuangkan nasib mereka, mungkin dengan segala kemungkinan. maka masalah mendatangi mereka, Stadiumnya bumbung runtuh dan highway terbantut, dah bertahun tak juga siap siap? Saya Rasa lebih Baik Menteri Besar Mat Said (Hero Superman - haa alhamdulillah bagus citer2 jasa Mat Said dgn Rakyat) sarankan agar semua masjid mengadakan SOLAT HAJAT memohon keampunan, keredhaan dan keselamatan bagi seluruh rakyat, tanah dan jajahan terengganu dan di jauhkan daripada wabak penyakit, malapetaka, dan huru hara, pendek kata aman damailah Terengganu.

Sewaktu Kemenangan Pas di terengganu, Hadi Awang bagaikan terkejut dr lena yang panjang, beliau selaku menteri besar tidak tahu apa yang patut, harus dan wajib dilakukan untuk pembangunan ekonomi negeri.. Yang diharapkan cumalah duit Royalti.. Duit Kerajaan Pusat dsbnya.. sampai sekarang Marah Hadi Awang pada Tun M belum reda, belom boleh dimaafkan, mana mungkin Hadi nak bertahalul siyasi dgn Umno-BN. Maka sebatlah sumber alam negeri seperti Balak dan galian emas di Lubuk mandi.. Walaupon tidak berlaku kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.. Hadi selama tempoh menjadi Menteri Besar GAGAL di dalam membawa apa2 pembangunan, apa lagi Pelaburan ke Negeri terengganu..

bersambung...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 6:00 PM

Kedah juga mengalami nasib yang serupa tapi TIDAK sama.. Kerajaan Pas Kedah sudahlah tiada kemasokkan wang pelabur ke dalam negeri kedah, wang yang ada dilaburkan di luar negara, lagi bernasib malang, rugi rupanya... Apakah Ulamak seumpamanya ini Lupa nak berdoa sebelum membuat pelaboran atau apa sekalipon tohmahan.. yg nyata.. Rugi..

Nasib jugak Pas Kedah tidak Bijak.. Kalaulah Bijak, Pas Kedah melabor di Kelantan menyelesaikan Masalah air, buat stadium bolasepak atau bina highway ke mesti dapat pulangan...dapat nama baik lagi?

Tapi Melayu adalah Melayu.. Melayu Islam Pas kedah tidak nampak kesusahan melayu Pas di kelantan.. tapi nampak keuntungan besar di Papua New Guinea... Alangkah Peliknya Manusia yang Mendakwa islam lebih drp Islam Melayu lain ini Berfikir???

Kesimpulannya Sungguh Ajaib..., Kelantan, Terengganu dan Kedah di pegang oleh Kerajaan Islam Pas, tapi Mursyid dan Tuan Guru ini tidak berjaya membawa masok pelaburan drp Timor Tengah.. Jadi Islam Pas tidak pernah dapat sokongan mana2 negera Arab dan Timor tengah lah.. sperti mana yang digembar gemburkan... Mungkin Mat Sabu.. yang bukannya Mursyid, Tuan Guru mahupon Ustaz sudah dapat meneka apa akan jadi kalau di jadi Menteri Besar.. Maka Mat Sabu pon coba2 MenSyiahkan diri denagn berbaik2 dgn puak syiah iran.. untung2 kalau aku jadi Menteri besar puak2 Iran boleh bawak masok fund..

Di Selangor lain pula ceritanya.. Pas adalah Majoriti.. Tapi Pas takut Nak ambil alih drp PKR kerana Pas tidak ada kepakaran di dalam mentadbir hal ehwal ekonomi dan pentadbiran sesebuah negeri..

Rekod 3 atau 4 negeri di atas KESEMUANYA adalah GAGAL... Cakap Tak Serupa Bikin... Bikin Tak Serupa Cakap.. Islam yang dipelajari mereka ternyata GAGAL di dalam mentadbir urus negeri, memberi perlindungan kepada rakyat jelata.. Tapi Citer2 besar mahu pulak tadbir Negara, malah Nak jadi Perdana Menteri drp Pemimpin Pas.. MasyaAllah.. Rujuk surah Ar-Rahman... berulangkali Allah Azzawajalla berfirman.. NIKMAT AKU YANG MANA SATUKAH ENGKAU DUSTAI"

Falsafah Ekonomi Islam telah pon wujud dizaman Tun M walaupon perlaksanaan nya tidak sepenuhnya secara Islam di dalam mengagihkan Kekayaan negara kepada semua masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

Wahai Saudara-Saudari Umat Islam Melayu, kembalilah ke panggal jalan, mari kita bergabung, bersatu padu di dalam UMNO dan bersama-sama kita menunganggi arus dan badai kerana BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH.

Apakah kerana Terdapatnya Dua Pemimpin tertinggi Melayu UMNO BN Boddoh, Malas dan Tidak Bijak, maka keseluruhan Melayu dianggap Boddoh oleh Orang2 Cina dan India?

Kesihan sungguh dengan Tim Presiden Perkasa Saudara Zulkifli Nordin.. Karier politik beliau di kambus oleh Punahsihat2 Najib yang mahukan zul Nordin supaya berkubur di Shah Alam... Mana logiknya Zul Nordin yg berkubu Bandar Baru Kulim disuruh bertanding di shah Alam,.. umumnya Pengundi Shah Alam berkata.. apa jasa Zul Nordin di Shah Alam..

Selangor sebenarnya ada macam2 masalah besar UMNO.. Kesemuanya Salah Najib Razak selaku Ketua Perhubungan UMNO.. Najib Razak nie terlalu sombong, angkuh, ;lupa diri .. sepatutnya Belaiu Bertanding di Shah Alam bukannya Zul Nordin.

Akhir kata sebelum kalam bernoktah Perkasa wajib Mendesak najib Razak supaya berundur secepat mungkin.. Bukannya hari ini tetapi semalam. Perkasa mampu melakukannya demi kebaikan seluruh rakyat, terutamanya orang2 melayu islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 6:18 PM

Orang melayu nak kuat,tak payah bertahaluf siyasi seperti PAS dan mengikut rentak PKR yang liberal.Konsep maqasih syariah sudah cukup dan menyeluruh untuk ummah islam dalam malaysia.Andaikata kita dapat menyelami sedalam2nya.Sekadar berkata2 dan beristilah seperti parti PAS,tidak jadi apa2 lah.Perlu ada pemimpin yang tegas,berilmu,berwawasan dan berterampilan untuk menyediakan pakej yang di yakini oleh semua orang melayu islam sehingga menerbitkan kesepaduan ummah.Janganlah mengharap sangat undi dari orang cina.Daripada undi populis boleh menjadi undi kemenangan dan di bantu dengan isu2 spin,terhangat,terbaru di persekitaran PRU 14.Penentu terbesar adalah pengundi baru orang muda.Di zaman, zone pengundian PRU 14 yang tidak boleh ada sedikitpun kesilapan dan tersasar dari pandangan.Kita dah sampai di tahap rescue 911 kepada Allah yang Maha Berkuasa.Imej yang baik,amat di perlukan dalam mengalas tanggungjawab agenda yang sebaik sebegini.Iklankan sahaja kekosongan jawatan kepimpinan Autra melayu buka auta melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 7:52 PM

Sepatutnya kita kena ambil kira tahap pemikiran golongan terbesar bawahan.Emosi mereka,luahan hati mereka yang terkini,perlu di fahami dengan bijak.Hasad dengki dan marah telah lama wujud dan tertanam di dalam diri mereka sejak si polan berada di luar penjara.Tindak tanduk mereka yang cenderung ke arah pembangkang atas sebab kos hidup yang tinggi dan life style kehidupan pemimpin.Contohnya,mereka terfikir akan harga rumah untuk anak cucu mereka di masa hadapan.Bukan di bentangkan fakta pembangunan asas ekonomi negeri yang diterjemahkan.Itu di tahap pemikiran yang tinggi.Beban kos hidup melampau yang membuatkan mereka bertindak di luar kawalan seperti masa PRU 12.PRU 13 lebih terarah kepada isu kalimah ALLAH.Sampai bila nak main isu sebegini tanpa penyelesaian.Nanti rakyat muak dan melihat kerajaan sekarang hilang krebiliti utk menangani isu tersebut.Faktor utama yang perlu di lihat untuk mempengaruhi jumlah pengundian di PRU 14,dengan mewujudkan keselesaan rakyat bawahan tanpa bebanan yang tinggi atas rasionalisasi subsidi.Komodian baru terus terjah pengundi baru dan memahami pola pengundian mereka.Ketirisan pengundi baru dan muda tetap akan berlaku kerana telah lama wujud dunia presepsi yang besar sejak kebelakangan ini.Nak memberi penerangan bukan senang,memerlukan kajian ilmu yang bijak utk di terjemahkan dalam konteks dunia anak2 muda.Perlu ada joke utk memberi kefahaman kepada mereka.Imej sudah tentu dari kalangan mereka yang baik2.Bukan melambangkan kemewahan dari skim cepat kaya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 8:23 PM

Saya berfikiran formula ekonomi yang digunapakai oleh najib dan DRIVERnya ialah "subsidi hanya membantutkan usaha ke arah negara berpendapatan tinggi". Oleh itu, langkah rasionalisasi subsidi diambil kerajaan. Najib pada pagi tadi dalam perhimpunan JPM mempertahankan langkah yang diambil oleh kerajaan demi kelangsungan ekonomi negara. Dia juga berkata GTP akan diteruskan bagi mencapai status negara maju yang diimpi-impikannya.

Najib dan penasihatnya berpendapat pemberian BR1M boleh menampan kesan kenaikan barang harian akibat rasionalisasi subsidi. Malangnya kesan berganda atau multiplier effect ke atas rakyat jauh melebihi dari jumlah BR1M. Kita faham najib mengejar rating oleh agensi penarafan asing. Namun begitu apa maknanya jika rating kredit negara diberikan A+ oleh Fitch dan Moody's, hidup rakyat melarat, kuasa beli makin berkurang?

Pada zaman najib, fungsi kerajaan sebagai pembuat dasar, pelaksana dan pemudah cara semakin kabur. Tidak ada sempadan jelas yang memisahkan sektor awam dan swasta. Zaman Tun M dulu amat berbeza. Sekarang belanjawan kerajaan Persekutuan dikongsi untuk diagih-agihkan kepada sektor swasta. Ini diburukkan lagi dengan kemasukan tokoh korporat dari sektor swasta seperti Idris Jalang, Abdul Wahid Omar dll. Pembentukan pelbagai agensi baru yang separuh swasta menambah lagi beban kewangan kerajaan tanpa hasil yang boleh dibanggakan.

Perkasa perlu proaktif dalam isu berkaitan rakyat terutama orang Melayu. Kita telah ada Majlis Perundingan Melayu yang di dalamnya banyak profesional dan profesor Melayu. Duduk berbincang bersama-sama demi kebaikan bangsa. Tahniah diucapkan kepada Perkasa kerana lantang menentang pembukaan Hard Rock Cafe di Putrajaya sehingga membawa pembatalannya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 10:33 PM

Ada kaitan ker, dengan rating kredit A+ oleh Fitch dan Moody's dengan TPPA.Ada peranan besar TRX dalam soal tersebut.Semacam ada kait mengait atau sekadar presepsi sahaja.Perlu pencerahan dengan lebih luas lagi.Mungkin rakyat perlu tahu di sebalik perundingan penuh rahsia.Kedudukan bangsa melayu islam ketika itu di mana.adakah melukut di tepi gantang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2014 at 2:01 AM

kenapa bila disyorkan Perkasa menjadi parti politik ramai yang menolak? alasan kaum melayu akan berpecah belah? ini adalah point pemimpin Umno. aku masih ingat lg alasan ni semasa mengikuti kursus bina negara di Janda Baik dahulu. bagi aku ini adalah alasan org yg pengecut. sekiranya tidak mahu melayu berpecahbelah mengapa harus ada byk ngo2 melayu? mengapa semua melayu tak masuk salah satu ngo tu? byk ngo melayu...jati perkasa dll. sedangkan setiap ngo tu memperjuangkan agenda melayu dan islam. ada ke melayu akan jadi lebih berpecah belah? aku rasa tak pun. yang aku rasa melayu lebih kuat. sebab kalau perkasa tak sokong sesuatu isu maka ngo melayu lain akan sokong dan begitulah sebaliknya. Bila Perkasa jadi Parti Politik bolehlah agenda melayu yg diabaikan oleh UMNO dpt digerakkan oleh Perkasa dan sebaliknya. Ini akan memberi lebih manafaat pada Melayu. Apa nak takut dgn kuasa politik apabila melayu diwakili oleh byk parti. sekiranya UMNO kekurangan kerusi utk tubuh kerajaan maka UMNO perlu dapat sokongan Perkasa seandainya byk kerusi dimenangi oleh Perkasa dlam PRU akan tetapi UMNO perlu lebih peka terhadap agenda melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
January 7, 2014 at 7:44 AM

Dtk Zulkifli Noordin tidak pernah jadi Tim. Presiden Perkasa. Beliau hanya sempat menjadi Naib Presiden selama 2 tahun sahaja.

Tetapi AGM Perkasa ke 4 baru2 ini kebetulan ada pemilihan, Dtk Zul tidak terpilih lagi utk jawatan Naib Presiden.

Untuk makluman.

Terima kasih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2014 at 12:05 PM

umno tidak akan berubah. itu adalah hakikat. kerana apa kerana org melayu tidak ada pilihan.

sekiranya penasihat ditukar pn adakah agenda melayu akan dijaga. setakat ni najib sendiri hanya gah pada perhimpunan. implementasinya belum tentu. malah dia sendiri kelihatan liberal seperti penasihat2 dia. saya bayangkan sekiranya tun m yg duduk di kerusi pm penasihat yg x betul dia xkan dgr.

utk memaksa umno berubah kita terpaksa buat mereka rasa tergugat. tp kalau jawapan kita sentiasa tidak mahu melayu berpecah kita maka umno akan sentiasa di dlm zon selesa.

saya juga tidak suka melayu berpecah. tp kali ini adakah kita mempunya pilihan. bn pn belum tentu menang pru kalau semua melayu tidak lagi mahu mengundi umno.

pada saya lebih baik perkasa mengambil peranan menjadi parti utk menyatukan semua melayu atas pagar dan juga mereka yg tidak lagi mahu mengundi umno. lebih2 lagi sekiranya kene pada tempat barangkali pas juga akan mahu bersatu. dgn ini melayu bukan saja tidak berpecah tetapi lebih bersatu. sekiranya umno berubah tiada masalah kita kembali bergabung.

soalan yg perlu kita fikir:

1) sekiranya tiada parti baru apakah jaminan kita hak kita dan agama akan terjamin dengan bn yg belum tentu menang next pru

2) dgn keadaan sekarang adakah kita optimis yg pas mahu duduk semeja dengan umno. andaikan parti baru ditubuh kebarangkalian utk bergabung adalah lebih mudah.

3) adakah musuh cauvinis kita berasa tergugat dengan umno sekarang? atau adakah mereka lebih suka umno menjadi tunggak kita dan memudahkan mereka mendesak agenda mereka?



org melayu perlu lebih dynamic dlm berpolitik. jgn hanya takut dgn stigma melayu berpecah. kita perlu sentiasa cpt bertindak malah kalau bergerak sekarang mungkin ada hasil yg positive. kiranya hujung pru baru nk tubuh parti baru maka baik x payah.

dh cukup lama masa kita berikan pada umno dan najib. sedangkan muhidin pn tidak berani mencabar najib , jalan utk mukhriz pula disekat pau lepas dan bayangkan masa depan kita dibwh kj yg ntah apa2. apa akan jadi pada bangsa kita kelak?

kiranya perkasa takut atau tetap mahu menjadi lawan dong zong x ada masalah. sesiapa saja wujudkan parti baru asalkan ada.

umno ditubuhkan atas keperluan melayu bersatu, utk keperluan yg sama memandangkan umno kini hanya parti liberal maka satu parti utk org melayu dan bumiputera yg baru wajib diadakan

makin lama kita tunggu makin padah jwbnya.

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2014 at 2:03 PM

UBN sangat lemah.Dasarnya, tidak menepati pola pengundi melayu,sabah dan serawak yang rata2 berpendapatan rendah dan sederhana rendah.UBN sangat berani membuat keputusan yang bertentangan dgn keperluan rakyat marhaen.Rakyat bukan tahu projek juta2,ratus juta dan billion2 ringgit.Rakyat cuma tahu,menempuh hari2 yang akan datang yang berkaitan kos sara hidup .Apabila kos sara hidup tinggi dengan berpendapatan masih rendah akibat impak besar ke atas rantaian harga barang,rakyat akan merajuk.Bagi Brim mereka ambil.Tapi mereka dah makan dalam.Hancur luruh hati mereka.Sikap rakyat sudah macam seperti kanak2.DI lihat merajuk,di berinya gula2, tetap akan terus merajuk berpanjangan.Rekodkan dah ada,PRU 12 dan 13.Parti baru,perlu ada dasar yang hebat dan di yakini untuk menyelamatkan rakyat.UBN telah membuat keputusan yang sangat berani atas nama rasionalisasi subsidi dan imejnya yang sangat tercalar dalam masa yang singkat utk berhadapan PRU 14.Andaikata dasar rasionalisasi subsidi ibarat seperti di dalam rumah yang gelap.komudian di bukanya pintu untuk menyerap cahaya yang cerah dari luar,yang macam itu tak apa.Ianya di namakan pemulihan ekonomi dalam negara belaku dengan sekelip mata dan rakyat hidup sejahtera.Kalau di luar hari gelap dan cahaya lampupn tak ada,jadi macam 96-97 ler.Krisis ekonomi dalam negara akibat dari manipulasi dasar subsidi.Standart penyanggak matawang jugak la.Di sinilah,peluang PERKASA nak jadi hero.Tapi kena follow pelahan2 dulu la dan mengikuti perkembangan.Walaupun PERKASA tukar nama BESI dan mencair,tak de maknanye ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2014 at 3:50 PM

Ini semua pasal teori rahmah.PM atas nama yang di susun.Air pasang surut.Ada dan tiada kualiti.Negara maju seperti Asia Timur,mana ada pakai teori macam nie.Mereka hebat di gelanggang ekonomi.Mereka ada prinsip yang teguh pada pemimpin dan rakyat negara mereka.Itu pasal ketua umum boleh buli2.Ada pemikiran macam orang putih,orang melayu,liberal,kapitalis dan islam,tapi hasilnya rojak.Sat dengar cakap bini,sat dengar cakap penasihat.Last sekali,rakyat yang sesat.Dasar kerajaan dah bercampur2,di bega2,dah wujud banyak highway hala tuju negara.Tak ker terkangkang rakyat malaysia.Kalau sudah dasar asal kerajaan dah terbukti baik dan berkesan,cuba di terjemahkan dalam bentuk ilmiah dan memahami sedalam2nya.Kalau dah nampak $$$$$$$ aje,memanglah dasar rasionalisasi subsidi amat membantu.Tidak dapat di nafikan.Kesannya, kena juga di kaji.Di sebabkan mengejar duit segunung,rakyat menjadi miskin.... buat apa.Kalau nak fokus kepada agenda ketirisan dan penjimatan,fokuslah dengan sepenuh hati tanpa menjejaskan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.Apa guna slogan wasatiyah,bersih,cekap dan amanah.Slogan1 malaysia tidak banyak membantu.Kalau membantu sudah dapat 2/3 mejoriti di PRU 13.Gah sahaja di tv dan corong radio,tetapi hasilnya tidak menggalakan.Comment2 terdahulu selepas PRU 13 tahun lepas,memang sangat tepat.Wang poket rakyat masih lagi di tagih dan di ganti dengan BR1M.Kali ini,tidak dapat di jangka lagi sebab baru beberapa hari.Mungkin sebulan dua,sudah dapat di rasakan.Apa jua dasar yang baik di selit dengan sikap boros dan tidak berhati2 akan merosakan semua langkah yang di impikan, kalau tidak kena pada gayanya.Kesannya menyeluruh walaupun baik atau buruk.Semua comment selama ini, adalah sekadar pandangan,orang yang tidak sekolah tinggi macam saya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2014 at 4:09 PM

Kita asyik cakap pasal melayu perlu bersatu tp pada ms yg sama kita jugalah yg paling banyak tubuh persatuan/NGO? Kita perasaan kita kuat dengan bilangan persatuan yg banyak tp yg benar2 berkualiti kurang dari bilangan jari kaki.. Jika kita benar2 IKHLAS untuk melihat melayu kembali KUAT dan BERSATU, kita hanya perlu satu pertubuhan sahaja. Semua orang melayu mesti duduk dan berhimpun dibawah satu persatuan ini kerana yg kita mahukan adalah KUALITI PERPADUAN. Jika terlalu banyak persatuan/NGO nk perjuangkan hak melayu dan maruah agama islam, akhirnya org melayu sendiri akan jd pening dan tak tahu mana satu nk sokong dan ikut. Suruh org melayu BERSATU tp pemimpin sendiri dok berebut nk jadi presiden tu,pengerusi ini.. Konsepnya mudah,terlalu ramai yg bercakap pd satu masa, hanya bising yg kita dengar tp kita takkan faham apa yg dicakap dan siapa yg bercakap sbb kita tak boleh FOKUS!
Saya percaya, UMNO masih persatuan yg terbaik setakat ini kerana legasi,budi dan jasanya telah diketahui majoriti orang melayu.kita hanya menyampah dengan sebilangan pemimpinnya sahaja dan rungutan serta rintihan rakyat juga sebenarnya ditujukan khusus kepada pemimpin ini. Tun M juga pernah mencadangkan cara bgmana untuk 'memaksa' pemimpin yg jelas menyimpang dr perjuangan asal diturunkan. Masalah UMNO skrg ialah terlalu ramai ahlinya dh tak ada qualiti. Maksudnya mereka masuk jadi ahli parti bukan sbb sygkan bangsa dan nk kuatkan parti tp sbb nk kan jawatan semata2 yg menjanjikan kekayaan dan kuasa/pengaruh. Bila ahli tak faham kenapa dia masuk jd ahli parti dan apa hak serta kuasa yg dia ada untuk betulkan keadaan, maka dia hanya akan jd pak turut, penakut dan blurr.
Untuk org melayu kita kembali bersatu, kita perlu back to basic. Org melayu sebenarnya hanya memerlukan AHLI-AHLI yg BERANI bersuara dalam UMNO untuk menegur pemimpin dan menjadi bdn check n balance kpd presiden. Tak perlu tubuh persatuan baru/NGO segala bagai. Org melayu yg tinggi JATI DIRI nya spt saudara syed hassan dan kawan2 seangkatan yg lain masuklah dalam UMNO dn jadilah ahli yg BERANI BERSUARA walaupun tanpa jawatan besar. BETULKAN UMNO dari dalam menggunakan kuasa KERAMAT ahli. Cabarlah kredibiliti pemimpin yg tak reti buat kerja. Ahli2 sendiri perlu bersatu suara menentang ketua yg lemah. Sy percaya ahli2 parti sekarang semua sudah bijak2 belaka. Tp kenapa kita tak boleh buat benda ini? Sebabnya kerana kita masih tebal dgn EGO,SOMBONG dan lebih pentingkan pangkat dan kedudukan diri kita dari nilai perpaduan bangsa itu sendiri. Persepsi kalo masuk jadi ahli biasa je, baik tak payah masuk sbb tak dapat apa2 masih kuat sbb NIAT dr awal dh tak betul!!! Sbb tu ramai yg cuba tubuhkan NGO sendiri spy mereka dpt pegang jawatan penting. Akhirnya org melayu mmg ramai yg dapat jawatan presiden NGO itu, NGO ini tp adakah dengan semua jawatan yg disandang mereka itu dapat menyatukan org melayu dan menjadikan suara mereka digeruni lawan dan dihormati kawan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 9, 2014 at 1:43 AM

Sebenarnya,kepimpinan tertinggi yang perlu membuat pengorbanan besar,di samping bertegas dan memecat sesiapa sahaja yang membelakangi kepentingan rakyat.Tidak boleh mencatur kebahagian,kesejahteraan dan masa depan rakyat dengan mentranfomasikan ekonomi kecuali menambah baik dan mempertingkatkan ekonomi rakyat.Contoh yang ada seperti KR1M,KL1M bukan Rasionalisasi subsidi dan BR1M.Bukan menambah baik sekolah cina menjadi lebih selesa,baik di naikkan taraf jalanraya dan lampu jalan atau membina jalan baru sebagai keutamaan.Fokus kepada keperluan awam bukan kepada keperluan satu2 bangsa semata2.Ianya baik dari segi kepelbagaian aktiviti ekonomi.Jalan yang baik dan berlampu,keretapun tak akan rosak dan terlibat dengan kemalangan.Jadi PM malaysia nie,memang tak boleh enjoy,boros,salah perancangan,salah menerima nasihat,salah takbir sebab malaysia akan cepat jadi jahanam.Test,try dan tengok lagi tak boleh..Kalau DNA dari keluarga saudi sebagaimana mentakbir negara arab saudi,itu cerita lain lah.Duit simpanan negara tersebut, boleh di makan sehingga 7 generasi oleh rakyatnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2014 at 1:42 AM

Saya setuju Perkasa menjadi badan pengimbang politik orang melayu untuk survival bngsa melayu dan agama islam. Perkasa tidak tegar memihak kapada mana-mana parti politik melayu. Idealismenya cantik sekali. Tetapi realitinya Perkasa sentiasa dibawah ketiak UMNO. Pada PRU 13 yg lalu, berapa banyak aktiviti perkasa jelas, bukan saja memihak tetapi kelihatan bertindak atas arahan UMNO. Tindakkan sebegini menyebabkan ahli perkasa yg juga ahli politik melayu lain dpd UMNO terasa mereka tertipu. Sebenarnya semua orang melayu akan sokong Perkasa dan mahu Perkasa sebagai alternatif kepada parti politik melayu umtuk mendaulat bangsa melayu, Perkasa mesti istiqamah memperjuang agenda melayu dan Islam, oleh itu darjatnya mesti berada di atas parti-parti politik. melayu.. Perkasa tidak kemana-mana kalau mahu bersaing dalam politik.



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2014 at 5:04 PM

Andaikata Perkasa menjadi sebuah parti politik,perlu mengkaji sedalam2nya sejarah siri PRU 11,12,13 dan menangani isu ekonomi serta perundangan untuk di ikat sebagai tunggak keharmonian dan kesejahteraan rakyat.Kena mengembalikan semula, suasana selepas krisis kewangan yang mencermikan keyakinan rakyat kepada kerajaan.Isu keperibadian ketua pembangkang yang telahpun di ketahui umum yang menjadi duri dalam daging yang sekian lamanya, berada dalam dunia politik negara.Perkasa perlu mencari jalan untuk menarik pengundi melayu secara total untuk beralih kepada Perkasa.Isunya mudah, ekonomi dan agama islam yang saling berkait di antara satu sama lain.tanpa menjejaskan kepentingan ekonomi kaum2 lain.Malah ianya, menjadi jambatan di antara satu sama lain,tanpa menjejaskan prinsip2 syariah.Pas amat terbelakang dalam soal ini,walaupun tertera lambang parti yang memperjuangkan agama islam.Mereka sebenarnya telah gagal dan terlalu ke hadapan dalam membawa wadah tahaluf siyasi dalam konteks kerjasama dengan lain2 parti.Sekiranya parti pas,benar2 merealisasikan setiap slogan dan menepati kehendak masyarakat melayu islam dengan tepat serta berpengalaman dan cekap dalam soal mengurus keperluan di dunia dan akhirat,maka mereka masih kekal memerintah di negeri kedah.Di selangor, tekanannya berbeza lebih terarah kepada kebijakan mengurus kerajaan negeri dengan terwujudnya, pelbagai isu dan tomahan yang menjurus kepada peralihan kuasa dengan harapan baru yang dekat di hati pengundi (tipu daya) dan akhirnya terperangkap di dalam mulut buaya PR.Maka, wujud perbagai masaalah sosial yang menjadi tunjang dan harapan untuk meraih keuntungan segera atas alasan tekanan kos sara hidup yang tinggi.Itulah bahananya mesin slot dan club2 hiburan untuk mereka yang berpendapatan tinggi yang memberi ruang,mengaji perempuan2 lawa.Rakyat selangor terhimpit di antara dua darjat.Saya masih ingat,di zaman Pak lah selepas peralihan kuasa daripada Dato Sri Mahdhtir Mohammad ketika itu.Mesin2 slot di hapuskan dengan agresif sekali.Ada di kalangan kaki mesin yang mengatakan,"Pak lah betul2 serius dalam memperkenalkan islam hadari".Maka,pola pengundian sangat mendapat sokongan di kalangan orang melayu bumiputera dan masyarakat lain dengan imej,"Mr Clean".Kesannya,negeri kelantan hampir tumbang di tangan BN di Pru 11.Keputusan Pru 12,memperlihatkan ketempangan yang amat ketara,seakan2 hilang punca dan arah,di sokong dengan pelbagai tanggapan dan presepsi atas dasar2 kerajaan terdahulu,yang rata2 mendapat manafaat yang besar oleh rakyat terutama selepas krisis kewangan.Kemenangan 88 kerusi parlimen umno,adalah di sebabkan isu agama islam kata penganalisa politik .Mungkin Brim,Krim,klim dll sewaktu dengannya.Di permulaan agak cantik sebab sampai pada rakyat,Tetapi ia amat bertentangan dengan teori ekonomi dalam kedudukan kewangan negara,kata setengah2 pakar ekonomi.Malangnya, kita tidak dapat respon tentang brim,krim dan klim daripada masyarakat cina.Mungin pendapat mereka sangat berbeza dari kalangan masyarakat melayu kebanyakan.Maka,wujudlah ketidak adilan sosial di dalam masyarakat majmuk.Seterusnya,boleh mengancam sosial ekonomi dalam negara atas kefahaman dasar kapitalis.Kerangka sebegini tidak boleh bekerja sekiranya majoriti rakyat masih di takuk berpendapatan rendah dan sederhana rendah.Mungkin boleh menjejaskan dasar persaingan di antara negara2 luar.Dasar2 luar negara bukan sesuai dengan masyarakat majmuk di malaysia yang bertiangankan perlembagaan negara dan hak2 bumiputera serta kedaulatan negara.Kesimpulannya di sini,kerajaan malaysia memerlukan seorang pemimpin yang memahami inspirasi masyarakat majmuk atas nama bangsa malaysia yang tidak keterlaluan yang boleh terkeluar dari landasan sebenar.Imej dan kebijakan serta tegas dalam apa jua situasi yang di hadapi tanpa membelakangkan kepentingan rakyat yang akan menjadi harapan besar oleh rakyat malaysia.Oleh itu,marilah kita berfikri bersama siri2 Pru yang lalu,untuk di jadikan panduan dalam menghadapi Pru 14 akan datang yang di lihat sangat getir .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2014 at 11:44 PM

Perkasa boleh memimpin umat melayu dengan wajah islam melayu, terdiri daripada golongan profesional dan ulamak terbaik dari kalangan masyarakat melayu.Biar di dalam kedudukan low profile,tetapi wadah perjuangannya lebih mantap dan mampu berakar dari parti umno.Membentuk kepimpinan yang bertunjangkan bangsa malaysia dan menjaga hak bersama di atas kepentingan pelbagai bangsa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2014 at 1:15 AM

PM sekarang, adalah PM yang terbaik sejak malaysia merdeka.YA atau TIDAK.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 19, 2014 at 1:02 AM

Zaman Pak lah, ada juga program Rasionalisasi subsidi menjimatkan RM 4 billion.Peruntukan pengangkutan awam di belanjakan RM 800 juta.Baki,di pulangkan semula kepada subsidi minyak.Ntah yer atau tidak.Itu gua tak tahu.Kadar inflasi meningkat.Harga barang naik.Cuba tengok debat Anwar dgn menteri zaman pak lah.Zaman PM sekarang, skala rasionalisasi subsidi sangat dahsyat dan berperingkat2.Mungkin menghadapi ekonomi meleset atas kekangan majoriti berpendapatan rendah dan sederhana rendah.

....................
Reply To This Comment ...................
January 21, 2014 at 8:56 PM

Awas kepada taktik RED BEAN ARMY di ruang komentar anda. reverse psychology sudah jejak didalam ruang komentar anda. hati-hati dalam menapis dan buat pertimbangan setelah habis membaca setiap komen

Disarankan , agar sebelum baca sebarang akomen letakkan satu prinsip yang mahu dipegang. Justeru, minda anda tidak mudah dibalikkan dan mampu membuat pertimbangan alert yg sewajarnya..

TerimaKasih.

....................
Reply To This Comment ...................
February 13, 2014 at 6:13 PM

Maaf kerana terlambat baca posting Abang Din.

Saya SOKONG PERKASA.

Hidup PERKASA.

....................
Reply To This Comment ...................
February 13, 2014 at 6:14 PM

@RD.'Terlambat' ? Saudara pergi bulan ke apa ? Dah sebulan lebih artikel ni hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 21, 2014 at 12:34 PM

Rasanya tidak terlambat lagi untuk komen untuk posting ini.

Nampaknya parti-parti politik yang berasaskan Melayu menjauhi Perkasa. Pemimpin mereka pun tiada yang menyatakan sokongan secara terbuka terhadap Perkasa. Usah katakan PAS dan PKR, pemimpin UMNO sendiri pun sebolehnya tidak mahu dikaitkan dengan Perkasa.

Adakah ini menandakan sikap orang Melayu yang malu alah atau bersikap apologetik? Malu dianggap menyokong pertubuhan 'esktremis'?

Atau hakikatnya Melayu ini kebanyakannya rent-seekers. Cuba untuk tidak menyatakan sokongan secara terang-terangan kerana takut terjejas periuk nasi? Andainya UMNO tewas, mereka boleh pergi kepada PAS dan PKR.

Ataupun, seperti kaum Cina, Melayu tidak perlu menjadi anggota parti beramai-ramai. Yang penting, mereka menjiwai perjuangan pemimpin mereka dan ia ditafsirkan melalui kertas undi menjelang pilihanraya.

Post a Comment