........... Hebat Terengganuku - Misi Menawan Everest dan Antartika ! Peeeeeergh ..... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Hebat Terengganuku - Misi Menawan Everest dan Antartika ! Peeeeeergh .....

Thursday, January 16, 201412comments

Lama dah tak cerita tentang MB Mat Said dan Terengganu, maksud saya selain dari cerita Mat Said dan Roti Gardenia dulu. Saya tertarik dengan satu artikel Sinar yang melaporkan -


Peeeeergh ! Lawatan KERJA bersifat eksplorasi selama 15 hari ke Antartika beb ! Yang akan ikut serta adalah mereka yang dari Universiti Malaysia Terengganu.

Ahmad berkata, beliau dijangka menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara INACH dan YDSM bagi membuka laluan kerjasama dalam bidang penyelidikan di benua itu.

"Dengan termeterai memorandum persefahaman itu, kami yakin dapat menubuhkan sebuah stesen kendalian bersama Malaysia-Chile di Antartika. Ia akan membolehkan lebih ramai pertukaran pelajar dan kakitangan akedemik terlibat dalam penyelidikan di sana," katanya. SINAR.





Tapi sebelum anda start membebel tentang KOS yang terpaksa ditanggung dalam keadaan sekarang ini, baik anda baca dulu back-up yang telah orang Mat Said sediakan -

Pertama - Perkembangan terbaru ialah, Mat Said akan membuat lawatan kerja ke Chile bagi tujuan mewujudkan sebuah stesen penyelidikan di Antartika. Tentu puak-puak Pakatan meroyan sakan kerana beranggapan itu semua hanyalah satu pembaziran tanpa mereka dapat melihat perolehan yang akan masuk ke Terengganu dan manfaatnya kepada Terengganu terutama kepada Universiti Malaysia Terengganu yang terbabit dalam eksplorasi dan kajian cuaca dunia di Antartika. ( The Flyingkick )

Kedua pula temuramah dengan penyelidik sains dari UMT - Pengarang Teganukita: Maknanya pemergian Menteri Besar Terengganu mengetuai deligasi Kementerian Sains, Teknologi, Alam Sekitar melalui inisiatif Yayasan DiRaja Sultan Mizan itu amatlah penting.



 Dr.Hii Yii: Selain dari segi sokongan kepada dasar tadi, ia juga sebagai sokongan kepada kajian ahli-ahli sains negara kita. Maksudnya pentingnya dari konteks Saintifik. Ini selaras dengan gesaan Tuanku Sultan Mizan sendiri semua ihak menyokong dan bekerjasama dengan Yayasan Sultan Mizan dalam usaha meningkatkan penyertaan negara dalam penyelidikan saintifik di Antartika. Jadinya, Menteri Besar Terengganu adalah antara pemimpin kedua selepas Tun Mahatir ke sana bagi memperkukuhkan langkah Tun Mahathir sebelumnya. Ia juga sebagai rentetan kepada usaha DYMM Sultan Mizan yang juga difahamkan pernah sampai ke sana.

 Pengarang Teganukita: Apa lagi yang Dr lihat perlu dan positifnya dengan pemergian pemimpin kita ke sana?

Dr.Hii Yii: Ia adalah misi penting untuk merealisasikan hasrat ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan yang pernah menitahkan Antartika menyediakan peluang yang baik untuk menjalankan penyelidikan sainstifik yang bermanfaat bagi manusia. Antartika merupakan makmal asli yang penting dan membolehkan penyelidik mengesan serta memantau fenomena alam sekitar di peringkat Antartika yang belum didedahkan.  ( teganukita )


Berapa ramai yang pergi tak disebut pula. Berapa ramai pegawai kerajaan dan berapa ramai penyelidik pun tak disebut.  Tapi yang pasti - BANYAK MANAFAATnya kepada rakyat Terengganu !


Satu lagi yang PASTI mendatangkan BANYAK MANAFAAT kepada rakyat Terengganu adalah projek Terengganu De' Everest 2015 ! ( KLiK ) Sesi pemilihan dan saringan peserta sedang berjalan.


HEBAT TERENGGANU !

ps - errrr .... harap penyelidik UMT boleh acu cuba try test tanam kangk  tak jadi !

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2014 at 3:02 PM

Din,

Aku cuma nak sebut satu perkara je... Penyelidikkan kat antartika dan tengok bulan dari puncak everest tu dapat ke mengenyangkan perut yg lapar dan perlindungan bagi yang tak de rumah. Kalau tidak rasanya tak payah la... Byk lagi rakyat yang memerlukan bantuan daripada nak ukir nama dimata dunia. " Tidak aku jadikan manusia dan jin itu melainkan untuk menyembahku" firman allah. Jangan la buat benda pelik2 masa ni aaiiii....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2014 at 3:24 PM

Hmmmm....dah tak ada kerja lain ke? Antartika tu terlalu asing untuk kita. Lain lah bagi negara-negara sekitar seperti Chile, Argentina, New Zealand etc etc. Yang kita nak sibuk jugak buat apa? Kenapa tak guna duit tu untuk buat kajian kaw-kaw khazanah laut di Laut Cina Selatan? Atau yang ada kena mengena dengan kepentingan kehidupan masyarakat Terengganu atau Malaysia amnya?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2014 at 3:32 PM

Kita patut kata kepada Mat Said ni sebelum dia pergi buat kerja ini semua tolong pasti BUMBUNG2 di bangunan di Terengganu tidak RUNTUH lagi.
Apa jadi kepada kes2 yang bumbung runtuh sebelum ini?

Cogankata yang paling sesuai bagi VMY2014 untuk Terengganu ia lah ' Terengganu,land of the falling roofs'

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
January 16, 2014 at 3:35 PM

Dana raya Aidilfitri tahun lepas dah settle bayar semua ke belum .......? hmmmm ...terlupa kot.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2014 at 4:03 PM

@dinturtle
buat stadium pun runtuh..nak buat penyelidikan kat antartika..kah kah kah kah..kah..

....................
Reply To This Comment ...................
January 16, 2014 at 5:27 PM

Din,

Benda2 asing seperti global warming ni biarlah negara2 yg telah super maju menyelesaikannya bukan kita. Negara2 perindustrian di eropa Jepun dan Amerika yg menjadi penyebabnya. Biarlah mereka yg membayar kosnya bukan negara kita.

Buatlah kajian bagaimana nak mengurangkan impak banjir. Atau seperti kawan kita diatas mencadangkan dibuat kajian marine iaitu bagaimana kita boleh menafaatkan hasil laut untuk nelayan. Atau kajian galian silica yg banyak di Trengganu.

Kos menempatkan penyelidik di Antartika tu tentu berlipat ganda. Apa ROInya. Atau cuma syok sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2014 at 5:35 PM

Lebih baik baik buat penyelidikan macamane nak bagi harga ayam jauh lebih murah macam yg dijual kat pasaraya2 kat UK tu. Kat UK ayam boleh beli seekor 3 pound je.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2014 at 6:24 PM

Bro Din,
Kalau betul la berita ni, sahlah pemimpin UMNO suka habis duit rakyat. Apa faedahnya kajian sain untuk kerajaan negeri. Boleh pindah ais dari Antartika ke Terengganu ke?
Eloklah duit yang nak belanja tu digunakan untuk faedah rakyat. Nampak sangat pemimpin2 kerjaan UMNO tidak pegang kepada amanah rakyat untuk tadbir negara dan negeri bagi menjaga kebajikan rakyat. Sedih-sedih.

....................
Reply To This Comment ...................
January 16, 2014 at 6:59 PM

laa...sekali skala makan angin, salah ke din ? kalau nak pergi sendiri, kata ustaz kazm, tobat lahum tak jadi...

cuba try,test,tengok kok beghuang kutub makan kangkong... beghuang cina kat sini memang suka kangkong - menu x boleh buang...

....................
Reply To This Comment ...................
January 16, 2014 at 7:30 PM

Saya suka tengok gambar yang ada penguin di atas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2014 at 7:49 PM

Bagus jugak kajian ni. Maybe lepas ni kita boleh buat kajian macamana nak pujuk penguin supaya bertelor kat Ganu. Takkan asyik nak harapkan penyu jer bertelor. Penyu pun dah merajuk nak bertelor pasal ramai yang dah rembat telor beliau.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2014 at 8:30 PM

Sepatutnya semasa mat said pergi ke antartika dia bawa sama kang kung ke antartika dan buat promosi jualan kang kung kat sana. Kang kung kini dah popular dan sinonim dgn ah jib gong maka senanglah hendak promosikan.
Kita harus merngambil inisiatif membantu petani yang menanam kang kung yang mengalami kerugian akibat kejatuhan harga kang kung. Selain kita berterima kasih kepada kerajaan, konsultan yang setan, punahsihat, pemandu yang telah berusaha keras bagi mempastikan keperluan utama rakyat malaysia iaitu kang kung telah menurun dengan teruknya sehingga boleh diperolehi dengan percuma di parit2. Maka petani yang menanam kang kung mengalami kerugian dan tekanan hidup akibat tidak mampu mengatasi keperitan hidup kerana kenaikan pelbagai keperluan hidup usaha mat said meluaskan pasaran kang kung amatlah diperlukan. Menteri pelbagai jabatan merangkap perdana menteri 2 iaitu kak ros juga perlulah membantu penanam kang kung ini. Lawatannya ke negara arab yang menelan belanja 1/2 juta ringgit dan hubungannya yang akrab dengan pemimpin negara arab hendaklah dimanfaatkan bagi membantu nasib penanam kang kung yang mengalami kerugian dan pendetitaan akibat kenaikan kos sara hidup. Kerajaan yang perihatin dengan slogan pencapaian diutamakan rakyat didahulukan keluarga pemimpin dikemudiankan perlulah membuktikan perlalksanaan slogan itu agar tidak ditempelak sebagai pengamal fahaman manifesto bukan janji.

Post a Comment