........... Hasan Malek - Apa Barang Cek Alat Timbang Dan Tanda Harga Jer ? ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Hasan Malek - Apa Barang Cek Alat Timbang Dan Tanda Harga Jer ? !

Tuesday, January 21, 201420comments

Selama ini kita duk balun jer .Menteri KPDNKK kita ni, malah bukan dia saja, semua orang pun kita balun ! hehehe seronok jadi pengomen ni kan.... Macam pembangkang jugalah.

Cuma bezanya, kita sebagai pembalun tidak ada cita2 nak tukar profession. Kita memang nak jadi pembalun dari dulu, kini dan selamanya. Berbeza dengan pembangkang, mereka jadi pembalun ada niat nak ambilalih tempat orang yang mereka balun.

Jadi kita tidak perlu nak pecahkan kepala otak memikirkan jawapan, sebab mereka yang kita balun itu memang menjadi kerja dan tanggungjawab melakukan tugas mentadbir sebaik mungkin.... KITA BOS MEREKA !

Kalau pembangkang, mereka merasakan diri lebih baik makanya demi rakyat, mereka seharusnya tunjukkan cara mana yang lebih baik, jangan sekadar balun jer ! Sebab mereka nak ambilalih kerajaan, mereka rasa mereka lebih pandai buat kerja dari kerajaan yang ada sekarang.

OK tak cara pemikiran begini ?

Oklah, apakata kali ni, KALI NI JER kita cuba ubah cara sikit dan sama2 perah otak berikan cadangan kepada Menteri2 terutamanya Najib bagaimana mahu bertindak dalam isu naik harga.


Hasan Malek tadi keluar berita TV beritahu Ops Harga akan bermula serentak -

"Menerusi operasi ini, kami akan membuat pemeriksaan mengejut (dari semasa ke semasa) di tiga sasaran utama iaitu pasar basah, kedai runcit dan restoran.

"Operasi ini memberi tumpuan kepada tiga perkara iaitu penandaan harga, pengeluaran notis Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan serta memeriksa alat timbang dan sukat," katanya pada sidang akhbar selepas menyertai Ops Harga 2014 di Pasar Besar Seremban di sini, hari ini

 Ada saya komen sedikit pagi semalam di SINI.

Saya tertarik dengan satu komen pembaca -

Rasenye si hasan ayam ni tak tau, tak jelas dan terlalu bengong untuk memahami tugas dan tanggungjawab sebagai seorang menteri. Sepatutnya menteri ayam ni perlu cari jalan penyelesaian kenaikan harga barang secara holistik. Cari kelemahan dalam supply chain. Adakah wujud kartel yang mengawal harga barang-barang ini? Bagaimana cara untuk memecah monopoli pengeluar yang rata-ratanya puak komunis?

Isu fundamental yang patut ditangani KPDNKK di sini ialah apakah faktor dan catalyst yang menyebabkan kos barang dan perkhidmatan melambung tinggi. Apa yang kementerian boleh lakukan untuk sekurang-kurangnya mengawal kenaikan ini? Pagi tadi si ayam ni pergi ke Pasar Seremban check harga sayur. Ada la 8 kompaun dikeluarkan pada peniaga yang buat kesalahan. Persoalannya fenomena kenaikan harga ni satu negara berlaku. Bukan setakat di Negeri Sembilan. Kat tempat lain ape cite?



Secara HOLISTIK atau KESELURUHAN dengan mengambilkira SEMUA faktor. Baca balik kenyataan Hasan di atas..... apakah apa yang beliau sebut itu sudah HOLISTIK ?

Tumpuan kepada Pasar basah, Kedai Runcit dan Restoran dengan tumpuan kepada tanda harga, notis dan memeriksa alat timbang.

Kenapa saya rasa apa yang menjadi tumpuan KPDNKK hanyalah bersifat kulit semata2 ? Macam nak tunjuk pada orang ramai yang mereka buat kerja jer ...... Apakah isu kenaikan harga ini punca utamanya mereka yang disebut di atas saja ?

Bukankah mereka yang disebut oleh Hasan merupakan peniaga2 kecil saja, bagaimana dengan mereka yang disebalik tabir yang menjadi rantaian bekalan sebelum berakhir pada mereka yang disebut itu ? Maksud saya orang tengah, pembekal dan pemborong. 

Memang ada peniaga2 runcit yang sengaja menaikkan harga secara melampau tapi ramai juga yang jujur. Mereka meletakkan harga berdasarkan peratusan yang sama, makin tinggi harga kos yang dikenakan oleh pembekal maka akan naiklah harga jualan mengikut peratusan yang sama.

Kenapa Hasan tidak sebut langsung pembekal atau orang tengah ?

Tak susah sebenarnya sebab ada apa yang dikatakan sebagai money trail seperti resit atau inbois. Berdasarkan dokumen itu, pergilah tanya pembekal pula ..... kesan berapa harga yang mereka terima dan peratusan untung yang mereka ambil dan siapa pula pembekal mereka..... jejak sehingga kepada pengeluar/pengilang/petani itu sendiri.

Dari situ baru akan jelas pihak mana yang sebenarnya mengaut untung yang berlebihan dan menjadi pihak utama yang menaikkan harga.

Tidak adil bagi para peniaga runcit untuk dipersalahkan sepenuhnya dan ia juga tidak HOLISTIK. Saya tidak mahu sebut kaum mana yang terlibat diperingkat mana sebab tidak mahu isu ini dilihat dari sudut perkauman. Yang penting di sini adalah menangani masalah kenaikan harga secara yang efektif.

Satu lagi dari segi penguatkuasaan. Wujudkan nombor hotline LOKAL dimana ditempatkan pegawai2 penguatkuasa bukannya secara pusat yang diamalkan sekarang. Paparkan besar2 nombor hotline itu disemua papan iklan barangan/produk. Maksud saya tidak perlu keluarkan bajet baru hanya untuk pasang papan iklan baru, cuma wajibkan semua papan iklan barangan mesti dipamerkan nombor hotline penguatkuasa KPDNKK yang terdekat.

Jadi pengguna boleh laporkan kes2 berkaitan dan pihak KPDNKK boleh terus bertindak dengan segera. Jadi pegawai2 penguatkuasa tidak perlu buat operasi buta secara besar2an. Bertindak berdasarkan maklumat. ( Pihak Jabatan Agama boleh tunjuk ajar caranya ! )


Bukannya susah pun ..... LOGIK kan ? 

Kita dah puas dengar bilangan peniaga2 yang dikenakan notis saman tapi keadaan tetap juga tidak berubah. Kita nak dengar pula bilangan orang tengah atau pembekal yang dikenakan saman !

Mungkin saya salah tapi kalau tak silap semuanya bermula dengan tindakan kerajaan menaikkan harga minyak tahun lepas. Lepas satu2 diumumkan, Ada yang belum naik tapi sebab cara diumumkan itu tak betul, menyebabkan keadaan panik seolah benar2 telah naik.

( Tapi sebab tidak dinaikkan lagi adalah kerana suasana panik itu juga ! Kalau orang tak bising memang lama dah naik hehehe )

Itu semua adalah PUNCA UTAMA kenaikan harga barang.Yang berlaku sekarang, yang diheboh2kan sekarang adalah KESAN yang berlaku akibat kenaikan UTAMA itu. Ada yang benar dan tidak kurang juga kerana ada pihak yang ambil kesempatan.

Jadi part ini, saya salahkan Najib.

Bagaimana cara menanganinya ....... faham2 sendiri lah. Yang ini kena satu artikel by itself  !

Share this article :

+ comments + 20 comments

....................
Reply To This Comment ...................
January 21, 2014 at 1:19 AM

salam tuan, mohon di pautkan blog saya ini kedalam blog hebat tuan ni, t kasih

https://ekstremebullet.blogspot.com

....................
Reply To This Comment ...................
January 21, 2014 at 1:25 AM

@EKSTREME BULLETSudah saya pautkan dalam Bloglist, TerimaKasih :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2014 at 1:30 AM

tak nak menuduh tapi persepsi rakyat skrg ialah :

1. agen penguatkuasa spt kpdnkk hanya makan gaji buta. sebab tu kerja bermusim..
2. mungkin dah kena suap.serbuan dan notis hanya lakonan semata2.
3.mereka ikhlas dan jujur bekerja tapi lembap dan tak reti laksanakan kerja. jika org2 lembap yg bekerja..faham2 ajelah..
4.sama spt agensi2 kerajaan yg lain, mereka hanya berani kpd ikan bilis je. yg jerung pelahap mereka takut.

jika diambilkira persepsi tersebut, bagilah cadangan apa pun, memang tak berkesan. sebab agen dan penguatkuasaan langsung tak holistik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2014 at 1:50 AM

Sepatutnya KPDNKK berani sergah gudang-gudang pemborong. Jangan asyik tumpukan rantaian akhir. Kepala besarnya adalah rantaian tengah yang kita tahu kaum main yang suka-suka manipulasi harga. Rampas terus kalau ada barangan yang disorokkan (tak kira kawalan / bukan kawalan).

Kebanyakan pemborong kaum ni membentuk kartel sesama mereka dengan tujuan mengawal harga. Secara politiknya, harga dimainkan supaya kerajaan yang diterajui Melayu dibenci dan akhirnya ditolak.

Kita tengok nanti perayaan kaum ni, ada dia mainkan harga? Kalau hari raya, pandai pulak naikkan harga bekalan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2014 at 5:27 AM

Tak guna ajar menteri ayam ni. Pihak BN yang rasa bijak sila ke depan tengok negara maju bila time krismas ada menteri ayam diaorang keluar TV umum bekalan tepung ayam cukup untuk krismas, takdekan.

Ni untuk pakatan haram kat penang and selangor pulak. Korang kata pandai kan, sekarang petrol and letrik masih lagi murah dari singapura, apa korang boleh buat nak turunkan harga barang, aku nak dengar jugak aoa holistik and efective strategy korang

....................
Reply To This Comment ...................
January 21, 2014 at 6:58 AM

Siasat pemborong dan pembekal.dialah puncanya.jangan kerja hangat-hangat tahi ayam dan bermusim.BUKA mata luas-luas!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2014 at 7:09 AM

kalau ayam mahal, jgn makan ayam
kalau tak reti holistik, jawab nya holy shit.

....................
Reply To This Comment ...................
January 21, 2014 at 9:03 AM

Satu aku tak berkenan, din. Beberapa tahun dulu sampai kini. Asal harga naik, buat-buat bodoh nafikan, apabila rakyat dah kalut, baru nak bertindak. Kemudian umum buat penguatkuasaan.

Apa yang pelik ? Mereka TIBAI penjaja dan peniaga melayu ! Pertama peruncit ayam. Kedua peruncit ikan dan sayur. Akhir nya kedai runcit melayu. Mana boleh selesai masaalah ?

Komunis jadah jadi orang tengah, pembekal dan pemborong lepas bebas. Harga tetap naik. Tiada risikan, serbuan, rampasan dan di denda atas kesalahan serius memonopoli, menyorok atau mengawal sendiri harga bahan-bahan keperluan termasuk yang di impot. Berbeza 70 an dan 80 an dahulu. Kita di gegarkan dengan berita penangkapan lintah darat dari masa ke semasa, pengedar dan pemborong bahan asas seperti gula, tepung, minyak masak dll., di hambat kerana menjahanamkan ekonomi negara dengan mengawal bekalan dan harga.

Kementerian tetapi tidak efisyen. Walhal pihak kerajaan boleh mengawal dan memantau dengan lebih professional setiap waktu. Itu sebab selalu di kelentong oleh bangsa cina kerana tidak cekap.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2014 at 9:04 AM

Kerajaan hanya mencari penjual untuk mencari punca kenaikkan harga barang. Padahal penjual hanya menjual berdasarkan harga yang telah ditetapkan oleh pemborong. Oleh itu pemborong adalah menjadi punca kenaikkan harga barang.

Yang menjadi masalahnya para pemborong ini pulak majoritinya adalah kaum Cina yang telah diberi peluang seluasnya oleh UMNO/BN sambil menolak peluang untuk kaum Melayu menguasai ekonomi. Akhirnya mereka ini juga yang tidak mengenang budi dan kaum Melayu yang terkena badinya sekarang ini.

Pergerakkan pemborong ini yang cuba untuk menaikkan harga untuk memburukkan Kerajaan perlu dipantau. Hari ini mereka berjaya menaikkan sentimen kemarahan rakyat tehadap UMNO/BN kesan harga barang naik. Tetapi percayalah jika ditakdirkan PR memerintah sekalipun puak-puak ini akan tetap menaikkan harga barang untuk menjatuhkan kerajaan PR pulak.

Kesimpulannya sampai bila-bila pun, kerajaan mana pun, puak-puak ini akan terus mengambil kesempatan situasi politik yang tidak stabil untuk menaikkan harga barang untuk memenuhi kehendak dan nafsu mengaut kekayaan oleh para pemborong ini.

Kerajaan perlu bertindak segera samada Kerajaan BN atau PR demi kepentingan rakyat keseluruhannya.

....................
Reply To This Comment ...................
January 21, 2014 at 9:25 AM

Salam Din
Kalau setakat check tanda harga dan alat timbang dan sukat tak jadi hal kpd peniaga. Harga barang naik juga.
Cuba menteri ni pergi ke pasar. Kebanyakkannya menjual brg yg sama. Ambil contoh cili merah. Gerai kak ton jual cili gerai ah chong jual cili tapi dgn harga yg sama iaitu rm12 sekilo. Boleh ke kpdnkk dakwa mereka.
Betul kata din tu sebsgsi menteri beliau sepatutnya memberi input yg lebih baik.
Buat paper trail dalm supply chain. Tanya peruncit dari pemborong mana dia beli dan pemborong pula tanya dari ladang mana. Sudah tentu bukti boleh diperolehi siapa yg mengaut keuntungan berlebihan.
Jika kita ada undang2 charge mereka ini dimahkamah. Bila ada yg kena baru yg lain akan mengikut peraturan.
Nak buat ni tak perlu dirikan lab.
Saya nak ajar sikit macam mana nak buat.
1. Tubukkan satu team mengandungi seorang cost accountant, seorang lawyer dan beberspa org penguatkuasa.
2. Kenal pasti pasar yg mana yg jual brg dgn harga melampau.
3. Siasat 2 atsu 3 gerai. Ambil dokumen seperti resit, do dan inbois.
4. Siasat supplier. Ambil juga dokumen seperti diatas.
5. Pergi ke ladang ambil dokemen yg sama.
Sekarang kerja akauntan pula buat cost analysis seperti margin keuntungan, kos pengagihan, stock and wasteage loss dsbnya.
Buat perbandingan dgn mereka yg menjual hrg patut dan harga melampau.
Jika terbukti ada profiteering charge mereka.
Susah ke nak buat yg mcm saya katakan.
Kalau hya nak tengok tanda harga. So what.
Saya ambil contoh pasar di ss15 subang jaya dan pasar di jalan othman petaling jaya. Harga barang jauh beza walaupun kedua-dua berada dibandar.
Rakyat perlukan menteri yg boleh berfikir dan proaktif bukan tunggu PM bersuara baru bertindak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2014 at 9:27 AM

Semua huru hara harga barang, keceluparan kristian dan DAP terhadap islam, sikap kerajaan apologetik yang bukan kepalang terhadap pembangkang, keberanian pihak PR mempertikai semua dasar kerajaan, mempertikai semua institusi kerajaan, mempertikai hak istimewa bumiputera, mempertikai kuasa dan kedudukan sultan, mempertikai artkel2 perlembagaan... semuanya bertitik tolak kepada satu ungkapan keramat iaitu "KERAJAAN LEMAH, PEMIMPIN PENGECUT"... itu saja komen sebahagian besar penyokong kerajaan, seperti aku.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2014 at 10:23 AM

dah boleh baca strategi pemandu dan consultants bijan yang immature tapi berlagak hebat tu.

lepas PRU, naikkan tarif, rasionalisasi subsidi, bla bla bla.

bila dah dekat2 PRU nanti, hamburkan lagi gula2 kepada rakyat. dengan harapan diundi sekali lagi.

tapi dorang silap..strategi itu dah tak jalan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2014 at 10:27 AM

nak buat camne bro..

perwakilan umno dah sepakat pilih yang pondan2 je..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2014 at 11:37 AM

Kerja pi test tempat penimbang dan tanda harga dah lapuk , yang pi saman penjual buat , sepatutnya pembekal dan pemborong yang patut di buru pasal harga di mainkan oleh persatuan ,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2014 at 12:04 PM

Din..aku pembaca tetap blog u. Setiap hari aku singgah. Menarik dan santai blog u. Tahniah bro. Ini first time aku nak bagi hujah. Isu hassan malek ni mudah je. Bila dah pi lantik menteri yg bodoh inilah outcomenya. Kena tanya rakyat apa nak buat. Mamat ni tak layak jadi menteri so remove him laa. Gantikn yg yg lebih layak. Belajrlah dari singapore. By the way Din apa jadi dgn undian tempoh hari.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2014 at 1:26 PM


Encik Din,

FYI, di blog2 lain pun ada diskus bab monopoli, kartel dan supply chain. Semuanya bergantung kpd kesediaan politik dan motivasi dari politician. Najib mana ada telur nak pecahkan monopoli2 semua ni. Kan dia manyak cayang puak2 tu.

Makan kangkung dgn telur, dan juga sotong ... resipi disaster !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2014 at 3:34 PM

Apalah bodohnya barisan kerajaan sekarang ni. Tindak-tanduk menjerat diri sendiri semua nak menyumbang kekalahan PRU akan datang. Kenapa tak boleh berpikir jauh sekurang2nya 4 tahun akan datang. Pembangkang ni, kerajaan sendiri yang bagi modal/peluru untuk kondem kerajaan.

Dengan menaikkan harga minyak dan letrik, simata sepet yang memegang ekonomi dan penyokong kuat pembangkang berkomplot menaikkan harga barangan/perkhidmatan hiliran/keperluan. Takkan selama ni tak tahu adanya kartel mereka mengawal harga barang. Mereka ni sanggup bunuh anak ayam yang berlebihan semata2 nak kawal harga jualan.

Tambah pulak lagi dengan menghina Islam, bangsa dan raja-raja. Yang dulu menyokong akan bertukar fikiran kerana meluat keadaan ekonomi dan politik semasa yang kerajaan tak terkawal. Mungkinkan 1305 berulang lagi? Kata George Santayana, "Those who cannot remember the past are condemned to repeat it",

Kerajaan sekarang ni ingat sokongan Melayu automatik boleh dicapai sepanjang hayat? Akhirnya rakyat penyokong mencemuh kerajaan dan memberontak walau dalam diam. Kalau begini sifat pemimpin Kerajaan yang Melayu, PRU akan datang UMNO memang sungguh nak menjadi pembangkang.

p/s Kalaulah ada parti Melayu lain yang boleh ganti UMNO dan berteras Alif,Ba,Ta.

Joe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2014 at 1:34 AM

Yg paling best, Najib dah siap umum dia nak pergi check harga kat pasar tani Putrajaya.... Hahahaa....gerenti harga rendah laa....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2014 at 11:05 AM

Anonymous January 22, 2014 at 1:34 AM

Langkah Penguatkuasaan Terbaru di Malaysia...

Sebelum Pergi Buat Pengumuman Dulu.. supaya Rakyat Tahu.. Dia Buat Kerja.. Bukan Nak Selesai Masalah...Nak Glamour dan Publisiti aje...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2014 at 8:52 AM

@Anonymous

tolong sikit yer... jangan cakap mcm tu... tak rela I, you...

awwww!

Post a Comment