........... Game Yang Berjaya Selamatkan Najib Selama Ini - Salahkan Penasihat, Jangan Salahkan Najib ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Game Yang Berjaya Selamatkan Najib Selama Ini - Salahkan Penasihat, Jangan Salahkan Najib !

Sunday, January 12, 201412comments

Untuk melihat bagaimana besarnya pengaruh Tun Mahathir ke atas pemikiran rakyat, kita boleh imbau kembali di mana setiap kali beliau membuat apajua saranan, rakyat akan segera melompat memberi sokongan ..... haaaa betul tu, saya sokong ! Terbaiklah Tun !  Kenapalah Najib tak boleh fikir macam tu ? !

Dan setiapkali itu juga akan mendapat reaksi segera dari team Najib.... tak kiralah samada mengikut atau menentang.

Ingat baru ni waktu Tun menyarankan kerajaan supaya lebih menumpukan kepada perbelanjaan yang lebih berhemah dari meletakkan segala beban ke atas rakyat dalam isu kenaikan kos ? Selepas mendapat sokongan penuh rakyat di atas saranan Tun itu, dan-dan itu juga Najib umumkan 11 perkara perbelanjaan berhemah di pihak kerajaan.

Samada Najib faham Penasihat Najib faham atau tidak apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh Tun atau apa yang sebenarnya diingini oleh rakyat, itu isu lain. Tapi pokoknya, Najib Penasihat Najib dengar dan segera memberi reaksi.

Ia menunjukkan sesuatu ..... Najib Penasihat Najib dah mati akal ! Najib sendiri tak usah kiralah, dia memang Blur .... Betuuuul, memang Najib ni Blur !

Ingat lagi waktu mula2 Najib jadi PM, perkara pertama yang dia nak buat dulu adalah memperkenalkan MEB. Sebaik saja diumumkan secara LIVE, orang Melayu membantah gila konsep Meritokrasi yang cuba diperkenalkan melalui MEB.

Itu pertamakali kita diperkenalkan dengan cara beliau yang terlalu bergantung kepada Penasihat yang entah dari mana dia kutip. Mulalah kelam kabut nak tarik balik konon itu baru deraf pertama..... Last2 tak pernah disebut dah oleh Najib perkataan MEB atau MBE itu lagi ! 

Kat situ saja dah berapa juta RM dileburkan pada Penasihat ..... Bila kali terakhir anda dengar Najib sebut MEB ?

Kemudian diperkenalkan segala konsep ABC beliau..... Bila kali terakhir anda dengar Najib ulangsebut segala ABC yang pernah diperkenalkan dulu ? Semua hangat tahi ayam .... tahi yang turut menelan entah berapa juta RM ditelan oleh Penasihat....

Konsep 1Malaysia tak payah ceritalah ..... memalukan ! Berjuta-juta RM lebur lagi .....

Entah apa saiko yang berjaya diterapkan pada minda rakyat, semuanya dipersalahkan pada Penasihat. Najib tidak bersalah, semuanya salah Penasihat. Nak balun pun, balunlah Penasihat, jangan balun Najib .... dia tak bersalah. 

Mulalah nama2 seperti Idris Jala, Omar Ong jadi terkenal sebagai tempat rakyat melepaskan geram.  Najib terselamat.

Tapi para Penasihat yang sama juga duk dipakai berulangkali sehingga sekarang. Dan kita masih juga disogok dengan saiko konon Najib tak bersalah, yang bersalah adalah Penasihat .....  

Halo ? Halo ? Sampai bila nak salahkan Penasihat ? Penasihat pula yang sama ! Memang bijak sekali saiko yang dimainkan oleh pro Najib.  SALAHKAN PENASIHAT .... maka terselamatlah imej Najib berulangkali.......lepas satu-satu ....  Najib tak pernah dipersalahkan.

NAJIB LAH YANG SEPATUTNYA BERTANGGUNGAWAB ! Apa kejadahnya nak terus dipersalahkan pada Penasihat ?

Duk balun para Penasihat yang SAMA bertahun2 ..... mereka tetap juga ditempat mereka, tetap juga diberi kepercayaan oleh Najib. Sebab apa ? Sebab selagi mereka itu ada, selagi itulah Najib akan terlepas dari dipertanggungjawabkan ! 

Para Penasihat bukan saja berguna dalam memberi nasihat yang tidak berguna kepada Najib, tapi yang saya nampak, mereka lebih berguna sebagai kambing hitam.

Sikit-sikit salahkan Penasihat.... Bayangkan kalau para Penasihat itu semua tidak wujud, dan segala kegagalan selama 4 tahun ini diletakkan bulat2 ke atas bahu Najib ..... bayangkan di mana Najib sekarang ? Seteruk2 PakLah, saya rasa Najib LEBIH BANYAK kesalahan kalau tidak disebabkan tumpuan kita lebih terarah kepada Penasihat.

Nak letak mana muka Najib ? Tapi Najib masih selamba jer tunjuk muka dia sebab rakyat masih lepaskan bab marah dan geram kepada Penasihat. Yang dapat tahi semua Penasihat. Sebab itu para Penasihat dibayar mahal RM7.2 Billion untuk terus menjadi kambing hitam !


Renungkanlah .... entah berapa banyak caci makian kita hamburkan pada Idris Jala, Pemandu dan para Penasihat Najib. Cuba kumpulkan semua itu dan tujukan semuanya kepada Najib. Baru nampak Najib ni jenis PM yang macamana .....

Pandaikan mereka saiko kita ...... SALAHKAN PENASIHAT ! Najib tak bersalah ....


Sampai bila la kita nak terus salahkan Penasihat ? Penasihat yang sama pulak tu ....  Bila yang kita nak mula buka mata dan sedar Najib selaku PM adalah orang yang seharusnya bertanggungjawab dan BUKANNYA PENASIHAT  ? ?

Anda tak terasa diperbodohkan kah ? Anda tak terasa seperti dipermainkan oleh orang Najib yang begitu bijak dengan game  Salahkan Penasihat, Jangan Salahkan Najib ini ?



PS - Kalau ikut pada intro, saya nak tulis benda lain sebenarnya, tapi terbawa2 dengan perkara Penasihat ini pula !

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2014 at 10:55 AM

Cara Najib untuk memenangi hati lawannya ialah beri jawatan yang sesuai dan sudah tentu bukan free. Antaranya ialah pengerusi hindraf. Yang banyak menentang atau menyongsang arus seperti Saipudin, Marina, Wardina dan Mujahid diberi kedudukan dalam Majlis Perundingan Perpaduan Nasional. Lama-kelamaan, di sekeliling Najib dipenuhi oleh orang-orang yang berpotensi untuk menjatuhkan kerajaan. Persoalan yang paling tepat ialah siapakah yang pandai-pandai melantik mereka, meskipun risikonya ialah mereka boleh merosakkan kerajaan dengan idea yang merapu. Dengan segala hormatnya saya meminta agar DSN Najib meletakkan jawatan serta-merta sebelum negara ini berterusan dirosakkan.

P/S : Din, ko jangan tipu aku. Ko pon pakai penasihat jugak kan. Tapi penasihat free jer, btol tak.

....................
Reply To This Comment ...................
January 12, 2014 at 10:59 AM

@AnonymousPenasihat saya adalah para pengomen :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2014 at 12:30 PM

Apa kata kita gunakan balik slogan Malaysia boleh! Daripada 1Malaysia yg tak bawak apa2 makna! Kita saiko najib balik! Malaysia boleh! Ini bukan nak teruskan legasi tun dr m ke apa tetapi slogan ni la yang menaikkan semangat rakyat Malaysia bahawa kita ni boleh! Xpa ke lari topik?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2014 at 12:32 PM

Anonymous January 12, 2014 at 10:55 AM

Sejak Bila Pengomen boleh dilantik jadi Penasihat?

Tun M pon Komen jugak.. tapi dia komen dlm blog sendiri, buat statement wartawan siarlah..

Kami nie gologan rakyat biasa, rakyat marhaen, nak Komen Blog sendiri Tak Da, Tak Reti Buat Blog, Nak Panggil Wartawan, sapper nak datang, Tak Kan komen kat Blog Pok Din Turtle pon boleh dapat pangkat penasihat???

Alahai Melayu... Komen Salah Tak Komen Lagi Salah, Duduk Diam2 Lagi Salah terus menerus, Hati Sakit, panas, Tak Boleh Luah perasaan..

Nak pergi berdemo, rasa2nya itu langkah ke 100 di antara langkah dan pilihan yg ada.. apa kau nie pendemo tegar ke ? aku Pengomen Tegar..

Lantak pie lah kau Tali Barut NAJIB RAZAK Pemimpin Murtad lagi SESAT. (Bukti dlm Kalimah Allah) Kalu Kau masih nak sokong Pemimpin Macam tu suka hati kau lah LABUUU, jangan Lupa Ajak LABI sekali nooooo!!!

Komen Tetap Komen, Balun Tetap Balun... Najib Razak Tak Layak Lagi Pimpin Negara nie.. Itu SUATU KENYATAAN... suka atau tidak ini Berpijaklah Di Bumi Yang Nyata..

Apsal Slogan 1 Malaysia dah tak der berkumandang kat TV, Radio ke mana2... Sebab Kau Pikirlah Sendiri LABU... tak percaya Kau tanyalah LABI... ermmmph.. hee heee

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2014 at 12:34 PM

Tak pernah lagi ada PM yang dicerca begitu teruk oleh bukan hanya pembangkang, tapi jugak penyokong kerajaan.. Najib lah pemecah rekod mengalahkan pm2 lain. Kalau TDM dulu, hanya puak pr jr yg meroyan kerana benci kpd TDM yang mengalahkan mereka dgn penuh gaya. Aku harap jangan ada menteri atau PM sendiri yang kena heart attack atau putus wayar menerima seranah dari rakyat. Setakat ini Najib masih dpt bertahan... Kita tengok berapa lama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2014 at 1:14 PM

Salam,

Ada kwn kata, dia suka ah jib gor pasal byk memberi. Pi mana kementerian, dia akn guma wang utk kementeriannya disukai. Masa kbs, athlit dpt ganjaran lumayan, kpertahanan, askar dpt kenaikan gaji n elaun, kpm, guru dpt elaun dan markah murid rendah, ramai dpt a,. Bila ah jib gor jd pm, org ramai dok tunggu habuan. Dpt brim, gaji tinggi, naik sampai 3 kali dlm tempoh 5 tahun. Fuhh memang hebat.

So, bila berlaku masalah, nak salahkan pm. Sori la. Kita salahkan punahsihat la. Pelobi dok harap ah jib gor akn beri byk lagi. Punahsihat org muda dan bkn org politik. Salahkan mereka la. Nak tumggu pynahsihat jd ahli politik, lambat la lagi.

Patutnya memang pemimpin la ke tanggung. Boss aku pun tanggung salah aku buat pasal dia boss. Dpn aku dia marah. Dpn big boss, dia salah. So big bos sekarang sapa yer? Rakyat atau pm ? Kalu dia terus tidur, memang pemandu la yg buat kerja. Pm cuma syok jd boss aje.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2014 at 2:02 PM

Kalau Najib Razak DAH SAH GAGAL... Pemandu pon dah panggil BEKAS PM... Mana perginya Suara-Suara Berapi Perwakilan UMNO... Mana Perginya Suara Ketua2 Bahagian UMNO? Mana Perginya Suara Ahli2 UMNO... Tak kanlah Semuanya TIDOOOOOOORR!

Jangan lah Nak Harap Suara Ketua Pemuda... Liberal dan Gila Popular Tuu.. Apa lagi Suara Ketua Wanita... Mboooh Lembu pon tak suka...

Jadi Takkan seramai 3 Juta Ahli semuanya BUTA Perut Tak nampak Najib Razak Nak Menghancorkan Melayu dan Islam?

Siapa Pengkhianat Bangsa MELAYU sekarang Nie...

1. Najib Razak?

2. Punahsihat

3. Menteri2 Kabinet Pemimpin UMNO

4. Ketua Bahagian UMNO

5. Ketua2 Cawangan, Perwakilan UMNO dan Ahli UMNO?

6. Orang2 Melayu Penyokong Kerajaan Pro UMNO?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2014 at 2:26 PM

Anon 1.14 p.m,
Sy sgt setuju sgt dgn anda. Apa yg dilakukan najib semasa dia menerajui beberapa kementerian sblm bergelar PM adalah cara sebenar najib memahami politik.
Bagi najib, untuk terus bertahan dalam politik, yg penting gembirakan semua org tak kira kawan ataupun lawan. beri apa sahaja apa yg diminta untuk buat mereka gembira walaupun benda tu sbnrnya tak betul/ tak perlu pun.. Tp bila yg meminta dapat apa yg diminta, maka lawan pn bole jd penyokong.
Sbb tu lah najib bagi BR1M yg sebenarnya racun bersalut madu. Madu sbb semua org suka dpt duit tp racun sbb ia tak bagus utk kantung negara dlm situasi ekonomi yg mencabar masa kini, cara pemberian bantuan dan tujuan program yg dipertikaikan, tafsiran salah yg dihantar kerajaan kpd rakyat dan byk lg.
Skrg apa yg rakyat faham, najib buat sesuatu ats faktor populariti politik berbanding kepentingan dan keutamaan negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2014 at 2:30 PM

aku dah lama sedar yg Najib ni cara politik dia ialah suka tabur duit... Walaupun masa tu aku masih di bangku sekolah dan pernah tercetus dlm fikiran aku masa tu, kalau Najib jd PM habisla duit rakyat !
FYI, aku ni tak dpt pun apa2 BRIM kejadah kerana aku pelajar sekolah tahun 80an sms kepimpinan Dr M, hasilnya aku jadi pelajar berjaya dan bekerja di multinational company. Those were the good old days!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2014 at 3:54 PM

Zaman Tun bukan ketua umum masyarakat madani, sangat tersusun.Mula2 negara perindustrian.Lepas tu dasar penswastaan.Dasar subsidi kekal dan bersikap berhati2.Perundangan yang menafaatkan keharmonian dan kesejahteraan juga kekal.Pengurusan perbendaraan kerajaan terbaik.Semua sektor ekonomi bergerak.Langkah seterusnya utk merangsang pertumbuhan ekonomi yang lembab dalam negara dengan mewujudkan pelbagai projek dengan kerjasama pehak swasta ke arah meningkatkan peluang kerja dan pendapatan negara.Litar F1 muncul,KLCC,Putra jaya yang banyak berteraskan kepada ekonomi pelancongan dan hartanah.Ketika itu,ekonomi di sebelah barat sangat kukuh.Ledakan ekonomi dalam negara yang terbesar ketika itu adalah dunia IT atau MSC,sampai sekarang.Peluang pekerjaan yang besar dapat di wujudkan sehingga mampu mengesport teknologi tersebut dengan kepakaran rakyat tempatan ke luar negara.Di susuli zaman Pak lah.Kewangan islam,pembangunan ekonomi koridor semacam di copy paste dari MSC,Nilai FDI pun meningkat tetapi tidak selarikan dengan dasar yang seimbang sebelum ini,untuk keharmonian dan kesejahteraan rakyat dalam negara,Era kepimpinan sekarang cuma boleh cerita BR1M dan sewaktu dengannya,Rasionalisasi subsidi,MRT,Battersea,O&G di kanada,FGV tetapi masih tidak seimbang dengan keharmonian dan kesejahteraan rakyat.Di anggarkan lebih teruk dari zaman Pak Lah.Zaman Pak lah, ada juga di kurangkan subsidi dan pulangankan semula bila mana ada lebihan tak pakai utk subsidi.Tetapi sekarang jangan,pengurangan subsidi berperingkat2 sampai licin sebab takut bengkrap 2019.Kot2 tak sampai 2019,tengah jalan ekonomi kita dah meleset.Kerajaan stay boros,duit colection pengurangan subsidi banyak tetapi nak bantu masaalah rakyat tak, tahu nak buat macam mana, nilai matawang merudum.Daripada ekonomi kapitalis terpaksa di tranform kepada ekonomi sosialis.Last sekali,pilihan terakhir TITITIPAHH LA.Spendar orang melayu habis di lucutnya.Tanah Melayu bertukar kepada Tanah singa/Naga.Kalau bab O&G tu di era Tun (reverse balik sedikit),tak tau nak cerita sebab tak taw.Dengar2 dah meletup nama petronas di pasaran antarabangsa.Nilai dagangan dan keuntungan ntah berapa agaknya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2014 at 4:42 PM

Tak berapa yakin dengan team pemimpin BN.Situasi yang amat membimbangkan.Mengamalkan budaya cacar marba dan cincai.Perlukan Penasihat berbayar.Memang sedap ler buat duit dan membabi buta.Ruang menjatuhkan kerajaan melayu,memang sudah terhidang.PR pula bukan pilihan.Ada pulak penyamaran jadi imam mahadi Tuhan Harun,kerajaan langit,sultan melaka,rasul melayu lagi ler jauh panggang dari api.Maka redah sahaja la,tawakal pada Allah.Percaya pada qada dan qadar,Pengomen sudahpun berusaha.Tetapi tidak protes di jalanraya.Terserah kepada kebijakan pemimpin atasan.Itu hak mereka di atas kepimpinan yang sah.Kuasa di tangan mereka.Pentakrifan Negara Bengkrap,perlu di perluaskan pada skop yang berbeza.Salah takbir dan borospun bangkrap.Ekonomi melesetpun ke arah kebengkrapan dan banyak lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 13, 2014 at 7:06 AM

baik bagi pemandu aka penasihat dia je jadi PM..buat apa byr gaji dia jadi pm..silalah berundur sebab majoriti rakyat dah tak respect dia lagi..dia gagal total!!!

Post a Comment