........... Fenomena Najib Dan Kangkung - Seluruh Negara Ketawa ( Satu analisis mudah ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Fenomena Najib Dan Kangkung - Seluruh Negara Ketawa ( Satu analisis mudah )

Wednesday, January 15, 201429comments


Terasa macam nak buat sedikit ulasan pulak tentang Najib dan Kangkung. Seriusli, ia sememangnya menjadi satu Trending Lifestyle idaman bos baru Biro Media Baru Umno .... hmmm .... mujur dia tak keluar kenyataan seperti - Lifestyle macam inilah yang saya nak ! Gempak siot !

Fenomenanya adalah satu hakikat nyata - SEMUA orang bercakap tentang Najib dan Kangkung.

Hingga budak sekolah pun bercakap tentang kangkung. Serius ! Dah beberapa kali saya terdengar budak2 sekolah sebut kangkung sambil membelek2 hanfon dan kemudian bergelak ketawa sesama mereka. 

Saya perasan ada usaha dikalangan pengamal media sosial pro Umno yang cuba menyelamatkan keadaan ie imej Najib. Mulanya dikatakan konon sayur kangkung telah dihina bla bla bla, kemudian dikatakan yang mereka yang menyebarkan Najib dan Kangkung sebagai tidak faham mesej yang cuba disampaikan oleh Najib bla bla bla, dan yang terbaru saya perasan adalah usaha Joint Venture iaitu ikut sama tapi dengan mengkangkungkan pemimpin pembangkang. Selepas ini tak tahulah apa pula cara yang hendak diaplikasikan lagi ....

Percayalah, semuanya tidak akan berjaya memulihkan imej Najib. Atau mengalihkan tumpuan Kangkung dari Najib. Buatlah cara mana sekalipun, Najib dan Kangkung dah sebati !

Sebab hubungkait Najib dengan Kangkung itu datang secara SPONTAN. Ia tidak dibuat2. Ia tidak dipaksa. Najib sendiri yang menyediakannya tanpa dirancang. Tidak ada apa yang dikatakan sebagai satu usaha terancang pembangkang disebalik Fenomena Kangkung ini.

Kerana rakyat sendiri SUKA dan TERIMA secara RELA malah diSAMBUT pula dengan penuh SEMANGAT Jenaka Najib dan Kangkung.

Ya, saya berpendapat yang rakyat melihat Fenomena Kangkung ini sebagai satu JENAKA yang sudah lama dinanti2kan. Timingnya juga tepat, dalam keadaan tertekan secara saikologi dengan masalah kos sara hidup ( baik yang nyata atau sekadar persepsi ), rakyat menyambut Fenomena Kangkung ini sebagai salah satu cara untuk melepaskan tekanan atau release tension.

Dan mangsanya pula adalah Najib yang dikaitkan dengan Kangkung bukanlah satu kebetulan. Ia PERFECT atau tepat. 

Kita jangan lihat Fenomena ini sebagai satu peristiwa yang berlaku secara terpencil atau seperti satu lawak jenaka spontan yang berdiri atas kapasiti lawaknya sendiri ( standing on its own ) sebab ia sebenarnya adalah satu bentuk manifestasi luahan rakyat kepada apa yang mereka lihat dan rasa semenjak akhir2 ini. 

Umpama api didalam sekam yang menunggu masa saja hendak bernyala. Dan ucapan Najib yang menyebut Kangkung ( KLiK ) menjadi penyemarak api / catalyst nya.

Kalau harga sayur2an naik, sawi naik kangkung naik ..... ada masa dia naik, ada masa dia turun. Hari ni dalam suratkhabar saya baca, ada yang dah turun. Kangkung konon naik sekarang ni dah turun.



Bila turun kenapa tak puji kerajaan ? Masa naik dipersalahkan kerajaan ... INI TIDAK ADIL !

Hahahahahaha ..... saya baca balik pun boleh tergelak !

Rakyat faham apa yang cuba disampaikan oleh Najib. Rakyat tidak ada niat langsung mahu menghina status sayur Kangkung. Dan hanya Najib saja yang akan dikaitkan dengan Kangkung. 

Kerana Fenomena Kangkung ini adalah satu bentuk SATIRA yang dikaitkan dengan Najib. 


Apa yang kita duk sebut2 dalam blog selama ini - Inilah dia BUKTInya iaitu rakyat sudah tidak puas hati dengan Najib sebagai PM. 

Bukan Umno tapi Najib. Kangkung dikaitkan dengan Najib. BUKAN Kangkung dikaitkan dengan Umno. BUKAN Kangkung dikaitkan dengan kerajaan BN. Tapi dengan Najib secara peribadi.

Akhirnya rakyat mendapat satu cara untuk melepaskan apa yang selama ini dipendamkan. Satu cara SELAMAT untuk melepaskan geram terhadap Najib.

Cuba kita lihat Fenomena Kangkung ini dari sudut yang positif. Apakah kita lebih suka melihat rakyat memberontak secara agresif kesan letusan perasaan ketidakpuasanhati yang terpendam selama ini ? Bukankah Fenomena Kangkung ini lebih SELAMAT dan sekurang2nya berjaya melepaskan sedikit tekanan yang dirasai rakyat ?

Satu lagi perkara menarik mengenai Fenomena Kangkung ini, ia harus dilihat sebagai satu MESEJ kepada Najib yang rakyat tidak puashati dengan cara pemerintahannya. Dan ia adalah satu mesej yang TEPAT PADA SASARAN. Tidak terpalit kepada kerajaan atau Umno.

Bukankah itu yang ramai dikalangan para pengamal media mahukan, baik secara vokal atau lebih ramainya yang berkongsi secara diam dalam hati ?

Mungkin sebab itulah hanya segelintir saja yang tampil cuba menyelamatkan imej Najib setakat ini. Sebab dalam hati, ramai yang ikut sama gelak bersama Fenomena Najib dan Kangkung ...... kan ? kan ?

Sekali lagi saya sebut, Fenomena Najib dan Kangkung bukan dipaksa2 ke atas rakyat. Terimalah hakikatnya yang ia disenangi rakyat, disambut rakyat dan disebarkan rakyat secara sukarela. 

Dan seluruh negara ketawa...... ( kecuali Najib ! Rosmah saya tak pasti )

Share this article :

+ comments + 29 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 15, 2014 at 3:55 PM

Macam ini lah brother Din.Group kau dan pakatan teruskan isu kangkung.
Kita tengok ya Adakah berkesan isu kangkung dikaitkan dengan Najib.

Ingat Ya kalau Tun Mahathir 20 tahun dicalitkan dengan Firaun tiada siapa yang tolong ini bukan zaman Tun lagi la.

Cuma isu kankung amat sesuai kepada mereka yg ada masalah hutang keliling pinggang yg tak mampu bayar duit pampers anak,Jangan marah guraun je.

Apa-apa pun kita lihat la.nak berapa lama ya 1 tahun cukup atau sekadar1 bulan je?
Bawa la isu ini ke luar bandar dan kg2 yg jadi kubu Najib.Siapa berani?

....................
Reply To This Comment ...................
January 15, 2014 at 3:58 PM

@AnonymousErk !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 15, 2014 at 4:02 PM

memang benar..bijan dan kangkung umpama kisah popeye dengan spinach..tidak boleh dipisahkan lagi..sebelum bijan makan kangkung, negara suram, resah, dan tidak ceria umpama popeye yang lemah asyik dibuli saja..

selepas insiden kangkung (water spinach)..negara menjadi ceria dan penuh gelak ketawa umpama popeye dah makan spinach dan menjadi kuat lagi perkasa..

yiehaaaaa...hahahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 15, 2014 at 4:36 PM

Tunku Abdul Rahman - Bapa Kemerdekaan
Tun Abdul Razak - Bapa Pembangunan
DS Najib - Bapa Kangkung?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 15, 2014 at 4:38 PM

Salah tu....sebenarnya isu kankung ini ,melambangkan karisma seorang pemimipin yang menghadapi permasaalahan rakyat.Secara spontan di dalam keadaan tekanan yang tinggi, ia meledak begitu luas sekali di dalam dunia IT dengan sekelip mata.Dengan hanya di anggap sebagai kenyataan yang menjurus kepada perumpamaan , di kala rakyat sedang atau akan menghadapi kos sara hidup yang tinggi .Maka wujudlah pelbagai telahan atas kenyataan tersebut.Andaikata,suasana tenang, kos sara hidup macam biasa,setiap pengumuman menyebelahi kepentingan rakyat,isu ini akan terpalik semula, kepada mereka yang manipulasi isu kangkung tersebut.Apa sahaja yang di sebut melalui mulut oleh seorang pemimpin,itulah gambaran dan harapan rakyat untuk masa depan negara.Baik juga dari segi tingkah laku,tindakan yang mengambarkan seorang pemimpin yang sebenar.Soal hutang keliling pinggang dah lama wujud di dalam sistem ekonomi kapitalis.Kalau di ambil kira dari fakta di masa yang terdekat ini,ia akan menokok jumlah orang muflis di masa hadapan.Sekarang ini,kita berada di dalam dunia IT.Andaikata belakunya lendakan ilmu berskala besar dalam dunia IT,,bagaimana kita nak gambarkan status dan interlek seorang pemimpin di masa akan datang. Cabarannya sangat mengila.Begitu juga dengan situasi politik sekarang.Kedudukan pemimpin akan menjadi serba salah.Play safe salah.Setiap keputusan mesti di atas menjaga kepentingan rakyat.Duduk diam sahajapun tak boleh.Perkara yang bertentangan dengan kemampuan rakyat pun tak jadi juga.Suruh rakyat berkorban pun tak boleh juga,Pemimpin melalui teladan.Kalau zaman pakai suratkhabar,tidak ada masaalah tentang isu kangkung nie.Ia berkisar di antara ratusan ribu manusia sahaja.

....................
Reply To This Comment ...................
January 15, 2014 at 4:42 PM

@Anonymouserrr...asalnya saya nak tulis sebijik macam tu lah ! :)

....................
Reply To This Comment ...................
January 15, 2014 at 5:02 PM

Kata lah ap pun, hari ni dunia pun dah kenal najib sebagai Najib Kangkong

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 15, 2014 at 5:19 PM

Rakyat fikir bagus,jadi bagus la.Kalau di tujuknya jalan lurus yang melambangkan kepada agama,bangsa dan negara untuk kaum majoriti dan menjaga hak kaum lain,maka lulus lah.Andaikata tengah memandu di jalan yang lurus,duk mamai tengah jalan,masuk lorong kanan,gelak2 dalam kereta,maka siaplah dengan tajuk artikel blogger yang bercambah seperti cendawan dengan hujah yang bernas.

....................
Reply To This Comment ...................
January 15, 2014 at 5:30 PM

Bro
Isu Najib dan kangkung ni dah go international. BBC online news dah keluar pun.
Najib punya con-setan dah terkedu dgn respon rakyat dan juga media antarabangsa. Tak ada apa2 pun tindak balas dari con-setan. Mereka nampsknya biarkan saja. Kabinet najib hya KJ yg bersuara. Itu pun sikit aja. Yg lain2 buat dono tak mahu campur. Menteri cap aysm pun dah serah kpd ketua setiausaha kementerian buat sidang akhbar. Ayam dah takut nak berkokok.
Esok dgr khabar Najib akan lancar satu program kpdnkk di Seremban. Tak tau apa pulak jenis sayur yg akan turun harga. Harap2 jangan daun pegaga dan kacang botol pulsk. Kalau ia Najib akan kena buat ulam dgn rskyat.
Apa yg berlaku ni adalah petunjuk yg jelas yg rakyat dah fedup.
Dah hilang rasa hormat kat PM sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 15, 2014 at 5:33 PM

Dulu bayar 7 billion kepada consultant populariti Ah Jib naik tapi sekarang dah turun.
Dulu bayar 7 billion kepada consultant populariti Ah jib naik tapi sekarang dah turun.

Hahahaha.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 15, 2014 at 5:39 PM

Geng-geng pembodek PM kangkong meroyan lah pulak.... Apa kaitan kangkong dengan hutang keliling pinggang? Ada orang kampong yang selalu makan kangkong pun belumtentu berhutang walau sesen pon! Ada pulak pak-pak menteri menang gaya bila berjoli tak sedar guna duit rakyat dan asset negara sampai negara berhutang! Terimalah hakikat, Najib memang kangkong!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 15, 2014 at 5:52 PM

Blogger nie "sedetik lebih" dari referee.Bagus kerana alert.Pembela rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 15, 2014 at 6:17 PM

Ku tulis untuk anon di atas da.Bikin pencerahan.Beliau bagi waranty 1 tahun atau 1 bulan pasal isu kangkung.Kalau aku tak akan pakai perumpamaan sayur kangkung.Aku pakai perumpamaan seperti negara korea.Kena tingkat GDP.Wujudkan banyak industri berinsentifkan teknologi tinggi utk semua sektor ekonomi.Maka wujud banyak peluang kerja.Meningkat pasaran ke luar negara terutama produk makanan halal.Zone negeri2 melayu di wartakan sebagai tapak industri proses makanan utk orang melayu di pasaran tempatan dan luar negara seperti di perlis,kedah,kelantan dan terengganu.Negeri2 lain tidak boleh,sebab mendapat persaingan yang sengit dari kaum lain dan mudah terkubur serta di sub conkan atas nama melayu.ia berpandukan kepada semangat kepimpinan orang melayu untuk bangsanya sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
January 15, 2014 at 6:20 PM

@Esa AdamMalangnya mereka yang berkepentingan melihat Fenomena ini sebagai mainan politik pembangkang semata2. SEMUAnya mahu dilihat ikut kacamata politik !

Mereka tidak mahu terima yang ia adalah luahan hati rakyat. Mereka BUTA hati !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 15, 2014 at 6:39 PM

Anon paling atas yang meroyan ni rasanya team damage control najib. However, the damage has been done. Bro Din, the government currently at their weakest point. This is the weakest Prime Minister Malaysian ever seen. Berapa lama lagi agaknya si al jib ni boleh tahan lagi? Anon kat atas tu jangan libatkan isu kangkung ni dengan Tun M pulak. Takde kena mengena.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 15, 2014 at 6:49 PM

Barang makanpun ada pirate.Chop dari kedah,perlis,trengganu atau kelantan.Kilang belakang rumah negeri selangor.Lori angkut barang makanan pirate pun boleh cross di tengah jalan.Pemasaranpun begitu juga.Kena koatim lagi pengsan.Orang melayu jugak kena tipu dan rugi nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 15, 2014 at 6:49 PM

La... Isunya kerajaan Najib nak dipuji rupanya bukannya berkhidmat... Itu sebab la kangkung jadi sebati kerana berkait dengan ucapan Najib... Orang ramai muak beb....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 15, 2014 at 7:14 PM

Salam bro

Zaman Kesultanan Melayu Melaka pun ada cerita kangkong he he..Satu ketika dulu dikatakan ada professor kangkong...graduan pun ada kangkong...Sekarang ada PM@Pengerusi BN@Presiden UMNO Kangkong...lahir lah kuncu kuncu kangkong..ha ha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 15, 2014 at 8:01 PM

Tun Mahadtir dengan isu firaun sebab pembangkang mahu menjadikan perumpamaan tersebut untuk menjatuhkan beliau,hakikatnya jauh sangat perbezaannya.Ke arah membela dan menaik tarafkan nasib rakyat.Kesan perumpamaan sayur kangkung pula,ada masa harganya naik dan turun, ibarat buih2 di atasnya.Di sulam dengan ketetapan dasar rasionalisasi subsidi pada barang bersubsidi,maka akan menaikan aroma bau kangkong belacan goreng tersebut.Oleh itu,mereka2 yang berhadapan kos sara hidup yang tinggi pun,pergilah menjaja berikat-ikat sayur kangkong sebagai perantaraan urusan jual beli.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 15, 2014 at 9:53 PM

Bro Din on a serious note kita kena Ah Jib Kangkong sama ada harga kangkong tu TURUN disebabkan protest Himpunan Turun yang di anjur oleh peliwat Anwar Ibrahim pada hari New Year Eve 2013. If so,this proof that street protest does works with Ah Jib Kangkong's government.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 15, 2014 at 10:41 PM

@AnonymousSaya juga nak tanya, siapa yang takut dgn Najib?? Tian Chua? mahpos? Stopa Ali? Anwar? lKS? Blogger PR? blogger umno? Budak tkt 4?.... Siapa? Kalau Tian Chua menuduh umno bersandiwara sehingga boleh menyebabkan rusuhan kaum, tup-tup dimaafkan oleh kerajaan umno.... Siapa lagi nak takut kpd kerajaan??

....................
Reply To This Comment ...................
January 15, 2014 at 10:56 PM

Kita anggap kangkong tu macam pembangkang je.. Najib mengangkongkan pembangkang ngangkong... macam dalam filem tu.

Tapi, macam dulang paku serpih je....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 15, 2014 at 11:25 PM

Kesimpulan Isu keseluruhan di akhir tahun 2013 hingga awal 2014,begini rumusannya....yang di kejar tak dapat,yang di kendong berciciran.Percayalah cakap kawan kamu nie.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
January 16, 2014 at 12:27 AM

aku rasa DS Ah Jib Gor sekeluarga pasti FOBIA makan kangkung lepas ni....tgk kangkung je terus malu.....isu kangkung akan KEKAL dlm LIPATAN SEJARAH Malaysia n pastinya generasi DS Ah Jib Gor akan mendapat MALU YG AMAT SGT...agak2 berapa KETURUNAN la baru sumpahan kangkung pd keluarga DS Ah Jib Gor akan berakhir.....nasib badan

....................
Reply To This Comment ...................
January 16, 2014 at 12:33 AM

@AnonymousKalau dia tu jadi PM, kangkong bukan saja sentiasa naik, malahan akan sentiasa keras.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2014 at 12:35 AM

Tuk anon yg skali ngan macai2 sekalian. Sy faham org2 cam kamu ni wang xda masalah malah dtg betingket tingket. Seolah olah xda perasaan belas kasihan ngan keluarga yg ada masalah kewangan. Kdg kamu x fikir ke cam na org yg gaji x byk nak teruskan hidup. Nak sekolahkan anak2. Jgnlah berlagak sgt bila ade duit byk. Hidup ni macam bola, kadang kat atas kadang kat bawah. X semestinya anda senang skrg ms depan nnt anda x susah. Bila anda tersungkur nnt brulah tahu tggi langit bumi tu camna.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
January 16, 2014 at 1:40 AM

Najib mendengar rintihan serta keluh kesah rakyat melalui mulut PEMANDU. Najib melihat kepayahan rakyat melalui kacamata PEMANDU. Najib bercakap kepada rakyat melalui suara PEMANDU. Najib dikangkong kan oleh rakyat kerana PEMANDU.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2014 at 8:41 PM

@Anonymous

Apa jadah street ptotest berjaya setakat turunkan harga sayur pinggiran, nak dikokok sebagai satu keberkesanan? Malah sebaliknya! Itupun kalau ada kaitan. Rasanya tak de.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2014 at 1:50 AM

Syabas DinTurtle , ulasan yang kamu tulis itu , sememangnya sentimen sebenar Rakyat 1 Malaysia .

Post a Comment