........... Fenomena Kangkung Kejutkan Pemimpin Dari Tidur ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Fenomena Kangkung Kejutkan Pemimpin Dari Tidur !

Monday, January 20, 201414comments

Bersyukurlah kerana Malaysia ada pemimpin ikhlas, kata Hasan Malek - (TMI)



"Dalam keadaan hari ini, kita perlu menerima hakikat bersusah sedikit tetapi dalam keadaan itu pun, kerajaan melaksanakan pelbagai program untuk rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), juga Kedai Runcit 1 Malaysia (KR1M).

"Dalam proses itu kita perlulah berkorban, rakyat kena faham niat murni perdana menteri dalam keadaan sekarang supaya membantu, memberi pandangan atau syor," 


Sementara itu di Utusan -

Ops Harga 2014 serentak mulai hari ini


Nah, siapa kata Fenomena Kangkung tidak memberikan kesan positif  ? !

Sebelum ini Ketua Pemuda Umno pula telah melancarkan Skuad Pengguna Pemuda UMNO di setiap negeri pantau harga,

Kata beliau, skuad berkenaan akan melaksanakan dua tugas utama iaitu membuat pemantauan bagi membantu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dengan menyalurkan maklumat kepada mereka mengenai kes-kes di bawah akta kementerian tersebut.

TPM juga telah turun padang melawat 4 premis perniagaan pada satu pagi Sabtu lalu ! ( KLiK )

Kalau dikaitkan ketiga berita di atas, saya menaruh sepenuh kenyakinan para peniaga tidak akan berjaya menangguk di air keruh ! TAHNIAH !


Itu merujuk kepada kenaikan harga yang melanggar undang2, bagaimana pula dengan kenaikan harga yang mengikut undang2 ?

Haaaaa .... makanya seperti kata Hasan Malek - Bersyukurlah kerana Malaysia ada pemimpin ikhlas !


PS - Apakah semua tindakan ini kesan dari Fenomena Kangkung ? Terserah pada anda menilainya .... yang pasti semuanya berlaku SELEPAS Fenomena Kangkung.

PS 2 - Saya suka tengok gambar Hasan Malek di atas .... Very Fotogenik !

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 20, 2014 at 3:18 PM

salam din,
aku tak faham sampai bila kita nak jadi macam ahli bomba ni? ada api (masalah) kita gi siram. pastu bila ada kat tempat lain gi siram kat situ pulak.. last last kat situ tak de air & bila api (masalah) tu merebak, lari atau bagi stament supaya jgn main api atau air. tak pun salahkan kepanasan global pulak.. Kenapa diaong ni tak go ke basic atau root of problem. Kenapa majoriti harga semua barang naik? maybe sebab dari minyak naik ke, letrik naik ke atau lain lain..Dari situ tackle awal awal... klau dah semua nak buat enforcement, suruh makcik buat air jelah yg jaga pejabat...

zack
air putih kuantan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 20, 2014 at 3:25 PM

'memeriksa alat timbang dan sukat'

HAHAHA is this the best these morons can do ? sah depa ni kangkung

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 20, 2014 at 3:31 PM

Ayam "STANDARD" RM 7.70 sekilo. Ayam baka "hassan malek" sekilo brapa din?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 20, 2014 at 3:34 PM

Eh... Hassan Maleh dah tukar profesion ke? Jadi tukang lelong plak... Apahal menteri ayam ni nak kena pegang tanda harga pulak.... Ooooo ya... Power point nak kena tunggu idris Jala plak... Nak bagi amaran kang Hisham plak marah...errmmm... Bukan senang weh nak jadi tukang lelong kerajaan nih...

....................
Reply To This Comment ...................
January 20, 2014 at 3:39 PM

@AnonymousBermula dari tindakan naik harga minyak tahun lepas ..... lepas satu-satu naik dan dirasionalisasikan.

Benarkah ekonomi dunia menjadi punca ? Kemana wang negara yang dulu dikatakan begitu banyak rezabnya ?

Apakah segala BILIION2 pelaburan yang diumumkan Najib tidak mampu menyerap kenaikan kos ?

Banyak fakta yang bercanggah antara satu sama lain,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 20, 2014 at 5:27 PM

UNDUR Najib UNDUR... Undurlah Dgn Menteri2 Yg Ko Lantik tuuuu... Menteri Ayam, Menteri Populis Lalang, Menteri Penakut Agama, dan YG Terpenting Sekali... MENTERI RUMAH TANGGA..ROSEMAH Al-MUNCUNG...selalu...

....................
Reply To This Comment ...................
January 20, 2014 at 5:30 PM

Bro

tidak kah kerja pegawai penguatkuasa KPDNKK setiap hari kena pantau harga. kenapa hanya bermula selepas fenomena kangkung. Ada semacam yg tak kena.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 20, 2014 at 6:02 PM

Sepatutnya ada data,sebelum membuat susulan pengurangan subsidi tentang kos sara hidup,kadar hutang isi rumah,pendapatan rendah dan sederhana rendah.Semua data tersebut perlu utk merangsang aktiviti ekonomi berkaitan,bukan semata2 pada tanda kenaikan harga barang keperluan.Sektor ekonomi lain, juga perlu bergerak seiring seperti perbankan,hartanah,perkhimatan,pelancongan dll.Sepatutnya subsidi di tambah bukan mengurangkannya, di sertakan dengan plan pembangunan kompentitif di antara pendana swasta dan pelabur dalam tempoh target tertentu, di samping menguatkuasakan GST sepenuhnya utk membiayai pengurangan hutang pengguna dan defisit negara.Penambahan subsidi akan mengandakan pendapatan GST dan cukai2 lain.Penguatkuasaan undang2 di bawah akta penyeludupan dan pengawalan barang bersubsidi perlu di perketatkan sepenuhnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 20, 2014 at 6:03 PM

Salam,
Di malaysia ,ahli politik akn salahkan orang lain utk jadi kambing hitam walaupun jelas dia bersalah. Serupa saya tapi bukan saya. Jelas dlm ekonomi negara ada kesilapan pengurusan, salahkan dunia. No hal, 1malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 20, 2014 at 7:12 PM

nampak sangat kpdnkk hanya makan gaji buta selama ini..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 20, 2014 at 7:28 PM

Bro Din,

Rasenye si hasan ayam ni tak tau, tak jelas dan terlalu bengong untuk memahami tugas dan tanggungjawab sebagai seorang menteri. Sepatutnya menteri ayam ni perlu cari jalan penyelesaian kenaikan harga barang secara holistik. Cari kelemahan dalam supply chain. Adakah wujud kartel yang mengawal harga barang-barang ini? Bagaimana cara untuk memecah monopoli pengeluar yang rata-ratanya puak komunis?

Isu fundamental yang patut ditangani KPDNKK di sini ialah apakah faktor dan catalyst yang menyebabkan kos barang dan perkhidmatan melambung tinggi. Apa yang kementerian boleh lakukan untuk sekurang-kurangnya mengawal kenaikan ini? Pagi tadi si ayam ni pergi ke Pasar Seremban check harga sayur. Ada la 8 kompaun dikeluarkan pada peniaga yang buat kesalahan. Persoalannya fenomena kenaikan harga ni satu negara berlaku. Bukan setakat di Negeri Sembilan. Kat tempat lain ape cite?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 20, 2014 at 8:08 PM

Biasa lah kerajaan dayus Ahjibgor Kangkong ada ambil tindakan atas peniaga2 kecil melayu tapi taukeh cina yang naikkan harga dari ladang selalu di lepaskan.

alfie sokong Ahjibgor kangkong as world class clown.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2014 at 12:55 AM

sebelum pru, dgn rm500, penuh barang keperluan rumah dlm 1 troli..

kini, rm500 hanya setengah troli penuh dgn barangan yang sama. maksudnya dulu blh dapat dua dgn harga yg sama..skrg hanya dapat satu.

adakah bijan dan menteri dan kaum kerabat mereka yg bergaji besar faham tentang itu? jika betul2 memahami denyut nadi rakyat, silalah bawa rm500 dan pergi beli barang keperluan sendiri2..nak tgk korang apa pl alasan mereka kali ini..

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
January 21, 2014 at 3:27 PM

saya berSETUJU dan SOKONG TINDAKan yg dilakukan KPDNKK....benda BAIK takkan asyik nak HENTAM je.....sekurang2nya kerajaan mulakan inisiatif utk PANTAU HARGA.....cuma sampai bila tak tau...harap berterusan

selepas PENIAGA, harap KPDNKK luaskan pemantauan harga pd peringkat PENGELUAR, PEMBORONG sbb depa ni yg KAWAL HARGA sebenarnya......tanya la para peniaga dr mana mereka dpt supply brg2....takkan satu peniaga, satu supplierkan.....SERANG supplier2 ni pulak

utk kenyataan ni"....supaya membantu, memberi pandangan atau syor,", apa KONSULTAN n PEMANDU bilion2 tu BODOH ke nak bg cadangan???....kalau BODOH, hentikan mereka....biar rakyat yg jd konsultan kerajaan tanpa gaji.....duit negarapun selamat bilion2......selagi ada KONSULTAN/PEMANDU, pandangan rakyat takdanya korang nak dengar????

Post a Comment