........... Fakta - AlKitab ADA Kalimah Allah SAMA Seperti Carlsberg ADA Arak | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Fakta - AlKitab ADA Kalimah Allah SAMA Seperti Carlsberg ADA Arak

Friday, January 10, 201411comments

Khabarnya Najib akan tampil membuat kenyataan resmi bagi pihak kerajaan dalam masa terdekat berkaitan isu kalimah Allah ..... ( TMM ) Dilaporkan isu ini dibincangkan selama satu jam semasa Mesyuarat Kabinet kelmarin dan semua sepakat Najib saja yang akan bersuara.

"We have all decided that only one voice (Najib) will speak"

Tapi masih nampak payah sangat Najib nak bersuara ..... Nak kena mesyuarat bagai. Apa salahnya tampil dan berikan penjelasan mengenai 10 Point itu dulu ? Benda ni perkara 3 tahun lalu,bukan satu benda baru. 

Dan banyak pihak termasuk MPPN, gereja dan Menteri KBS ( KLiK ) sendiri sudah keluarkan kenyataan yang menyebut serta menyokong 10 Point. Jadi untuk menjelaskan 10 Point tak perlu mesyuarat. 

Kita cuma nak tahu mana satu nak ikut - 10 Point atau Enakmen Syariah ? Kenapa ada percanggahan tafsiran antara keduanya dalam isu serbuan Jais yang terbaru ini ? 10 Point itu satu bentuk Polisi atau undang2 ?

Jais kata mereka bertindak betul menggunakan hujah Enakmen Syariah sementara pihak gereja juga mendakwa mereka telah mengikut apa yang terkandung dalam 10 Point ..... jadi kenapa ada percanggahan ?

Gossip fitnah terbaru yang berlegar dalam internet adalah isu terdapatnya logo halal pada tin minuman arak Carlsberg. Benda ni nampak sangat fotoshopnya dan Jakim sudah nafikan. Cuma saya mahu gunakan imej ini sebagai satu analogi dalam hujah artikel ini ..


 Imej diatas menjadi isu kerana umum ketahui Carlsberg adalah air minuman yang mengandungi arak .... maknanya Haram. Tak perlu nak tengok cuba try test isinya untuk ditentukan keHaramannya.

Carlsberg = Haram  -  Very the Simple and very the Mudah !

Tak kiralah tin itu dalam warna apapun, atau dalam bekas lain pun, asalkan namanya Carlsberg, ia adalah haram. Begitu juga jenama arak lain yang sudah diterima umum sebagai Haram.

Analogi yang ingin dikaitkan -

Kenapa tidak alKitab juga dianggap satu benda haram sepertimana juga Carlsberg ? Kerana dalam alKitab terdapat kalimah Allah yang digunakan sebagai gantinama Tuhan berkonsepkan Trinity Kristian. 

Tak perlu juga nak tengok cuba try test isi kandungannya .... terima saja sebagai fakta bahawa -

alKitab = Haram   -  Very The Simple and very the Mudah !

Apakah wujud alKitab atau Bible versi Bahasa Melayu yang tidak menggunakan kalimah Allah ? Tidak ada kan ? Sebab kalau ada, bermakna pihak gereja cari penyakit sendiri kerana ia akan dijadikan peluru menyerang hujah pihak gereja sendiri...

Jika perkara ini dapat diterima, sudah tidak timbul lagi persoalan apakah 10 Point itu merujuk kepada alKitab saja bukan kepada kalimah Allah sebab ia sudah diterima umum sebagai fakta bahawa SEMUA alKitab mengandungi kalimah Allah.



Syarat kena ada logo tanda salib dan perkataan penerbitan Kristian atau apa saja, itu semua cuma teknikal. 

Point utama artikel ini adalah - kita kena terima sebagai fakta bahawa alKitab mengandungi kalimah Allah. Yang ini tak perlu dipertikaikan lagi.

Jadi hujah yang kononnya sebagai merujuk kepada alKitab tapi bukan kepada penggunaan kalimah Allah didalamnya boleh disamakan dengan perbuatan merujuk kepada Tin Minuman Carlsberg tapi bukannya isi kandungan air araknya.

Tidak perlu dibezakan antara alKitab dengan penyalahgunaan kalimah Allah.

PS - Tujuan artikel ini adalah sebagai PERINGATAN kepada Najib supaya jangan beri alasan 10 Point cuma merujuk kepada alKitab bukan kepada isu kalimah Allah kerana itu akan hanya buat rakyat marah. Ia akan kelihatan seperti mahu membodohkan tahap pemikiran rakyat - baik yang Islam mahupun yang bukan Islam.

Hati saya berkata ada kemungkinan Najib akan menggunakan hujah sebegitu ..

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 10, 2014 at 3:02 PM

Kali ni Najib benar-benar teruji kerana apa jua yang keluar dari mulut beliau akan membawa kesan kepada PRN Sarawak atau PRU14 yang akan datang. Penasihat dan konsultan rasa-rasanya pun agak sukar untuk memberi idea menang-menang kerana gereja dan JAIS sama-sama bertegas dan tak mau tolak ansur. Bagi Najib, undi amat penting sekali, lebih-lebih lagi Sarawak adalah penyumbang terbesar kemenangan BN. Saya cuma terfikir satu perkara sahaja, apakah Najib akan mintak nasihat dari ulama UMNO atau mengambil pandangan dari penasihat yang berfikiran liberal. Apakah kali ini Najib akan terus dengan kenyataan berunsur playsafe ? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 10, 2014 at 3:24 PM

Umpama keter yg accident .. dah trlalu parah dah nak reper lg mahal dari beli baru kire total lost lah... so najib mcm tuh gak la...sebaik2nya najib letak jwtn ...atau pon ikot mcm saranan DT amek cuti panjang bg org len mcm TPM memangku jwtn PM dulu..kalo Muhyidin perform so najib nyanyila lagu "angkat kaki' dari memerintah Malaysia.. tu pon kalo BN menang PRU 14...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 10, 2014 at 5:06 PM

Salam,
Makmal akn ditubuhkan. Makmal nak kaji kondom playsafe buat ah jib gor jawab isu 10 point. So kena ikut jwpn idris jala sebagai pemandu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 10, 2014 at 6:13 PM

Din ni pon satu lah....kot iye pon tunggulah keputusan ujikaji makmal dulu. Berjaya atau tidak ujikaji makmal tu belakang kira. Yang pastinya berjuta lagi duit rakyat akan hangus semata-mata hanya kerana nak bayar khidmat nasihat dari saintis-saintis makmal yang telah banyak kali diragui status keprofessionalan atau kepakaran mereka.

Aku rasa dah tiba masanya agar Ah Jib Gor pergi meninggalkan kita semua. Aku dah tak sanggup lagi melihat beliau tercungap-cungap dek kerana makian dan sumpah seranah rakyat. Meskipun beliau telah diberi alat bantuan jangkahayat yang lebih dikenali sebagai PEMANDU oleh penasihat-penasihat kesayangan beliau. Nampaknya keadaan beliau masih tidak berubah. Malah keadaan beliau telah menjadi semakin kritikal. Aku rasa dah tiba masanya supaya kita semua melepaskan beliau pergi. Janganlah sesiapapun meratapi atau menangisi pemergian beliau. Di saat ini aku sangat-sangat mengharap supaya munculnya seorang rakyat Malaysia yang berani untuk menekan button "off" pada alat bantuan jangkahayat beliau. Biarlah beliau pergi dengan aman.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 10, 2014 at 6:28 PM

ada sembang dengan kawan totok pas. bagi ahli pas, ni semua isu ajer. tak penting pun. isu yg sengaja diputarkan oleh kerajaan. mereka tak kisah pun dengan penggunaan nama Allah oleh kristian, alkitab dalam bahasa melayu. yg cakap ni ustaz dan tabligh. syiah pun tak penting. bagi mereka ahli pas hanya nak ambil semangat jer. nampak gayanya, pas tak beri perhatian, umno ikut 10 point (ikut presiden la menang tak bertanding). atas pagar anggap isu ni penting. terbahagi 3 lagi kita. perkasa kata apa ye? ikut pengawai la, lu jadi kambing hitam la gamaknya.

....................
Reply To This Comment ...................
January 10, 2014 at 6:55 PM

@AnonymousYa, bagi puak Pas tidak ada yang lebih penting dari menjatuhkan Umno, itu menjadi perjuangan mutlak mereka.

Jadi apapun isu jika mendatangkan bala kepada Pas atau rakan2 PR, mereka akan buat bodoh jer.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 10, 2014 at 10:24 PM

Kalau najib tak mahu bantu beri penyelesaian, baik ikut saja idea saya ini. Kita kumpul ramai-ramai depan gereja tunggu dia habis dan bila mereka keluar, kita edarkan risalah mengenal Allah. Jangan buat apa-apa protes atau demonstrasi. Cuma edarkan saja risalah penerangan mengenal Allah. Kalau boleh sila letak tarikh dan alamat untuk mereka yang berminat dapat penerangan lebih lanjut mengenai Allah. Ini bukan bertujuan menyebar ugama Islam pada orang kristian cuma untuk menerangkan konsep Allah disisi Islam. Ini untuk menyedarkan mereka mengapa kita bantah penggunaan Allah dalam kitab mereka. Pihak kristian tak berhak nak halang kita kerana kita cuma beri penerangan saja tentang nama Allah. Kalau mereka dipihak yang benar takkanlah mudah terpengaruh dengan sessi penerangan kita itu.

Cara kedua tak payah edar risalah tapi buat saja demonstrasi depan gereja. Tapi kain rentang yang dibuat jangan mengutuk mereka guna nama Allah, tapi buatlah tulisan seperti contoh begini...1. Allah tuhan yang satu dan tiada tuhan yang lain. 2. Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan. 3.Allah menerima permintaan doa terus dari manusia dan tidak perlu pengantara dan macam-macam lagi penerangan boleh dipaparkan.

Saya rasakan kalau kita bertindak dengan memberi penerangan begini pada orang kristian, puak gereja akan lebih gentar lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2014 at 1:07 AM

Anonymous January 10, 2014 at 10:24 PM

SETUJU..

Bila Nak Buat, Nak Kempen Dulu ke? Cam Na.. Apa2 saja Kita kena Lakukan Sesuatu..

Cara 1 lebih Afdal, Matang dan Mencerminkan Keperibadian Islam sebagai Ad Din..

Cara 2 Jihad Tanpa Senjata

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
January 11, 2014 at 1:24 AM

Bro Din, Najib cuti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2014 at 9:39 AM

Bernas sekali Pak kiai. ..teruskan...kumpul sahabat yg ikhlas...

Jom pakat semua pakai Jubah HITAM. SERBAN HITAM..SAMBIL ITU TU KI RATIB...lailahaillallah ...ana jamin dengungan gelombang Ratib akan buat depa lari...

...abu ahmad...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2014 at 12:41 PM

Bro Din ... Janganlah peningkan kepala ah jib gong ni. Raya cina dah dekat ... Dia nak berlatih palu gong cina dan menari tarian naga.
Er satu lagi dia dok fikir nak buat tanglong berhias gambar dia dan bininya rosmah ... Nak bagi kat cina ... Dia nak bodek cina lagi ...
Dia juga tengah pening nak fikir motto sambutan raya cina tahun ni ... Berilah cadangan motto raya cina padanya ...
Memandangkan tahun ni tahun kuda ... Aku cadangka mottonya adalah kudakan ah jib gong teras kekuatan cina ....

Post a Comment