........... Bukti 10 Point Solution Terima Kalimah Allah Dalam alKitab. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bukti 10 Point Solution Terima Kalimah Allah Dalam alKitab.

Tuesday, January 14, 201412comments

Sekali lagi saya ingin mempertahankan hujah saya yang mengaitkan 10 Point Solution dengan kalimah Allah walaupun ia tidak dinyatakan secara spesifik cuma yang disebut hanyalah alkitab atau Bible berbahasa Melayu.

Sebelum ini saya ada tulis satu artikel mengenai perkara yang sama -  10 POINT NAJIB Tidak Ada Kaitan Dengan Kalimah Allah. Anda setuju ?

10 Point Solution diwujudkan bagi menyelesaikan masalah yang dibangkitkan oleh pihak gereja semasa Pilihanraya Sarawak iaitu penahanan 30 ribu alkitab di Pelabuhan Kuching dan 5100 alkitab di Port Klang dan seterusnya bakal menjadi SOP bagi pihak kerajaan.

Perhatikan Point 7 dari Perjanjian itu ..... satu ARAHAN telah dikeluarkan oleh KSU Kementerian Dalam Negeri supaya 10 Point ini dipatuhi dan kegagalan mematuhinya bakal dikenakan tindakan. Tidakkah arahan ini bercanggah dengan Enakmen Syariah ?



Ramai yang mempertahankan 10 Point Solution itu menggunakan hujah yang ia tidak sebut pun tentang kalimah Allah ..... ia cuma sebut alkitab.

Adakah wujud alkitab yang tidak menggunakan kalimah Allah ? Bukankah 10 Point itu merujuk kepada alKitab yang menggunakan kalimah Allah ? 

OK, jika anda masih mempertahankan bagian teknikal itu, cuba jelaskan Point ke8 di atas. Disebut dengan jelas malah merupakan salah satu Point dari 10 Point itu sendiri bahawa antara yang dipersetujui adalah pelepasan 35100 alkitab yang asalnya ditahan kerajaan kerana mengandungi kalimah Allah !


Ini bukan lagi satu perjanjian secara Umum yang boleh kita pertikaikan dari segi teknikal apakah ia melibatkan kalimah Allah atau cuma alkitab saja tapi 10 Point Solution secara SPESIFIK merujuk dan melepaskan 35100 alKitab yang diperakui oleh pihak kerajaan sendiri sebagai mengandungi kalimah Allah !

Tidakkah itu bermakna yang 10 Point Solution telah menerima kalimah Allah disalahgunakan oleh alKitab ..... asalkan alkitab itu memenuhi syarat2 yang disebut. Dan Point 7 pula menjadikan ini sebagai satu SOP kepada semua pegawai kerajaan.

300 alkitab yang dirampas oleh JAIS baru ini dikatakan telah memenuhi syarat2 10 Point.

Jadi amatlah tidak bertanggungjawab bila ada Menteri yang menolak mentah2 ( KLiK ) isu rampasan 300 alkitab oleh JAIS ini sebagai isu kerajaan Negeri Selangor semata2, sedangkan 10 Point yang menjadi PUNCA masalah ( kerana memberikan izin untuk di import ) dibuat oleh kerajaan Pusat dibawah Najib.

Dibawah adalah artikel The Star bertarikh 3 April 2011 yang menyatakan kerajaan telah memberi LAMPU HIJAU untuk diimport atau di cetak Bible dalam apa jua bahasa. 

Kenapa waktu itu tidak ada Menteri atau mana2 wakil kerajaan tampil bagi memberi penjelasan bahawa 10 Point tidak mengizinkan alkitab yang mengandungi kalimah Allah ?

Sebab SEMUA ORANG waktu itu akur dan terima 10 Point itu mengiktiraf alkitab yang mengandungi kalimah Allah kerana ia disebut dengan jelas dalam Point ke8 dari 10 Point itu sendiri !

Jadi kenapa baru sekarang nak disebut yang 10 Point Solution itu tidak menyentuh isu kalimah Allah ? 

Ada 35100 bukti yang menunjukkan 10 Point Solution meluluskan alkitab yang mengandungi kalimah Allah walaupun ia tidak disebut secara spesifik.


Di bawah adalah prinskrin artikel The Star bertarikh 3 April 2011 yang melaporkan 10 Point Solution ketika diumumkan -




Kenapa saya garis merahkan ayat di atas ? Bayangkan PM Najib kita memberi amanat dan tanggungjawab kepada seorang Menteri untuk berurusan dengan pihak gereja dalam isu alkitab ..........dan Menteri itu pula beragama Kristian yang pernah berkata, dia sendiri sentiasa berdoa untuk menyaksikan kebangkitan Kristian ( Christian revival ) di negara kita !

Kenapa Najib tidak umumkan saja Idris Jala sebagai tokoh Maulidur Rasul Negara 2014 / 1435H ? !

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2014 at 10:32 PM

10 point solution tu cuma kompromi atau kowtim sementara demi meraih undi. Bak kata orang sekadar sumbat puting sekadar nak senyapkan baby yang tengah menangis. Senyap sekejap jer. Lepastu meraung balik. Lebih-lebih Sarawak merupakan fixed deposit bagi BN. Terus-terang saya katakan bahawa puak-puak ni bukan boleh dibawak berbincang pun. 10 point tu adalah perjanjian berat sebelah dan banyak merugikan umat Islam. Kalau zaman Tun M, kalau degil sangat, ISA jer jawapannya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2014 at 10:36 PM

Din, cuba ko siarkan ucapan Najib sempena Maulidur Rasul. Rasa-rasanya antara point penting yang aku ingat ialah kerajaan komited dalam menjaga kesucian Islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2014 at 10:59 PM

Haha..ayat last tu mmg terbaik la.. Lantas membuat aku tertawa dalam tangis yg mendalam...

....................
Reply To This Comment ...................
January 14, 2014 at 11:05 PM

Saya rasanya tidak setuju dengan pakdin kali ini. Kerajaan dalam `0 point solution nya tidak pernah menyertakan sekalai kalimah Allah sebagai hasil perbincangan kerana tidak terdapat dalam mana 10 point solution itu yg menyebutnya. Kalimah Allah adalah isu yg terpenting ketika weekly herald membawanya kemahkamah mana mungkin tidak disertakan sekali dlm solution itu jika ianya bermaksud demikian. Apa yg terjadi sebelum 10 points solution ini ialah pertikaian kepada arahan bahawa injil tidak boleh dibawa masuk ke semenanjung malaysia dalam bahasa kebangsaan. Kalau kita baca isu2 yg terjadi sebelum rampasan injil tersebut juga menunjukkan pertikaian sebenarnya ialah atas isu terjemahan kepada bahasa malaysia bukan kalimah Allah.

Dalam thestar juga diberitakan bhw yg menjadi pertikaian bible yg dirampas ketika itu adalah isu terjemahannya kepada bahasa malaysia seperti link dibwh pada perenggan terakhir.
http://www.thestar.com.my/story.aspx/?file=%2f2011%2f3%2f23%2fnation%2f8330509&sec=nation

Cuma setelah menang dengan isu injil berbahasa malaysia, pihak kristian ingin meneruskan perang utk kalimah Allah pula.

....................
Reply To This Comment ...................
January 14, 2014 at 11:17 PM

@belangBagaimana dengan kenyataan H2O sepertimana saya prinskrin di atas ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2014 at 11:32 PM

Blog PenaMinangReturn menghuraikan kenapa kita mempunyai 2 set undang-undang yang berlainan. Undang-undang di borneo tidak boleh digunapakai di semenanjung, begitulah sebaliknya undang-undang semenanjung tak boleh digunapakai di borneo.Ianya kerana sejarah yang panjang mengenai pembentukan perlembagaan sejak penubuhan Malaysia suatu ketika dahulu.

....................
Reply To This Comment ...................
January 14, 2014 at 11:37 PM

@AnonymousYa, saya faham. Tapi 10 Point diatas telah melanggar status quo itu.

Sebab itulah saya berulangkali sebut meminta Najib TAMPIL DAN JELASKAN hubungkait 10 Point dengan Enakmen Syariah. Perjelaskan biarkan rakyat faham.

Saya pun malas nak berdebat isu ini tapi ternyata Najib masih tidak ketemu suara untuk bercakap walaupun dikatakan kabinet pada hari Khamis lalu sudah sepakat melantik Najib sebagai jurucakap solo bagi pihak kerajaan dalam isu ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 15, 2014 at 12:20 AM

Ini lah masaalah jika a FORMER PRIME MINISTER yang hanya pakar dalam hal kangkong aje dan tak PASS university di beri tanggung jawab untuk mentakbir sebuah negara. Kerja2 dan isu isu mustahak di delegate kepada consultant untuk selesaikan masaalahnya. Jika mereka ada personal interest dalam isu isu ini mereka akan berat kepada diri mereka kerana mereka tahu PM tidak akan mengetahui perkara ini. In this case dia sebagai BOSS patut suruh Idris Jala 'clear the air' to the public dan orang Kristian.

Sebagai Perdana Menteri Ah Jib Gor tidak mempunyai wawasan atau vision untuk Malaysia tapi HANYA project recommendation dan cogankata sebagai ilmu bekalan dia yang di SEDIAkan oleh consultant nya to run the country..

Game is up Ah Jib Gor,setakat pakai kot dan necktie dengan matching saputangan is not enough to run a country and stop blaming the opposition for everything because YOU are in POWER not them.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
January 15, 2014 at 12:22 AM

@Anonymous"stop blaming the opposition for everything because YOU are in POWER not them." - I Like !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 15, 2014 at 2:20 AM

Kalau berperang dengan orang salib ni kita dah sedia ke? Ramai anak muda kita yang terpikat dengan perkara laro habis punah mertabat kita hu hu hu

....................
Reply To This Comment ...................
January 15, 2014 at 6:25 PM

@dinturtle

H20 dah mentioned bahwa yg menjadi masalah kepada perampasan 5100 itu adalah berkaitan terjemahan bukannya istilah Allah. ( Walaupun tak berapa nak backing sgt H20 ni, saya rasa saya kena bercakap sekadar yg benar)

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/churchs-move-to-strike-out-governments-appeal-lacks-merit-says-hishammuddin

....................
Reply To This Comment ...................
January 15, 2014 at 6:48 PM

@belang"The 10-point solution in no way affects the appeal by the government on the usage of the word "Allah,"

Saya ambil dari link itu.

H2O cuma kata yang 10 Point tiada keasan kepada prosiding mahkamah. Point yang saya utarakan adalah 10 Point dijadikan oleh pihak gereja sebagai lubang untuk langgar Enakmen Syariah. Saya percaya mereka gunakan hujah seperti yag saya berikan.

Makanya Najib perlu tampil dan berikan pencerahan !

Post a Comment