........... Buang Jer Undang2 Mengenai Perhimpunan Awam ! Takder Siapa Nak Ikut Dah ... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Buang Jer Undang2 Mengenai Perhimpunan Awam ! Takder Siapa Nak Ikut Dah ...

Thursday, January 2, 201418comments




Ni antara sebab utama kenapa saya malas nak komen panjang tentang perhimpunan HARAM Turun semalam -

DBKL bincang tindakan susulan dengan polis, kata Ahmad Phesal - TMI

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan berbincang dengan pihak polis bagi menentukan tindakan susulan terhadap penganjur perhimpunan haram di Dataran Merdeka malam tadi.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib (gambar) berkata pihaknya akan memutuskan tindakan lanjut terhadap penganjur perhimpunan itu setelah satu mesyuarat khas diadakan.

"Setakat ini DBKL belum mengenal pasti apa tindakan yang akan diambil...sama ada tindakan saman kepada penganjur atau tindakan-tindakan lain yang sesuai," 


Dan ini satu lagi -

Polis tubuh pasukan khas siasat kes perhimpunan haram - Utusan

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya berjanji akan memberi keutamaan kepada kes itu dengan melengkapkan kertas siasatan dalam tempoh seminggu.

"Kami akan jalankan siasatan berhubung kes ini kerana mereka ini telah mengganggu-gugat kesejahteraan awam ketika sambutan tahun baharu malam tadi,"

SEBAB saya tak nak kritik pihak berkuasa negara !

Duk sebut HARAM, LANGGAR UNDANG2, TAK DER PERMIT, BUAT KECOH bla bla bla  ..... tapi akhirnya, apakah ada sebarang tindakan dikenakan ?

Dulu saya rajin jugalah komen tentang Bersih dan Blackout dan perkataan yang selalu saya highlightkan adalah semua itu merupakan perhimpunan HARAM. Tapi apakah ada sebarang tindakan diambil bagi mencegah benda yang menyalahi undang2 itu ? Atau tindakan diambil keatas KETUA2 perbuatan HARAM itu ?

Lepas satu, satu perhimpunan HARAM dianjurkan .... tidakkah semua itu menimbulkan satu persoalan  ?  Apakah rakyat sudah tidak lagi hormat kepada pihak berkuasa ..... kerana pihak berkuasa dilihat sebagai sudah tidak punya kuasa ?

Untuk apa diwujudkan undang2 ( yang entah apa namanya saya pun malas nak cek sebab dah tak relevan ) bagi mengawal perhimpunan umum kalau rakyat tidak hormat kepada undang2 itu ?

Saya percaya jika dianjurkan lagi perhimpunan besar2an, penganjur pun tak hingin nak minta permit, ada ke takder permit tak beri kesan pun.

Jadi saya amat berharap pihak berkuasa BERTINDAK .... bukan saja terhadap penganjur Turun tapi juga penganjur Bersih dan Blackout. Sebab SEMUAnya HARAM.

                     ***************************
Oya ada satu lagi komen dari Datuk Bandar yang saya kira agak menarik juga untuk digossipkan -

Beliau turut menegaskan tidak timbul isu wujudnya pembaziran apabila persembahan bunga api dihentikan kerana ia (bunga api) masih boleh digunakan untuk acara-acara lain.


Errr .... Datuk Bandar KL ni faham ke tidak maksud pembaziran dalam konteks bunga api ?

Share this article :

+ comments + 18 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2014 at 1:41 AM

Ah Jib Gor- Perdana Menteri yang tak di hormati dan tak di sukai oleh rakyat.Bagi perintah pun rakyat tak peduli,bagi AMARAN pun rakyat langgar amaran.Rakyat melanggar undang2 pun tak di saman atau di denda. Patut di panggil Ah Jib Gor the doormat sebab semua orang boleh pijak kepala dia. Musuh di buatnya kawan oleh dia, kehendak penyokong nya pulak tak di layan nya pulak. KIta kena ikut macam Marina Mahathir dan Wardina yang selalu mengutuk polisi dia, di beri pangkat dan kedudukan.
Aku harap Din dengan aku di jawatan dalam kabinet nya sebab aku memang suka KUTUK dia.

Alfie

Alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2014 at 4:54 AM

najib dengar anwar gunakan punahsihat yang sama.. bezanya anwar berani tonjol diri dia yg sebenar..manakala najib dari muda sampai ke tua asyik nak selamatkan diri sendiri saja (playsafe)..orang playsafe tak layak memimpin apa pun..lebih lebih lagi sebagai presiden umno..orang playsafe seperti najib pentingkan diri dia sendiri selamat dan bukan sebagai penyelamat orang lain..sebab dalam pru13 diri dia sendiri pun terpaksa diselamatkan oleh orang melayu yang duduk ceruk kampung..harapkan dia .sampai kini orang melayu asyik kena tipu dengan cina dan punahsihat..najib pandai bercakap tapi bukan idea dari otak dia.. najib wajib diundurkan dari jawatannya sekarang sebelum terlambat demi agama islam, bangsa melayu, dan negara..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2014 at 7:31 AM

Habis nak lantik ulama Pas yang tiada wibawa. Hanya setakat mengajar fardu ain dan pandai komplen je.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2014 at 7:52 AM

Najib perlu Diturunkan
dan kabinet serta GLC perlu dirombak besar besaran

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2014 at 8:58 AM

tak lain tak bukan sebab kerajaan LEMBIK akibat dipimpin oleh PONDAN.. tu je

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2014 at 9:18 AM

rakyat sekalian, kena rajin2 kutuk dan makihamun kerajaan secara terang2an..kena berani langgar undang2..kena berani buat provokasi..baru ada harapan najeeb dan gang dia layan baaaaik punya..buktinya, namewee, wardina dan lain2..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2014 at 9:24 AM

Din,

Itu pasal la puak-puak pembangkang ni panggil polis sebagai anjing (maaf bunyinya tapi kenyataan) sebabnya nampak sangat yang pihak polis bertindak berdasarkan keadaan politik (kononnya nanti ada yg ambil gambar/video tindakkan polis yang akan memburukkan negara) . Sepatutnya pihak polis /berkuasa bertindak tanpa berpihak kepada sesiapa saja yang melanggar undang-undang.

Nampak sangat KP wilayah dgn Dato Bandar bagi statement yang digubah oleh PMdu...

Jahanam Malaysia ni kesudahnya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2014 at 9:39 AM

Elok bagi Tun M ambil alih sementara sehingga reda suasana...

....................
Reply To This Comment ...................
January 2, 2014 at 9:44 AM

@AnonymousBiarlah dia bersara dengan aman .....

Masalahnya kita sendiri yang payah nak bersatu suara, masing2 punya kepentingan sendiri

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2014 at 9:48 AM

Really dont drag tun M lagi. Baru kluar hospital ijn. Semua d beri suara untok bercakap. Just let him have his say.
Najib...biyol seribu bahasa...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2014 at 10:07 AM

We nee Tun Mahathir back

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2014 at 10:20 AM

Apa2 pon Kita tunggu rumusan dan Ulasan berkenaan dgn Bancian Undur Diri dan Clueless...

Sapper yang belum undi silakan Undi dan kita tunggu Ulasan drp Bro Din..

Hasil drp Rumusan dan Ulasan itu Bolehlah Buat Petisyen Besar-besar untuk Hantar ke PMO dan Pejabat Berkaitan dalam membuat tuntutan yang sewajarnya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2014 at 10:22 AM

KPN pun xde bersuara apa2..Menteri KDN pun senyap membisu..yg bising2 hanyalah polis benggali tu je bro..tu pun pada permulaan je..lepas tu mula la buat drama bom lah..paranglah..spt drama2 yg lepas2.tapi rakyat bukan bodoh mcm ahli Umno yg lain bro..harus disedari inilah taktik muhyideen nak tekan najib supaya berundur..lagi negara huru hara..lagilah peluang muhyideen cerah nak naik.najib plak boleh pergi bercuti..so semua urusan dlm tangan TPM..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2014 at 10:26 AM

Rasa-rasanya Najib Anak Rzak nie Eloklah Undur Diri... Rakyat dah menyampah tahap Gaban daaaahh..

India Mabok Tidor tepi Longkang pon Boleh ambik selipar Gosok, Cuci Ganbar Najib...

Bukankah Najib beria2 beri Bantuan kepada Kaum India... Lantik Menteri/Senator drp Hindraf Lagi..

Najib... Buat Baik Berpada-pada Eloklah Letak Jawatan kalau India Mabok pon tak hormat kat hampa lagi.. Cina Pandang Hang Macam Kucing Kurap..Melayu pon dah menyampah...Takkan Nak Jadi PM teurs untuk Warga Bangladesh, Myammar, Nepal dan Vietnam...

....................
Reply To This Comment ...................
January 2, 2014 at 10:27 AM

@AnonymousTaktik Muhyiddin ?

:))

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2014 at 11:15 AM

Bro Din,

Sekarang orang dah tak kisah pasal undang-undang ni. Sebab rakyat tau apa respons kerajaan bila berdepan demonstrasi macam ni. Mula-mula amaran dari Menteri, IGP, OCPD dll, lepas tu beribu report polis dibuat nak membantah puak ni, then demonstrasi berlaku jugak.. lepas abis polis akan buat tubuh pasukan khas untuk siasatan.. siasatan ni akan berjalan sampai 2030...

Dulu elok2 ada ISA si najib gong pegi mansuh. Alasannya undang-undang lapuk, dah tak relevan zaman sekarang, bukan macam zaman darurat dulu. Ordinan Darurat, elok2 kepala gangster duduk diam2 kat Simpang Renggam tu dibebaskan. Ini semua tak lain tak bukan nak tunjukkan diri dia seorang Transformer. Dunia luar puji melambung tapi internal security dah huru hara.

Akta Perhimpunan Aman 2012 tu fungsi polis sebagai law enforcer dah ditukar jadi coordinator. Memang takde taring untuk kawal public order semasa berlaku demonstrasi. Siap sediakan makan minum peserta2 demo. Amik kenyataan lepas tu bebas.

Yang paling best, negara tengah tak stabil die boleh cabut lari dulu. Kalau negara perang, agak2 sape yang cabut dulu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2014 at 4:47 AM

Sekarang Melayu Semuanya Patut Sedar... Semuanya Salah Najib Ah Jib Gor...

Jadi Kenapa Beliau Masih Lagi Jadi PM Malaysia.. Sebelum Ah Jib Gor buat lagi huru hara... Patutnya Jib Gor Letak Jawatan

Post a Comment