........... Bila Ramai Yang Sokong Rockybru 'Belum ada calon untuk ganti Najib' .....Maknanya ... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bila Ramai Yang Sokong Rockybru 'Belum ada calon untuk ganti Najib' .....Maknanya ...

Tuesday, January 28, 201419comments


Saya tersenyum sendirian membaca luahan sokongan beberapa rakan blogger akan apa yang ditulis oleh Rockybru  - Pro-UMNO bloggers rebel against Najib? Wishful thinking by some, dengan semua sepakat membuat konklusi point utama artikel itu adalah -

Belum ada calon untuk ganti Najib.


Hmmmm ...... ada point lain yang disebut Rocky tapi anda baca sendirilah sebab saya juga nak layan ayat di atas.

Belum ada calon untuk ganti Najib ........ BELUM ADA .... ?

Tidakkah rakan2 bloggers sedar melalui kenyataan itu, yang mereka secara tak langsung turut mengakui yang Najib seorang pemimpin yang LEMAH yang sudah tidak layak lagi jadi ketua tapi terpaksa dilayan kerana calon pengganti yang sesuai BELUM ADA lagi ?

Jika keadaan begitu sudah diterima, sementara menunggu calon itu ADA, apakah patut kita cuma berdiam diri dan menyokong buta saja apa yang Najib ( yang kita akui sebagai lemah itu ) lakukan walaupun kita tidak bersetuju ?

Kenapa tidak kita menegur mana2 yang tidak betul  ?

Rocky juga menulis, bloggers yang semakin lantang mengkritik itu bukan bermakna mereka memberontak. Tapi walaupun tiada pemberontakan, tidak bermakna pemerintahan Najib itu OK .

Jadi sebagai orang yang merasakan dirinya bertanggungjawab kepada agenda yang lebih besar ( demi agama, bangsa dan negara ) tidakkah menjadi tanggungjawab kita untuk membuat teguran dan kritikan ........ yang jelas dan tepat supaya mesejnya sampai ?


Contohnya ...... kalau jelas kita rasakan yang bersalah itu Najib, kenapa yang duk balun penasihat yang tugas mereka hanya menasihat ? Kalau Najib jenis yang pandai dan mahu membaca apa yang tersirat atau terkias, mungkin betullah cara begitu......

Tapi kalau dah bertahun duk ulang kesilapan2 yang sama .......... maknanya, sementara nak menunggu ketibaan calon yang sesuai itu ADA, bersama2lah kita karam bersama Najib yang kita semua akui sebagai lemah itu ...

Share this article :

+ comments + 19 comments

....................
Reply To This Comment ...................
January 28, 2014 at 10:57 AM

Assalam Bro

Pening juga kepala ni... masih belum ada pengganti? Tapi kalau semua pakat sokong kenyataan ini, sampai bila-bila pun takan ada pengganti selagi Penggantinya tak di cari... Selagi adanya kaki bodek dan angguk berkeliling di tubuh badan Najib jangan haraplah kita akan jumpa pengganti Najib... Oklah Bro kita karam bersama Najib...hihihihhh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2014 at 10:59 AM

Apasal takde pulak? Dah tu buat apa wujudkan jawatan timbalan presiden dan naib presiden kalau org yg dok pegang jawatan ni tak boleh naik gantikan presiden? Bukan ker ini org2 harapan utk jd pengganti jika apa2 berlaku kpd presiden! Takkan nk tggu presiden mampuih baru nk terhegeh2... Nmpak mcm tak bersedia langsung.
Zaman tun dulu,tun sgt dominan menyebabkan rakyat tak risau ttg isu2 kepimpinan mcm skrg ni. Najib sebaliknya tenggelam dan aura kepimpinannya banyak disokong oleh legasi ayahnya tun razak, bukan diatas kekuatannya sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2014 at 11:15 AM

Apa yg takut sgt nk gantikan najib? Media, bloggers dan facebookers mungkin boleh tolong promote mane2 calon yg berkelayakan.
Bukannyer takde calon, tu semua alasan jer. Takde sbb tak cari! mmg la tak jumpe.
Kalo betul2 nk, mesti dapat.
Nak seribu daya..tu jer..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2014 at 11:49 AM

aku pening...at the moment, it is obvious that Najib is the weakest not just among the PMs but among the Malaysian as well...

Siapa siapa pun boleh ganti Najib! Macam mana boleh cakap takde pengganti? ambik je siapa siapa aku gerenti yang org tersebut paling teruk pun sama level je dengan Najib...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2014 at 12:14 PM

Daripada track record semua pemimpin umno, cuba para blogger umno cari satu dua pemimpin yang layak menggantikan najib... promote habis-habisan kat media siber sehingga menjadi fenomena...
kami yang membaca ini akan bagi komen atau support... amacam?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2014 at 12:28 PM

maknanya..

ahli2 umno adalah pondan2 yang jauh lebih lembik daripada ketua pondan mereka.

jangan tipulah dengan mengatakan tiada yang lebih layak dari bijan. kalau berani, beri laluan kepada mukriz. hah, cubalah..jangan asyik beri alasan pondan je.

....................
Reply To This Comment ...................
January 28, 2014 at 2:18 PM

Hendak seribu daya , Tak Hendak seribu dalih ...... nak ngan tak nak jer ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2014 at 2:27 PM

Sampai bila nk tunggu yang layak bro...kasi jer pada timbalannya...aku rasa dia ni lebih layak dari PM skrg....bila dah amik alih taw la apa dia nak buat...Ah Jib sendiri pun bukan cerdik mana pun...dok harap kat punasihat...cam tu kalu menteri ayam pun bleh jadi PM....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2014 at 3:28 PM

Kalau UMNO tak ada calon untuk ganti jadi PM baik UMNO pegi mati la senang...sekarang ni kita kena desak supaya najib tu turun! Dia ni dah merapu tahap gaban! Ganti dengan Muhyiden layak tak layak tu belakang kira! Sekarang UMNO perlu diselamatkan dari puak elit yang merapu meraban meroyan!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2014 at 3:44 PM

salam,
sewaktu TDM nak letak jawatan, macam tu jugalah, belum ada calon yg sesuai. masa TAR gitu juga dan juga masa Tun razak meninggal, tak ada calon yang sesuai. tapi yg ganti ok, tak kisah la yg tidur, yg blurrr, yg akan apa-apa. negara macam tu juga. guna pemandu, pemandu langgar semua lubang, no hal, negara macam tu juga. cuma kita nak elak daripada cina rasis jer dan penjubur. kalu boleh, tak perlu la nak gadai kat cina rasis, tapi kalu ada perubahan ketara kat dap, mungkin tergolek umno lebih cepat. tak perlu la nak ambil bahagian Allah, iaitu meramal masa hadapan.

kalu kita nampak pemimpin cina boleh bersikap seperti pemimpin umno, iaitu melebihkan bangsa lain, mengutamakan bangsa yg bukan sebangsa dengannya, membeli jiwa pengundi yg bukan sekaum dengannya dan hanya kuat bercakap kosong kat bangsa sendiri dalam partinya ajer untuk keseronokan mendengar, no hal, kita boleh pilih dia sebagai pemimpin.

kalu pak lah pun dapat title bapa, ah jib gor pun bapak abjad, muhyiddin pun boleh juga dapat bapa. cuma bagi peluang ajer la. kalu tak beri peluang, mungkin tak dapat dah kurang 5 tahun lagi. mungkinkah cina balik mengundi bn atau macam tu juga? pengundi muda bertambah ke yg sokong bn, pengundi yg bukan ahli umno, nak sokong bn lagi ker?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2014 at 4:13 PM

Dari Segi Politik, Suara RockyBru tu sebenarnya MENYINDIR Tan Sri Muhyiddin Yassin, dah macam nie Teruk pon TSM masih belum melakukan gerak.. Malah Menidakkkan Gerakkan Undi Tak Percaya yang cuba di buat...

Hish Hish.. TSM.. Istiqomahlah, Solat Hajatlah Mintak Petunjuk..Tak Kan Nak tunggu Negra dah Hancur, Orang Demo Hari2 Kat Jalanan macam di Bangkok baru Nak Mula Cipta Gerak?

Saya Sarankan kat TSM.. GO WITH THE FLOW...it's what the people want and for the intserest of ALL.. You can do better!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2014 at 5:25 PM

Berdasar atas pendapat Rocky Bru jika Ahjibgor Kangkong ini kena langgar dengan lorry tepung atau di timpa pokok pisang hari ini atau pun esok lalu meninggal dunia,negara Malaysia ini dah tak ada pengganti nya. Belum pernah saya tengok seorang manusia yang BODOH yang di sanjung TINGGI oleh seorang blogger macam status Rocky,sampai bloggers macam Outside the Box dan Apanama di kutuk kaw kaw oleh Rocky kerana kritikkan mereka pasal Ahjibgor Kangkong. 57 tahun sudah merdeka sekarang Malaysia dalam dilema kerana selepas Ahjibgor kangkong Malaysia SUDAH tidak ada lagi tokoh peminpin, Memang betul kata orang berdasar R.A.H.M.A.N dengan Rahman,Abdul Razak,Hussein Onn,Mahathir, Abdullah dan N untuk Najib maka TAMAT lah sejarah Malaysia.Saya cadang kita panggil balik orang British untuk menjajah kita balik bilanya tiada lagi Ahjibgor untuk meminpin kita..

Bagi saya pendapat Rocky sangat MENGHINA semua rakyat Malaysia kerana kalau kita pendapat si Ahjibgor ini seorang yang BODOH,maksud tersirat Rocky adalah semua RAKYAT Malaysia LEBIH bodoh lagi dari Ahjibgor,maka tak ada siapa yang layak mengganti NYA.

Kerana SAYANG nya Rocky kepada Ahjibgor,saya ingin cadangkan dia mula kutipan DANA untuk membuat PATONG Ahjibgor yang sebesar macam di BATU CAVES.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
January 28, 2014 at 6:06 PM

@AnonymousHahahahaha ..... i like !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2014 at 9:37 PM

@dinturtleBro Din,kita patut tanya Rocky Bru SIFAT apa yang Ahjibgor Kangkong ada yang orang melayu lain tak ada?

1. Melutut kepada orang Cina,saya pun boleh buat.
2.Percaya kepada orang Cina,saya pun boleh.
3.Membenar orang cina menipu dia,saya pun sanggup di tipu oleh Cina.
4.Kebolehan mempercaya nasihat consultant,saya pun boleh lakukan nya.
5.kebolehan membisu bila Islam di hina,saya pun boleh buat.
6.Kebolehan tidak bersuara bila orang melayu di tindas,saya pun boleh tidak bersuara.
7.Kebolehan menyuruh orang bawahan menjawab isu2 panas,saya pun boleh lakukan nya.
8.Kebolehan di ketawakan oleh rakyat Malaysia,saya pun boleh buat benda bodoh untuk orang ketawakan saya.

Lapan sifat ini SUSAH sangat kah nak cari dalam orang melayu lain yang boleh berbuat demikian yang Rocky Bru kata TAK ADA PENGGANTI!!!

alfie
5.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2014 at 12:13 AM

Haa Haa, Rokybru sudah bikin Alfie marah...mugkin Rokybru Pon sama Cleik tapi Tidor...

....................
Reply To This Comment ...................
January 29, 2014 at 12:42 AM

@Anonymoussaya akan tambahkan 2 lagi supaya jadi 10 Point untuk artikel nanti :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2014 at 8:31 AM

@AnonymousMasaalahnya TPM sekarang tak ada nafsu macam TPM dulu (aljuburi). TPM sekarang ni seorang yang skema dan ikut law sgt. Dia tiada cita-2 politik sehingga tahap nak jadi PM, bagi dia, jadi TPM pun dah cukup besar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 30, 2014 at 4:40 PM

Orang melayu hormat dngn kasih syang kpda pm yg mngmbil berat pada kaumnya,orang cina hanya hormat dngn takut kpda pm yg tegas kpda kaumnya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 30, 2014 at 8:52 PM

Pilih je Muhyiddin.

Post a Comment