........... Antartika - Mohon MB MatSaid Dapat Kirimkan Gambar2 Dari Antartika Ya ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Antartika - Mohon MB MatSaid Dapat Kirimkan Gambar2 Dari Antartika Ya !

Monday, January 20, 20143comments



MB Mat Said dah pergi pun ke Antartika, berlepas dari KLIA jam 10:40 malam 18 Januari 2014 .....  Ada dia kisah nak jawab segala persoalan rakyat akan kewajaran beliau untuk ikut sama lawatan Kerja Eksplorasi 15 Hari itu, entahlah ..... mungkin beliau yakin kehadiran dirinya berbaloi dengan kos RM dan masa yang diperuntukkan untuk misi tersebut. Seperti yang saya tulis sebelum ini, Mat Said berpeluang menjawab SEBELUM beliau berangkat tapi mungkin beliau pilih untuk menjawab SELEPAS pulang. ( KLiK )

Demi rakyat Terengganu !

Bagi menjawab persoalan yang dikemukakan oleh rakyat dan wakil dari pembangkang terhadap misi Antartika ini, ada dua artikel yang ditulis oleh orang Mat Said yang boleh kita jadikan point -

Yang pertama adalah dari SINI -

Agak panjang artikelnya tapi ia lebih kepada menjawab akan keperluan misi itu sementara bagi menjawab penglibatan Mat Said tidak banyak. Ia dimulai dengan soalan yang dibuat oleh Tony Phua -

What business does the Terengganu Menteri Besar have in Antarctica which justifies a jolly cruise to the Antartica?

Jawapan tepat kepada soalan yang diberikan -

Kita berharap dengan lawatan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said kira-kira 10 hari ke Antartika itu akan memberikan kefahaman saintifik yang berguna kepada beliau.
Pepatah Inggeris mengatakan ‘seeing is believing’ pastinya akan memberikan suatu pendedahan dan kefahaman yang lebih mendalam kepada Ahmad Said.

Pemergiannya ditemani bekas Naib Canselor UMT, Profesor Aziz Deraman dan pastinya akan memudahkan Menteri Besar untuk mengetahui dengan lebih jelas isu berkaitan Antartika ini.

Mungkin perjalanan agak jauh iaitu Kuala Lumpur – Amsterdam – Santiago (Chile) – Antartika kemudian kembali. Namun kita yakin ia akan mendatangkan manfaat kepada Menteri Besar dan rakyat Terengganu yang jelas akan lebih dekat dengan misteri saintifik di Antartika itu.

Bla bla bla .....

Penglibatan kerajaan Terengganu dalam misi itu menggambarkan sokongan padu terhadap usaha yang dijalankan di peringkat pusat dan global dan lebih penting ia merupakan usaha untuk melahirkan kumpulan penyelidik yang berwibawa dan dihormati.

Menteri Besar dijangka menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara INACH dan YDSM bagi membuka laluan kerjasama dalam bidang penyelidikan di benua itu.

Bla bla bla ...

Namun sekiranya apa yang dilakukan itu akan mendatangkan lebih banyak kebaikan kepada rakyat, selain untuk tujuan akademik dan penyelidikan sains, negeri Terengganu dan Malaysia amnya, ia sepatutnya disokong.

Tidak wajar kita menghentam secara melulu mengenai tujuan sebenar ekspedisi Menteri Besar Terengganu itu yang kadangkala menyebabkan kita pula tertanya-tanya, “apakah sesetengah pemimpin dan rakyat kita tidak boleh menerima sesuatu perubahan atau pembaharuan?”

Tidakkah usaha ke Antartika ini membawa Terengganu ke suatu bentuk transformasi pemikiran dan akademik yang menjangkau pemikiran kita, lebih-lebih Antartika yang sering terlindung daripada pemandangan kita, walaupun kita melihat sebuah 'globe'?

Memanglah perbelanjaan untuk ekspedisi dan penyelidikan mahal tetapi sekiranya ia menyumbang kepada kebaikan akademik, penyelidikan dan negara, ia bukan lagi berbentuk  'pengembaraan menjejak seekor peguin atau beruang Polar' sebaliknya menjadi sumbangan besar Terengganu kepada penyelidikan saintifik yang begitu penting kepada alam dan manusia! 



( panjaaaaaaang beb, itu pun saya ambil satu pertiga jer, yang selebihnya saya bla bla bla kan, anda boleh klik link kalau nak baca juga ) Yang saya nampak menjawab secara khusus persoalan yang memerlukan penglibatan MB Mat Said ada 3 iaitu bagi menunjukkan sokongan kerajaan Negeri Terengganu, bagi menjadi SAKSI majlis menandatangani MOU dan yang paling penting adalah supaya dapat memberikan kefahaman saintifik yang berguna kepada beliau (!).


Artikel kedua dari 'orang' Mat Said bagi menjawab persoalan pembangkang adalah dari blog Unit Komunikasi Negeri.... yang ini tak boleh blah ! KENA BACA ! Jadi saya copy paste sepenuhnya -


Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Haji Ahmad Said telah berangkat ke Antartika kira-kira jam 11.00 malam tadi melalui Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

Seorang wakil rakyat pembangkang dari Kemaman yang cuba memomokkan usaha Menteri Besar Terengganu bersama Yayasan DiRaja Sultan Mizan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia.

Melalui Facebok beliau tulis: “Mungkin dia akan bawa balik seekor ‘polar bear’ (beruang Polar)……….zoo di Kemaman yang dia bina berjuta ringgit tu masih ada ruang lagi,“mudah-mudahan kita boleh belajar dari ‘polar bear’ bagaimana nak minta salji turun bukan hujan banjir saperti berlaku di kemaman baru ni !“Salji akan jadi daya tarikkan pelancong kan…….. Tahun 2014 Tahun Melawat Malaysia!, —“


Ternyata ketiadaan ilmu wakil rakyat pembangkang itu terserlah kerana ‘Beruang Polar” tidak ada di Kutub Selatan (Antartika) tempat ekplorasi saintifik berkenaan. Beruang Polar hanya wujud di Kutub Utara (Artik) dan bukannya Kutub Selatan.

Kutub Selatan (Antartika) yang ada ialah pinguin, anjing laut, ikan paus, burung laut, beruang pola hanya wujud di Kutub Utara (Artik).

 Sungguh menampakkan betapa dhaifnya ilmu pengetahuan wakil pembangkang itu yang turut melukiskan grafik Menteri Besar bersama Beruang Polar dalam FB akaun miliknya itu.


Itulah, bila kita hendak memburukkan orang lain, Tuhan menampakkan terus siapa diri kita yang sebenar


Persoalan yang dikemukakan disebalik contoh 'dhaif' yang diberikan tidak di jawab, yang dilayan  adalah contoh 'dhaif' itu !

Nampak gayanya kena tunggu lagi 2 minggulah Mat Said pulang baru kita boleh dengar jawapan dari beliau sendiri atau mungkin beliau boleh berikan kenyataan dari Antartika, bisa jadi sejarah tuh - MB pertama yang beri kenyataan dari Antartika ! 

Apapun saya berharap Mat Said dapat mengirimkan gambar2 realtime dari Antartika untuk dikongsi bersama rakyat Terengganu yang saya kira mati hidup semula pun tidak termimpi nak melawat Kutub Selatan atau Antartika. Serius .... ramai nak tengok bagaimana rupa Antartika.

Beruntungnya Mat Said ....


Semoga selamat pergi dan kembali ..

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 20, 2014 at 2:29 PM

Permergian Dato Ahmad Said adalah bukti nyata bahawa Terengganu adalah sebuah negeri yang makmur dan kaya raya sehinggakan mempunyai "wang lebih" untuk membuat lawatan yang bagi standard negeri kebanyakan (yang kurang kaya) bolehlah dianggap sebagai mewah @ "luxury". Dengan "pertunjukan" ini, maka Terengganu akan dapat menarik lebih banyak rakan niaga dengan gergasi-gergasi perdagangan antarabangsa. Syabas Dato Ahmad Said kerana berpandangan jauh. Hidup Teganu Kite.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2014 at 1:02 AM

persepsi rakyat langsung tak dipedulikan..

ada yg kata, dulu, berbilion dihabiskan utk projek angkasawan..hasilnya hilang 2/3?.betul atau tidak kita pun tak tahu..

mungkinkah projek antartika akan memberikan 2/3 kpd pembangkang? tak mustahil sebab mereka pakar spin dan terlalu banyak peluru diberikan secara percuma kod mereka..

takpelah..4tahun lama lagi..setahun dua nanti rakyat lupa jugak..

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
January 25, 2014 at 7:05 AM

Hah..camne ni dinturtle? YDSM kata tak terlibat lgsg antartica tour tu..habisla mat said jika terbukti kantoi lepas ni..

Post a Comment