........... Alahai Najib.. . Ambillah Cuti Panjang 4 Tahun .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Alahai Najib.. . Ambillah Cuti Panjang 4 Tahun ....

Friday, January 10, 201418comments

Ramai yang sokong bila dikatakan yang Najib telah gagal dalam tugasnya sebagai PM. Cuma bab ketiadaan calon yang lebih baik saja yang buat mereka yang diatas itu tidak sepakat. Ada yang dah tak kisah siapapun asalkan bukan Najib dan ramai juga yang mengambil pendirian 'beri peluang lagi' pada Najib. Bayangkan kalau calon itu ada ..... rasanya memang dah kena ganti dah Najib ni.

Hmmmm ... apakata kalau kita cadangkan Najib ambil cuti panjang ..... selama 4 tahun ke sampai habis PRU14 ! Najib boleh lantik Pemangku kepada jawatan PM. Jadi Najib tak perlu letak jawatan ! 

Kalau Pemangku PM itu lebihkurang sama saja, Najib boleh bertugas semula hehehe ...

Yalah... cadangan merepek. Yang penting adalah asas disebalik cadangan itu .... apa ?

Cuba baca luahan dua blogger otai dibawah tentang Najib sebagai PM -




Masih Bergunakah Perdana Menteri Kepada Kita?- Blog Shahbudindot.com


Kedudukan penyandang jawatan Perdana Menteri paling dipertikaikan ketika ini. Ketika rakyat bergelut dengan bermacam-macam masalah dan kesulitan, di samping isu demi isu yang muncul serta menjadi perdebatan ramai, seorang Perdana Menteri yang seharusnya memainkan peranan meredakan keadaan dan menunjuk jalan penyelesaian lebih banyak membisu dan menghilangkan diri daripada memainkan peranan yang sewajarnya.


Ketika rakyat bising dengan kenaikan harga barang dan melakukan demonstrasi bantahan mengenainya, Najib yang menjadi Perdana Menteri lebih selesa menghabiskan masanya bercuti bersama keluarga. Sehingga kini ke mana percutian hujung tahun Najib, sama ada ke Sydney, Los Angelas atau hujung dunia yang lain, masih lagi menjadi misteri.




Tapi yang pastinya, ketika rakyat bising, merungut dan digelar bughah, beliau sedang bersenang-lenang di luar negara.

Ketika isu kalimah Allah muncul kembali dan menghangatkan pertikaman antara Islam dan Kristian, walaupun beliau ada di dalam negara tetapi keberadaannya tidak memberi erti. Sudah berminggu-minggu isu ini menjadi perdebatan, apa pendirian Najib sebagai Perdana Menteri langsung tidak diketahui.

Beliau bukan saja tidak mahu menyatakan pendiriannya, malah tidak mahu bercakap dengan media mengenainya. Begitu juga, walaupun beliau turut mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet ketika isu kalimah Allah ini sedang hangat diperkatakan, kita juga tidak tahu sama ada ia dibincangkan atau tidak. Yang kita tahu, sehingga ini Najib masih membisu mengenai isu Allah ini sedangkan sebahagian punca timbulnya masalah ini adalah daripada tindakannya menyetujuinya formula 10 perkara dengan penganut agama Kristian pada 2010 dahulu.

Begitu juga, ketika harga barang naik, kos sara hidup meningkat dan rakyat dipaksa mengikat perut, apa yang kita dengar perbelanjaan kerajaan untuk menampung kehidupan keluarga Perdana Menteri terus bertambah, termasuk bertambahnya jet mewah yang disewa.

Hutang negara yang semakin membesar dan hampir mencecah tahap 55 peratus iaitu kategori yang boleh dianggap muflis, ia langsung tidak menzahirkan perubahan kepada gaya hidup, gaya perbelanjaan dan langkah berjimat cermat Perdana Menteri dan kerajaan.

Dalam analogi yang mudah, Perdana Menteri adalah umpama nakhoda bagi sebuah kapal. Dalam pelayarannya kapal itu, nakhoda inilah yang semestinya memainkan peranan untuk memastikan perjalanan sentiasa selamat, cukup bekalan makanan, anak-anak kapal terpelihara, tiada kemalangan atau kecederaan apabila ribut dan badai melanda serta menentukan pelbagai perkara lagi. Yang penting, nakhoda mesti tahu peranannya dan sentiasa berperanan ketika saat-saat genting.

Tidak dikatakan nakhoda yang baik apabila seseorang nakhoda itu tidak memainkan peranan sepanjang pelayaran sehingga kapal sering terumbang-ambing, dimasuki air dah tidak tentu hala tujunya.

Dalam kedudukan Najib yang sering tidak berperanan, membisu dan mendiam diri terhadap berbagai isu yang muncul sedangkan beliau sebagai nakhoda begitu dituntut peranannya, beliau kini tidak ubah seperi nakhoda yang gagal dan tidak berguna. Tindakannya yang tidak mahu bersuara atau takut bersuara di ketika rakyat dibebankan dengan banyak permasalahan menjadikan beliau semakin tidak berperanan di mata rakyat.

Negara seolah-olah tiada Perdana Menteri ketika isu kalimah Allah ini hangat diperkatakan. Ia seperti dibiarkan begitu saja tanpa sebarang kawalan dan panduan. Semua orang boleh bercakap, menuduh, mengkritik, menghentam dan melemparkan tuduhan kepada sesiapa saja.

Amatlah malang dalam keadaan yang boleh mencetuskan perbalahan bila-bila masa ini, Mahathir terpaksa bersuara dan mengajar Najib seperti menyarankan supaya kerajaan berjimat cermat dan mengurangkan kos serta meminta pihak swasta menyuarakan kebimbangan dalam isu kenaikan kos sara hidup rakyat dan mengembalikan ISA dalam menangani kemelut isu kalimah Allah yang kian memuncak sekarang ini.
 

Ini nyata berbeza ketika era Mahathir dulu. Semua perkara dalam kawalannya dan semua isu yang berbangkit akan mendapat perhatian daripadanya. Tidak pernah, walau sekecil mana sesuatu isu itu yang tidak mendapat perhatian daripadanya. Begitu juga ketika zaman Pak Lah, walaupun beliau dituduh lemah dan tidak sepantas Mahathir tetapi dalam semua isu yang berlaku, suaranya tetap kedengaran.
 

Apabila seorang Perdana Menteri bersuara dan memberi kenyataan dalam sesuatu isu, sekurang-kurangnya petunjuk kepada jalan penyelesaian dapat dilihat. Berbanding sekarang, dalam isu kalimah Allah misalnya, oleh kerana Najib memilih untuk berdiam diri dan membisu, ke arah mana penyelesaiannya masih lagi menjadi kabur dan tidak ketahuan. Semua orang seperti dibiarkan menyalakan api dan mencurahkan minyak.
 

Dalam hal ini, kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri atau nakhoda kepada sebuah kapal, hampir tidak ada. Oleh kerana peranan Perdana Menteri lebih terlihat dalam aspek perbelanjaan mewah dan pemborosan sahaja, kelakuannya tidak ubah seperti nakhoda yang asyik tidur ketika kapal sedang belayar tetapi hanya muncul ketika waktu makan sahaja. Sungguh jelek nakhoda seperti itu.
 

Di mata rakyat, itulah kedudukan Najib sekarang. Ada atau tiada beliau, hampir tiada bezanya. Kedudukan Perdana Menteri sebagai nakhoda, penunjuk jalan dan pembimbing dalam meredakan keadaan apabila berlaku krisis, nampaknya sudah tidak berfungsi lagi. Malah dalam banyak keadaan, kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri lebih merupakan beban dan masalah kepada rakyat.
 

Sudah ramai yang menyoal, apa gunanya seorang Perdana Menteri kepada kita sekarang ini?
 

Selagi Najib atau yang sefesyen dengannya menjadi nakhoda negara ini, jawatan Perdana Menteri bukan saja tidak memberi manfaat kepada rakyat, malah lebih dianggap beban yang hanya meningkatkan kos saraan semata-mata. (SH 09/01/2014) 




Najib worse than Pak Lah ? - Blog APANAMA

The Government /leadership of the day appears to be worse than the leadership or the lack of it during the dark ages of Abdullah Ahmad Badawi. 
We are certainly not doing any better than Pak Lah, but is Najib worse than the Prime Minister who allowed his family and friends to run the government like their own little kingdom? 



Even Barisan Nasional elected representatives and some members from the present Malaysian Cabinet think that we are going down the hill. 
The PM, they say, has lost control. I'm not sure if this is true but recent developments are very disturbing. We appear rudderless.



Prime Minister Najib Tun Abdul Razak better take heed of what is happening on the ground. It's my fear that if you fail to digest the sentiments/thoughts/feelings of strong/loyal Government/BN supporters on the ground, you will go down like how Pak lah did. 
I'm just being frank. Get out of that denial mode. Sack those officers and advisors who tell you everything is ok.



Pak Lah went down because he did exactly the things you are believed to be doing at the moment. You appear to be ignorant of the feelings on the ground. You listen only to those apple-polishers and rascals with ulterior motives who hang around you all the time. (remember the powerful 4th Floor Boys who brought Pak Lah down to his knees?)



You, DS Najib, are over reliant on CONsultants who are fooling you and the government of our hard earned money. Senior civil servants are very unhappy with you for allowing 'outsiders' and consultants to treat them like a bunch of useless/corrupt/lazy/stupid Melayus. 
A lot of people are angry with your wife. 



I really don't want to blame your wife for anything because you are the elected leader, NOT your wife. If you really have no control over your wife (as the talk of the town goes), it is again your problem because you are supposed to be our leader, NOT your wife. You are accountable to us the rakyat, NOT your wife. 
I feel it is not fair for us to criticize the PM's wife. 



What we could see and comment is about you and your leadership DS. About how you act and perform as the President of Umno, Chairman of Barisan Nasional and Prime Minister of Malaysia. 



You don't seem to understand the fact that 'text book economy' does not have the necessary mechanism to win over the hearts and minds of the people. 
 
The rookie cookies in Pemandu and those ETP fellows who recently sacked you during lunch break don't understand the hardship of the people. They think giving away the RM500 BR1M is a brilliant idea. You should seriously reconsider this handout.
 
Obviously people will be happy if you give them RM500, but what happens when it has been spent? Who are the real recipients of this RM500? Why are you wasting our money?
 
This country is not an Ah Beng & Sons Pvt Ltd company where the only consideration would be profit and loss. 
 
Remember that the great President Suharto was forced down by the Reformasi movement after he was forced to remove the government subsidy for fuel.  


DS, it cannot be denied that you are a nice, humble, hip and very hardworking PM but it will be of no use if you focus your time and energy doing the wrong things, while those around you are busy with their very own private missions.  

Well, I'm just trying to draw your attention here so that you don't go down the road that Pak Lah took, tumbled and rolled down till he was replaced by a new Prime Minister. 


We are running out of time DS. The next general election is just down the corridor. The Sarawak state election is also drawing closer.

The people have given you a mandate, albeit a weaker mandate than your predecessor. The party election is also over. You are certainly on a much stronger footing now after winning the Umno presidency uncontested.

We were given hope (or we build it up on our own) that you will certainly be a better leader than your predecessor. We were made to believe that after the party elections you'll be free to form your new team to serve us better and march towards the next election with greater confidence.

Malaysians are eagerly waiting for a cabinet reshuffle DS. We need men and women of character, capability and common sense to steer this nation forward.

I'm sure you know why you need to reshuffle the cabinet. I'll refrain from calling names here but some of your cabinet members have become laughing stocks. Quite a number of the better cabinet members are finding it hard to hold their heads up in public because of the clowns among them. Even civil servants prefer not to be in the company of certain 'super intelligent' ministers.

DS, if it is business as usual and you allow the consultants to continue with out-of-the-drain ideas and knee-jerk announcements like your 11-point austerity measures, the Barisan Nasional cannot possibly win the next elections.

The subsidy rationalisation might be a move in the right direction but the implementation is so idiotic, to say the least. You don't put the cart before the horse.

The feelings on the ground is such that an increasing number of relevant people think you are almost reaching a point of no return and there could be moves to replace you, as to how Pak Lah was asked to leave when he failed.

Some pundits feel the threat, to your position, comes from the over ambitious ones within your party. I wouldn't say its sabotage but guess you should be wary of this possibility.

DS, we fought the last election tooth and nail not to be stuck again in such a dilemma. BN members, supporters, their friends and parents  toiled day and night to assure this country a BN government and you, the great Tun Abdul Razak's son, as the Prime Minister.

PLEASE come to your senses fast Datuk Seri Najib Razak. Time is running out.

Please don't let us down!

Share this article :

+ comments + 18 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 10, 2014 at 1:25 AM

Zaman Tun Lah dulu ramai je YB UMNO yg desak Tun Lah supaya berundur.
Kini kenapa suara-suara tu dah hilang ?

Agaknya YB UMNO terhutang budi dan body kut ?
Atau YB UMNO dah kehilangan ball kut ?

Agaknya YB UMNO kena 'be accountable' macam YB di Jepun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 10, 2014 at 3:47 AM

apa guna najib sebagai pm?... TAKDE GUNA LANGSONG ADA TAKDE PM TERUS MEMBISU SERIBU BAHASA

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 10, 2014 at 4:06 AM

Kami rakyat marhean yang memberi kemenangan besar kepada BN. Tapi Ah Jib Gor tidak pernah membodek kami dengan layanan istimewa yang diberi kepada satu kaum tu. Duit BR1M yang diberi tu boleh habis dalam masa 1 jam jer bukan kerana kami boros berbelanja, tapi kerana amaun itu sekadar cukup untuk membeli barangan dapur dan keperluan rumah semata-mata. Bak kata orang, sekadar mengurangkan sedikit beban sahaja.

Kami yang memangkah BN, tapi apa yang kami dapat sebagai mengenang budi ? Kami tak mintak peruntukan berjuta-juta ringgit. Malahan takde BR1M pon takper. Asalkan kerajaan dapat mengurangkan sekurang-kurangnya separuh dari beban kos sara hidup tinggi yang terpaksa kami tanggung setiap bulan. Dengarlah rintihan, keluh-kesah dan rungutan kami dan jangan hanya sekadar mendengar report dari penasihat-penasihat yang hanya memberi perkhabaran yang sedap didengar semata-mata. Penasihat-penasihat memberikan gambaran yang tidak tepat tentang apa sebenarnya yang berlaku di peringkat akar umbi.

Pendapatan kami adalah statik dan tidak pernah berubah, tapi harga barang naik setiap tahun. Dulu kami marah Pak Lah sebab menaikkan harga minyak ke paras yang paling tinggi dalam sejarah negara. Tapi Ah Jib Gor makin memanaskan hati kami. Bayangkanlah harga minyak, harga gula dan tarif elektrik naik mendadak dalam tempoh yang singkat. 3 kenaikan serentak yang sudah tentu akan menyebabkan harga barang melambung tinggi. Dulu dengan RM10 sehari, kami rasa cukup untuk makan di kedai dengan lauk seperti ayam, daging atau seafood. Tapi sekarang, dengan bajet yang sama, kami hanya mampu makan nasik, telur dadar dan sedikit sayur sahaja atau nasi pakej RM5.00 jer. Itu makan di kedai. Kalau nak makan di rumah, nak merasa ayam atau daging sekali sebulan jer. Maggi dan sardin pun makin mahal jugak. Apa kata kalau Ah Jib Gor cuba membeli barangan dapur dengan membawa RM100 jer dan tengoklah berapa banyak yang boleh dibeli dengan kadar kos sekarang.

PM mestilah kena prihatin dengan kesusahan rakyatnyan. Jika gagal memahami denyut nadi rakyat, sila berundur dan beri laluan kepada orang lain pula.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 10, 2014 at 8:11 AM

Apara punyer idea encik din turtle ni. Cadangkan jak cuti samapi mati dan please,please,please... CUTI TANPA GAJI yer! Membazir betul ada PM mcm nih! Laki bini sama sahaja!

Kalu rakyat marhean cuti panjang sikit (tanpa rekod), gaji kena gantung! Nih PM patutnya kena bayar balik suma pembaziran yang dia buat. Bukan DUIT MAK BAPAK ATUK dia!


Dah lah tu, kalimah tuhan dia sendiri pun tak berani nak pertahankan! Sia-sia betul jadi PM dan yang bernama awalan Mohamad Najib tuh!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 10, 2014 at 9:02 AM

Buai kuat-kuat,
Sampai terlucut cincin,
Apa boleh buat,
Ketupat dah habis licin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 10, 2014 at 9:13 AM

isu kalimah Allah..dia dah terjerut dan terikat dan terkantoi sebab dia memang tak boleh harap..so lebih baik berdiam diri..

isu kos sara hidup meningkat..dia dah terjerut dan terikat dan terkantoi sebab pemandunya baghal2 belaka...so lebih baik berdiam diri..

isu suami isteri hidup penuh syok dan mewah...dia rasa seronok dan asyik dan suka..so lebih baik berdiam diri dan buat tak tahu je apa rakyat nak kata..

so bijan..dont wait and waste our time..please kindly resign..no need cuti panjang. you failed miserably..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 10, 2014 at 9:47 AM

Adoooyaaaaii,Pemnadu kan dah Istiharkan Mohd Najib ialah BEKAS PERDANA MENTERI

kenapalah nak ambik cuti...

Menteri Kabinet cuma perlu sahkan saje.. Menerima perletakkan jawatan secara sukarela... Khabornya Menteri Ayam pon Nak Leteak Jawatan..

Alhamdulillah... Amanlah Malaysia..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 10, 2014 at 10:12 AM

nak buat keputusan pun kena ada makmallah, ada penasihatlah baru nak bertindak. Kalu gitu makcik maimon kuala terengganu yg berkempen naik basikal dlm pilihanraya dulu aku rasa lagi baik jadi PM dari najib.

Mana otak dan akal PM? semua nak serah pada org lain fikir, ni soal keluhan rakyat, mana pergi org umno pemimpin umno, PM taknak dgr cakap ke.

Dgn izin bro aku cadangkan makcik maimon kualo ganu sebagai PM kita gantikan najib yg dah mati otaknya mcm 'sharon penyembelih beirut"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 10, 2014 at 10:14 AM

Din,

Tak dengar cerita ke Bijan dah bersara macam mantan PM Tun Mahathir dan Tun Dol. Kau ni lembab arr. Bukan ke ETP pemandu dah war-war kan . Kalau Najib dah percayakan pemandu dari yang lain maka teramat wajib la kita percaya berita dari pemandu ni. Itu sebab Bijan menyepi diri pergi menyorok celah kain kak mah. mampuih kita camni Din.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 10, 2014 at 10:17 AM

Bro Din,

Cadangan suruh najib amik cuti 4 tahun ni tak sesuai. Gaji die tetap jalan. Expense FLOP kita kena tanggung. Nak g luar negara boleh naik jet kerajaan lagi. Den cadangkan najib diletakkan jawatan. Abis citer!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 10, 2014 at 11:34 AM

Brother Din .Aku sokong Najib perlu direhatkan.

Malah Muhyideen sebagai TPM pun tak buat kerja .Aku cadangkan Zahid .Dia seorang ahli politik yang bijak.Lihat sahaja Mentornya dunia kagumi...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 10, 2014 at 12:14 PM

Kenyataan dari Najib berhubung cadangan DT agar dia direhatkan selama 4 tahun:

Cadangan tersebut perlu dikaji terlebih dahulu untuk melihat kesan ke atas rakyat. Kerajaan secara prinsipnya sentiasa mendengar denyut nadi rakyat. Oleh itu, kabinet bersetuju untuk menubuhkan "Makmal Mengkaji Kesan Saya Direhatkan Dari Tugas Sebagai PM Ke Atas Rakyat". PEMANDU akan diberi tanggungjawab ke atas makmal ini.

1Malaysia
Endless Possibilities

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 10, 2014 at 12:43 PM

bro din , ini kena buat makmal ni...

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
January 10, 2014 at 12:58 PM

Najib sememangnya telah TERNYATA lemah. Tidak perlu sebarang pertikaian mengenai perkara ini. Dia "dicutikan" atau kekal sebagai PM tidak akan mendatangkan apa-apa manafaat kepada negara dan rakyat. Persoalannya, kemana menghilangnya UMNO sebagai tunggak BN?

Kemana hilangnya Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden yang bergerak keseluruh perosok negara sebelum PAU yang lepas? Apakah 4 suara mereka tenggelam dibenam suara Najib yang lembut bak sotong tu? Atau mereka sememangnya sekapal dengan Najib. Lembik dan dayus dalam memperjuangkan kepentingan rakyat!

Mengapa Wanita yang mewakili kaum hawa @pengurus kewangan keluarga, senyap tanpa sebarang bebelan tentang kepayahan hidup yang semakin menghimpit. Pemuda kita telah tahu mereka sedang hanyut dengan "lifestyle" dan "popularity contest". Mereka telah pun kita kuburkan dari sebarang percaturan untuk berjuang menegakkan Agama, Bangsa dan Tanahair.

UMNO sekarang hanya wujud diatas kertas yang disimpan didalam laci ROS. UMNO kini hambar. Kapal sedang berlabuh di pelabuhan tetapi kapten dan anak kapalnya sedang tercungap-cungap kelemasan ditengah-tengah lautan.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
January 10, 2014 at 2:57 PM

@Anonymous
DS Ah Jib Gor baca u punya kenyataanpun boleh TEPUK DAHI....KANTOI SUDAH DS punya rancangan...u ni salah sorang PEMANDU ek?....hahahaha...mmg KELAKAU....harap DS baca ye komen2 rakyat ni....maklumlah HOLIDAY2 juga...masa ni la nak baca DENYUT NADI PEMANDU....ahahaha...silap pulak

"DENYUT NADI RAKYAT"...haaa baru betul

....................
Reply To This Comment ...................
January 10, 2014 at 3:11 PM

Najib betul ke dengar keluh kesah rakyat ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 10, 2014 at 4:48 PM

Bro Din,
Najib tak boleh diberi cuti bergaji. Dia kena digantung kerja tanpa gaji kerana gagal pretasi kerja dia.
Saya cadangkan kita bawa balik Tun Dr Mahadhir sebagai PM untuk 4 tahun akan datang ni. Kita tahu Tun tak sihat tetapi Tun boleh lantik pembantu2 yang berkaliber membantu beliau dalam tugasnya. Apa yang kita mahu fikiran Tun untuk melaksanakan tugas memperbaiki kehidupan rakyat dan ekonomi negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 10, 2014 at 4:59 PM

@Melayu Kampung

Setuju. UMNO kini banyak didokong orang muda dan baru. tetapi malangnya mereka hanya mempunyai satu matlamat - lifestyle and memperoleh sebanyak habuan. Tetapi ketika negara dibelenggu dengan kedudukan kewangan yang parah, diberitahu oleh atasan, UMNO buatlah project dan cari duit sendiri...so senyap lah semua nya....lol

Post a Comment