........... 1Pengguna @ KPDNKK - Dalam Memantau Harga, Ada Yang Memantau Anda ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1Pengguna @ KPDNKK - Dalam Memantau Harga, Ada Yang Memantau Anda !

Sunday, January 26, 20147comments

TAHNIAH kepada KPDNKK di atas usaha mewujudkan portal 1Pengguna. PM juga ada mempromosikan portal ini ( Utusan ). Dilaporkan -

Kenyataan itu juga menyebut harga barang keperluan harian yang boleh diakses oleh pengguna antara lain ialah ayam, ikan cencaru, bawang, cili, sayur-sayuran dan santan yang dijual di pasaran mengikut negeri dan kawasan di seluruh negara, dengan harga dikemas kini setiap hari.

Memang menarik dan very the informatif ! Dengan menyenaraikan nama2 premis, kita dapat membuat perbandingan harga dan peniaga pula akan cuba menyenaraikan harga yang paling kompetitif.

Itupun KALAU benar ia dikemas kini SETIAP HARI !

Bermula dari tanggal 23 Januari, saya buat sedikit pemantauan dengan memilih harga ayam bersih standard 1kg bagi kawasan negeri Terengganu sebagai contoh.

Tanggal 23, 24, 25 dan 26  Januari ( hari ini ), harga bagi ayam bersih standard 1 kg seperti yang disenaraikan dalam portal 1pengguna TIDAK BERUBAH seperti di bawah.

Sabasun Bandar Kuala Terengganu        RM6.48
Mydin Mall Kuala Terengganu                  RM6.49
Tunas Manja Supermarket Gong Badak  RM6.49
Nirwana Maju                                           RM6.59
Giant Kuala Terengganu                          RM6.79


Tidak mungkin ia tidak dikemaskini kerana pada hari ini ada tambahan satu nama premis yang naik ke tangga pertama harga termurah iaitu The Store (Malaysia) dengan harga RM6.20 . Nama The Store tidak disenaraikan pada 23, 24 dan 25 Januari. ( Klik imej dibawah untuk besarkan )


Tadi saya ( 6pm 26/1 ) ke Sabasun dan ini harga ayam bersih / kg yang mereka jual - RM7.29 / kg

Tapi diportal 1pengguna tulis RM6.48, tidak berubah selama 4 hari.

PS - Bukan nak kritik atau nak memalukan KPDNKK tapi sekadar menegur demi kepentingan semua. Mohon pihak admin portal 1pengguna benar2 kemaskinikan maklumat mereka setiap hari. Bendanya dah comel ..... teruskan !






Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
January 26, 2014 at 11:38 PM

saya PUJI n ALU2kan tujuan kerajaan nak memudahkan rakyat mendapat informasi terkini ttg harga brg.....cuma KEMASKINI SETIAP HARI tu rasanya agak KURANG PRAKTIKAL utk dilakukan....kalau sebulan sekali/2 minggu sekali ok dah rasanya.....siapa la yg nak pantau SETIAP HARI????

bila berjanji mmg MUDAH, tp kalau awal2 dah tunjukkan TAK MAMPU tunaikan janji tu, rakyat naik mual.....tolonglah hentikan JANJI yg TAK PRAKTIKAL utk ditunaikan.....fikirlah jauh ke DEPAN sblm buat apa2 janji.

spt mana yg RAKYAT syorkan, pantau PEMBEKAL,PEMBORONG,PENGEDAR, ORG TENGAH....mrk2 ni la yg main harga......niat yg baik tp kaedah kurang berkesan, hasilnya jd buruk....kalau kat Mas, alamatnya jd peluru pembangkang

apa2pun saya PUJI TINDAKAN kerajaan...TAHNIAH!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2014 at 6:02 AM

Dah kata byk kali dah..

kpdnkk hanya MAKAN GAJI BUTA.

....................
Reply To This Comment ...................
January 27, 2014 at 8:20 AM

Sebenar nya kerja memantau harga barangan mesti setiap masa, selagi hayat : -

1. Kementerian dan MyCC sentiasa bergandingan. Ia tidak semesti nya melibatkan harga runcit sahaja tetapi melibatkan pemantauan mekanisma harga dari pembekal/pengeluar/pembuat, pemborong dan peruncit besar dan kecil.

2. Informasi berterusan dalam media hatta dalam paparan papan iklan awam. Pemantauan skuad kuatkuasa di premis-premis terlibat secara rutin, mingguan / bulanan. Mata dan telinga awam yang di lantik

3. Harga barangan asas harian amat penting. Demi itu rakyat akan terbela dari lintah darat dan peruncit yang mengabaikan khidmat dan tanggungjawab awam juga berkerjasama dengan kerajaan.

Semua pun tahu. Cuma kita selalu leka tentang betapa penting nya menjaga kos kehidupan. Amat sensitif apabila kerajaan mengumumkan kenaikan gaji k/tangan - pasti nya peniaga berlumba menaikkan harga tanpa sebab.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2014 at 8:26 AM

aku dah berikan apa dia persepsi rakyat terhadap KPDNKK dalam komen sebelum2 ini. kan dah terbukti. kalau buat kerja seperti melepaskan kentut di tangga, memang takde maknanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2014 at 9:14 AM

Semalam, menteri KDN dah keluar kenyataan bahawa pihak KDN (Polis kot) akan turut membuat pemantauan harga barang dgn berpakaian preman.... dahsyat!! polis pun tolong menteri ayam? jangan nanti polis buat ops cantas khas harga barang pulakkkk...
Kalau nak tunjuk serius (Rakyat tak heran punnn).. tak perlulah berdrama lebih-2... Nak takutkan peniaga?.. lepas tu tangkap 2-3 orang, masuk paper... yang kartel. orang tengah dan pemborong tetap maharajalela... siapa yang perduli dgn mereka? ada pegawai kementerian bela mereka ke? (Itu pandangan rakyat marhaen.. bukan pandangan saya seorang)

....................
Reply To This Comment ...................
January 27, 2014 at 9:17 AM

@Anonymoussaya hampir nak tulis artikel pasal tu ... hari tu Zahid juga yang cakap PDRM tak cukup pegawai, alih2 nak suruh pantau harga barang !

Zahid ni dah lain macam nampak ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2014 at 12:58 PM

Ini hanya lah Public Relation (PR) exercise oleh kerajaan Ahjibgor kangkong aje. Selepas Tahun Baru Cina 'hell will break loose' ,lepas itu baru kita boleh tengok macam mana kuasa 97% Cina secara sebulat suara dan serentak akan NAIKkan harga barang!!!

Kita boleh tengok LOJIK dalam kerajaan BODOH Ahjibgor kangkong bila Menteri Sukan telah menjawab isu UGAMA dan sekarang Menteri POLIS pulak nak jaga dan kawal harga sayur KANGKONG.

Berdasar logik BODOH kerajaan Ahjibgor sekarang, kalau isu isu bola atau FAM kita kena lah bertanya kepada Menteri Jamil Khir dan isu isu PATI Menteri Cap Ayam Hasan Malik sekarang boleh bagi penjelasan!!!!

Macam ini lah nasib rakyat Malaysia bila Perdana Menteri TAK pass university!!!!

alfie

Post a Comment