........... 11 Perkara Jimat Najib - Tambah 1 Lagi, Batalkan Pertunjukan Bunga Api ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

11 Perkara Jimat Najib - Tambah 1 Lagi, Batalkan Pertunjukan Bunga Api !

Thursday, January 2, 201415comments




Saya nak ulang sebut perkara yang saya hanya sentuh sepintas lalu jer dalam artikel sebelum ini, iaitu berkaitan kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur mengenai BUNGA API -

Beliau turut menegaskan tidak timbul isu wujudnya pembaziran apabila persembahan bunga api dihentikan kerana ia (bunga api) masih boleh digunakan untuk acara-acara lain.

Agak2 berapa JUTA RM dihabiskan untuk membeli bunga api menggunakan dana yang seharusnya digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah untuk rakyat ?

Zaman saya kanak2 dulu pertunjukan bunga api ini sememangnya suatu event yang dinantikan sebab jarang sangat dapat disaksikan secara live. Teringat iklan ditv dimana seorang budak begitu teruja bila ayahnya ajak berjalan, sangkanya nak pegi Kolumpo, tengok bunga api !

Tapi sekarang pertunjukan bunga api dah bersepah ! Sambutan Tahun Baru baru ini saja menyaksikan dimana saja yang diadakan majlis, pasti disusuli dengan bunga api. Malah nak merasmikan apa saja majlis diwaktu malam ditempat terbuka, tidak sah kalau tidak ada bunga api.


Bila dah terbiasa, level keterujaan kita dengan pertunjukan bunga api menjadi rendah dan kita hanya minat kepada pertunjukan bunga api yang benar2 grand ..... yang pastinya menelan kos jutaan RM. Maka berlumba2lah para penganjur majlis menaikkan tahap grand pertunjukan bunga api mereka..... dan semakin banyaklah wang dibakar begitu saja untuk keseronokan sementara yang tidak berfaedah ini.

Setakat belanja puluh2 ribu RM untuk satu pertunjukan bunga api, orang dah tak pandang sekarang. Malah kena kutuk adalah ... eleh, setakat macam tu jer ... peh, peh... baik tak payah buat !

Apakata Pemandu buat makmal atau lab bagi mengkaji berapa banyak wang RM yang telah dibelanjakan oleh kerajaan termasuk majlis berkuasa tempatan sepanjang 2013 hanya untuk dibakar sebagai bunga api ?

Mungkin saja mencecah ratusan juta RM !

Mungkin ada yang kata dana bunga api itu adalah hasil sumbangan pihak swasta ..... apakah sumbangan itu tiada timbal balas ?  Seriusli la, takde siapa nak bagi sumbangan begitu saja kepada kerajaan tanpa mengharapkan balasan !

Saya percaya dana bunga api dipihak kerajaan melebihi dana yang mampu dijimatkan kerajaan dari mana2 satu dari 11 perkara perbelanjaan berhemah sektor awam yang diumumkan Najib baru ni.

Apakata Najib tambah satu lagi perkara ( jadikan 12 perkara kesemuanya ) iaitu menghentikan pertunjukan bunga api oleh kerajaan.

Kalau tidak pun, hanya untuk sambutan Hari Kemerdekaan saja diadakan pertunjukan bunga api supaya ia menjadi satu event yang dinanti2kan. ( sebab setahun tak tengok bunga api )

Saya tidak fikir rakyat akan bising marah2 kalau ditiadakan pertunjukan bunga api.... kan ?

PS - Pertandingan bunga api yang diadakan di Putrajaya itu boleh diteruskan sebab negara peserta yang bayar sendiri. Baru ramai dan meriah sambutannya !

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2014 at 10:37 AM

BUNGA API yang menelan juta2 atau ratus ribu tu..jika digunakan untuk cover subsidi gula..atau subsidi petrol..bukan ke rakyat akan senang hati? kenapalah bangang2 belaka orang2 atasan di negara ini?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2014 at 10:41 AM

tak salah jiwa pihak swasta sponsor bukan dana kerajaan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2014 at 10:48 AM

Saya cadangkan agar bunga api tu digunakan sempena malam Maulidur Rasul pada 13/1/14 ni. 14/1/14 dan cuti umum seluruh negara. Jadi boleh la tembak bunga api tu lepas solat Isyak malam 12 Rabiul Awal 1435H bersamaan 13 Januari 2014. Ini sempena kita bergembira meraikan keputeraan Nabi Muhammad, rahmat kepada sekelian alam.

Tapi kalau nak tembak pada malam 30 Januari 2014 tu hakk tuii la!

....................
Reply To This Comment ...................
January 2, 2014 at 10:52 AM

Bro,

Saya nak tambah satu lagi penjimatan yg boleh dibuat oleh kerajaan bila dibuat satu2 event iaitu perbelanjaan pakaian sedondon percuma kepada vvip baik T-shirt atau topi. Sudah menjadi satu trend sekarang bila dibuat satu event kita boleh tengok vvip pakai pakaian yg sama. Dimana Najib simpan semua pakaian tu? kerana dia takkan pakai kedua kali pakaian tu.

Pemberian t-shirt percuma juga mesti diberhentikan. Saya tahu ini akan menjejaskan peluang berniaga pembuat t-shirt tapi bayangkan penjimatan yg terkumpul jika dilakukan arahan meyeluruh kepada semua jabatan dan agensi kerajaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2014 at 12:10 PM

lepas ni, tak payahla la bunga api semua tu. MEMBAZIR!!! tu ada ibu tunggal terpaksa berhutang untuk beli beras. kerajaan pula membazir wang dengan membeli bunga api. bayangkan nilai tu digunakan untuk beli beras. boleh agak berapa ramai rakyat yang kenyang? tengok bunga api orang kaya pun tak kenyang..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2014 at 12:36 PM

Dalam setahun berapa kali pertunjukan bunga api ini diadakan? Jika diadakan berapa jumlah penonton yang melihat? Adakah negara kita sangat miskin sehingga tidak mampu melaksanakan perkara lain jika membeli bunga api?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2014 at 12:48 PM

Betul kata kau Din.
Budak2 skang dah tak heran, dah boring dgn pertunjukan bunga api. Dah bersepah. Mana2 boleh lihat. Membuang duit jer.

Patut la budak2 skang ghairah nak lihat bom sana bom sini.... Letup sana letup sini pulak.

Hmmmm....cepat betul transformasi budak2 skang ni yer.

Ni mesti salah UMNO kan ? Hehehe...

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
January 2, 2014 at 2:43 PM

@Anonymous
Jgn buat lagu tu....nnt ada Tok Guru yg diangkat spt Nabi bising2....sambut Maulud Nabi ni KERJA TAK SUDAH katanya....ni nak memBAZIR bakar2 bunga api pulak....apa kejadahnya semua ni

dr bakar bunga api masa sambut Maulud Nabi ada baiknya jika HARI KEPUTERAAN TOK GURU yg disambut dgn bunga api....konpom senyum sokmo sambil tunjuk tanda BAGUS

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
January 2, 2014 at 2:46 PM

@Esa Adam
Saya SETUJU tp just LIMA PULUH PERSEN je sbb spt yg sedara kata, sstgh pihak akan terjejas

apa kata minta pak2 menteri ni BAYAR PAKAI DUIT SENDIRI....mungkin separuh atau lebih dr harga sebenar.....biar TERKUCIL semua....hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2014 at 3:03 PM

jika terpaksa menarik balik rebat, rationalisasi subsidi segala..confirmla tengah terdesak aka takde duit tu..itu pun masih ada hati nak membazir? ada pulak mamat yang kata sekadar berapa kali je setahun..amboi..kalau duit makbapak dia takpela.ada kitorang kisah? TAPI DALAM MENYURUH RAKYAT BERJIMAT, DALAM HEBOH MENGATAKAN PENGUKUHAN EKONOMI, DALAM SIBUK MENCANANGKAN DEFISIT..MASIH NAK MEMBAZIR? DENGAN ALASAN HANYA BERAPA KALI JE SETAHUN? lagi sekali nak kata, kalau duit makbapak dia ada kitorang kisah?

aku nak tanya..apa faedahnya bakar bunga api tu selain pembaziran dan pencemaran?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2014 at 8:14 AM

Tahu tak yang bunga api salah satu penyumbang penipisan ozon. hehehe...

KK

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2014 at 10:48 AM

bukan penipisan ozon je bro..tapi penipisan poket rakyat jugak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2014 at 11:55 AM

Memang bukan duit mak bapak dia.. Bunga api ni seorang sahaja yang melihat apabila dibakar? Membazir jika hanya dia seorang yang tengok..

Jangan bergantung sangat dengan subsidi sebaliknya berusahalah menambah pendapatan.. Kalau subsidi dikurangkan bukan bermaksud negara dah nak muflis tapi nak mengajar kita lebih berusaha..

Faedah membakar bunga api ini sebagai halwa mata kita beratus ribu pasang mata yang melihat..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2014 at 3:09 PM

apa ko fikir semua rakyat tak berusaha skrg nih? semua bergantung pada subsidi semata2?

halwa mata?? kah kah kah.. itu keperluan atau keinginan? yang mana lebih utama? keperluan itu utk hidup..keinginan itu utk nafsu. jika beribu2 yang tengok tu boleh kenyang setahun takpela jugak kan?? halwa perut semakin mahal..halwa mata pulak dilayan? kah kah kah

camnilah..sebab negara tak akan muflis jugak jika bakar mercun..boleh tak ko bagitahu kat dorang2 kat atas tu supaya kurangkan income tax, turunkan harga kereta, turunkan harga rumah, dsb demi penurunan kos sara hidup..boleh? banyak sangat duit kan? tapi kenapa nak GST? kenapa income tax lambat sangat diturunkan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 8:59 AM

Saya yakin semua berusaha sekarang untuk hidup yang baik.

Jika tidak membakar bunga api adakah income tax, harga kereta, harga rumah dan kos sara hidup akan kurang? Pastinya tidak akan turun dan perut tidak akan kenyang setahun. Sekurang-kurangnya semua boleh bergembira sesaat semasa bunga api berdentum di atas sana.. Anda pun pasti terhibur seketika walaupun perut tengah lapar waktu itu. hehe..

GST 6% vs Government & service tax 16%.. Mana satu yang kita inginkan, yang banyak kah atau yang sikit kah? GST tu akan kurangkan semua yang anda nyatakan te secara tak langsung jika peniaga/pembekal jujur nak berniaga dan tak kaut untung setengah mati tinggi. Macam tu lah keadaannya.

Post a Comment