........... 10 Point Solution VS Enakmen Syariah - Najib Tersepit ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

10 Point Solution VS Enakmen Syariah - Najib Tersepit !

Thursday, January 16, 20142comments

Kenapa Najib masih senyap diam membisu dari mengulas isu Kalimah Allah terutamanya dalam memberi pencerahan kepada 10 Point Solution yang dilihat menjadi alasan utama yang diberikan oleh pihak gereja melanggar Enakmen Syariah dalam isu penyebaran alKitab ?


Saya telah menulis beberapa artikel mengenai 10 Point ini ( KLiK ). Pandangan saya berbeza dengan rakan2 lain dari segi ia melibatkan isu Kalimah Allah tapi semua setuju 10 Point membenarkan alKitab untuk dibawa masuk dan disebarkan ke seluruh negara. 

Cuma bezanya tafsiran mereka terhadap 10 Point itu menyatakan yang ia tidak menyentuh isu Kalimah Allah....... tapi bagaimana dengan fakta ini - Bukankah alKitab itu sendiri mengandungi kalimah Allah ? Saya pernah umpamakan hujah mereka seperti kita menghalalkan botol/tin Carlsberg tapi bukan isi kandungannya walaupun semua orang terima bahawa ia mengandungi arak !

Saya bukan nak memanjangkan soal tafsiran 10 Point berkaitan Kalimah Allah. Sebab apapun tafsirannya, 10 Point Solution telah menjadi persoalan utama dalam polemik alKitab. 

Pihak gereja menggunakan alasan 10 Point sebagai telah mengizinkan mereka membawa masuk alKitab di negeri Selangor. Pihak Jais pula menggunakan alasan Enakmen Syariah untuk merampas alKitab itu.

Jadi ikut arah macamana sekalipun, Najib perlu tampil dan berikan pencerahan ! Dan ini saya percaya semua orang setuju. Tidak akan ada kata pemutus jika kita terus berdebat mengenai tafsiran kalau orang yang bertanggungjawab yang mampu memberi kata putus tidak mahu bersuara.

JELAS perkara 10 Point ini telah menjerat Najib. Kalau Najib tampil dan mengatakan yang 10 Point hanya merujuk kepada alKitab yang TIDAK ADA kalimah Allah,  pihak gereja akan berkata yang Najib telah menipu mereka 3 tahun lepas.

Jika Najib mengiyakan alasan pihak gereja, beliau kena menjawab pula kepada umat Islam !

Mungkin menyedari political mileage yang mampu diraih dari kemelut itu makanya MB Selangor telah mengeluarkan kenyataan yang Kerajaan PKR Selangor pertahan kalimah Allah ( Utusan 15/1 ) walaupun pemimpin2 Pakatan Rakyat sendiri mengaku yang sesama mereka BELUM ADA KESEPAKATAN dalam isu Kalimah Allah !

“Pemimpin Pakatan perlu berbincang mengenai perkara ini, buat keputusan dan berpegang kepadanya,” kata AJK Pas Pusat Khalid Samad. ( TMI 15/1 )

Pakatan sudah nampak masalah yang dihadapi oleh Najib dalam isu ini. Kenyataan MB Selangor pula saya lihat sebagai menjawab kepada prancangan Umno mahu mengadakan roadshow untuk mendidik umat Islam di negeri itu tentang undang-undang mengenai penggunaan kalimah Allah.( TMI )

Nak terangkan apa lagi tentang Enakmen Syariah itu ? Semua orang dah tahu ! Dan semua orang pun dah tahu tentang isu Kalimah Allah yang mahu disalahgunakan oleh pihak gereja. Yang orang nak tahu adalah penjelasan dari Najib tentang 10 Point Solution dan kaitannya dengan kalimah Allah dan alKitab !

Pandangan ini disuarakan oleh Mahfuz -

"Kalau mereka (Umno Selangor) nak buat roadshow, buatlah di Putrajaya di hadapan Kabinet atau jemaah menteri kerana mereka yang memutuskan ia dibenarkan untuk digunakan bagi Kristian Sabah dan Sawarak namun tidak di Semenanjung amat mengelirukan. ( TMI )

Kali ini saya setuju dengan pandangan Mahfuz. Hanya satu perkara saja yang belum lengkap dalam kemelut alKitab/Kalimah Allah ini iaitu penjelasan Najib mengenai 10 Point Solution.

Selepas diperjelaskan, barulah Umno nak buat Roadshow keseluruh dunia pun tak per ! Bukan apa, takut nanti selepas habis dibuat roadshow dan seluruh rakyat Selangor dah sepakat mempertahankan Enakmen Syariah yang menjaga kalimah Allah ( dimana kerajaan Selangor juga turut sokong seperti kata MB Selangor ), alih-alih Najib kata 10 Point mengizinkan alKitab dibawa masuk ke Selangor.

Dan FAKTANYA - Semua alKitab mengandungi Kalimah Allah.  Jadi 10 Point itu merujuk kepada alKitab yang mana ?

Sudah seminggu kabinet bermesyuarat  mengena isu ini dan mencapai ketetapan GAG ORDER kepada para Menteri kecuali Najib seorang yang akan beri kenyataan. ( Themalaymailonline 9/1 )

"We have all decided that only one voice (Najib) will speak"

TAPI Najib terus juga diam.....


( Baca juga FMT - Allah issue: Why silence the ministers? yang turut mempersoalkan 10 point Solution  dengan isu alKitab dan kebisuan Najib )


PS - Saya sikit lagi nak sebut yang Fenomena Kangkung berlaku kerana Najib mengelak dari mahu membicarakan isu 10 Point dan alKitab/Kalimah Allah ..... nasib baik tak sebut.


PS 2 - Saya tertanya2 juga apakah serbuan Jais dan rampasan alkitab sebenarnya adalah prelude kepada keadaan sekarang ? Maksud saya, mungkinkah ia dirancang supaya timbul isu 10 Point Solution VS Enakmen Syariah ? ( lakonan yang berkesan ! ? )

Tambahan - atau ada tangan ghaib dibelakang serbuan Jais ( tanpa pihak Jais sedari ) yang merencanakan semua ini ? 

Share this article :

+ comments + 2 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2014 at 1:52 PM

Kita kembalikan semula tulisan jawi pada semua perkataan.Tulisan rumi, jawi dan Al quran hanya untuk orang melayu islam sebagai bahasa pertuturan,pembacaan,ejaan dalam maksud yang terpelihara dalam kurungan agama islam.Begitu juga hak bahasa kaum2 lain,sekolah2 mereka tentang agama mereka.Kristian lebih kepada bahasa inggeris dalam kitab mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
January 17, 2014 at 1:06 PM

Din - KangKong ni dah terlalu banyak buat salah (tak termasuk silap) jadi yang terbaiknya buat KangKong ni hanya perlu dicantas dan buat KangKong belacan (tu pun kalau masih boleh dimakan lagi)

Post a Comment