........... 10 POINT NAJIB Tidak Ada Kaitan Dengan Kalimah Allah. Anda setuju ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

10 POINT NAJIB Tidak Ada Kaitan Dengan Kalimah Allah. Anda setuju ?

Tuesday, January 7, 201420comments


Menarik membaca artikel Zul Kulim ini - PERANG SALIB MODEN? dimana beliau bersandarkan pengalaman sebagai peguam malah merupakan salah seorang peguam yang mewakili kerajaan dalam kes kalimah Allah, telah mengulas kenyataan MKPN / MPPN. TMI turut menulis artikel mengenai kenyataan beliau - KLiK.

Saya sokong pendirian beliau cuma dalam bab 10 Point Najib jer saya berbeza pandangan. Menurut Zul -


"10-perkara itu adalah berkaitan dengan soal kemasukan dan pengimportan Injil versi berbahasa Melayu ke dalam negara ini.

"Ia langsung tidak menyentuh dan tidak ada kena-mengena dengan isu kalimah Allah," kata Zulkifli lagi.

Kebetulan ada saya sentuh sedikit di artikel sebelum ini - KLiK. di manasaya katakan yang 10 Point Najib itu berkait rapat dengan isu kalimah Allah walaupun tidak disebut secara spesifik. Saya terangkan kenapa -


Kalau melihat kenapa kandungan 10 Point Najib itu memang saya juga akui yang ia tidak ada kaitan dengan isu kalimah Allah kerana ia TIDAK DISEBUT langsung. Ia hanya merujuk kepada alKitab.

TAPI saya melihat dari sudut 'sejarah' yakni bab BILA dan KENAPA 10 Point Najib itu di adakan.

Rujuk artikel The Star bertarikh 13 March 2011 di mana Hishammuddin selaku Menteri KDN menjawab alasan 30 ribu alKitab ditahan di pelabuhan Kuching adalah kerana isu kalimah Allah. - KLiK.


Pihak gereja telah memainkan isu ini sempena Pilihanraya Sarawak 2011 dan di panaskan lagi oleh Dap. Akhirnya demi menjaga undi, Najib telah mengumumkan Formula 10 Perkara ( yang saya suka sebut sebagai 10 Point Najib ). Ada saya prinskrinkan dibawah yang saya ambil dari Herald Malaysia.

Surat pendahuluan kepada 10 Point Najib itu berbunyi -


Jelas disebut bahawa 10 Point Najib diumumkan sebagai menyelesaikan masalah alkitab sebagai tujuan utamanya. Dan isu alkitab pula timbul dek kerana adanya kalimah Allah didalamnya.

Keputusannya - kesemua alkitab yang ditahan telah DIBENARKAN masuk. Jadi kes alKitab yang ditahan telah berjaya diselesaikan sebelum Pilihanraya Sarawak.

PERSOALAN PENTING SAYA - ?

Jika benar hujah saudara Zul yang 10 Point Najib itu tidak ada kaitan dengan isu kalimah Allah, BAGAIMANA mungkin kesemua 30 ribu alkitab yang ditahan kerana mempunyai kalimah Allah didalamnya, telah dilepaskan ?

Atas dasar apa 30 ribu alkitab itu dilepaskan ? 

FAKTA - AlKitab adalah bible versi Melayu yang mengandungi kalimah Allah sebagai merujuk kepada Tuhan mereka.

10 Point Najib telah meluluskan 30 ribu alkitab yang ditahan itu untuk dilepas masuk selepas memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan.

Bagaimana boleh dikatakan 10 Point Najib itu hanya merujuk kepada alkitab dan tidak ada kena mengena dengan kalimah Allah sedangkan kita tahu yang alkitab mengandungi kalimah Allah dan atas sebab itu isu ini menjadi kontroversi ?

Kaitannya anda fikirlah sendiri.....


SIAPA YANG TIPU SIAPA ? Ada Najib mahu menipu pihak gereja 3 tahun lalu ? Atau pihak gereja yang mahu menipu rakyat ? Kenapa perlu segala permainan kata2 ini yang akhirnya menimbulkan kontroversi kini ?


Sebenarnya pihak gereja dari awal lagi mengaitkan isu alKitab dengan kalimah Allah. Mereka mahukan Enakmen Syariah yang berkaitan dihapuskan ! ( TMI - 14 April 2011 )

Apapun saya akui yang saudara Zul Kulim lebih arif dalam bidang undang2. Seperti yang saya katakan, hujah saya bersandarkan sejarah 10 Point Najib itu.

ANDA PULA BAGAIMANA ?


Ini pula versi TMI yang diterjemahkan -


PS - Jalan TERBAIK ketika ini adalah - Najib tampil dan jelaskan kepada rakyat tentang 10 Point Najib yang dipersetujuinya dengan pihak gereja 3 tahun lalu kerana perkara itu dijadikan alasan utama pihak gereja menyimpan dan mengedar alKitab di Malaysia. 

Tak perlu didebatkan panjang lebar ..... tuan punya badan kena TAMPIL KE DEPAN !

PS 2 - Saya juga bersetuju yang 10 Point Najib itu cuma satu polisi. Tapi apa yang saya pertikaikan adalah kenyataan yang menyatakan 10 Point Najib itu tidak ada kaitan dengan kalimah Allah. Bagi saya, ia adalah satu polisi yang ADA kaitan dengan kalimah Allah walaupun tidak dinyatakan secara spesifik.

Share this article :

+ comments + 20 comments

....................
Reply To This Comment ...................
January 7, 2014 at 10:42 PM

Bro
Saya sependapat dengan Zulkifli Nordin. 10 point solution tu adalah polisi dan tak boleh membelakangi Enakmen Syariah.

Keputusan MPPN juga banyak dipengaruhi oleh ahli2 yang bukan beragama Islam. Orang Melayu/Islam yg ada didalam bukan dari kalangan yg punya pendirian yg kuat dan boleh berhujah. Saya percaya Majlis itu didominasi oleh mereka-mereka yg pandai berhujah sehingga menghijack isu sebenar hinggakan Pengerusinya pun akur.

Sedih Pengerusi seorang bekas kakitangan kerajaan yg paling senior dan berpengalaman boleh terperangkap dalam isu ini.

....................
Reply To This Comment ...................
January 7, 2014 at 10:45 PM

@Esa AdamYa, saya pun SETUJU 10 Point Najib itu sekadar polisi tapi Najib perlu tampil dan betulkan persepsi salah pihak gereja !

Itu point saya, dari terus mempertikaikan tentang terjemahan 10 Point adalah lebih baik Najib sendiri tampil dan perjelaskan.

Orang lain yang cuba jelaskan selain Najib akan dipertikaikan terjemahan itu sebab ia masih bersifat TERJEMAHAN.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2014 at 11:09 PM

Bro Din, we must understand Zul punya point of view saperti biasa dalam circle Ah Jib Gor dengan rakan2 dia,semua kena cover line juga untuk Ah Jib Gor, bagi Zul dia terhutang budi kerana Ah Jib Gor menjadi dia calun BN semasa PRU13. At the end of the day mereka semua yang duduk sekeliliing dengan Ah jIb Gor akan protect dia dan kedudukan mereka as a 'gratitude' towards Ah Jib Gor as He can't do no wrong.

As for the rest of us yang tak ada 'personal interest' dari kedudukan Ah Jib Gor sebagai PM or Party President,kita BOLEH nampak TERANG TERANG dia ini INCOMPETENT.

Sayang budaya politik UMNO tidak memberi pilihan untuk ahli mereka untuk memilih Party President. Nampak nya Rakyat terpaksa menukarkan PM dan kerajaan sekali gus in the NEXT PRU14

Alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2014 at 11:26 PM

Main point and clear sign of Muslim reside in this beloved country no longer a true believers in ALLAH..islam as ad din no longer in their heart and mind. What say you bro...

....................
Reply To This Comment ...................
January 7, 2014 at 11:36 PM

@AnonymousBagi saya, semua ini hanya membuktikan bahawa POLITIK mengatasi segala2nya kepada pemimpin2 kedua belah pihak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2014 at 7:24 AM

salam...
umno/pas/pkr/dap/bn cakap tak serupa bikin...hilang kepercayaan kpd pemimpin lepas pru 13....hmmmmmm....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2014 at 8:23 AM

Saya sangat setuju dengan pendapat Din. Sebenarnya, Najib yang pondan dan tidak bijak (atau bahasa kasarnya dipanggil bodoh) ingin mengadaptasi apa yang ada di Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia. Hakikatnya, situasi beragama Sabah dan Sarawak sangat jauh berbeza dengan di semenanjung Malaysia. Di sini, kami amat memahami Allah yang mana satu yang digunakan, samada Keristian ataupunn Islam. Toleransi beragama kami SANGAT TINGGI!. Lagipun, kalimah Allah pada bible adalah terjemahan kepada bahasa Indonesia yang juga diimport dari Indonesia, BUKAN cetakan atau keluaran Malaysia. Bagi kes-kes di Semenanjung Malaysia, saya sangat setuju. Di sana, toleransi bergama tersangat rendah disebabkan peranan parti-parti politik yang suka meneguk di air yang keruh! Di sini, keadaan seperti itu sudah mahu bermula, disebabkan parti-parti politik yang sama seperti di semenanjung Malaysia. Oleh itu, bagi saya, jika benar-benar ingin jadikan Allah sebagai hak eksklusif orang melayu, PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU lah yang sebenarnya bertanggunjawab! Bukan jadi pondan atau pun berserban tapi patuh kepada kafirun! Langsung tidak menunjukkan akidah yang sesuai.

Walaupun saya orang Sabah, saya akan berasa amat berbesar hati kalau kalimah suci Allah itu menjadi hak eksklusif orang Melayu (Islam), tapi mungkin ianya suatu mimpi, kerana pemimpin-pemimpin Islam sekarang lebih mengutamakan kedudukan peribadi daripada kedudukan Islam!

Islam Sabah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2014 at 9:09 AM

al kitab membahasakan tuhan dgn nama Allah. maka hujah zulkulim saling berlwnan dlm perkara yg sama.

cerah lagi nyata najib bersalah dlm hal ni. kita masih ingat bila dia sendiri mengadap paderi bila mula2 isu al kitab ni timbul. dan kita x duduk diam time tu. semua yg masih berjati melayu dan islam semuanya mengecam tindakan najib

dek nk menang pru dan hati cauvinis serta kaum lain, maka kepentingan islam dibelakangkan.
segala umat yg murtad kerana tindakan gereja di Selangor sudah pasti ade saham najib.

ini akibat pemimpin liberal x berjiwa bangsa dan agama yg hanya gah di perhimpunan.

berapa banyak lagi kesan ke atas islam yg perlu kita terima kerana sifat pemimpin yg liberal.

komen saya mujur mahkamah melarang penggunaan Allah.

soalan yg saya rasa kita semua perlu Tanya:

adakah 10 perkara oleh najib lebih berkuasa dr arahan mahkamah?

kita perlu lihat secara halus tindakan mereka membelakangkan islam sebagai agama persekutuan yg termaktub oleh perlembagaan. apa yg berlaku kini adalah usaha mereka menyama ratakan agama secara x langsung = islam bukan lagi exclusive di Malaysia.

kalau pemimpin kita asyik membuat dasar x berlandaskan perlembagaan selagi itu kita dlm bahaya.

bila Tanya ya islam agama persekutuan, tp tindakan dan dasar adakah mengikut perlembagaan.



melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
January 8, 2014 at 9:37 AM

Assalam Bro

Masalahnya Najib tahu dan faham ke apa yang dia cakapkan semasa kes itu hangat dengan pilihanraya di Sarawak???? Jangan kata yang ini saja... kekadang apa yang Najib cakap tu dia sendiri clueless... eg. Apa dah jadi dengan SLogan Endless Posibilities...? Takan dia lupa janji manis BN pada kempen PRU 13... sekarang tenguk apa mereka buat pada rakyat yang menyokong mereka???? Rakyat telan semua kepahitan kerana nak menyokong puak yang satu lagi... makin melingkuplah rakyat Malaysia jadinya.. cina juga yang dibontoti... soalan Kalimah ALLAH swt tu bukannya soal perpaduan...tapi ianya soal AKIDAH... ada ahli2 MPKN tu faham terutama yang nama Melayu tu... Typical Najib timbul satu masalah dilantik dan ditubuhkan majlis yang bukan untuk menyelesaikan masalah tapi bagi menambahkan masalah yang sedia ada... Apa pasal dia suka layan karenah Puak Pembangkang??? Dia dah tak sabar nak jadi Ketua Pembangkang ke?...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2014 at 9:48 AM

kesimpulannya, bijan memang tak guna dan tak boleh harap. bila ada masalah, tak berani bertanggungjawab nak meleraikan ketegangan. camtu nak jadi ketua?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2014 at 10:49 AM

Assalam,

Pokok pangkal isu ini adalah kerana mahukan terjemahan Bible dalam bahasa Inggeris (bukan Injil) kedalam Bahasa Melayu. Dari kecil sehingga dewasa kita semua belajar bahasa Inggeris disekolah dan terjemahan “God” adalah tuhan, namun dalam setiap hati dan pemikiran semua umat islam tuhan itu esa iaitu “Allah”.

Umat islam dinegara tidak menerima konsep “Trinity” iaitu adanya bapak tuhan, anak tuhan dan roh yang kudus kerana “Allah” itu sifatnya esa seperti mana yang ada kila lihat dinegara jiran secara terang-terangan

Persoalannya kenapa sekarang ini puak2 mubaligh Kristian mahu menterjemahkannya “God” atau tuhan itu kepada “Allah”. Ada ke dimana-mana didalam “Bible” menyebut “Allah’ secara sempurna dan hakiki selama ini? Perkara ini terang-terang menunjukkan puak-puak mubaligh ini ingin melakukan pengembangan agama mereka yang dilarang oleh perlembagaan (undang2 tertinggi Negara).

Pengembangan agama mereka itu tidak salah sekiranya tidak dilakukan kepada umat islam sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan. Namun puak2 mubaligh ini tahu impian mereka untuk menguasai keseluruhan Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia ini dari segi agama dan paling pentingnya politik tidak akan berjaya sekiranya agama mereka ini tidak menggunakan pendekatan paling rapat dengan umat islam dinegara ini khususnya melainkan dengan istilah dan maksud tuhan itu adalah “Allah”.

Oleh itu pendekatan yang paling munasabah adalah dengan mengunakan platform sedia ada iaitu Sabah dan Serawak kerana masyarakat Sabah dan Serawak adalah orang pribumi (bumiputra) yang mana disebut didalam perlembagaan. Maaf lah kalau bangsa lain khusus bangsa India, Cina, Sikh, Portugese dan lain-lain tidak disebut didalam perlembagaan Cuma dinyatakan sebagai bangsa-bangsa yang lain.

Rasional penggunaan Bahasa Melayu dan terjemahan tuhan kepada “Allah” ini kononnya adalah untuk kegunaan masyarakat disana yang tidak memahami bahasa Inggeris. Selain itu juga pihak2 mubaligh ini meminta supaya “Bible” ini juga diadakan di Semenanjung Malaysia bagi penganut mereka yang berasal daripada Sabah dan Serawak ini kerana intergerasi kaum kini semakin luas diantara Sabah dan Serawak dengan Semenanjung berbanding waktu dahulu terutamanya dengan konsep “Everyone Can Fly” oleh Air Asia.

Inilah sebab yang paling rasional yang telah difikir dan distrategikan oleh puak2 mubaligh ini supaya secara tidak langsung “Bible” berbahasa melayu ini secara sedar atau tidak akan menular dengan sendirinya kedalam masyarakat melayu di semenanjung ini dengan cara lebih cepat dan maksud mereka akan tercapai apabila umat melayu islam mula menerima bible ini sebagai salah satu konsep agama. INILAH YANG DILARANG DIDALAM PERLEMBAGAAN.

Berbalik kepada isu kalimah “Allah” ini dan juga “10 perkara penyelesaian Najib“ ini bagi saya sudah amat terbukti bahawasanya kebanyakkan kita umat melayu telah tersilap memilih pemimpin. Agama islam mengajar kita supaya memilih yang alim (bijak) dan bukannya yang jahil untuk melihat kepentingan keseluruhan isu kerana Najib percaya dan bersandarkan pertolongan manusialah maka dia akan terus memimpin dan parti pimpinannya akan menang pilihanraya. Tetapi dia lupa bahawa zat “Allah” juga yang menentukan segalanya.



bersambung.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2014 at 10:50 AM

....bersambung

Sebagai pemimpin beragama Islam sepatutnya Najib mempertahankan yang hak bukannya yang batil sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan seawall penubuhan Negara yang teklah diterima oleh semua masyarakat atau rakyat. Najib sepatutnya melihat kepada perlembagaan itu sendiri dan mematuhinya sebelum apa jua tindakkan atau persetujuan itu dibuat.

Perlembagaan Negara menyatakan bahawasanya Melayu itu agamanya islam, berbahasa melayu dan mengamalkan adat resam melayu. Perlembagaan menyatakan Islam adalah agama persekutuan, agama lain boleh diamalkan secara harmoni dan pengembangan agama lain kepada rakyat beragama islam adalah dilarang. Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi.

Dimana letaknya rasional pemikiran Najib untuk membelakangkan semua perkara yang termaktub didalam perlembagaan untuk membuat “10 perkara Penyelesaian Najib” ni? Kalau sekiranya perlu untuk puak-puak mubaligh itu mendekati dan menyebarkan pegangan atau agama merka kepada masyarakat peribumi di Sabah dan Serawak maka lakukanlah ianya dengan mengunakan bahasa yang dekat dan lebih mudah difahami oleh mereka samada iban, dayak, kadazan atau seumpamanya kerana itulah yang sepatutnya dan lebih rasional. Kenapa perlu berbahasa melayu? Dan kenapa pula terjemahan tuhan dibuat kepada nama khas “Allah” kerana “Allah” itu satu dan tiada seumpamanya waima pun terjemahannya.

Kenapa Najib perlu bersetuju dengan “Bible “ bahasa melayu? Kerana masyarakat Sabah dan Serawak menggunakan ‘Bible” bahasa Melayu selama ini? Jangan kita terperangkap dengan alasan dangkal ini kerana mereka menggunakan “Bible” bahasa Indonesia selama ini , saya ulang bahasa Indonesia yang banyak bezanya dengan bahasa melayu waima kalau nak dibahas didalam mahkamah pun. Kenapa Bible Indonesia ini hendak di Malaysiakan? Sebab 1 Malaysia?

Walaupun ada bunyinya dan maksud bahasa Indonesia sebahagian yang senada tetapi tetap tidak sama.Bukankah selama ini “Bible” bahasa Indonesia yang digunakan mereka ini dibawa masuk secara tidak sah atau dengan bahasa mudahnya diseludup masuk ke dalam Negara kerna Akta pencetakkan menyatakan setiap bahan bercetak yang dibawa masuk hendaklah dengan mempunyai kelulusan KDN. Ada ke salama ini “Bible” Indonesia ini mempunyai kebenaran KDN?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2014 at 10:51 AM

......bersambung

Namun selama ini perkara ini tidak pernah berbangkit kerana umat islam Negara ini tidak merasakan hak mereka didalam perlembagaan dicabuli oleh keceluparan mubaligh kristian dan penyokong politiknya membuat provokasi yang sememang diketahui akan menimbulkan rasa tidak harmoni seperti yang termaktub didalam perlembagaan. Namun begitu ianya tidak pula menafikan bahawasanya undang-undang atau akta yang melarang bahan bercetak dibawa masuk kedalam Negara telah dilanggar dan dicabuli walaupun tiada tindakan diambil mungkin kerana untuk menjaga keharmonian kaum ataupun kerana ianya bersifat kecil yang tidak meggugat perlembagaan itu sendiri, tetapi ianya tetap SALAH. Maknanya undang-undang ini yang tidak dipatuhi dan tidak dikenakan tindakkan wajar sangat dibakul sampahkan.

Selain daripada itu, tidakkah Najib melihat kepada peruntukkan Enakmen Syariah dinegeri-negeri yang berkaitan tentang larangan penggunaan perkataan khusus kepada umat islam dinegara ini seperti Allah, solat dan beberapa lagi? Apa yang dikejarkan oleh Najib sehingga tidak sempat menelaah semua perkara sebelum membuat keputusan yang tepat sebagai orang islam, pemimpin bagi orang2 islam, pemimpin bagi Negara islam, pemimpin yang wajar mempertahankan perlembagaan dan undang2? Adakah semua ini telah dibakul sampahkan oleh Najib apabila membuat “10 perkara penyelesaian Najib” ini kerana percaya hanya manusia yang boleh memastikan kedudukkanya dan bukan “Allah” yang esa.

Akhir Kalam, belum terlambat bagi Najib untuk bermuhasabah diri dan tidak mengikut lenggok politik semasa yang akan memudaratkan keseluruhan Negara. Belum terlambat bagi Najib untuk mengakui terdapat kesilapan didalam “10 perkara penyelesaian najib” dengan penjelasan maksud sebenar dan bukannya maksud politik dan berundurlah dengan mulia kerana sifat meminta maaf itu adalah sifat orang yang berani dan insyallah anda akan dikenang sebagai orang yang menghentikan perbuatan zalim ini sebelum anda diundurkan secara aib dan dikenang sebagai pengkhianat umat islam dan melayu Negara ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2014 at 11:30 AM

Ini masalah PENTAFSIRAN. Benda yg sama tetapi tafsiran dan kefahaman setiap org adalah berbeza. Kerana apa? Kerana tahap kefahaman kita bergantung kepada tahap ILMU yg kita ada dan kita biasanya akan mentafsir sesuatu mengikut KECENDERUNGAN diri kita.
So, dalam hal ini bagaimana kira nk tahu tafsiran yg dibuat oleh pihak gereja adalah betul spt yg dimaksudkan oleh Najib? Jwpnnya najib mesti tampil kedepan utk jelaskan hal ini seperti yg ditegaskan oleh Saudara Din.
Zul boleh berbeza tafsiran tentang 10 point solution najib terapi fakta sejarah kenapa 10 point solution ini wujud adalah asas penting untuk kita semua mempunyai kefahaman yg sama kaitan kalimah Allah dan isu al-kitab ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2014 at 11:30 AM

@dinturtle

saya sependapat dgn tuan dinturtle. yg x secara langsung berkait adalah bible berbahasa INDONESIA. xkan xde sorang kat kdn yang study kandungan bible termasuk kalimah Allah yang biasa dalam bible terjemahan bahasa indonesia? xde masalah kalau buat 10 point solution tp buat la kaveat jugak contohnya boleh bawa bible bahasa malaysia/indonesia tetapi tertakluk kepada perundangan syariah negara/negeri yang berkaitan. nak menang undi punya pasal langsung x pikir ke depan PM ni.

jentayu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2014 at 11:44 AM

Kat malaysia skrg ni, POLITIK adalah segala-galanya. Semua perkara kriteria pertama adalah politik. Kenapa politik lebih penting dr segalanya? Sbb politik adalah Pangkat/Jawatan yg mempunyai Kuasa. Kuasa menjanjikan Kekayaan, Kemewahan dan Kesenangan. Kuasa dan Kekayaan dapat membeli Pengaruh ramai org. Kekuaran pengaruh akan MENJAMIN kedudukan dan kuasa seseorang...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2014 at 11:44 AM

bro din ... ini la kata orang dulu dulu bodoh takleh diajar, cerdik takleh tumpang... dah nasib pm buat kenyataan bodoh takleh ajar, kalimah allah dah jadi bahan lawak... cakap suka hati dia je nak pancing undi....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2014 at 12:07 PM

Bro Din,

Saya dari awal lagi pelik dengan cara 10 Point Solution ini dikendalikan. Sipakah sebenarnya di belakang 10PS? Adakah MoU ini mendapat perkenan YDP Agong sebagai ketua dan pelindung agama rasmi Persekutuan iaitu Islam? Adakah ulama dan ilmuwan Islam dibawa berbincang sebelum 10PS ini dimuktamadkan?

Kita perlu ingat, 10 PS ini diumumkan oleh Idris Jala, Menteri JPM, CEO Pemandu dan penganut Kristian tegar. 10PS ini berkait langsung dengan Islam disebabkan desakan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian. Jika sekiranya tiada perbincangan dengan ulama Islam, bagaimana mungkin kalimah Tauhid yang menjadi asas akidah umat Islam digunapakai agama lain dengan sewenang-wenangnya?

Najib pada pandangan saya menunjukkan sikap pro Kristian berbanding agama dia sendiri. Dasar dia juga lebih kepada pro cina komunis. Apa lagi kemusnahan nak dibuat pada negara?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2014 at 1:14 PM

Aplah lu orang. 10 point ni sama dengan Manifesto Pilihan Raya baik BN mau pun PR. Cakap saja tapi tak leh pakai. Polisi lah, Harga tak kan naik dah naik, Rakyat dulu lah dah jadi Rakyat dahukukala ..pooodah.Semuani lakonan duniawi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2014 at 2:43 PM

10 point solution najib ni sama je mcm 1Malaysia najib. Dua2 ada masalah interpretasi. Contoh mudah,Org melayu faham 1Malaysia tak sama mcm apa yg org cina faham. Pada org melayu, slogan ni bermaksud perpaduan semua kaum dimalaysia walaupun berbeza bangsa dn agama berpaksikan sifat hormat menghormati.
Org cina dok faham 1Malaysia sama rata,sama rasa, dpn belakang sama saja.so apa2 hak istimewa org melayu mereka pn kena dpt jugak sbb dh kata semua bangsa sama level!
Sbb tu paderi lawrence amik kesempatan ats loop hole yg ada ini dgn menjadikan artikel 11 perlembagaan sbg hujah dia. Padahal artikel tu sebenarnya perlu dibaca bersama artikel 3 islam sbg agams persekutuan yg maksudnya perlu di tafsirkan mengikut takrif sebenar..

Post a Comment