........... Usul Buat PAU 2013 - Hargai Pengorbanan Presiden ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Usul Buat PAU 2013 - Hargai Pengorbanan Presiden !

Sunday, December 1, 201317comments


Persidangan Umno 2013 esok bermulalah. Para perwakilan pun ada yang dah memulakan perjalanan ke Kolumpo. Semangat masing2 berkobar2 nak bersidang bersama pemimpin2 kesayangan mereka. Yang nak berucap pula pasti dah jenuh berlatih berucap depan cermin, depan rakan2 dikedai kopi .... bukan setakat perwakilan jer yang tengok malah satu Malaysia !

Paper cina pun banyak yang akan buat liputan kalau dilihat pada gambar2 booth yang disediakan untuk mereka.

Jadi dinasihatkan para perwakilan terutama yang akan berucap supaya tolong jaga hati kaum cina ! Jangan main ikut sedap mulut jer nak lepas cakap, ok. 

Entah apalah yang akan menjadi topik utama perdebatan kali ini ...... hmmmm.... apapun suka saya sekali lagi ingin melontarkan satu cadangan kepada perwakilan supaya dapat membawa satu usul memberi Penghargaan dan Pengiktirafan kepada Tuan Presiden Umno sempena Perhimpunan kali ini.

Sebenarnya 3 tahun lepas saya dah cadangkan, diulang lagi setiap kali Umno bersidang namun tidak pernah mendapat perhatian. Orang Umno memang tak pandai nak hargai jasa Najib !

Ni bukan sindir tapi REAL ! Ikhlas giler nih .... Saya yakin Najib akan gembira dan yang buat usul kalau ada rezeki mungkin boleh dapat gelaran Datuk.

Acu cuba try test baca apa yang saya cadangkan 3 tahun lepas -

Anugerah Paling Layak Buat Najib. ( serius ni ... )


Artikel sebelum ni saya melahirkan rasa kekaguman saya diatas keberanian yang telah Najib buktikan semasa menjadi Menteri Pelajaran dulu dengan menggugurkan kuasa Menteri menukarkan sekolah cina kepada sekolah kebangsaan bagi memastikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil yang diamalkan terus sesuai dilaksanakan. KLIK


Najib siap menjadikan Menteri Pelajaran sebelum itu sebagai contoh betapa beliau ( Najib ) adalah LEBIH berani dan LEBIH sayang pada sekolah cina. Pada masa itu, sebelum saya ada seorang Menteri Pendidikan yang tidak mahu melakukannya (pindaan akta), tiada keberanian untuk melakukannya.


 

Dan hasilnya - Malaysia merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang masih meneruskan sistem sekolah vernakular sehingga kini.  Oya, bulan disember tahun lalu semasa Konvensyen BN, Najib sebut juga benda ni, Bulan Mac pun sebut juga. Kalau tak silap waktu tu beliau sebut ' satu-satunya didunia ! ' Malas saya nak cek... Dunia ke , Asia Tengggara ke .. point yang penting disini adalah - kita dapat rasakan betapa sayangnya  Najib pada sekolah cina !

 

Betul ni .... saya bukan menyindir. Korang dapat tak rasakan kesungguhan yang Najib tunjukkan dalam memperkasakan sekolah cina ? Najib begitu bangga dengan pencapaiannya dalam menggugurkan kuasa Menteri Pelajaran sehingga beliau BERULANG KALI menyebutnya didepan khalayak ramai cina.

Najib sifatkan tindakannya dulu itu satu contoh KEBERANIAN. Berulang kali disebutnya. Begitu juga kenyataan betapa uniknya Malaysia punya pendidikan sekolah cina, berulang kali disebut Najib walaupun pada audien yang sama !

 

Siap cerita hantar anaknya belajar bahasa cina di negara China lagi. Ini bukan saja nak menarik sokongan undi cina tapi sememangnya Najib juga sayangkan sekolah cina !
 
 

Najib tidak mahu orang cina lupakan jasanya itu. Saya sebut orang cina saja sebab Najib tidak pernah sebut benda yang sama didepan audien Melayu.

 

Tapi tidak adillah kalau hanya kaum cina saja yang menyanjungi Najib, Melayu pun nak juga. Makanya disini saya ingin cadangkan gelaran BAPA VERNAKULAR secara resmi diberikan kepada Perdana Menteri Keenam kita - Najib Tun Razak.

 

Bukan menyindir OK ! Ni serius giler ni . Najib sendiri bersusah payah mahu mengingatkan rakyat akan perjuangannya dalam memperkasakan sekolah cina, fact is NAJIB BANGGA dengan usahanya itu ! Tidak ada siapa boleh nafikan sumbangan Najib itu. Ia adalah satu fakta sejarah. Dan ADA HASILnya, kita sendiri boleh lihat betapa berkembangnya sekolah cina setelah mendapat lesen besar dari Najib.

 

Sekiranya gelaran Bapa Vernakular itu dianugerahkan kepada Najib, tidak perlu dah beliau sering sebut-sebut benda tu, nanti orang akan kata masuk bakul angkat sendiri. Sudah tiba masanya negara dan rakyat Malaysia mengiktiraf perjuangan sekolah cina Najib !

Seperkara lagi, gelaran Bapa Vernakular adalah LEBIH BAIK dan LEBIH AFDHAL buat Najib berbanding Bapa Transformasi. Bapa Transformasi itu terang-terang satu usaha bodek oleh pihak tertentu. Apakah Najib sudah layak menerima gelaran Bapa Transformasi sedangkan usaha-usaha transformasi itu baru saja diperkenalkan Najib dan masih belum menampakkan hasil ?


 

Perhatikan gelaran yang kita berikan kepada PM-PM yang lalu - Bapa Kemerdekaan, Bapa Pembangunan, Bapa Perpaduan, Bapa Pemodenan, Bapa Jin ...... Tak perlu disebut siapa yang menerima gelaran mana, kita semua sudah tahu kerana mereka sememangnya LAYAK dengan gelaran itu. Usaha-usaha mereka diiktiraf dan hasilnya kita dapat lihat.


 

Atas dasar itu, gelaran Bapa Transformasi tidak harus diberikan lagi kepada Najib sehingga beliau benar-benar layak menerimanya. Omputeh kata - He has to earn it ! Kita janganlah terlalu nak bodek Najib dengan gelaran atas polisi yang baru yang masih belum jelas hasilnya.



Najib lebih layak dengan gelaran Bapa Vernakular. Ia adalah perjuangan Najib yang sebenar, malah ia telah diperjuangkan Najib SEBELUM beliau jadi PM lagi. Hasilnya dapat kita lihat sekarang dan perjuangan Najib itu semakin rancak sejak menjadi PM.
Saya yakin Najib akan menerima anugerah ini dengan perasaan yang amat bangga sekali kerana akhirnya segala pengorbanan dan keberanian yang Najib tunjukkan selama bertahun lamanya diikitiraf dan diabadikan selama-lamanya.


 

NAJIB - BAPA VERNAKULAR MALAYSIA

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2013 at 5:15 PM

Tahniah untuk ahli umno kerana memghadiri persidangan MCA yg akan berlansung esk..harap ahli umno bersedia dgn tarian naga dan memakai cheong sam dan untuk lebih nampak cina dan diharap majlis pembukaan dimulakan dgn membakar colok..untuk lebih nampak extreme diharap ahli umno beramai memetong b**i panggang yg disediakan urusetia.Selamat bersidang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2013 at 6:27 PM

salam,

sebagai ahli umno akar umbi, saya menyokong penuh cadangan bro din. bukan untuk saya membodek mr presiden umno, tetapi untuk menunjukkan sebagai ahli yang telah memberi sokongan padu kepada jawatan presiden yang tidak ditandingi, maka segala ide, tindakan mr presiden adalah selari dengan hasrat ahli umno. tindakan presiden umno tidak lain dan tidak bukan adalah bertujuan untuk mengukuhkan umno dan orang melayu. maka seharusnya ada seorang pewakilan yang berani menyahut cabaran bro din untuk memberi gelaran bapa vernakular kepada mr presiden umno atas segala usaha yang dilakukan untuk mengukuhkan umno dengan cara mengekalkan sekolah vernakular di malaysia, satu-satunya di dunia/asia/asia tenggara. (potong yang mana satu). ini membuktikan bahawa umno sentiasa untuk bertransformasi ke arah yang lebih jitu iaitu membina parti tunggal dalam bn. maka umno perlu terlebih dahulu menuju ke arah satu malaysia dengan menukar jati diri melayu kepada 1malaysia melalui ide pertama, menukar nama seperti mr presiden buat, ah jib gor. boleh pilih mana-mana nama, sila rujuk anak pm untuk nama yang glamer.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2013 at 6:46 PM

setuju din ...
aku nak tambah satu je ... untuk tahun ini apa kata pau dimulakn dgn paluan gong cina dan tarian naga semasa menyambut kedatangn ah jib gong ... tak yah la lagi tarian silat pulut ka ... muzik cak lempung ka ... dah ketinggalan zaman ... tak vernakular rasanya ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2013 at 6:59 PM

Tak elok lah camtu Din. Sebaik2nya berilah gelaran yg terpuji pd PM Melayu kita.. Bapa Transformasi ker..Bapa Vernakular ker, gelaran2 cam tu Low-Class.
Rasanya gelaran BAPA CINA sesuai.

....................
Reply To This Comment ...................
December 1, 2013 at 8:16 PM

pm ke 4 bapak penswastaan & najib bapak slogan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2013 at 8:29 PM

Mohon pakcik yang menangis masa PAU lepas menangis lagi.. mana tau dapat tan sri lak kali ni.. kemungkinan besar makin ramai perwakilan akan bercucuran air mata PAU ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2013 at 8:42 PM

Kalau macam ini punya korban si Ah Jib Gor sebagai perhormatan tertinggi kita patut panggil dia dengan Ah Jib Gor sebagai nama OFFICIAL nya dalam I/C.

Alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2013 at 10:54 PM

Jgn lupa jugak kepada timbalan presiden.kerana berjanji dari 2013 -2025 nanti, bahasa ibunda tak kan hilang... bukan bahasa ibunda org melayu tahu..

http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131201/dn_23/Kerajaan-jamin-teruskan-pengajaran-bahasa-ibunda

....................
Reply To This Comment ...................
December 1, 2013 at 11:08 PM

Bapa vernacular, Suami mithali.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2013 at 11:16 PM

jaga hati kaum habis hati melayu lantak pi la..ya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2013 at 11:21 PM

sokong 100% din ...
untuk pau umno kali ini aku cadangkankan majlis pembukaan dimulakan dgn tarian naga dan paluan gong cina.
acara cium keris diharamkan ... diganti dengan persembahn wayang cina ... tak pun keliling dewa api ... barulah 1Malaysia namanya ...

....................
Reply To This Comment ...................
December 2, 2013 at 5:13 AM

@AnonymousPart b**i tu agak kasar bunyinya ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2013 at 3:12 PM

nak lagi ganas? BAPA TAK GUNA...hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2013 at 10:34 PM

Tak payah bagi gelaran BAPAK apa pun. Bagi gelaran PENJAHAM BANGSA MELAYU.

Panglima Talang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2013 at 10:39 PM

Salam Pok Din, izinkan saya bawa isu ini untuk kesedaran bangsa kita yang tercinta….selagi masih ada masa…

Melayu Wajib Baca...

Economic Transformation Programme (ETP) is a bold new approach has been taken to develop the ETP. It is the first time that any effort of this kind has been undertaken in the history of Malaysia, or of any other developed nation. The ETP will be led by “private sector”; the Government will primarily play role of a facilitator. Most of funding will come from the “private sector” (92%) with public sector investment being used as a catalyst to spark private sector participation. ETP is focused on actions—not on theoretical principles and ideas. Dipetik drp Buku ETP- A Roadmap for Malaysia…

(Transalation di bawah)
Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah satu pendekatan baru yang berani telah diambil untuk membangunkan ETP. Ini adalah kali pertama usaha sebegini diambil dalam sejarah Malaysia, atau mana-mana negara maju yang lain. ETP akan diterajui oleh "sektor swasta"; Kerajaan akan memainkan peranan sebagai “fasilitator”. Sebahagian besar daripada pembiayaan kewangan akan datang dari "sektor swasta" (92%) dan pelaburan sektor awam akan digunakan sebagai pemangkin untuk memulakan penyertaan sektor swasta. ETP memberi tumpuan kepada tindakan-bukan pada prinsip teori dan idea.

ETP sebenarnya satu rencana tersembunyi puak2 Vernakular secara mudahnya memesongkan pemikiran Pemimpin Melayu dengan gambaran khayalan dan mimpi di siang hari… akan tetapi demi Niat sebenar mereka untuk menguasai ekonomi negara secara Keseluruhan..MUTLAK iaitu sebanyak 80% hingga 90%...mungkin selebihnya kaum Melayu. Hakikatnya, jika di ambil contoh 100 buah Syarikat Bumiputera yang memohon dana/biaya kewangan daripada Bank-bank tempatan, mungkin secara puratanya hanya 5% hingga 10% sahaja yang benar-benar layak. Jika 90% lagi Syarikat Bumiputra ingin memohon Biaya Kewangan di Peringkat Antarabangsa 100% tidak layak, (kalau local bank tak layak macam mana nak mintak dana drp foreign investor? Apa nak jadi dengan orang melayu? subsidi..dikurangkan, mungkin ditiadakan pd masa akan datang..Melayu akan Tersingkir dan Tersungkur di bawah arus ETP bila mana Kedudukan Kewangan Ekonomi Global kembali Kukuh... Mampukah orang Melayu Bersaing?
Jadi… ETP sebenarnya duri dalam daging bagi orang melayu yg belum sedar diri menyokongnya habis-habisan supaya cepat2 lah Melayu Hilang Di Nusantara…

Bila mana seorang pemimpin itu Boddoh, tak ada akal, jadi kenalah gunakan punahsihat luar, kesempatan ini di ambil supaya dapatlah anasir luar menjahanamkan Melayu Bumiputra secepat yang boleh… agaknye lea… Jadi Para Perwakilan Sokong dan Sanjunglah Pemimpin Vernakular yang mahu melihat Kaum Vernakular lagi cepat menguasai Malaysia secara keseluruhannya…Apakah Anda ingin Berdiam Diri dan Menyesal di tahun-tahun mendatang? Tepuk Dada Tanya Selera…

Yang Benar Tetap Benar dan Haq, Yang Palsu itu… walau berselindung mana pon pasti akan kelihatan….Allahu’alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2013 at 11:55 PM

Perhimpunan Agong sepatutnya Menuntut Bank Negara Malaysia memberikan penyata atau Statistik Berapa Banyak Syarikat Melayu Bumiputera yang memohon Pinjaman drp Bank2 Tempatan dan daripada Jumlah itu Berapa Banyak yang layak diberi Pinjaman.. apakah syarat yang dikenakan? Apakah dikenakan Syarat Puteri Gunubg Ledang supaya Syarikat Bumiputera tidak layak mendapatkan bantuan kewangan, walaupon telah mendapat surat tawaran drp pihak bank? Apakah surat tawaran bersyarat Puteri Gunung Ledang ini hanyalah syarat Bank2 Tempatan melepaskan diri didalam menyediakan statistik drp Bank Negara atau MOF?

Apakah MOF dan Bank Negara tiada IDEA bagaimana untuk membangunkan melayu bumiputera drp segi mendapatkan loan, tatacara penggunaan loan,pemantauan penggunaan loan, disbursement of loan berdasarkan laporan syarikat yg dipantau dsbnya, dan pastikan supaya Bank2 Tempatan juga akur dgn pemantauan teliti supaya peminjam tidak boleh menyalahguana, terlebih guna, salah guna, ... Jadi sekiranya adanya pemantauan yang berkesan...KENAPA PERLU ADA PENJAMIN DAN COLLACTERAL utk mendapatkan loan???

Bolehkah kita fikirkan secara ilmiah, preventif, dsb dan bawa sistem Perbankkan kita keluar drp Perbankan secara Konservatif dan Tradisional ini??????

Ini Punahsihat Tak akan ajar Ah Jib Gor.. sebab Tujuan Mereka Nak hancurkan Melayu Bumiputera... Alahai... Malangnya Melayu....

Guarenti 99% cara tersebut blh mengurangkan Non-Performaing Loan... setidak2nya... Ini tidak Bank Negara dan MOF Mengalakkan Bank2 Tempatan melakukan Punishment... Tak bayar -2-3 bulan kejar bagai nak rak.. call hari2 tanya henti... Kenapa tak guankan mereka nie drp awal sebagai Preventif drp salah guna duit tuuuuh!!!!!

Yang Benar Tetap Benar Lagi Haq

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2013 at 1:24 AM

Alang-alang dipanggil 'bapa transfomasi', baik terus dipanggil 'bapa transformer' tapi dari spesis decepticon (penjahanam). Kalau nak jadi spesis autobot tu tak layak.

Post a Comment