........... ULASAN Ucapan Muhyiddin Perasmian Sayap Umno Pau 2013 | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

ULASAN Ucapan Muhyiddin Perasmian Sayap Umno Pau 2013

Wednesday, December 4, 20139comments

Seperti yang saya katakan, ucapan Muhyiddin semalam tidak menghampakan. Jelas Muhyiddin telah melakukan homework dengan membuat analisa sentimen orang Melayu terhadap Umno sebelum berucap - TAHNIAH !

Ya, saya tahu ia sekadar ucapan saja yang jelas seperti mahu memujuk orang Melayu yang akhir2 ini begitu kritikal terhadap perjuangan Umno. Namanya pun ucapan, kan. Jadi layan jer lah ...

Saya copy perenggan2 tertentu untuk dihighlite-kan ... dan mungkin bakal digunakan satu hari nanti sebagai peringatan kepada Muhyiddin sendiri dan Umno secara amnya. Dan saya rasa kita tidak perlu tunggu lama untuk itu !

14. Di pentas ini, saya ingin memberi jaminan kepada orang Melayu dan Bumiputera. UMNO akan terus membela anda semua. 


12. Bagi orang Melayu dan Bumiputera pula, mereka telah buktikan bahawa sokongan padu merekalah yang menjadi sumber kekuatan UMNO dan Barisan Nasional. Harapan mereka kepada UMNO semakin tinggi dan mereka mahu sokongan kepada UMNO tidak disia-siakan. Mereka ingin melihat UMNO terus menjadi penyelamat Melayu dan perisai Islam yang sejati. Bagi orang Melayu dan Bumiputera, UMNO lah tempat mereka bernaung. Bak kata pepatah:
Uratnya tempat bersila Batangnya tempat bersandar Daunnya tempat berteduh


13. Persoalan yang sedang berlegar di minda orang Melayu selepas PRU-13 ialah kemanakah halatuju UMNO? Apakah UMNO akan terus berusaha untuk meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu dan Bumiputera? Apakah UMNO akan terus berikhtiar menyediakan peluang-peluang pendidikan, latihan dan biasiswa kepada orang Melayu dan Bumiputera? Apakah UMNO akan terus berjuang menyediakan peluang-peluang ekonomi dan pekerjaan kepada anak-anak orang Melayu dan Bumiputera? Bagaimanakah UMNO berhadapan dengan cabaran liberalisasi ekonomi dan pasaran bebas? Masih adakah iltizam politik UMNO untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera bersaing dalam kancah ekonomi global? Masih adakah kekuatan pada UMNO untuk memastikan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan membantu syarikat-syarikat Bumiputera? Apakah orang Melayu masih boleh bergantung harap kepada UMNO untuk menjadi penyelamat Melayu dan perisai Islam?

20. Perjuangan membela nasib Melayu dan Bumiputera masih belum selesai. UMNO tidak akan mengabaikan kepentingan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera. UMNO akan terus mendukung tugas besar ini selagi UMNO wujud dan mendapat sokongan rakyat. Kesemua ini adalah bukti komitmen UMNO untuk terus membela orang Melayu dan Bumiputera.Justeru, kepada mereka yang meragui ketegasan UMNO mempertahankan agenda Bumiputera, katakan kepada mereka UMNO bukan parti picisan yang mudah tenggelam dalam arus perubahan. UMNO sebagai parti terbesar umat Melayu akan terus menggalas agenda memperkasa bangsa Melayu dan Bumiputera tanpa rasa takut atau gentar. UMNO juga bukan parti jumud yang kekal di takuk lama.Kita sentiasa mengharungi arus perubahan sambil menggalas agenda perjuangan.


32. Saya dapat merasakan umat Islam amat resah apabila pelbagai dakyah songsang yang bertentangan dengan ajaran Islam disebarkan di negara kita. Mereka khuatir ini akan merosakkan aqidah dan perpaduan umat Islam. Kerana itu, akhir-akhir ini banyak NGO Melayu dan Islam bangkit mempertahankan aqidah umat Islam. Pertubuhan-pertubuhan seperti PEMBELA, PERKASA, Majlis Perunding Melayu, JATI, MUAFAKAT, Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, para ulama', guru-guru pondok, pendakwah bebas dan pertubuhan-pertubuhan yang seangkatan bangkit memperjuangkan keselamatan aqidah umat Islam. 
Mereka bangkit kerana merasakan nilai-nilai murni yang diamalkan selama ini diancam oleh satu bentuk penjajahan baru. Penjajahan dalam erti kata memaksa umat Islam menerima nilai-nilai yang bercanggah dengan ajaran Islam.

33. Di sini, di pentas ini, di depan saudara dan saudari sekalian, saya memberi jaminan UMNO tidak akan berkompromi dengan sebarang cubaan untuk mengancam aqidah umat Islam. Kita tahu bahawa sekarang ini terdapat satu bentuk cubaan yang tersusun untuk merungkai institusi dan asas-asas Islam di negara kita. Kerana itu, UMNO sebagai benteng Islam mengambil pendirian tegas menolak sekeras-kerasnya segala tuntutan yang bertentangan dengan hukum Islam.

44. Mengapa saya bercakap agak panjang lebar mengenai soal agama dan kedudukan orang Melayu dan Bumiputera kerana inilah teras perjuangan UMNO. Umat Melayu dan Islam hari ini dilanda pelbagai ancaman secara halus yang boleh menyebabkan perbalahan, perpecahan dan penyelewengan akidah. Bagi memperkukuhkan perjuangan ini, mesti ada kesedaran, keinsafan dan kesepaduan di kalangan kita semua untuk menjadi benteng perjuangan parti kita. Jika kita gagal mengurus cabaran ini dengan betul, kita akan menerima padah perpecahan ummah yang parah.  


48. Yang penting, kita mesti kembali memahami idealisme dan matlamat perjuangan UMNO. Kita berjuang di dalam UMNO bukan untuk UMNO, tetapi untuk orang Melayu dan Bumiputera. Apabila kita diangkat menjadi pemimpin di dalam UMNO bukan bermakna kita hanya berkhidmat untuk orang UMNO, tetapi berkhidmat untuk orang Melayu dan Bumiputera.Kita mesti ingat harapan orang Melayu dan Bumiputera yang amat tinggi kepada UMNO. Seperti yang saya sebut di awal ucapan saya, orang Melayu dan Bumiputera telah memberikan sokongan padu kepada UMNO dan mereka amat berharap kita dapat membela nasib mereka. Bila kita diberi mandat, kita melakukan yang terbaik untuk membela nasib orang Melayu dan Bumiputera, serta menjamin kaum-kaum lain juga mendapat pembelaan yang adil. 


56. Pemuda dan Puteri pula wajib menjadi jurubicara umat mewakili suara orang muda. Lantanglah bersuara, beranilah membuat pendirian, muncullah di semua pentas menjuarai isu rakyat. Biarlah kehadiran Pemuda dan Puteri benar-benar dirasai dan dihargai oleh rakyat. Berusahalah dengan gigih tanpa mengenal jerit perih dalam menggalas harapan rakyat.

KLiK untuk teks ucapan penuh Muhyiddin.


                                   *****************

Memang seronok layan ..... tapi entah kenapa saya terasa seperti nak tunggu ucapan dari Presiden Umno dulu sebelum saya komen panjang lebar ucapan Timbalan Presiden ini.

Bayangkanlah kalau sekarang saya duk puji2 Umno yang seperti sudah kembali ke perjuangan asal ( berpandukan ucapan di atas ), tiba2 KATAKANLAH Presiden umum nak tubuhkan sayap Cina Umno ( ! ), tak ke naya nanti ...

Satu lagi, saya nak dengar juga ucapan Ketua Pemuda Umno .... apakah selari dan seiringan dengan harapan yang diluahkan oleh Bos no 2. Sebab kalau tak silap sayalah, Ketua Pemuda Umno ni FOBIA kalau bab2 yang terlalu Melayu  atau Bumiputera sangat.

Nak sebut 'Pemuda Umno' pun dia rasa tak selesa, nak kena tambah 'Pemuda Umno BN' baru lancar lidahnya.

Jadi saya KIV dulu komen kepada ucapan Muhyiddin di atas.

PS -  Oya, awal2 lagi ucapan Muhyiddin ini dah berkonflik dengan kenyataan Najib sewaktu Taklimat sehari sebelumnya. Ingat Najib kata - "Kita mesti menjadi parti rakyat,"

Najib berkata walaupun Umno parti Bumiputera, para anggota parti mesti menganggap Umno juga membawa kaum-kaum lain ke arah masa depan yang lebih terjamin lagi. ( BH )
 
Muhyiddin tidak sekalipun sebut Umno kena jadi 'Parti Rakyat' ! Rakan blogger PUTRARAHMAN ada mengulas dengan baik usul Parti Rakyat ini.

Kalau semua mengharapkan UMNO untuk membela nasib semua kaum, maka bagaimanakah UMNO hendak memainkan peranannya menjaga kebajikan orang Melayu dan bumiputera. Oleh kerana terlalu hendak mengambil alih tugas MCA dan MIC menjaga kepentingan kaum Cina dan India, maka ada ketikanya kehendak dan kebajikan orang melayu terabai. Ye, perkara ini jelas dan banyak kali dirungutkan oleh melayu kampung dan melayu pekan.

Kesimpulannya UMNO tidak perlu untuk menjadi parti rakyat, dan UMNO tidak perlu untuk menjadi lebih liberal kerana sedarlah bahawa tujuan UMNO itu diadakan adalah untuk mewakili kepentingan AGAMA, BANGSA MELAYU, RAJA Melayu dan Negara Malaysia.

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2013 at 8:37 AM

Kenapa Lah Muhyiddiin Bila cakap pasai Presiden PM Ah Jib Gor Tak Sentuh tentang Peribadi Seorang Pemimpin Unggul... yang Jimat Cermat... Bukannya Yg Boros, Boddoh dan buta Tuli.. Yang sepatutnya Jujur lagi Amanah.. Bukannya Penipu dan Perompak..

Ayahanda Tun Mahathir dulu sewaktu memegang tampuk pemerintahan dgn Slogan "Bersih, Cekap dan Amanah" - Walaupon Hadi Awang, Nik Ajis dan Haramjaddah PAS pie doakan kehancuran dan kemusnahan Tun M dengan sembahyang Hajatnya di Stadium Kelantan, Macam2 solat Hajatnya, di Mekah dan Madinah... Tapi Tun Tetap Utuh, Kukuh, Kuat lagi sampai hari nie, masih lagi menyumbangkan tenaga memberi teguran PEDAS lagi bernas kpd pemerintahan negara.

Ini lah contoh pemimpin yg sedang dilupakan.. Tun M dah Merajok... UMNO Haprak ? Tidak, UMNO Tak Relevant Tidak... Yang Haprak dan Tidak lagi Relevannya ialah Najib Razak Ah Jib Gor Sorang Aje...

Ah Jib Gor beri semua kuasa pemerintahan pada SIAPA? Beri Kuasa Kewangan pada SIAPA? Beri Kuasa PETRONAS pada SIAPA? Rosmah, Pemandu & Omar ONG????

Jahanamlah Negara ini kalau tiada ususl untuk MENEGUR, Berani Menegur Najib Boros, Najib Penipu itu... Mana Aku Janji Pilihanraya Barang Tak Naik... Laa semuanya Naik????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2013 at 8:41 AM

Ah Jib Gor jangan lah Bukak UMNO kepada semua orang Cinabeng dan Kaum India join sekali ROJAK masok UMNO..

Kalau tak da yang berani ingat nanti dia bila baca teks ucapan yg disediakan Pemandu atau Omar Ong tak Ikut Skrip maka jadilah ... TAK BAYAR CUKAI PENGKHIANAT... itulah sifat seorang pemimpin yang tak cerdik, boddoh sebenarnya.. UMNO nak jadi Boddoh secara total dgn pertahankan Pemimpin Boddoh atau ada lagi Hang Jebat Dalam UMNO yang Berani??

Berani Tegur PM Boros, dan Tak Cerdik tuuu... Itulah tanda UMNO relevan.. Tak Berani Kalu.. UMNO dah Tak da Teloooor... Jadi apalah yg nak diharapkan drp PAU nie.. Medan Bodek?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2013 at 9:02 AM

Bro Din & Semua Pro-Din Turtle Pejuang Melayu UMNO...

Sila dengar si Rafizi nie cakap... Rafizi nak ajak orang tua dan muda bukak Facebook & Twitter, nak sebar ROMPAKAN Puluhan BILLION dalam Petronas... Nak Demo dlm masa 6 Bulan bantah GST.. Katanya Runtuhnya GST runtuhlah ROSMAH!!!!

Soalnya apa kena mengena si Rosmah Pendek dgn GST?

Apakah Tun M keluar Petronas kerana tahu Petronas telah dirompak habis2san?

Blogger semua tolong bagi pencerahan.. Kita kena Proaktif dan Preventif BUKANnya Inklusif... Kalau Benar.... PAU mesti bawak isu ini supaya dibentangkan rompakan dan ketirisan Ah Jib Gor dan Rosmah Omar ONG ..... UMNO kena jatuhkan orang sebegini Jangan biar Rakyat Turun Padang Berdemonstrasi di Jalanan macam Mesir, Bangkok, Dhaka dsbnya...

Kita masih ada masa untuk mengubah takdir, janagn biar sampai Nasi Sudah Menjadi Bubur....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2013 at 9:28 AM

Sesiapa yang berkeras nak memperjuangkan hak rakyat keseluruhannya, tubuh je parti baru sendiri. Dan kalau UMNO yang "berubah" dan menjadi parti rakyat Malaysia, maka ubahlah nama UMNO menjadi United Malaysian National Organisation.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2013 at 11:32 AM

din cuba kau baca Nota Sedih , amat sedih dari Ahli UMNO yg diblog OutSyed The Box.

sama juga ler dgn denyut nadi luahan dari blog kau din. Aku pun heran sesangat dah dgn pemimpin UMNO ni terutama Najib. Hancur dah, hancur dah UMNO.

masalah aku plak nak termuntah sangat dah pakatan rakyat, kini rasa nak terberak plak dgn UMNO ni. Selamat Hancur semuanya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2013 at 11:49 AM

Betul Pak Din. Kalau UMNO (parti Melayu) kena bercakap fasal nak bela bangsa lain juga, maka MCA dan MIC dan Gerakan (dah tak bergerak dah) pun kena buat macam tu juga. Pernahkah kita dengar MCA dan MIC kata mereka akan tetap bela orang Melayu atau menyokong isu berkaitan kemajuan dan kemakmuran orang Melayu? Kalau UMNO sebagai parti Melayu asyik nak bela bangsa lain, tak payahlah pakai nama Melayu lagi tukar je UMNo tu kepada United Malaysian National Organisation. Buang perkataan "Malay" dalam UMNO. Bangsa sendiripun tak terbela dah nak bela bangsa lain pulak. Tanda UMNO nak lingkup dah....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2013 at 12:19 PM

Jangkaan sy..ucapan najib nnt pasti akan menyentuh apa yg telah di sebut oleh muhyidin tp bukan secara mendalam, sebut sekadar nk amik hati org melayu jer. Sbbnyer lps abes PAU ni org melayu akan dengan mudah lupa segala apa yg diperkatakan oleh pemimpin UMNO ini dn keadaan akan menjadi seperti sebelum mereka berhimpun. Inilah punca mengapa rakyat terutamanya org melayu masih belom benar2 merasai yg UMNO telah kembali kepada perjuangan sebenarnya. Mereka hanya rs meremang bulu roma dan begitu bersemangat semasa dalam dewan tp selepas habis perhimpunan dan keluar dewan semua akaj kembali seperti asal...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2013 at 1:23 PM

Pada perenggan terakhir, umno nak menjadi parti rakyat malaysia? emmm mungkin benda ini telah diaplikasikan kpd petronas, UITM, UDA dan beberapa GLC lain terlebih dahulu... sebab itulah kita lihat, GLC2 ini telah ditrobos oleh bukan bumi walaupun pada dasarnya ditubuhkan kerajaan untuk kepentingan bumi. Jadi adakah umno akan mengikuti acuan yang telah Ah Jib buat pada GLC2 ini? nampak2 begitulah.

....................
Reply To This Comment ...................
December 4, 2013 at 8:59 PM

I tak minat PAU sebab Trengganu sekarang sedang dilanda banjir, Sejak jam13:26 tadi saya frantik kerana seorang adik yang telah pencen juga menjadi mangsa! Alasan yang diberi apabila sya fon bertalu-talu macam mana kawasan Chukai Bandar sudah dinaiki air 1metre lebih tinggi dan Bukit Bentok juga ampoh.
Antara alasan ade kawasan yang mangsa sudah di atas bumbung seperti Geliga dan air Putih! Katanya Bot tak mencukupi. Dan seorang lagi adik saya dari Kijal cuba mendekati kakanya tapi terhalang oleh air yang melimpah ruah dan arus deras. Katanya ade bot tersadai kehabisan minyak!
Adik-adik saya pindah dari Binjai ke Geliga tiga tahun lalu. Ini ialah pertama kali mereka berdua merasai banje besar sebegini. Pada siangnya dia bercerita ramai orang tua muda main air di jalan besar. Saya yakin mereka tidak sangka air menjadi besar dalam masa 1 jam!
Bayangkan bila pejabat Daerah memberi alasan `bot tak cukup' dan usaha menyelamat menggunakan bot dihadkan kepada jam 18:00 sahaja!
Saya terfikir boleh kah ramai lagi orang Asal Trengganu boleh menghulur tenaga dan bot untuk menyelamat bersama-sama JPAM, tentera dan Bomba.
Alhamdulillah, adik saya dan 29 jiran berjaya dipindahkan dengan lori. Dan kawan jiran yang besar hati menumpangkan semua di rumah kawanya, yang tidak banjir!
Ade juga insan yang peka dan perihatin memberi lebih ramai boleh ditempatkan di PusatP!
Saya harap MY boleh bagi teguran kepada MB ramai lagi memrlukan bot-bot dan minyak memandangkan banyak stesen minyak ampoh air!
Semoga selamat orang Trengganu, Pahang dan Kelantan yang menghadapi banjir kesemuanya!
Saya harapkan saudara sama menghebahkan! Saya tak dengar UMNO menyiarkan hal bencana yang dihadapi rakyat Marhaen dalam Dewan PAU tadi, jadi tertanya saya juga 56 tahun tapi setiap tenkujuh `hanya standby sahaja' yang saya dengar. Kali ini saya rasai sendiri!
Terima kasih, pihak yang berwajib dan jirann-jiran Taman Alamanda chikai kerana adik saya, 64 tahun, guru pencen, selamat!

Post a Comment