........... Tsunami Melayu - Pemimpin UMNO Jangan Perasan Lebih ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tsunami Melayu - Pemimpin UMNO Jangan Perasan Lebih !

Sunday, December 8, 20138comments

Isu yang ditimbulkan mengenai kemungkinan berlakunya TSUNAMI MELAYU telah lama dibincangkan dalam blog DT baik melalui artikel mahupun komen2 para pembaca yang dilihat semakin risau dengan cara Najib mengepalai Umno dan kerajaan. KAMI semua risau akan backlash pengundi Melayu dan Pribumi akibat sikap Najib yang tidk pernah mahu belajar dari apa yang berlaku.

Saya tidak hairan dengan tajuk Tsunami Melayu yang dimainkan oleh TMI ini tapi saya cuma nak sentuh apa yang saya lihat sebagai pandangan TIDAK SEDAR DIRI sebagaimana yang diluahkan oleh Tengku Adnan bila ditanya mengenai kemungkinan berlaku pula Tsunami Melayu pada PRU14.

“Tsunami Cina berlaku kerana Parti Kelentong Rakyat. Mereka mengelirukan mereka (komuniti Cina) sehingga berfikir (PKR) boleh menjadi kerajaan.

“Lihat apa yang terjadi kepada Umno. Kami menambah kerusi daripada 79 kepada 88 dan saya percaya kita akan menambah kerusi kerana rakyat tahu siapa yang boleh mereka harapkan,”

“Ia tak akan berlaku,”

Kolumnis Awang dari Utusan Malaysia hanya mengingatkan Umno -

“Barisan MT jangan terlupa diri dan perjuangan. Merekalah yang akan dipertanggungjawabkan jika Umno gagal mempertahan kuasa politik Melayu selepas ini.

“Waspadalah. Walaupun Umno kuat ia tidaklah kebal. Berjihadlah untuk menjadi parti yang disayangi terutama orang Islam, Melayu dan Bumiputera. Tiada pilihan,”

Pendekata - Jangan lupa perjuangan asal Umno ! Nak Ubah ke atau nak Transform ke atau nak diProgresifkan atau diLiberalkan, perjuangan ASAL demi Agama, Bangsa dan Tanahair tidak harus dipinggirkan.

NO KOMPROMI !  Pendekatan mungkin boleh diubah supaya sesuai dengan peredaran masa tapi ASASnya tidak harus diubah. Kerana itulah UMNO. 

Jika tidak setuju atau merasakan asas Umno itu sudah tidak lagi sesuai, maka keluar dan tubuhlah parti baru !

Tapi apakah Umno sekarang dibawah Najib masih lagi SAMA dan mengekalkan asas perjuangannya ? 

Tidakkah anda terasa pemimpin2 Umno sudah KELIRU antara Umno dengan BN ? Umno itu apa ( begitu juga Mca, Mic, Gerakan dan lain2 parti komponen ) dan BN itu apa ?

Balik kepada kenyataan Tengku Adnan di atas -

“Lihat apa yang terjadi kepada Umno. Kami menambah kerusi daripada 79 kepada 88 dan saya percaya kita akan menambah kerusi kerana rakyat tahu siapa yang boleh mereka harapkan,”  

Adakah kenyataan itu menunjukkan yang pemimpin Umno INSAF dan SEDAR apa yang sebenarnya berlaku pada PRU13 ?

Untuk kesekian kalinya - Pengundi Melayu dan Pribumi memilih Umno BUKAN kerana mahukan Umno tapi kerana takut dengan Dap @ PR ! Kami pilih Umno kerana tidak ada pilihan lain.


Pemimpin Umno tolong jangan PERASAN LEBIH !

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 8, 2013 at 3:24 PM

Aku yakin jika pas kembali kepada landasan yang betul ... Umno akan hilang taringnya ... Orang takut undi pas kerana persahatan pas dengan dap dan dap menjadi ketua kepada pas ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 8, 2013 at 3:44 PM

rasanya tidak mau lagi memilih UMNO di PRU akan datang, tapi tak tau lak kedalam kotak mana yang akan dipangkah nanti. walau pun kebencian terhadap pemimpin UMNO sudah pun ke tahad maksima, namun masih lagi tercari cari parti yang lebih relevan untuk memperjuangkan nasib dan masa depan MELAYU/BUMIPUTRA. aku kira tsunami MELAYU akan berlaku dimana masa depan orang orang MELAYU/BUMIPUTRA akan terus tenggelam. kiranya Najib sayangkan agama, bangsa dan negara, eloklah letak jawatan. orang UMNO wajib bertegas untuk mendesak Najib mengundurkan diri saperti Pak Lah. CUKUPlah dengan kerosakan yang telah dia lakukan dan janganlah pulak bangsa MELAYU/BUMIPUTRA dimusnahkan sama sekali.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 8, 2013 at 3:53 PM

Kalau kita tengok kempen PRU14 banyak perhatian di beri kepada bangsa cina. Tengku Adnan patut jangan perasan sebab 51% rakyat benci kan BN/UMNO. Sekurang nya undi popolar votes patut jadi indicator yang mecerminkan mereka sudah lemah. Semua pemimpin UMNo tak mahu iktiraf bahawa kerana orang melayu BERSATU kerana benci kan Anwar supayah dia tak menjadi PM,undi di berikan UMNO bukan sebab Ah Jib Gor atau Kak Ros di sukai.

Alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 8, 2013 at 4:19 PM

@MrDn Mereka yg tidak mengguna akal sahaja yang pilih PAS ..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 8, 2013 at 5:47 PM

Melayu Tsunami akan berlaku jika pemimpin Melayu masih dibuai mimpi yang mereka kebal dan tak mungkin ditewaskan. PKR dan PAS akan berusaha berhabisan2 mempengaruhi Melayu dengan mengatakan UMNO rasis dan tidak adil. Satu sikap pemimpin2 UMNO yang tak baik, suka cantas mencantas dan ego dengan kedudukan. Sekarang Islam bukan lagi jadi pegangan setengah2 Melayu untuk penyatuan. Mereka tidak kisah Melayu tumbang kepada Cina. Yang penting bagi mereka, mereka puas hati. Dengan kelalaian pemimpin UMNO akan sebabkan ajaran sesat dan seleweng dari Islam berlaku dimana pengikutnya takan undi UMNO. Jangan lena pemimpin UMNO terutama Najib ! Cina tetap takan menerima Melayu sebagai pemimpin mereka di Tanah Melayu ini !

Nana

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 8, 2013 at 9:20 PM

maaf..lepas ni umno TIDAK AKAN dpt undi aku lg..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 8, 2013 at 9:48 PM

aKU pON SAMA... tAPIaKU TAK aKAN uNDI pEMBANGKANG... Aku Tak Nak Pie Undi...

Biarlah apa nak jadi 5 tahun akan datang... Memang A Kader Jasin cakap Betul... MT UMNO bachul, PONDAN.. Lemah Tak Boleh Tegur Nasihat Haram jadah Najib nieh.. Boros, Membazir, Slogan Ntah APs2...

Apa jasa Najib setakat memerintah dah dekat 10 Tahun... YEEE LEEEK KOSONG...

YG ADA KERA (NKRA)... Peliknya Tun Dollah Pon ada Slogan... KORIDOR... Najib pulak Satu itu ini... KeDua2nya Lemah lagi bahalul... kasi org lain perintah...Konsetan.. Rosmah Giler Tamak Kuasa...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 9, 2013 at 3:14 PM

Ya Allah !, Berikan kepada kami pemimpin yang baik untuk mengembalikan perjuangan ASAL bangsa kami, ugama kami dan negara kami. atau lahirkan daripada kami seorang pemimpin dan sebuah parti yang baru yang boleh membawa kami ke matlamat perjuangan asal kami itu. AMIN !

Post a Comment