........... Tambang LRT Naik ... APA LAGI NAK NAIK ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tambang LRT Naik ... APA LAGI NAK NAIK ?

Wednesday, December 11, 201325comments



Tambang bagi pengangkutan awam jenis LRT dan monorel dijangka naik pada tahun depan.

"Sudah 10 tahun tambang tak pernah dinaikkan, jadi kadar tambang LRT dijadualkan akan naik tahun depan," kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Alba. - SINAR.

Fuuuuh , lega kejap .... saya mati2 ingat kerajaan nak bagi alasan ' Naik LRT membahayakan kesihatan rakyat, jadi kerajaan cadang nak naikkan tambang !

Kreativiti pemimpin kerajaan dalam memberikan komen / jawapan adalah  .......UNIK.

Seriusli, siapa yang boleh jangkakan alasan bagi kenaikan tambang LRT/Monorel adalah - Sebab dah 10 tahun tak naik !


Kepada mana2 Menteri atau pegawai kerajaan yang paling kreatif soal menjawap, apakata jawap soalan ini -
Kenapa tak umumkan semua ini SEBELUM PRU 13 ?

Adakah kerana SEBELUM PRU13 negara banyak duit, duit ditabur begitu saja ....negara kaya ! SETIAP KALI berhimpun, setiap kali itulah Najib akan umumkan hadiah kepada rakyat. Siapa yang berani pertikaikan kemampuan kerajaan berbelanja mewah, akan ditempelak. 

Lepas PRU13 harga barang akan naik .... ITU FITNAH ! Apa bukti nya ? 

Lepas saja PRU13, tiba-tiba jer kerajaan macam dah ...... takde duit ?

Padahal ekonomi dunia tak banyak berubah mana pun. Kenapa kerajaan Malaysia macam dah pokai ?

Tolonglah Rosmah ..... Serius ni, sikit pun tak der niat nak sindir. Saya percaya sepenuhnya 100% kata Shahidan yang Rosmah ke Tanah Arab sebab nak cari pelabur. Tolonglah, percepatkan pelaburan tu masuk .... kalau tidak .... APA LAGI NAK NAIK ? ?

Share this article :

+ comments + 25 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2013 at 12:00 AM

tiba masa untuk rakyat punya darah naik



The Real Malaysia Spring

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2013 at 12:21 AM

Apa pembangkang kata pasai BN ini dah mula jadi betui selepas PRU.Ini mesti kerja Idris Jala yang 'leak' info ni kepada Teresa Kok(mereka pegi sama gereja) untuk pembangkang guna info untuk memburukkan BN. Will its working!!!!

Alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2013 at 12:30 AM

lepas ni PR naik BN turun la

....................
Reply To This Comment ...................
December 12, 2013 at 12:48 AM

Habislah smngt juang org UMNO sbb pemimpin rosak akal. Najib mmg sgaja cari pasal dan tipu rakyat!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2013 at 1:28 AM

Aku dah kata,lepas PRU-13,semua naik,dalam manifesto pong takda mengatakan TOL,MINYAK,LETRIK,LRT malah GST.Aku bukannya pandai sangat dalam bidang ekonomi,tapi kalau dah jadik mcm nih,bukan saja pembangkang akan marah,malah penyokong BN akan menentang.Aku anggap kerajaan dah melampau lampau,tak cukup ker apa yang dah ada,kalau nak KEUNTONGAN berlipat lipat kali ganda,pi lah melaboq kat luar negara,bukannya membuat KEUNTONGAN atas keperluan asas dalam negara.Dah lah gaji naek ciput,barang naek berkali kali ganda.Aku ucapkan tahniah barisan kabinet yang dilantik ada yang terdiri dari MENTERI KELAS DUNIA KETIGA.HAMPEH!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2013 at 1:34 AM

Ni lah Syed Albar yg buat pengumuman ..naik naik naik..tapi perkhidmatan naik tak mutunya?? Mana menteri pengangkutan? Terus umum naik? Yang sampai billion billiioin punahsihat tu boleh tak pikir benda yg simple mcm kenaikan perkhidmatan ni? Sy selalu guna STAR dan Kelana Jaya line dan kadang2 bas. Kalau pergi bandar besar barat (eg Boston MBTA), JADUAL BAS PUN ADA (tak ada alasan bandar tu sibuk). Tren pun ada "deklarasi" jadual / kekerapan. Kat Malaysia ada ?? Tak ada!. Ni terus mintak NAIK! Yang STAR punya line pun lif dia tak semua berfungsi (ada yg lif murah tu mrk dah pasang tapi tak jalan2 dah dekat 2 tahun!..jadi perhiasan). Lagi contoh, stesyen STAR Pudu dan Sentul Timur dan Bandaraya - ada pasang eskalator, tapi tinggal macam tu aja,.. dah pasang.. tapi tak jalan!. Jimat letrik. Nak unttutuuuung aja lagi. Ada SPAD melawat kenapa eskalator tu tak jalan jalan tapi dah pasang dekat 2 tahun??

Menteri ada pikir ke benda ni.. alih alih nak naik aja?? Sampai billion pulak tu lantik punahsihat!. Apa KPI STAR/PUTRA/RAPID pulak utk perkhidmatan? Untung 200% next year? Masuk angin keluar asap.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2013 at 6:37 AM

Jangan cakap pasal SPAD sebab yang didalam SPAD tu boleh dikatakan semua buta kayu ...terutamanya encik azmi(cikgu azmi)Cakap berdegar degar tapi dengan SCOMI jadi macam tikus jatuh dalam air.....Nak tanya Berapa SCOMI bayar ..
Prasarana tidak diurus denganmbaik Merika mengurus macam mengurus harta rampasan perang ....belanja ikut suka hati mak bapak dia orang aja .SPAD jadi kambing hitam oleh pihak Pemandu .....SPAD patut dibubarkan ....Kenaikan tambang akan membebankan penguna ...sepatutnya kerajaan mengarahkan TNB memberi kadar istimewa kepada perhidmatan pengangkutan awam.Lagupun TNB dan Prasarana adalah syarikat milik kerajaan .....Ayoh rayaat Malaysia kita piket desak kerajaan batalkan kenaikan tarif letrik .......Buat persiapan pada awal tahun kita turun kejalan kita bersatu bantah keputusan Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2013 at 6:38 AM

atok aku selalu citer ngan kengkawan dia harga barang asyik naik tapi dia punyer tak naik naik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2013 at 7:07 AM

Aritu bila kjaan naikkan harga minyak, dia suruh kita bjimat, means kurangkan guna kenderaan sendiri dan naiklah pengangkutan awam.. Pas tu tup2..tambang kenderaan awam pulak dia naikkan.. So skrg ni nk suruh rakyat baik basikal pulak jer? mana najib??? Dia patut beri penjelasan yg meyakinkan kepada rakyat kenapa kenaikan berlaku secara berturutan dalam sela masa yg singkat??? apa UPU tak kaji je kesan semua kenaikan ni??? Cara dan gaya pentadbiran najib sendiri yg mengundang isu..so jgn salahkan rakyat bila mereka lps ni akn lebih mudah percaya "fitnah" PR sbb najib sendiri yg mengesahkan nye...
UNDUR..UNDUR.. UNDUR NAJIB!!
MANSUH..MANSUH.. MANSUH PEMANDU!!

....................
Reply To This Comment ...................
December 12, 2013 at 7:53 AM

Bro, bila saja TNB naik kan tarif eletrik maka sudah pasti "domino effect" akan berlaku dan ini tidak dapat dielakkan. Kita tunggu saja sampai February 2014 tengok lah apa yang bakal berlaku dan silap haribulan bila rakyat sudah tak dapat bertahan lagi dengan ditambah pulak "simbahan minyak" oleh puak puak pembangkang tidak hairan jika berlakunya "Malaysian Spring" seperti yang di warwarkankerana semua harga barang dan perkhidmatan pasti akan naik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2013 at 9:00 AM

Bagi BR1M $500 kepada rakyat, belakang kita ambil $1000 dari kocek kita. Dengan naik nya harga minyak,gula dan electrk ia memberi alasan kepada orang CINA untuk naik kan harga harga makanan.

Ah jib Gor punya wawasan HIGH NATION INCOME adalah satu bala untuk rakyat. Sebelum pemdapatan kita di naikkan,kos sara hidup di naikkan dahulu. Kita nanti akan jadi macam Indonesia,Thailand dan Philippines di mana GAJI/PENDAPATAN mereka BERJUTA JUTA rupiah/baht/pesos sehari tapi kuasa membeli adalah kecil.

Apa guna kalau gaji tinggi tapi barang mahal?

Alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2013 at 9:38 AM

yang tak naik hanya "barang najib".
yang tak dinaiki adalah "bini najib"
yang naik adalah "bini najib" siap naik jet peribadi lagi.

din ...
engkau dok kutuk najib ni ... nanti dia kata engkau penderhaka negara pulak kerana tidak sama membantu negara untuk mbayar penatsihat con-setan dan kos penerbangan "bini najib".

tak pun pembodek najib kata engkau dah jadi propembankang pulak. puak ni seronok kalu engkau puji segala kenaikan yang najib buat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2013 at 10:19 AM

Cuba baca sampai habis alasan kenaikan tu. Sebab kos Elektrik NAIK...so tak kan syarikat nak tanggung...kena la pass kat pengguna. Nampak tak puncanya. Puncanya kenaikan ELEKTRIK. Pas ni semua barang pasti naik harga sebab kos elektrik mereka dah bertambah. Sapa yang kena? Pengguna jugak. Sapa kata lebih 70% pengguna tak dibebani dengan kenaikan kos elektrik? Kesan domino nya tu yang pengguna tak tahan.
-zam-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2013 at 10:30 AM

Cik din,
Sepatutnye kalau dah lama operasi keuntungan dah makin bagus sebab kebayakan kos dah ditampung. Kenapa pula nak naik, patut makin murah. Patut share bagi rakyat semula dalam bentuk kredit ke touch n go.
Yg best pi tgk berapa kos pengambilan semua asset, lagi murah dari bayaran penasihat.

Yuyu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2013 at 11:27 AM

@Anonymousini tak mungkin bro... sebab melayu dah kembali sokong umno, tsunami melayu lah katakannn!! Jadi cakap biar beradab.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2013 at 11:30 AM

@AnonymousMenteri kelas dunia...... ketiga? kenapalah tepat sangat tuduhan awak?!!! he he he!

....................
Reply To This Comment ...................
December 12, 2013 at 11:30 AM

@AnonymousHehehehe ... Sekadar spin untuk menghibur pembaca :)

Sekarang apasaja alasan baik logik atau tidak keatas apasaja kenaikan harga barangan/servis, rakyat dah malas nak dengar. Rakyat cuma tahu - harga naik.

Point utama artikel adalah - APA LAGI NAK NAIK ?

....................
Reply To This Comment ...................
December 12, 2013 at 11:30 AM

Bro,
Aku yg cool ni dah mula naik angin. Dah la doktor kata bp aku tinggi sekarang ditambah pula berita2 naik tambang LRT.
Aku selalu naik peng awam seperti LRT Kelana Jaya dan Rapid bas. Warga emas seperti aku ni dptlah separuh harga. Kalau naik tambang LRT nsiklah juga tambang aku.
SPAD patut tgok operasi bas Rapid. Mcmana nak kursngkan kos operadi. Ini aku perhatikan bila bas tsk berjalan di stesyen kelana jaya engin bas sentiasa on. Meka ingat engin tu on tak pakai minyak ke. Setiap satu round (KJaya-SubangJaya) mskan masa 1 jam dan driver dan bas akan rehat 1/2 jam. Tak kah ini membazir resources. Patutnya SPAD dan Rspid Bus fikir dulu mcmana boleh kurangksn kos operasi dan bukan ambil jalan mudah naikkan tambang.
Rapid bus juga telah membazirksn wang rskyat dgn memasang mesin top'up didalam bas yg sekarang mengalami masaalah teknikal. Masaalahnya mesin selalu x dpt menerima wang kertas. Dengan jumlah bas yg beribu dah tentu kosnya berjuta. Tak dgr pun pegawai2 Rspid diambil tindakan. Sekarang mesin tu masih ada dlm bas.
Kenapa tak dialih mesin tu dan diletak di Shopping Mall yg popular supaya pengguna boleh top up disitu dan tak menggangu org turun nsik bas.
Bro, kos opetasi boleh dikursng tspi pegawai2 Rapid ni malas berfikir. Yg aku dengar boleh pulak bagi bonus tahunan.

....................
Reply To This Comment ...................
December 12, 2013 at 11:40 AM

@Esa AdamSabar bang .... ni mesti tengah panas ni, taip pun laju jer ..... huruf 'a' banyak yang ditekan 's'

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2013 at 12:18 PM

Alaaaa Din, tambang lrt naik ..hal kecik la.
Lagipun jadual perjalanan lrt dah improve banyak... Cepat ...tak cam dulu.
Masaalah teknikal yg mengganggu perjalanan pun dah jarang berlaku.
Masaalah air-con pun dah takde lagi.

Hanya advertising kat badan lrt perlu improvement.
Lrt mesti advertise wajah-wajah Rosmah Mansur di setiap badan lrt sebab wajah-wajah Rosmah Mansur bila di tatapi sepanjang perjalanan, dapat menghilangkan stress dan memberi ketenangan. Bau-bau ketiak yang hangit pun tidak akan terbau apabila menatap wajah Rosmah Mansur.
Aku betul2 harap SPAD ambik serius cadangan aku ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2013 at 12:19 PM

apakah segala yang naik ini merupakan satu petanda kecapaian pemandu dan con-setan penatsihat ah jib gong . ..
kalaulah itu kpi mereka kita kena bersedia dengan kenaikan banyak perkara dan benda lagi ...
sat lagi blogger pro ah jib gong akan memuji usaha ah jib gong membebankan rakyat nga kenaikan tersebut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2013 at 12:31 PM

salam,

tu yg penyokong bn tak boleh tahan bila sembang kat kedai kopi. undi bn, dapat la barang naik harga. ahli umno tak terasa pasal mereka dah ada lifestyle yg tak apa barang naik no hal. mereka terima semua yg presiden cakap. itu semua lifestyle untuk negara maju. harga barang mesti mahal. kalu barangan murah, bukan negara maju, tak terasa pun gaji naik bila barang dah naik. bahagian barang naik harga sesuai dengan bn, tak ada sapa yg nak komen. bn = barang naik. barang dot dot dot naik memang suka, tapi barang keperluan naik tak boleh tahan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2013 at 2:42 PM

BIJAN mesti UNDUR!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2013 at 5:02 PM

Macamane nak bagi Najib letak jawatan? Sesape buleh bagi idea?

....................
Reply To This Comment ...................
December 14, 2013 at 3:11 PM

@Anonymous

Ha ha, comment terbaekk ah

Post a Comment