........... SisterHood Among FLOMS ? @ Campurtangan FLOMs Dalam Urusan Negara Luar ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

SisterHood Among FLOMS ? @ Campurtangan FLOMs Dalam Urusan Negara Luar ?

Sunday, December 8, 20136comments

Artikel pendek ini sekadar mahu meluahkan satu persoalan ekoran pendedahan kebanggaan Najib semalam terhadap jasa Rosmah kepada negara dalam membantu misi penghantaran balik pelajar2 kita di Mesir termasuk pembebasan seorang pelajar kita yang telah dituduh sebagai perisik. ( KLiK )

"Saya minta isteri saya menelefon isteri presiden Suzanne, merayu untuk membebaskan (pelajar itu), dalam dua jam, pelajar kita dibebaskan,"

Begitulah kata Najib semalam.

KALAULAH anda jadi rakyat Mesir dan membaca kenyataan di atas, apakah perasaan anda ? 

ATAU KATAKANLAH anda baca satu kenyataan dari seorang PM negara ASING yang mengaku didepan rakyatnya - " Saya minta isteri saya menelefon isteri PM Malaysia xxx, merayu untuk membebaskan ( pelajar itu), dalam dua jam, pelajar kita dibebaskan "

Tidakkah anda terasa wujud satu unsur CAMPURTANGAN LUAR yang telah menghasilkan satu SALAHGUNA KUASA dipihak pemimpin2 negara dan dalam kes ini - Campurtangan dan Salahguna Kuasa dikalangan ISTERI2 Pemimpin dalam perjalanan kerajaan ? !

Ya, saya sebagai rakyat Malaysia berTerimaKasih kepada jasa Rosmah yang telah menggunakan pengaruh beliau dalam membantu pelajar2 kita itu. TAPI cuba fikir .....

Apakah tidak mungkin perkara sama berlaku ( telah, sedang atau akan ) kepada negara KITA dimana ISTERI pemimpin luar menelefon ISTERI PM kita merayu supaya dilakukan sesuatu untuk membantu rakyatnya yang sedang berdepan masalah undang2 negara kita .... dibantu dengan segera tanpa mengikut SOP undang2 negara kita ?


Apakah ini yang dipanggil sebagai SISTERHOOD AMONG FLOMs ? Apakah ini yang dipersetujui semasa Persidangan FLOMs SeDunia ?

Ya, kalau kena pada rakyat kita diluar negara kita mungkin suka dan berterimakasih, tapi kalau kena pada rakyat lain di negara kita - BAGAIMANA ?

PS -Tidak mustahilkan - I help u, u help me ? 

Mungkin Najib kena tampil dan buat kenyataan, walaupun Rosmah pernah buat ( minta bantuan isteri pemimpin luar supaya bantu rakyat kita ) tapi perkara seumpama itu TIDAK AKAN BERLAKU pada beliau dan negara kita. 

Hiasan - First Ladies of The Arab World

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 8, 2013 at 3:10 PM

habis rahsia kerajaan digenggam oleh floms...

....................
Reply To This Comment ...................
December 8, 2013 at 3:49 PM

kes seumpama tu mungkin takdak (apapun check dgn wisma putra), tapi ada dak kes yg the other way round iaitu 'wanted but protected'?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 8, 2013 at 3:58 PM

tu pasal la bila ah jib gor jadi pm, maka flom pun muncul juga. kalu tak dapat makan laki, boleh makan isteri. kalu isteri dah dimakan, maknanya, pm pun dah kena telan. tu pasal ramai yg dikaitkan dengan flom, maka pm ah jib gor pun terlibat juga la. setakat dua jasa apa nak hairan, TDM yg berjasa 22 tahun pun orang maki hamun, inikan pula flom baru 2 jasa. yg tak berjasa pun banyak juga, tu pun melibatkan pm. pm tak boleh lari kalu flom terlibat kerana memang skandal itu berlaku kerana pm ikut cakap isteri. banyak la menda orang nak korek.

tapi blog penyokong ah jib gor tak perlula masuk campur. kena cari lifestyle yg baru. jgn berpolitik 24 jam. biar aje ia berlalu. bila dah lama, bro din pun jelak juga nak cerita jasa kak mah. tu belum lagi baca buku bibliografi. tak ada org nak sponsor ke?

....................
Reply To This Comment ...................
December 8, 2013 at 5:33 PM

Bro,

Bagaimana kalau istri Presiden Iran contact Rosmah minta rakyatnya dibebaskan kerana menteludup dadah ke negara ini?

Ini mungkin boleh berlaku.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 8, 2013 at 6:03 PM

Kak Ros kita ini adalah ANUGERAH TUHAN kepada rakyat Malaysia. Dia membebas kan rakyat Malaysia yang di tangkap di Mesir,membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir tanpa Visa, membawa FDI dari Negara Arab masuk Malaysia.

Kak Ros is what Anwar Ibrahim is to Wan Azizah!!!!

Next PRU14 saya nak undi Kak Ros aje and noboby else.

Alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 8, 2013 at 9:05 PM

kalau begitu, bini aku lagi banyak jasa berbanding rosmah..setakat bebaskan sorang pelajar yg ditahan ape barang? bini aku dah selamatkan beratus ratus nyawa dgn izin Allah..tak heboh pun.. pm mesia memang memalukan!

Post a Comment