........... Rosmah Dan Misi Jual Permata - Jangan Jadi Hipokrit la ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Rosmah Dan Misi Jual Permata - Jangan Jadi Hipokrit la !

Monday, December 16, 201324comments

Semalam saya dah beri sepenuh peluang kepada artikel Rosmah bagi menjawab isu Rosmah Dan Jet Eksklusif  ( KLiK ) ... tengok, blogger yang duk mempertahankan beliau pun tidak buat begitu ! ( Entahlah, kenapa saya ini sering ditohmah bagai konon saya benci Rosmah la ... i don't really understand all these people la ...)

Sebelum saya komen mengenai artikel itu, saya terpanggil untuk menyentuh sekali lagi mengenai salah satu program yang terdapat dalam pengembaraan Rosmah mencari pelaburan di tanah Arab ( mengikut cerita Shahidan ) itu, iaitu Program Permata.

"Satu lagi kebanggaan apabila Malaysia menjadi rujukan malah program Permata menjadi model ikutan beberapa negara termasuk UAE," kata Rosmah.


TAHNIAH Rosmah dan Permata ! Betul ikhlas giler nih ... Saya SOKONG Program Permata  baik dari segi konsep mahupun apa yang ingin dicapai melalui program itu.

TAPI Datin Seri Rosmah, tolong jangan jadi HIPOKRIT !

Apa barang pi jual Permata sampai ke Tanah Arab, ke Jepun ke merata dunia ..... kemudian merasa bangga bila negara2 luar itu semua memuji betapa bagusnya Program Permata, masing2 berebut2 nak tiru, dan akan ke seluruh pelusuk dunialah Rosmah pergi menjelajah menjual program Permata .... dan SELURUH DUNIA akan puji Rosmah @ Permata @ Malaysia .... TAPI di negara sendiri, PM Najib aka suami Datin Seri  sendiri tidak menghargai konsep Permata !

Biar saya jelaskan ....... Saya SOKONG konsep Permata. Sebab dalam Permata itu terdapat nilai2 yang cuba diterapkan oleh konsep Satu Sekolah -

Rosmah said that at the Permata Negara centres, the children found themselves in a comfortable and pleasant atmosphere without any feeling of racial difference, and together sang the “Negaraku” national anthem and learned the “Rukun Negara” national ideology. 

“At the Permata Negara centres, we want the children to undergo a good interaction process without coercion or the need for a special programme to foster unity among them,” she said. 

Rosmah said feedback showed that children who went through the Permata Negara centres underwent a process of healthy mingling whereby they were able to pick up the dialect or language of the other communities. ( KLiK )

TAPI Permata negara cuma setakat pra sekolah ie sehingga umur 5 tahun....... bila masuk Sekolah Rendah, kanak2 itu semua akan DIPISAHKAN kepada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Vernakular mengikut kemahuan ibubapa mereka ...... APA BARANG ? ? ? Buang masa dan buang duit jer kalau Program Permata yang menelan jutaan RM itu hanya dipraktikkan sehingga kanak2 berumur 5 tahun saja ! 

Tidakkah itu MEMBAZIR namanya ? Apa faedahnya ? Bila masuk sekolah rendah, yang masuk sekolah cina akan chong cheng chong cheng  balik, tak bercampur dengan anak2 Melayu, segala proses healthy mingling  selama mereka dalam Permata down the drain. WHAT'S THE WHOLE POINT FOR ? ?

Ya, Permata juga ada cabang2nya dimana pengkhususan diberikan kepada beberapa bidang yang dikenalpasti seperti Pintar, Seni, Autisma bla bla bla dan semuanya itu juga menggunakan konsep Satu Sekolah yang sama. The healthy mingling thing ..

Tidakkah itu HIPOKRIT kerana ia tidak melambangkan apa yang MAJORITI murid2 di Malaysia praktikkan iaitu PENGASINGAN MENGIKUT KAUM ?

Jadi apa barang Datin Seri menjelajah keseluruh dunia MENIPU satu dunia konon Malaysia mempraktikkan konsep pendidikan terbaik padahal Program Permata itu hanya terhad kepada kanak2 sehingga umur 5 tahun saja.

Kalau dah bangga sangat dengan konsep Permata, jual dan yakinkan dulu suami Datin Seri ! Kalau PM Najib sendiri tidak dapat menerima konsep Permata untuk diterapkan dalam sistem Pendidikan Negara, tak perlu lah nak sibuk2 pergi jual ke negara luar. Duduk rumah saja. Sebab semua itu POYO !

Satu lagi, kenapa tidak jual sama konsep Sekolah Vernakular kepada dunia ? Lepas kita satukan mereka dalam Permata, kita pisah2kan mereka bila mereka mula mengenal dunia. Kita buat sekolah mengikut kaum2 majoriti yang ada. Pendidikan mengikut kaum. 

Kemudian tengok apakah mereka akan tetap puji Malaysia atau tidak ? Kerana itulah yang ada dan dipraktikkan di Malaysia. JANGAN JADI HIPOKRIT ! 

Datin Seri kena berbangga dengan kewujudan Sekolah Vernakular yang diperjuangkan oleh suami Datin Seri ..... dan konsep Sekolah Vernakular itu amat berlawanan dengan konsep Permata. 

Kalau Datin Seri Rosmah benar2 ikhlas dan mahu perjuangkan konsep Permata, maka perjuangkanlah di negara sendiri terlebih dahulu. Bukan setakat umur 5 tahun saja ..... atau khas kepada golongan tertentu saja. Tapi untuk SEMUA anak Malaysia. 

Yakinkan suami Datin Seri terlebih dahulu. Hapuskan Sekolah Vernakular terlebih dahulu. Selagi wujud Sekolah Vernakular, selagi itu negara tidak akan dapat selesaikan masalah Perpaduan Kaum.

PS - Sekali lagi saya tekankan - Saya SOKONG konsep Permata.

PS2 - Selepas ini saya akan komen isu Rosmah dan Jet pula .... tunggu .....

Share this article :

+ comments + 24 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 16, 2013 at 9:46 AM

din, mau jatuh terduduk rosmah kalau baca artikel ni ! Lepas ko jeck dia dengan artikel penjelasan, alih2 ko balun baik punyer ! but good points !

SOKONG SATU SEKOLAH ! HAPUSKAN SEKOLAH CINA !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 16, 2013 at 9:53 AM

"Yakinkan suami Datin Seri terlebih dahulu. Hapuskan Sekolah Vernakular terlebih dahulu. Selagi wujud Sekolah Vernakular, selagi itu negara tidak akan dapat selesaikan masalah Perpaduan Kaum."

Benar sungguh kenyataanmu Bro. Din. Tapi hanya suatu syarat yang saya hendak membangkitkan iaitu Kerajaan mesti naikkan tahap dan mutu sekolah kebangsaan dpd segi infrastrukturnya mahupun prestasi pendidik dan kurikulumnya. Contohnya ada sebuah sekolah menengah di Sri Gombak yang pagarnya bertahun-tahun roboh belum dibaiki dan padang bola sepak yang berpasiran, separuh luasnya bertakung air bila hujan besar. Bangunan dan kawasan sekolah sangat sempit dan tua macam tertinggal zaman, tidak ada dewan rasmi dan upacara, tak ada facility yang ada pada sekolah baru bertapak luas . . . . dan sebagainya. Sekian maklum, semoga kita di kurniakan perubahan yang berkualiti

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 16, 2013 at 9:53 AM

Konsep kerajaan dan PM yang boleh di anggap 'schizophrenic'.Isteri Ah Jib Gor mahu semua bangsa bergaul dan Ah Jib Gor pulak hormat kehendak bangsa Cina untuk tidak mahu bercampur dengan kita melayu sehingga sanggup funding sekolah mereka selagi ada bintang dan bulan untuk hidup cara begini

Bagi golongan bangsawan laki bini ini mereka sangat jauh dari reality masyarakat Malaysia. Mereka sangka orang cina akan suka mereka balik jika mereka memberi apa cina mahu cuma mereka tak sedar,orang cina mahu mereka out of the government . Dan bagi orang melayu kita ini walau apa yang di janji oleh Ah Jib Gor ditepati, tapi apa yang di jaja dan di tuduh oleh pembangkang sudah jadi KENYATAAN JUGA ia itu harga barang2 akan naik bila BN memang!!!

Alfie

....................
Reply To This Comment ...................
December 16, 2013 at 10:50 AM

'program Permata menjadi model ikutan beberapa negara termasuk UAE'

selain uae (syurga beli lepas tu belah), namakan 2 atau 3 atau semua negara lain. adakah negara2 tu mempunyai masalah yg sama dgn m'sia? (pembelajaran & pendidikan mengikut kaum). setakat mana masalah ni telah selesai, mana facts & figures, yg aku tau duit rakyat dah belambak diselesaikan oleh permata. projek plkn pun sama.

....................
Reply To This Comment ...................
December 16, 2013 at 11:23 AM

Sebenar nya isu pendidikan ini adalah isu untuk TPM tangani. Sepatut nya isteri PM bekerjasama dengan TPM, satu kepala merangka satu dasar afirmatif pendidikan dari awal pra-sekolah yang di perkenalkan dalam projek DS Rosmah.

Cuba fikir :-

1. Mana mungkin Dasar Pendidikan Negara di abaikan sehingga ada dua kepala pelaksanaan ? Satu di peringkat pra dan satu lagi memasuki alam persekolahan sebenar mengikut dasar-dasar asas di persetujui dalam rombakan rasmi ? Betul kata din, Permata menjurus ke mana ? Modal terlibat begitu besar.

2. Untuk memperkasakan Sek. Kebangsaan, perlu pengorbanan besar. Apa yang sedih, anak-anak menteri di didik mengikut kurikulum antarabangsa ( sekolah antarabangsa) manakala majoriti anak-anak rakyat dalam bentuk yang di dasarkan. Apa beza anak-anak menteri melayu, cina, india dan lain-lain kaum yang serba mampu membuat pilihan mereka sendiri ? Tidak kah ini satu bentuk pembezaan dan kurang ajar ? Boleh kah mereka memahami etika kerakyatan ?

3. Sepatut nya dasar pendidikan menjurus satu Pegangan Kebangsaan. Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris berpadanan. Teknik dan cara pembelajaran berhemah mengimbangi modernisasi dunia seiring dengan pembentukan akhlak mulia bersandarkan kesederhanaan fahaman agama Islam (sejagat) dan fahaman murni anutan agama lain berfungsi sebagai benteng ke 'Malaysia' an. Di satukan dalam acuan berangkai demi menjadikan semua rakyat berilmu dan menerap kukuh aspirasi kebangsaan.

4. Sudah sampai masa nya subjek Matematik, Sains, Bahasa Kebangsaan mesti di lengkapkan dengan Bahasa Inggeris dan beberapa bahasa pilihan di peringkat permulaan sekolah Agama/pondok/tahfiz di perkenal dan di selaraskan. Pendidikan berasaskan teknologi dan interaktif di permudah kan (simplified learning) menjaring semua persekolahan. Memertabat Perlembagaan.

5. Sekolah vernakular tidak boleh lepas bebas. Mereka mesti terikat dan mematuhi amalan kebangsaan. Persatuan yang mempertahankan satu etnik cina mesti di bubar, wujud di atas hanya satu landasan. Partipisasi memperelok dan memberi cadangan memperkasa satu pendidikan demi menjadi rakyat sebenar wajah Malaysia. Bukan wajah China, Hongkong dan Taiwan, India dan Melayu. Kita sudah saksikan kecelaruan dan carca marba

Demi itu, memang wajib dinturrtle gambarkan kegusaran. Melayu sering di perbodohkan mengikut 'kemahuan' pihak atasan. Walhal kita semua rakyat biasa menentukan apa yang kita mahu setelah memilih, yang mesti di gubal pemerintah. Jika kuasa politik itu satu keceluparan, apa guna pilihan di tangan ? Memang susah kerana sudah wujud pula dasar bulan dan bintang. Pendidikan anak-anak bangsa masih menjadi ujikaji dasar-dasar yang di penuhi kesamaran masa depan. Kaum cina masih dengan kekuatan cauvisnisma.

Mana kualiti untuk kuantiti yang kita idamkan ? Kecuali mereka semua di didik menyokong pembangkang. Salah siapa ?

(....panjang skit din. dah naik bonci lak...harap pagar, pagar makan padi... apa yang nampak kaum cina makin gembira dan berkokok naik roket tanpa melayu dalam agenda mereka...percaya lah bangsa melayu akan mula bergaduh sesama sendiri, masih hidup dalam kedaifan dan di hambat kenaifan nyata...bopocah juo dalam konflik identiti...)

....................
Reply To This Comment ...................
December 16, 2013 at 11:50 AM

Berkajang 'Din' mempuluh..tapi..tak pa..inshaallah..harap ada yang 'mengangkat' supaya di'revamp' semula keperluan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 16, 2013 at 11:54 AM

admin nampak dah naik minyak. kalau tak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya. nah sagunya dah melempah lelah. murai yang begitu galak berkicauan pun senyap seketika bila mendengarkan gendang perang yang berbunyi nyaring. setiap permulaan yang baik hendaklah diakhiri dengan baik juga. PERMATA sememangnya baik dan sepatutnya digalakkan dengan ditambah lagi pembinaanya. tujuanya baik dan amat dialukan. kalau boleh keterusanya juga hendaklah diyakinkan. PERMATA menampakkan pembaziran disebabkan Sekolah Vernakular. ini satu hakikat yang kita tak dapat nafikan. pelajar PERMATA hanya belajar pada had umur yang masih kecil didalam masa yang terhad. mereka akan meneruskan pelajaran ke sekolah samada Kebangsaan atau Vernakular didalam jangka masa yang lebih lama sementara menunggukan kedewasaan. sekiranya segala apa yang dipelajari dan dididik di PERMATA tidak dapat diteruskan hingga ke alam dewasa, berarti kerajaan telah kerugian. PERMATA telah dibina dengan menggunakan duit rakyat tetapi hasilnya TIADA.

sepatutnya Rosmah kena brief Najib sebelum PERMATA direalisasikan. oleh kerana PERMATA sudah pun menjadi barang dagangan, Rosmah belum terlambat memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada Najib. barulah rakyat tak bising Rosmah memperomosikanya keluar negara. ini dahlah bazirkan duit dengan PERMATA ditambah lagi pembaziran lawatan keluar negara memperomosikanya. itu sebab rakyat tertekan dengan kenaikan harga barang. mungkin ianya amat baik dinegara luar sebab scenario ethniknya tidak saperti Malaysia. juga sistem pelajaranya yang berbeza.

....................
Reply To This Comment ...................
Mapeng
December 16, 2013 at 12:00 PM

Din, semua org pun mempunyai pandangan sama spt cik din ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 16, 2013 at 12:11 PM

Suka nampak dapat peluang belasah sekolah Vernakurangajar??..Hehehe..Teruskan belasah Din..Jangan bagi peluang sekolah nie bertapak/atau sekurang-kurangnya berkembang lagi dan lagi kat Tanah Melayu..

....................
Reply To This Comment ...................
December 16, 2013 at 12:19 PM

@maaePeeergh .... terlopong den baco ! Kelas bahaso dan kualiti komen ekau. TABIK !

Lagi2 yang nombor 3 .... poning kepalo den nak monafsir hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
December 16, 2013 at 12:21 PM

@MapengKecuali Najib yang disokong oleh DongZong !

....................
Reply To This Comment ...................
December 16, 2013 at 12:22 PM

@dinturtledan Umno yang terus menyokong apasaja tindakan Najib

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 16, 2013 at 12:37 PM

Bro Din,

Sebelum kita cakap banyak, kena ingat TPM merangkap Menteri Pendidikan beri jaminan sekolah vernakular akan tetap wujud selagi ada bulan bintang. Kita cakap bnyk pun tak guna bro, kat atas tu Bapak Vernakular ketua depa!

....................
Reply To This Comment ...................
December 16, 2013 at 2:02 PM

Satu satunya blogger pro umno yang ada otak. Gua respek lu bro din.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 16, 2013 at 2:14 PM

Kalau Kak mah dgn permata, maka sang suaminya pulak dengan PLKN.. dua-dua pun sama... Permata cuba nak satukan bangsa dgn bawa budak umur 4, 5 tahun yang tak tahu apa-2, konon nak serap perbezaan kaum... budak umur 4-5 tahun apa yang dia tahu?. PLKN pulak nak mengintergrasikan kaum dlm masa 3 bulan yang mana sebelum tu dipisahkan lebih dari 10 tahun... ini semua cerita nak habiskan duit negara, nak bagi jalan projek saja. entah mengapa selepas PRU13, apa saja yang dikatakan oleh Najib, aku rasa tawar, suam dan meluat??? padahal sokong dia bagai nak rak sebelum tu.
anyway, saya setuju 100% dgn pandangan DT... harap kak mah baca dan pahamkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 16, 2013 at 3:52 PM

salam,

nampak sangat la kak mah suka bangat kalu dipuji. makin tinggi darjat orang memuji, makin kembang kak mah memakan puji. dah orang lain tak buat, kita jer buat, memang la orang puji. bila dah semua buat, tengok pulak sapa yg terbaik. dulu bukan main lagi org puji pemain sepak takraw negara, la ni, dengan korea pun kalah bila seluruh dunia dah pandai main takraw. kira boleh bangga sebab mula dulu la.

kalu kita pi kenduri dan makanan tak masuk selera kita, takkan nak kata lauk tak best kat kawan. kita kata ok, dan salam hulur juga duit, berbudi pekerti.namanya. adakah sesuatu program itu untuk tunjuk kat orang luar kita yang mula melakukannya atau itu adalah satu kajian yang teliti dan perlu dilakukan untuk kebaikan masyarakat malaysia pada masa hadapan. bukannya projek nak popularkan diri.

dari cerita kak mah pulak, beliau menceritakan apa yang dibuat olehnya. bukannya orang luar bertanya kejayaan projek yang dilaksanakannya sehingga membuat rakyat malaysia mempunyai ramai permata pintar dan terbukti dengan kejayaan diperingkat antarabangsa bila permata pintar berjaya melancarkan roket ke angkasa lepas. itu kalu ada kejayaan yg diiktiraf oleh negara luar. masa TDM, org yg ikhtiraf, bukannya TDM dok bercerita. org lihat dan menilainya, bukan pi jual sesuatu yg tak nampak hasil.

kita nak nilai kerajaan kita, tapi tak nampak macam mana nak nilai. semuanya kerajaan dok cerita. kita nilai bila orang bercakap baik hal negara kita dan pandangan kita diutamakan. tak nampak la pulak bab tu. setakap cakap, praktikal hampas banyak la macam aku juga ni. so, gamaknya sekarang kena tonjolkan kerja kemudian kasi gempak dengan negara luar, kemudian sendiri cerita ianya cam bagus jer, cam hebat jer.

....................
Reply To This Comment ...................
December 16, 2013 at 4:05 PM

@Anonymouserrr... Datin Seri, saya tak kenal siapa anon ni, ok !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 16, 2013 at 4:53 PM

Bro Din,macam Ah jib gor kata'malam ini adalah upahnya' untuk orang2 yang puji Kak Ros di sini nanti.
Saya bila terdengar kata kata Ah Jib Gor di PAU baru baru ini tak tahu macam mana nak react nak kata lucu tak lucu,nak kata STEAM dengar joke2 macam ni pun tak STEAM,saya cuma dapat bayangkan Ah Jib Gor dan Kak Ros sekatil....sehingga hilang selera nak makan hari tu.

Alfie

....................
Reply To This Comment ...................
December 16, 2013 at 5:58 PM

@Anonymousni satu lagi .... nak kata mencarut, tak juga. Bahasa elok ....Tapi nak lepaskan komen, macam ada yang tak kena ... hmmmmm

....................
Reply To This Comment ...................
December 16, 2013 at 6:00 PM

Den sapport 100% lah komen ngkau nih.

Timo Kasihlah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 16, 2013 at 11:24 PM

Salam ALFIE,

You punya Komen Memang Kelakaooor habis.... Tak dapat NNAK Bayangkan.... Haaa haaaa kahhh kaaahhhh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2013 at 2:14 PM

program permata difranchise ke negara arab ... keuntungnya pgi ke mana yea?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 21, 2013 at 1:11 PM

Susah kut nak hapuskan Sekolah Vernakular ni. Sbb ada dlm perlembagaan kan? Nak mansuhkan ni, nnt puak depa suruh mansuhkan hak istimewa Melayu pula..

Paan M.

....................
Reply To This Comment ...................
February 18, 2014 at 2:46 PM

mau permata beneran nih.....:)

Post a Comment