........... PM Najib - Saya Tidak Guna Pendekatan Populis ! Peeeeergh .... Cayalah Najib ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

PM Najib - Saya Tidak Guna Pendekatan Populis ! Peeeeergh .... Cayalah Najib !

Tuesday, December 17, 201327comments



"Saya boleh jadi perdana menteri yang berdiri atas platform populis, tapi dengan cara itu saya akan meranap dan merosakkan masa depan negara yang tercinta," katanya ketika merasmikan konvensyen tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) ke-26 di Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman.

Najib berkata, untuk itu kerajaan sentiasa memastikan setiap dana yang dikeluarkan dilakukan dengan berhemah bagi memastikan perbelanjaan mengurus tidak melebihi pendapatan negara.

Katanya, kerajaan tidak mahu sehingga terpaksa meminjam daripada institusi kewangan bagi melicinkan urusan pentadbiran, termasuk membayar gaji penjawat awam, kerana ia bukan sahaja akan menjejaskan ekonomi negara, tetapi juga 'resipi' yang boleh membawa musibah besar kepada seluruh rakyat.

Sehubungan itu, katanya,masyarakat khususnya penjawat awam seharusnya tidak mudah termakan dengan janji mengenai penjimatan hutang negara atau penurunan harga minyak yang dijanjikan puak tertentu, tanpa memperjelaskan punca kewangan yang akan digunakan untuk menampung pengurangan berkenaan.

Sementara itu, Najib turut menyeru setiap penjawat awam supaya melayan rakyat dengan baik kerana sebagai tulang belakang perkhidmatan kerajaan, tindakan yang dilakukan akan menjadi cerminan persepsi rakyat terhadap kerajaan.

"Kalau penjawat awam bekerja dengan baik, molek, beramah mesra, bersopan tapi berkesan dan tegas, maka pandangan dan tahap keyakinan rakyat terhadap kerajaan juga akan kian meningkat," katanya. - Bernama, 17 Disember, 2013.

PS - Sebelum dan Selepas PRU13.... sama tidak populis ?

- RM7.2 BILLION untuk konsultan luar itu berhemah ? Kenapa masih tidak ada perjelasan lengkap ?

- Nampak ke tidak kenapa rakyat bising dengan segala kenaikan harga sekarang ?

- Nampak ke tidak lagi kenapa rakyat marah kepada Rosmah ?

- Diperingkat kerajaan, apakah yang telah kerajaan lakukan / korbankan dalam saat2 gawat ini ? Kenapa masih kekalkan semua konsultan dan penasihat yang tidak berguna itu ?

MUNGKIN .... MUNGKIN SAJA rakyat masih boleh terima keadaan gawat ini dan bersama-sama kerajaan jika kerajaan terlebih dahulu tunjukkan yang kerajaan mahu bersama rakyat !



Share this article :

+ comments + 27 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2013 at 5:13 PM

Betul tu Diin, tepat sekali artikel saudara... Gred A 99% tepat. Kaum Cina 110% Tolak Ah Jib Gor... Tapi nasib Kaum Melayu yang menyokong... Itu pon tak sedar2 lagi... Tiket UMNO Barisan Nasional Bukannya Individuuuuu..

Hanya Tun Mader saja yg berjaya bawak Watak Individu... Alhamdulillah.. Semoga Allah Lanjutkan Usia Tun Madey dan Tun Siti..

....................
Reply To This Comment ...................
December 17, 2013 at 5:35 PM

Bro

Najib sudah lupa sejarah bagaimana Tun Abdullah dulu naikkan harga minyak secara mendadak. Dan akibatnya BN tidak dapat 2/3 pada PRU 2008.

Mungkin Najib ingat PRU14 lama lagi dan dia boleh buat penurunan harga segala jenis barang pada masa itu.

Najib dan penasihat2nya silap kerana rakyat tidak akan melupakan segala janji yang telah dibuat dan kemudiannya dimungkiri.

Yang sudah tentu tak mengundi BN dalam PRU13 tetap tak akan mengundi BN pada PRU14. Tapi bagaimana yang 47% ni bolehkah dipertahankan.

Wallah-wualam.

....................
Reply To This Comment ...................
December 17, 2013 at 5:50 PM

najib perasan best la tu.. dah tu semua yg keliling dia asik puji je.. takde pun yang ada telor mau sound direct. itu bab ekonomi, belum lagi bab agama kena hina. lagi ramai keliling dia yang takde telor. sudah2 la tu perasan best, nasib baik org xnak negara jatuh kat cina je, penyebab ko menang. tapi ko menang pun, cina tetap untung jugak... haiii.. kalau kalah pasni jgn cakap pasal populis ke, tsunami ke, syiah ke, khatulistiwa ke.. duduk diam2 makan megi sudah..

....................
Reply To This Comment ...................
December 17, 2013 at 6:02 PM

tak populis lah sangaaaaaattt

....................
Reply To This Comment ...................
December 17, 2013 at 6:37 PM

@Zizan Tin (Teen Zizan)Macamana nak ada yang sound .... asal sound je terus dilabel pembangkang atau termakan dakyah pembangkang

....................
Reply To This Comment ...................
December 17, 2013 at 6:39 PM

@Esa Adamyang ini - Yang sudah tentu tak mengundi BN dalam PRU13 tetap tak akan mengundi BN pada PRU14. Tapi bagaimana yang 47% ni bolehkah dipertahankan.- memang Najib dan pemimpin Liberalnya TAK FAHAM.

Dan kita pun ikut sama tak faham kenapa mereka ini tak faham

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2013 at 6:41 PM

Salam Che din..saya rasa dah sampai masa umno perlukan gantikan najib kepada Muhyidin

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2013 at 6:43 PM

Menghadapi krisis keyakinan rakyat PRU 14

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2013 at 7:03 PM

Geografi politik sekarang,berkehendakan,pemimpin autra melayu bumiputera mengikut peratusan pengundi.Ianya kekal hingga PRU 14.Mungkin ada penambahan.Andai kena gayanya.Tetapi, tetap menghormati perlembagaan negara.Gangnam style,.tewas di kaki bukit PRU 13.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2013 at 7:04 PM

mmg benar...

KERAJAAN SURUH RAKYAT BERJIMAT TAPI PEMIMPIN2 ADA YANG BERJIMAT TAK? JANGAN JIMAT..NAIK GAJI LAGI..BINI CELEBRATE BIRTHDAY KAT HOTEL..BERHEMAH APAKEBENDANYE?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2013 at 7:12 PM

Rilek kan minda senam yang iya iyalah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2013 at 7:37 PM

Ah Jib tak populist, dia elitist aje....

Dengan strategi sekarang ni, dia dah mula meranapkan kita.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2013 at 7:41 PM

Din turtle ,bakal menjadi PM selepas PRU 14.Dengan slogan "dengar cakap,terus telan dan hadam"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2013 at 7:50 PM

Berani ker Nuhyiddiiin Gantikan Najib.... Dah Puas Saudara Diiin.. membebel Hal Itu sampai Pak Syed Outsidethebox Buat Artikel Khas...

Ternyata Muhyiddiiin tak dapat sokongan padu akar umbi, ketua cawangan, ketua bahagian dan ahli MT UMENO...

Bahagian Pahang Paling Ketara lerrr

Mungkin KALAU Suruh Ah Jib Gor rerah jawatan pada DS Hishamuddin, dia setuju kot???

Tapi Rakyat Marhaen dan Ahli UMENO pulak macam mana...

Bagusnya DS Hishamuddiiin NIE... Dia CUMA Bagi Amaran...

Saya Bagi Amaran Naikkan Harga Minyak...

Saya Bagi Amaran Naikkan Harga Tol...

Saya Bagi Amaran Naikkan Harga Gula..

Saya Bagi Amaran Nak Kurangkan Subsidi...

Hakikatnya AMARAN Saja Beeb... Harga tetap kekal KANNNN KAAAAANNN KAAAANNNN.... Betol tak Saudara Diin!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2013 at 7:51 PM

Din cukup pandai pilih gambar. Masuk jer blog nih, muka Najib tetap muram. Agaknya dia tau pelawat kat blog nih shok kat dia. Shok kat dia? Eh salah, geram kat dia. Bila kat Rosmah lak tuh gambar bukan main cantik lagi. Nepa yer?

Macamana pun aku rasakan Najib nih tak usah bukak mulut lagi baik. Setiap kali dia bukak mulut ada jer yang tak kena. Yang 7.2 bilion yang sebok diciter kat kedai kedai kopi dan warung tuh napa tak jelaskan? Patut selesaikan satu satu sebelum dikatakan yang lain. Macam nak tutup citer pulak Najib nih. Ingat orang boleh lupa. Tahlah aku macam dah rimas dah ngan UMNO nih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2013 at 7:56 PM

Tuan tuan puan puan
dato dato tan sri tan sri
pemandu bas pemandu lori

sila google "rosmah birkin"
lihat sendiri kemewahan dewata dewata
hasil rompakan harta negara

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2013 at 8:09 PM

Bro Din,

Naik menyampah den dengan kenyataan Al jib gong ni! Kenyataan gred E die ni pun sebenarnya kenyataan populis untuk menjustifikasikan pendekatan populis die. Cakap depan penjawat awam boleh la itu ini.. cer cakap depan cina komunis.. mau hilang telor die.. tak kena pegang FLOM kena pegang dengan komunis.. menyesal tak sudah den pangkah BN! Macam harammm najib!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2013 at 9:04 PM

pok din... jangan kata yng tak mengundi BN pd PRU 13 tetap tak akan mengundi BN pd PRU14. Aku yng mengundi BN ni pun dh menyampah dgn kerajaan pimpinan najib. jgn pulak kata rakyat mudah lupa atau tak berterima kasih pada BN , tapi yng jelas sekali kerajaan BN yng mudah lupa dan tak berterima kasih pada pengundi yg percaya kpd mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2013 at 9:43 PM

Kerajaan BN Ah Jib Gor kali ini HANYA terdiri sokong dari SATU party sahaja ia itu UMNO. Cina MCA ,cina PPP,cina Gerakan tidak memberi undi kepada nya lagi. Begitu juga dengan orang india pun tidak memberi undi kepada dia.

Kerajaan Barisan National selepas PRU13 cuma di sokong oleh parti UMNO sahaja. Kerajaan Ah Jib Gor patut tukar nama BN kepada BM iaitu Barisan MELAYU sebab orang melayu sahaja yang undi dia. Lagi pun MCA,Gerakan sudah jadi penyokong DAP sepenuh nya,mereka pun tak kesan jika nama di tukar pun. Tapi Ah Jib Gor BODOH dan masih anggap mereka sebagai rakan kongsi POLITIK walau pun SUDAH di belot oleh mereka.

Konsultant Ah Jib Gor tahu dia sudah tidak POPULAR lagi dikaca mata orang cina dan india jadi segala political manoeuvrings nya adalah untuk ambil HATI non BUMIs.

Alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2013 at 10:14 PM

Hampir satu jam baru dapat masuk blog kamu bro. Setiap kali cuba ini
yang dapat:

"Oops! dinturtle.blogspot.com seems to be having issues"

Apa masaalahnya?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2013 at 10:20 PM

salam,

memang tepat apa yang dikatakan oleh ds najib. apa yang telah dilakukan olehnya bukan untuk mencari populariti. tetapi masih ada lagi yang suka-suka menyalahkan pm dengan tindakannya iaitu tidak mencari populariri. bukti bahawa pm tidak mencari populis dengan tindakannya
1. memberi bantuan berjuta untuk sekolah vernakular
2. mengaku bahawa hanya beliau sahaja yg berusaha mengekalkan sekolah vernakular
3. memberi kenaikan gaji, perubahan gaji, pelarasan gaji dalam tempoh yg singkat kepada kakitangan awam
4memberi bantuan brimmmmmmmmm setiap tahunnnnnnnn
5. menguruskan sendiri akaun fb dan mendengar rintihan rakyat sehingga lewat malam
6. ada akaun twitter utk berhubung dengan rakyat
7. beri tanglung percuma dengan menulis dalam tulisan cina
8. memalu gendang dalam iklan tahun baru cina
9. menggunakan nama manja untuk orang cina, ah jib gor
10 letih wehhh nak fikir tindakan yang tidak mempopularkan diri

hanya sedikit tindakan untuk mempopularkan diri
1. memungkiri janji yg ada dalam manifesto bukan janji
2. mengurangkan subsidi gula
3. mengurangkan subsidi minyak
4. menaikkan tarif letrik
5. merancang menaikkan kadar tol
apa lagi yer dah lupa, kasi tambah la yang mempopularkan ah jib gor.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2013 at 10:31 PM

Kalau Ah Jib Gor tak nak jadi 'popular' apa tujuan dia bayar berbillion kepada consultant,untuk buat dia tak popular???

Alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2013 at 10:52 PM

Bukan senang nak jadi PM..Depan,belakang,kiri,kanan kena hantam.Jadi taukey kedai makan lagi senang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 18, 2013 at 4:26 AM

NAsib penyokong BN mmg tidak akan terbela selagi pemimin pemimpin celaka BN tunduk,jilat,tonggeng pada cina dan konsultan konsultan setan mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 18, 2013 at 8:42 AM

sebab tu kena sedar diri..jangan jadi PM jika lembap..

PM yang hebat, takkan penyokong sendiri pun menyampah ye tak?

mcm Tun M, hanya lawan yang dok serang kiri kanan depan belakang..

tapi a jib go? penyokong dia sendiri pun dah kutuk..what a shame!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 18, 2013 at 9:24 AM

@Anonymous
Ko tak kenal Ahjib beNgong bro...

Dia dilahirkan dlm golongan bansatwan, iaitu golongan yang tak pernah basuh baju atau cuci piring dengan tangan sendiri. Golongan yang tak tahu mcmana nak menjerat punai tanah (bukan punai bang non). Sebab itu, antara PM2 di Malaysia, dia yang paling banyak orang gaji! Contoh spt PEMANDU, con-saitan2, Cina2beng, Menteri2 dungu, KJ & the gang dan sesetengah blogger masyuuk. Dialah PM paling rileks... Isteri pun boleh tolong tugas2 rasmi beliau... Mcm cerita si Nazri bebal tuh pulak!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 18, 2013 at 11:57 AM

Ha ha ha..

Abe Din...gantikan aje dengan Kak Ros..semua selesai kan ...ha ha ha..

Post a Comment