........... Perkasa Pun Satu ... Siapa Nak Respek Kaki Bodek ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Perkasa Pun Satu ... Siapa Nak Respek Kaki Bodek !

Monday, December 23, 20133comments




Dibawah adalah dua komen menarik yang saya petik dari artikel terdahulu -  Perkasa Tidak Cukup BESAR Untuk Tegur Umno ! - untuk dikongsi bersama.

PERKASA semasa penubuhanya dahulu sememangnya hebat dengan pengisian ceramah ceramahnya yang rata rata membela kepentingan MELAYU/PRIBUMI. Tersangat mengkagumkan dengan penyampaian dan penerangan Akta yang berkaitan dengan kepentingan MELAYU yang WAJIB dipelihara. Ceramah ceramah yang menyedarkan orang orang MELAYU berkenaan kedudukan bangsa.

Segalanya terhakis bila saja punyai tujuan tertentu menubuhkanya, kepentingan PERIBADI pemimpin pemimpinya. 

Sudah pun mendapat pembalasan diatas ketidakjujuran pemimpinya. UMNO yang sebok dibodek untuk mendapatkan sesuatu sudah pun membalasnya dengan kata kata nista yang amat mengaibkan.


Perkasa tidak lagi menampakkan perjuangan asal sapertimana yang dilaungkan, KEPENTINGAN MELAYU. Sudah jauh tersasar perjuangan dengan berjuang untuk parti dan bukan lagi untuk agama, bangsa dan negara.

Pemimpin UMNO pula ada yang terlalu sombong dan angkuh serta bangga diri. UMNO sudah mula berperasaan PERASAN bahawa parti itu kuat dan kukuh. Apa yang nak dibanggakan dengan jutaan ahli dan banyaknya rangkaian? Hari ini sudah nyata ahli UMNO bukan saperti yang dianggapkan. Bukan semua jutaan ahlinya yang menyokong UMNO. Bukan semua mereka itu bersetuju dengan tindak tanduk pemimpin. Pemimpin UMNO sudah hilang nilai diri dan tata susila bangsa. Berbangga sahaja dengan anggapan UMNO kuat tidak bererti akan selamat.

PERKASA sewajibnya sedar diri dan fahami parti yang PERKASA pertahankan. UMNO tidak saperti dulu dan UMNO sekarang sudah lari dari landasan. Begitu jugalah dengan PERKASA.


Kedua duanya nampak sama tetapi tidak serupa dari fizikalnya. Orang MELAYU sangat mengharapkan agar kedua duanya BERUBAH kerana kedua duanya tidak menampak kebaikan kepada MELAYU/PRIBUMI. The pot is calling the kettle black
.


Anonymous

DT - Saya pernah join satu majlis Perkasa sebelum PRU13 dan sepanjang berborak, hanya satu topik saja yang menjadi tumpuan mereka iaitu siapa dikalangan Perkasa yang bakal dilantik menjadi calon BN !

Makanya tidak salah bila seorang rakan mengatakan Perkasa hanya dijadikan sebagai platform pintas kepada pemimpin2 Umno yang sudah tidak mampu lagi bersaing dalam Umno untuk mendapat perhatian PM.

Ramai juga ahli2 Perkasa yang ikhlas dalam perjuangan telah mula tawar hati dengan karenah sesetengah kepimpinan Perkasa sendiri. 

Jika Perkasa serius mahu menjadi alternatif kepada Umno, maka BERSIHKANLAH diri dari golongan opportunis yang berada dalam saf2 kepimpinan Perkasa ini terlebih dahulu. 

Perkasa harus menjadi Pejuang Bangsa dan bukannya PEMBODEK Umno ! 

Mempertahankan Maruah bangsa Melayu yang seharusnya menjadi matlamat ahli dan pemimpin Perkasa, berdiri diatas jatidiri sendiri dan ikhlas dalam perjuangan bukannya sekadar menjadi bayang kepada Umno.
 
                                            ***********************************

Zaman SUDAH berubah. Nada suara dalam politik yang 'Serdahana' tidak di dengar lagi oleh rakyat jelata. Kaum Cina sudah EXTREME sekarang mahu hak sama rata dengan orang Melayu, Puak Kristian EXTREME mahu sama hak dengan orang Islam, Puak LBGT EXTREME mahu sama hak dengan heterosexual (disokong amat sangat oleh Marina Mahathir) jadi kita kena FIKIR adakah suara moderate UMNO masih relevant lagi bila pertolongan yang di MINTA dari orang cina sudah tak di layan dan di patuh lagi. 

Alaf baru ini telah mengubah banyak landskap politik di Malaysia. Dengan suara MODERATE Umno kita sudah tengok President Baru di PULAU PINANG (ala Singapore) tapi moderate UMNO masih anggap dia hanya Chief Minister aja di sana. 

Hari Ah Jib Gor ber slogan "PM for ALL' semasa PRU13, kita sudah tahu dia telah membelakangkan HAK HAK orang Melayu untuk ambil hati orang Cina AT the expense of the MALAYS!!!!

Jadi kita patut tanya siapa yang berani menyuara kan HAK orang Melayu, kerana era pemerintahan Ah Jib Gor, kita di label sebagai RACIST kalau berjuang untuk hak Melayu.

Ahmad Maslan tak faham reality landskap PRU 13. 52% Malaysia tak sokong Ah Jib Gor untuk jadi PM. Rakan politik sendiri MCA and Gerakan tak sokong manifesto Ah Jib Gor yang mahu sama rata kan Cina dengan kita. Segala strategy consultant Ah Jib Gor untuk ambil hati orang cina GAGAL ke semua nya. Kalau Dr M sokong Perkasa mesti ada hikmatnya nya tetapi Ah Jib Gor dan Ahmad Maslan TAK nampak. Macam dalam cerita orang putih selalu kata  'You never bring a KNIVE to a GUN fight' . Orang cina sudah berfikir dan tidak lagi bermimpi sekarang bahawa peluang untuk jadi Malaysia sebagai REPUBLIC' semangkin CERAH. Bila perkara ini jadi kita Melayu akan sesama nasib macam Melayu di Singapore.

Consultant Ah Jib Gor patut mula SPIN cerita yang cina mahu kuasa macam SIngapore. Amerika sudah tahu 'FEAR' is still a good propaganda untuk menyatu bangsa dia. Kita pun kena berbuat demikian kalau tidak nasib kita akan jadi sama dengan orang Thai bila bangsa cina berakyat Thai menjadi Perdana Menteri.

Ahmad Maslan silap FAHAM, saya bagi kuasa kepada UMNO dalam undi saya kerana tak mahu tengok Anwar jadi PM saja bukan kerana Ah Jib Gor. Next PRU 14 jika PERKASA bertanding, saya akan memberi mereka undi saya. Cina SUDAH extreme,hanya suara EXTREME melayu sahaja akan di dengar dalam alam politik ini yang sudah jadi terlalu BISING.

Kalau kita berkata MCA sudah di kuburkan selepas PRU13, UMNO akan dikubur dalam PRU 14 nanti dengan suara moderate nya dengan bisikan 1 Malaysia yang sudah lapuk.

Chinese EXTREMISTS has turn the words of  'MALAY RIGHTS' and 'ISLAMIC RIGHTS' as a DIRTY to mention not only in MALAYSIA but globally.

Ah Jib Gor The only PM that sleeps with his EYES open dalam sejarah UMNO. Sekurang nya bila Pak Lah tidur depan kita we know, mata dia TUTUP !!

Alfie



PS - Tinggal sehari lagi sebelum Bancian ditutup. Ayuh, berikan nyatakan pandangan anda supaya mesej yang JELAS dapat disampaikan kepada Najib apakah anda mahu terus sokong beliau sebagai PM atau mahu Najib berundur saja ......

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
December 23, 2013 at 1:52 PM

tolong la remove najib dan gantikan dengan org lain...
biarlah mukhriz yang naik, biar clean sikit dari org lain.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 23, 2013 at 3:42 PM

aku sangat bersetuju dengan komen komen diatas sapertimana yang dipaparkan. antara PERKASA dan UMNO, kedua duanya berkepentingan. keduanya sedang berkhayal dan terleka bahawa mereka berbangsa MELAYU dan beragama ISLAM. tindak tanduk mereka hanyanya untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni. bangsa MELAYU yang menyokong mereka dipinggirkan. tak kiralah dari mana asal mereka samada dari golongan kaya atau pun miskin. pokoknya ialah mereka berbangsa MELAYU dan bertutur dalam bahasa MELAYU. sepatutnya bahasa yang mereka tuturkan menjiwakan bangsa keturunan mereka.

MELAYU membodek MELAYU aku tak heran dan tak nak ambil pusing sebabnya MELAYU juga yang untung. persoalanya adalah kenapa pulak untungnya itu tak disalurkan balik pada MELAYU yang telah menyokongnya? apa ada kena mengena dengan orang lain yang sudah nyata inginkan MELAYU hancur?

bangunlah UMNO dan sedarlah PERKASA bahawa kedua dua pertubuhan punyai musuh yang sama. lihatlah disekeliling dan rasakan rintihan bangsa yang sedang bermain api. kalau tidak terbakar semua mungkin akan terbakar diri sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 23, 2013 at 6:52 PM

Salam Din,

Mesej sudah sampai ke akar umbi, banyak orang bercakap mengenainya, ada yang ada masalah untuk mengundi secara handphone, ada yg tersekat sendiri... satu laptop, satu IP dsbnya...

Ianya bukan drp segi nombor tapi YG penting ialah Kesedarannya..

Semacam ulasan dia atas, Bukan Angka yg boleh dibanggakan, TAPI apa sebenarnya Mesej Nak disampaikan..

Melayu Sekarang Melayu Bijak..Bukannya Melayu Boddo Pak Turut aje.. Hanya Ketua Bahagian dan Ahli Perwakilan UMNO Bahagian dan Cawangan Saja YG KEKAL MENJADI Melayu Pak Turut Boddo Sombong..Cerdik tak boleh di ajar... Cakap Orang Semuanya Salloh Belaka... Cakap Mika2 nie saja yang betuuuuiii..

Post a Comment