........... Perayaan Hari Natal - Dr Rani ( Pas ) dan KJ ( Umno ) Menunjukkan Caranya ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Perayaan Hari Natal - Dr Rani ( Pas ) dan KJ ( Umno ) Menunjukkan Caranya !

Wednesday, December 25, 20136comments

Malas sebenarnya nak update hari ni, ramai yang bercuti Jingle Bell jadi saya pun ingat nak berehat jugalah. Tapi membaca artikel mengenai dua pemimpin Pas dan Umno dibawah yang beria2 mahu menonjolkan diri konon mereka adalah jembatan bagi menyatukan penganut Islam dan Kristian, buat saya mual ..... terpaksa jugalah saya luahkan sedikit kemualan itu disini.


Dr Rani bercakap tentang apa ya ? Adakah Dr Rani sedang 'mengajar' betapa penganut Kristian sudah jauh terpesong pemahaman mereka tentang konsep Ketuhanan, tentang kelahiran Nabi Isa as, tentang apa yang diajar oleh alQuran tentang baginda dan Kristian ? Kalau iya, mana mungkin paderi kat sebelah tu boleh tersenyum !


Kita bukan hendak bermusuh dengan penganut bukan Islam. Kita juga tidak punya masalah dengan rakyat beragama Kristian. Sambutlah apajua perayaan anda, no problem. Menghormati perayaan ugama lain tidak semestinya kita turut sama merayakannya .... kan ?

Kita tahu ia hari penting buat penganut Kristian, begitu juga perayaan ugama lain .... dan tidak salah kita menghormatinya. Sama juga kita harap mereka menghormati perayaan dalam Islam. Bagi saya tidak salah juga jika kita mahu saling kunjung mengunjungi atas dasar menghormati jiran dan kenalan. ( dengan batas2nya lah )

Tapi agak2 lah ..... tak perlulah sampai masuk gereja dan berceramah dirostrum yang mempunyai lambang salib dihari perayaan mereka .... bagi saya tindakan ini dah OVER. Perlu ke sampai ke tahap itu ?


Mamat ni sorang lagi -



( Ucapan penuh KJ di FB saya prinskrinkan di bawah )

Adakah KJ melihat dirinya sebagai  CONTOH seorang Melayu yang harus diikuti ?

Itu cuma contoh pengalaman beliau semasa kecil di Jepun ..... bagaimana pula contoh bila dah remaja, ketika hidup di London ? Bagaimana agaknya KJ menyambut Hari Krismas ? ( saya tak kata apa ya, saya cuma bertanya jer... )


Apakah keLIBERALan KJ itu sesuatu yang harus dicontohi ?


The point of my brief recollection is this: have faith in your own faith. If your belief is strong, no one can make you lose your religion. 


Saya masih belum baca sebarang pendirian saudara KJ mengenai isu Kalimah Allah. Mengambilkira kenyataan diatas dan sempena Jingle Bell, apakata KJ nyatakan pendirian beliau.




Apakah yang cuba disampaikan oleh KJ diatas ? Bahawa tidak salah umat Islam untuk sama-sama merayakan Krismas bersama orang Kristian ? Bahawa iman orang Islam tidak akan tergugat jika ikut sama berJingle Bell ?


Apakah selama ini kita menghalang penganut Kristian dari merayakan Hari Krismas ? Adakah kita selama ini mencemuh perayaan bukan Islam ? Apakah kita menganggap penganut Kristian sebagai musuh Islam ? ( ekoran isu Kalimah Allah )

Jadi, apa point ucapan KJ di atas ? 

PS - Baca juga Helenang di SINI dan SINI
Terkini dari helenang juga, Mkini dah tukar tajuk artikel KJ ! - KLiK 

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 25, 2013 at 7:37 PM

Aku ada terbaca kat Darul Ehsan Today yang gereja ada menghulurkan bantuan wang kepada sesiapa jua yang kesempitan di zaman serba-serbi naik sekarang ni. Alkisahnya, adalah jugak beberapa orang Islam yang terdesak sehingga terpaksa meraih simpati kepada pihak gereja. JKM dan Pejabat Zakat terlalu banyak karenah birokrasinya dan prosedur yang perlu dipatuhi sebelum bantuan boleh dihulurkan. Di sini, dah nampak sejauhmana ketidakprihatinan agensi-agensi tertentu dalam membantu saudara seislam kita yang ditimpa musibah. Harap Bro Din balun sikit diaorang ni supaya sedar sikit dan tidak hanya berbangga dengan amaun kutipan berjuta-juta ringgit yang diperoleh setiap tahun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 25, 2013 at 7:46 PM

KJ, awak masih lagi muslim kalau awak tak pergi xmas parti.

din
dia dah tukar statement kat malaysiakini 3 kali. power tak menteri ni?

....................
Reply To This Comment ...................
December 25, 2013 at 7:52 PM

@Anonymousada saya tulis beberapa artikel mengenai isu Pusat Zakat membantu umat Islam -

http://dinturtle.blogspot.com/2013/06/baitul-mal-kaya-tapi-kenapa-ada-umat.html

http://dinturtle.blogspot.com/2013/10/perhatian-pusat-zakat-baca-ini.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 25, 2013 at 11:07 PM

Kat sarawak perkara ini bukan asing. Ibu saudara aku Christian hardcore. Bapa saudara father..hidup aman..itu akidah mereka ..keluarga bapa bnyk yg menganut islam kerana terpikat dgn sifat halus keluarga sebelah ibu..pemaaf. bersangka baik. Mudah menghulur bantuan tenaga dan harta . Ahklak terpuji dan percakapan menjurus kearah perpaduan..yg pasti bukan menjadi penganut islam yg di pusakai..tapi menganut kerana insaf dan mata hati melihat islam itu ugama yg benar...fikirkanlah bagai mana melayu yg nama saja islam..tapi kafir lebih dari kafir..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 25, 2013 at 11:27 PM

Sdra Din,ambe nok masuk
RAHMAH UNTUK SEMUA
Keberanian Rani Osman Mujahid Ahjib Gor ucapan resmi di gereja dan media sempena Christmas mengsahihkan dasar pelbagaian toleransi 1M transformaci liberal centrist moderate kelainan blue ocean strategy the best is yet to come endless possibilities high income nation neoliberal elitis bangsawan sekular Ah Jib gor Gong.

Ah jib pelupor 1M Rahmah untuk Semua .

Sudah kena pukulan hebat dari chinese tsunami,Ah Jib masih mahu terus kan
ikut telunjuk katakata hikmat para punahsihat nya,terus tidak memperdulikan
kelah kesah rakyat biasa kerana apa yang dalam kepala Ah Jib Gor adalah:

Aku dah berjaya,aku suami FLOM, I love PM dan dapat sokongan dari superkiasu Ah Beng multitongsan tongkang turun, dan TS Khalid bekas UMNO protege PNB.

Ah Jib yang kena pukulan tsunami penolakkan cina di Pulau Pinang masih
bededegil menyokong usaha tindas orang melayu olih super kiasu Lim dinasti.Bersetuju menyambut bersama Cina beng superkiasu Joseph, peringkat Nasional Christmas di Pulau Pinang,yang di hadhiri 10,000 christian.

Macam sia sia ahjibb buat ibadah umrah, masih mau buat toghut sama juga semacam Rani dan Mujahid.
RAHMAH UNTUK SEMUA.
.Sesiapa yang mengucap merry Christmas kapada penganut Christmas, bersetuju dengan pegangan bahawa Nabi Isa di lahirkan pada 25 december, dan juga Nabi Isa anak Tuhan. RAHMAH UNTUK SEMUA.
Kesimpulan nya macam ni, scenario pasca PRU14,bila mana Ah Jib menjawat
Ketua Pembangkang di Parliman,Ah Jib masih mengatakan Kita dah menang,saya adalah PM for All,saya di puji olih kerajaan Saudi masa aku buat UMRAH.
Yang penting adalah Rahmah untuk Semua,versi Ah Jib/Rani/Mujahid, walau RM42 billion masih di belanjakan dan Rakyat samaada penyokong UMNO/PAS di belenggu kepahitan demi kepahitan kos sara hidup.Hebat sungguh gandingan kamu bertiga.Hebat sungguh KJ/Ibdillah pegawai penumpang nak habis kan 6 juta ringgit
Tahniah. Yang penting adalah RAHMAH UNTUK SEMUA ahli umno/pas.

arjuna waspada
changkat lobak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2013 at 11:53 PM

sokong statement, mostly skrg xramai muslim yg mmg betul2 muslim. Jangan hanya muslim di IC tp muslim di hati. Ikut peribadi Baginda Rasulullah SAW, barulah non-muslim percaya akan hasilnya. Kalau dr segi tulisan pun akhlak dah jatuh, percakapan huru hara, ada ke orang suka?

Post a Comment