........... Penjelasan Kerajaan Isu RM7.2 Billion - Anda Terima ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Penjelasan Kerajaan Isu RM7.2 Billion - Anda Terima ?

Wednesday, December 4, 201317comments


Dibawah adalah penjelasan dari Kementerian Kewangan akan isu perbelanjaan RM7.2 billion yang dibayar kepada perunding swasta.

PENJELASAN KE ATAS BAYARAN KEPADA PERUNDING SEBANYAK RM7.2 BILLION BAGI TAHUN 2009 - 2013

 
1. Kementerian Kewangan ingin merujuk kepada laporan berkaitan jumlah pembayaran kepada syarikat-syarikat perundingan swasta sebanyak RM7.2 bilion dari tahun 2009 hingga Oktober 2013.

2. Kementerian Kewangan ingin menjelaskan bahawa daripada jumlah tersebut, sebanyak RM6.15 bilion adalah merupakan perbelanjaan di bawah Maksud Pembangunan bagi tahun 2009 hingga Oktober 2013. Perbelanjaan ini antara lainnya, bagi perkhidmatan perakaunan dan auditan, perkhidmatan perundangan, penilaian dan pengurusan harta, pengurusan, perkhidmatan pakar runding perniagaan, perkhidmatan komputer dan prosesan data, perkhidmatan jurutera, arkitek , juruukur dan kajibumi serta perkhidmatan penyelidikan pasaran dan ujian pasaran. Perkhidmatan-perkhidmatan yang diberi ini adalah bagi melaksanakan projek-projek Kerajaan seperti pembinaan rumah, jalan, jambatan, kolej, membaik pulih jalan, pembinaan sekolah dan hospital.

3. Malahan, mengambil kira perbelanjaan sebenar pembangunan bagi tempoh 2009-2012, Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan sebanyak RM195.655 bilion bagi melaksanakan projek-projek pembangunan dan infrastruktur yang telah dikenalpasti di seluruh Negara.  Manakala untuk 10 bulan pertama tahun 2013, perbelanjaan sebenar pembangunan adalah sebanyak RM30.077 bilion.


4. Sementara itu, sebanyak RM1.05 bilion daripada RM7.2 bilion tersebut adalah belanja perkhidmatan dibawah Maksud Mengurus bagi tahun 2009 hingga Oktober 2013, antaranya bagi perkhidmatan saintifik dan penyelidikan, perkhidmatan kajian ekonomi serta perkhidmatan professional lain seperti bayaran yuran audit, yuran guaman dan latihan perniagaan kepada usahawan.

5. Kesemua perbelanjaan tersebut adalah untuk menjayakan pelaksanaan projek Kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Negara.



KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
4 DISEMBER 2013

Setelah hampir 3 minggu isu ini menjadi bahan gossip rakyat, baru sekarang Kementerian Kewangan nak jawab ? 

RM6.15 billion adalah bagi maksud pembangunan dan RM1.05 billion pula adalah perbelanjaan Maksud Mengurus. Saya lihat standard jer jawapannya, tak perlu 3 minggu untuk dijawab kalau setakat itu saja yang mampu diberikan oleh kerajaan.

Entahlah .... macam susah jer nak terima jawapan di atas. Satu lagi kenapa diberikan alasan  kerajaan tidak mempunyai kepakaran penyelidik yang mencukupi pada awal isu, kenapa tidak keluar terus jawapan di atas ?

Maksud saya, untuk dapatkan angka RM7.2 billion itu pasti sudah punya pengiraannya. Kerajaan hanya perlu dedahkan saja secara ringkas bagaimana angka itu dicapai. 

Tapi bila terpaksa ambil 3 minggu untuk berikan jawapan UMUM seperti diatas, saya tidak terkejut jika ramai yang berfikiran tempoh selama itu adalah untuk mencari perkataan2 yang bombastik seperti di atas untuk dikumpulkan supaya dapat dihidangkan kepada rakyat yang pasti ternganga .....

Yang saya hairan, kalau tujuannya adalah untuk pembangunan, kenapa tidak masukkan saja dalam akaun Pembangunan projek2 berkaitan, kenapa perlu diasingkan ?

Jika ia adalah jumlah yang angka2 perbelanjaan bagi tujuan khidmat Perunding yang diambil dari akaun Pembangunan segala projek2 kerajaan, dengan tujuan untuk diperlihatkan jumlah yang telah dibayar bagi tujuan Khidmat Perunding Swasta, adakah ini bermakna yang angka RM7.2 billion itu bukanlah satu perbelanjaan baru tapi merupakan perbelanjaan yang sudahpun diambilkira dalam kos projek2 terbabit ?

Anda pula bagaimana ..... terima penjelasan kerajaan di atas ? Saya sendiri ....errrr..... agak skeptikal !

Anda boleh baca semula artikel Mkini - KLiK yang mula2 keluarkan isu ini untuk dapatkan semula feel nya. 

PS - Mungkin mereka yang mahir dalam bidang perakaunan dapat berikan pandangan....

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 5, 2013 at 12:58 AM

Betul la tu 6.15 billion masuk dalam poket konsetan direct...yang balance tu baru perbelanjaan buat kerja

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 5, 2013 at 1:45 AM

itu je jawapan? kalau dikorek lagi..confirm kantoi kerajaan nih..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 5, 2013 at 8:22 AM

Iishh...maaf lah..dah meluat dah nk dgr penjelasan cover line mcm tu...betoi tu..awat sampai 3 minggu..ni Dtk A Kadir Jasin tulis brapa billion pula ke Pulau Money Laundering ( spt tulisan Syed Outsyed The Box)...Tax Haven...Cayman Island...gomen terutama Menteri Kewangan jwb cpt sikit...nk tunggu bg minda rakyat diselaputi keraguan baru nak tangkis...boring..

....................
Reply To This Comment ...................
December 5, 2013 at 9:19 AM

Assalam Bro

Kenapa tak disenaraikan semua Projek yang dikatakan... setakat cakap jumlah lump sum aje mana aku nak percaya... Sejak bila projek kerajaan semuanya jadi RAHSIA yang rakyat tak perlu tahu... Aku pun tak percaya yang kakitangan kerajaan tidak punya kepakaran yang diperlukan... Habis tu Jurutera dan Akitek kerajaan tu buat apa??? dibayar gaji buta... Apa pun ada yang tak kena dengan statement kementerian kewangan ni... Ada orang yang ingin di SELAMATKAN NI.... 7.2 Billion... itu aje perjelasan yang boleh diberikan oleh kerajaan... padanlah kes jet kerajaan... TSMY yang dikambing hitamkan sebab luluskan FLOM can FLY... Benda2 macam ni yang kita selalu kantol dengan pembangkang bila ada yang bocorkan rahsia... Suruh si cocodilly pertahankan NAJIB...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 5, 2013 at 11:52 AM

Dasar Penipu dan Kerajaan AUTA....Rupa2nya Kerajaan BN Ah Jib Gor lagi teruk drp Kerajaan DAP Penang, Lagi hampeh drp Kerajaan PKR Selangor, lagi Brutal Sebat & Balun Duit drp Kerajaan PAS Kelantan...

Ini Kerajaan atau pon Pembangkang? Mana arah tuju Rakyat Kalaulah macam ini cara olah Tadbir Negara?
Jawabnya. akan banyak lagilah subsidi ditarik, banyak lagilah cukai pelik2 dan harga barang akan naik sesuka hati.. Aku Peduli APA???

Sungguh malang nasib kita...Nampaknya Kita akan jadi Macam Mesir, Indonesia, Thailand... rakyat mengamok di jalanan... tuntu itu ini barulah Orang2 UMNO akan sedar...Bilamana Penyokong kerajaan, Pro-Kerajaan sedikit demi sedikit akan tawar hati, merajuk, tekad diri peduli apa, biar lah, melayu oh melayu lah...

Kita tunggu dan lihat... perkara ini pasti akan jadi... campurtangan asing di dlm hal ehwal kerajaan di tahap gaban, kerajaan tak do otak nak pikir, pemimpin Melayu Khianati Amanah...Pembangkang rasul dan rosakkan minda penyokong.. mungkin kita perlu satu demonstrasi besar2san, berbunuh2han baru kita semua nak sedar bila kita dapat bubur aje...
allahu'alam..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 5, 2013 at 12:24 PM

Dalam masa yang sama kerajaan membuat pengambilan kerja kepada beratus-ratus orang Jurutera, beratus-2 Juruukur bahan, Arkitek, juruukur bangunan dll. Ribuan pegawai ini sedang bertenggek di JKR, sedangkan JKR tiada sebarang projek untuk dibuat, kerana kerja-2 rekabentuk dan penyeliaan diambil alih oleh pihak perunding. kerja-2 membina bangunan kini diserahkan kepada kementeriana lain (bukan JKR) yang melantik perunding (oleh MOF). Jadi kerajaan membuat dua perbelanjaan serentak? cerdik sangat lah tu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 5, 2013 at 1:38 PM

Jawapan yang terlalu general....susah nak evaluate...diorang kena bagi detail breakdown baru boleh buat evaluation....

Berapa banyak pegi ke konsultansi kejuruteraan / audit akaun etc?

Berkenaan kejuruteraan...sepatutnya konsultansi tersebut masuk kos projek....

....................
Reply To This Comment ...................
December 5, 2013 at 3:04 PM

Kita perlukan satu tragedi sebagai anjakan untuk berubah.

Sekian.

....................
Reply To This Comment ...................
December 5, 2013 at 4:55 PM

Jawapan umum dan samar2 macam ni memang mengelirukan.MOF kata bayar billion2 pada syarikat perunding swasta untuk buat kerja yang sebenarnya boleh dibuat oleh kakitangan kerajaan yang sedia ada.Ini yang rakyat tak faham.

Pertama apa perlunya ambil orang luar sedangkan orang dalam pun boleh buat?Kedua kenapa jumlahnya sampai berbillion2 seperti tak masuk akal?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 5, 2013 at 5:45 PM

Agaknya kerajaan fikir rakyat khususnya orang2 Melayu ni bongok2 belaka selepas makan hasil BR1M.

....................
Reply To This Comment ...................
December 5, 2013 at 7:10 PM

Semua tidak dapat menerima jawapan itu dengan buta tuli jer ....kerajaan ni terlalu ambil mudah isu2 penting sebegini. Bila kita kata kerajaan memperbodohkan rakyat, ada yang marah. Tapi tengoklah cara kerajaan ni...

Satu lagi, era kerajaan lebih tahu semua sudah berakhir .....kata Najib dulu. Mulalah nak mencarut tu ..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 5, 2013 at 7:48 PM

betul2 amat memalukan! camtu je jawapan dari KEMENTERIAN KEWANGAN? org2 dalam tu mskan gaji buta je ke? jaeapan macam tu boleh disediakan oleh budak2 yg nak ambil karangan BM PMR tau...

tak sangka camtu je level org2 kementerian kewangan..shame on you all!!!

....................
Reply To This Comment ...................
December 5, 2013 at 11:35 PM

Sebenarnya penyelesaian kpd UMNO ni, Presiden hendaklah jadi PRESIDEN UMNO semata2. Dan bakal Perdana Menteri dari UMNO ini dipilih dan dilantik oleh Majlis Presiden. Baru Perdana Menteri boleh dikawal oleh PARTI.

Jika tidak, inilah hasilnya. Semua bekerja untuk Pangkat dan Jawatan. Membazir mcm harta mak bapak dia punya. Dan tuan Presiden akan ada byk masa untuk turun ke cawangan-cawangan untuk menguatkan parti.

Dan kita lihat siapa yg nak bekerja bersungguh2 demi Parti jika tidak berjawatan PERDANA MENTERI. Baru anda dpt lihat siapa yg ikhlas demi bangsa agama dan tanahair.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 6, 2013 at 7:53 AM

Zaman tun m dulu ... Banyak pembangunan boleh dibuat dgn jumlah 7.2 biloon tu. Pakar luar pun ada juga terlibat tapi bayarannys tidaklah sebanyak yang diberikn oleh ah jib gong ... Kerana yang bayar pakar luar itu adalah syarikat yang membangunkan projek tersebut.
Inilah jadinya kalu orang gong jadi pm. P... M.. Akronim yang sesuai untuk ah jib gong ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 6, 2013 at 9:32 PM

Makin dirahsia makin bertambah kebencian . Sebagai Menteri Kewangan, PM seharusnya melihat isu ini dengan serius. Jgn main sembunyi sembunyi. Yang aku tak faham nie, kenapalah pemimpin pemimpin UMNO yng lain tak nasihatkan pada PM supaya berani kedepan membuat penjelasan yg terang dn tulus mengenai 7.2 b kepada rakyat. Tapi bab cukai - pandai pulak PM buat statement supaya rakyat tak mengelak bayar cukai .(siap keluarkan FATWA - pengkhianat bagi tak pengelak cukai). Mereka seharus sedar kegagalan memberi penjelasan akan memberi kesan kepada PARTI UMNO , klu betul sayang kan UMNO. Cuba tanya diri = sayang UMNO ke atau sayang PM sampai takut untuk bersuara , takut klu hati PM terguris. Tapi Klu hati rakyat dh terguris - alamat gulung tikarlah UMNO . Bertindak sebelum terlambat.

....................
Reply To This Comment ...................
December 7, 2013 at 6:59 PM

Projek yg melibatkn pihak perunding adalah projek yg memerlukan fokus 100% kepada projek tersebut dan kumpulan rekabentuk, pembina, penyelia dsb perlu berkampung di tapak projek sehingga projek siap.

Jurutera, arkitek dll kakitangan p&p di jkr dibebankan dengan segala macam tugas rojak utk multi bilangan projek yang lokasinya tidak setempat malah perlu ke seluruh pelosok negara.

Kakitangan p&p di jkr juga perlu menjadi sekretari kepada setiap perunding yg projeknya di bawah penyeliaan jkr di samping tugas2 hakiki & tugas2 rojak sedia ada.

Kebiasaannya hanya projek yg tidak cukup peruntukan akan diserahkan kepada jkr untuk dilaksanakan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 8, 2013 at 12:35 PM

Kesemua perbelanjaan tersebut adalah untuk menjayakan pelaksanaan projek Kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Negara?

Project apa tak Nampak apa pun, cuma 'perkataan English yang Hebat Hebat saja. NKRA, KRA, KERA?

Post a Comment