........... PAU 2013 - Melayu Tetap Bangkit Tapi Adakah Bersama Umno ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

PAU 2013 - Melayu Tetap Bangkit Tapi Adakah Bersama Umno ?

Wednesday, December 4, 201310comments

Saya menerima amanah daripada datuk nenek saya, ibu bapa saya untuk terus bersama UMNO. Tapi saya berterus terang saya tidak berani meminta anak anak saya untuk setia bersama UMNO sedangkan saya sendiri mula meragui kemampuannya mentadbir negara.

Saya cuba berlapang dada. Namun kenyataannya pada setiap kali Datuk Seri bercakap tentang kemakmuran dan kemampuan negara, saya sentiasa terfikir kenapa semua harga barangan dan perkhidmatan naik sedangkan harga getah kami di kampung kekal rendah ?

Saya tidak fikir, saya mampu lagi untuk berdepan dengan orang kampung yang susah, anak muda yang menganggur dengan memberikan janji janji yang baru. Saya bimbang saya akan jadi orang tua yang tidak dihormati kerana bercakap perkara yang tidak betul.

Beberapa hari lagi UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung. Saya sudah dapat bayangkan, ucapan bersemangat Presiden Parti, disusuli sorak sorai perwakilan. Kemudian akan ada perwakilan mengatakan inilah ucapan terbaik Presiden Parti.

Perbahasan selepas itu, akan mengandungi pujian pujian dan lawak jenaka. Akhirnya semua pulang tanpa sebarang keputusan yang padu untuk membina umat Melayu.

Saya mula berasa bimbang kerana dalam hati saya sudah ada keraguan. Saya mula mencari apakah kekuatan DS Najib Razak untuk kita banggakan ? Malangnya sampai sekarang saya tidak menemui apa apa. Bahkan sebaliknya saya mula berasa, DS Najib hanya berjaya berjanji tapi gagal menepati janji.

Saya amat bimbang, jika dalam PRU 13, orang Melayu di kampung telah menangkan UMNO, pada PRU 14, orang Melayu yang berasa tertipu dan terpedaya tidak akan berikan sokongan yang sama.


Kalaulah saya boleh bercakap dengan DS Najib, saya ingin katakan barangkali masanya telah sampai untuk beliau berundur kerana beliau telah gagal dan UMNO perlukan orang yang lebih ' gagah berani' untuk mencapai kejayaan di masa depan. Konsultan dan penasihat penasihat DS Najib lebih teruk dari bebudak tingkat 4 sebelum ini. DS Najib sebenarnye lebih teruk dari PM sebelum dia. DS Najib harus baca rintihan dan suara dari blog blog popular untuk sedar diri dan mengetahui rating dia sebagai PM sekarang ini. DS Najib jangan hanya tertumpu kepada Utusan dan jangan hanya dengar Omar Ong. 


Perletakan jawatan Tun M sebagai penasihat Petronas mesti dilihat sebagai satu indikasi yang serius tentang tahap pemerintahan DS Najib.


Percaya saya, ramai orang Melayu tidak pandai bercakap tetapi semuanya mempunyai perasaan yang sudah semakin meluat dengan kepimpinan negara. Khalayak yang marhain ini sudah mulai muak dengan muka dan retorik PM sekarang.

PM nak jaga semua penasihat dan konsultan dia, jagalah!

Kalau kami rakyat yang setia ini tidak dipeduli, tidak didengari, tidak diendakan maka tunggulah PRU14 ini akan kami pastikan undi kami kepada "syaitan yang telah kami kenali" kerana selama ini, baru kami sedar, kami semua dibohongi oleh "malaikat yang tidak kami kenali"

Di atas saya copy satu pertiga bahagian akhir sebuah Nota Sedih, Amat Sedih Dari Sudut Hati Ahli Umno yang disiarkan oleh SYEDOSTB. Klik ke sana untuk keseluruhan artikel yang menyentuh perasaan semoga dapat menimbulkan kesedaran ..... BUKAN untuk mendatangkan mood menangis bercucuran airmata tapi mendatangkan semangat untuk BERTINDAK !

Bukannya bertindak dalam bentuk berperang senjata atau bersilat tapi berperang dengan ketaksuban diri dan perasaan hormat tak bertempat kepada pemimpin, perasaan yang begitu sinonim dengan jiwa orang Melayu kita.  Supaya kita berani bangkit untuk MENEGUR..... demi melihat pemimpin2 itu sendiri terus dihormati.... demi menjaga maruah bangsa yang seharusnya menjadi keutamaan dalam perjuangan Umno !

Jika anda sayangkan UMNO dan mahu terus diiktiraf sebagai parti yang memperjuangkan rakyat, yang membawa suara rakyat .... maka bacalah juga peringatan dari AKadirJasin ini -

Sejak Bila Umno Bukan Parti Rakyat Jelata?

dan komen2 yang dikirim oleh pembaca.

Sudah terlalu ramai yang berbunyi mengkritik cara Najib ..... adakah semua suara kami ini tidak penting ? Tidakkah suara kami ini mewakili suara bangsa Melayu yang Umno gah mendakwa menjadi wakil ? Maka jadilah wakil kami !

Serius ni, jika suara perwakilan Umno pada PAU 2013 ini tidak berdecit mahu menegur Najib malahan terus dengan CLAP CLAP CLAP, maka Umno sedang menuju kehancuran !

InsyaAllah, Melayu tetap akan bangkit ......  persoalannya adakah bersama Umno ?

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
December 4, 2013 at 1:54 PM

Perhimpunan kali ini macam biasa berdegar-degar sampai nak roboh PWTC tu.Sorry kali ni satu pun aku tak percaya.PRU 14 Melayu harus bangkit bersama Parti Melayu yang baru untuk menggantikan UMNO.

PERCAYALAH...!!!!

Perhimpunan UMNO kali ini sama saja seperti dulu.Hanya menang SORAK DAN GEGAK GEMPITA sahaja.Kita masih ada masa untuk bertindak dan berubah.

Terima Kasih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2013 at 2:22 PM

Pada saya mudah..jika betul najib selaku ketua pemimpin utk org melayu dan benar2 mendengar denyut nadi rakyat, tindakan beliau akan menceritakan segalanya spt kata pepatah "action speaks louder than words".. Tak susah pn nk menilai najib sbb tindakan beliau sendiri telah menunjukkan cara pemikiran and pendirian beliau. Bandingkan bagaimana cara Tun M bekerja dimana segala tindakan sebenarnya mencerminkan siapa Tun sebenarnya sehingga digelar bapa pemodenan malaysia sesuai dengan segala JASA yg telah dilakukan..Tapi kepada Najib,maaf.. Tindakan anda sebenarnya telah banyak melukakan hati org melayu.Anda telah pn dilabel sbg seorang pemimpin yg gagal mentadbir dan mengurus negara kelandasan yg betul..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2013 at 2:39 PM

Ayuh TDM (penaung), Mukhriz (Presiden), Ust Kazim (setiausaha) dan sesiapa saja dikalangan pemimpin masyarakat melayu, kita mulakan sebuah parti baru. Parti ini parti melayu totok, islam sebagai tunjang, Hudud sebagai matlamat, melayu sebagai selendang... bukakan keahlian diseluruh pelusuk negara, insyaAllah... saya akan turut berkempen untuk menambah ahli (secara sukarela)..
kita ganti umno, kita ganti pas dan kita ganti PKR...biar melayu hanya ada satu parti..

....................
Reply To This Comment ...................
December 4, 2013 at 2:56 PM

Assalam bro

Ucapan Perasmian TSMY tu dah baca takut yang terjadi banyak retorik dari kebenaran... Persoalannya JAMINAN ATAU PENGKHIANATAN....?

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
December 4, 2013 at 3:47 PM

Salam bro Din.

Aku salute pada bro sebab masih keras berusaha menjulang agenda Melayu. Persoalannya sekarang, adakah hanya UMNO saja yang dapat menyelamatkan Melayu? Benarkah UMNO itu masih Melayu?

Aku bukan lagi ahli UMNO sekarang ni tapi aku masih tetap seorang Melayu. Kalau waktu dulu memang UMNO bertindak sebagai penyatu kepada Melayu - menjadi payung kepada Melayu untuk berteduh. Tapi pada zaman sekarang ini, UMNO hanyalah sebuah parti politik. Tak lebih dari itu. Mereka hanya akan lakukan perkara yang akan memberikan manafaat kepada mereka sahaja tapi bukan kepada bangsa Melayu!!

Secara peribadi, aku langsung tak ambil peduli dengan apa yang UMNO perbincangkan kerana aku tidak lagi lagi melihat UMNO sebagai pejuang bangsa Melayu. Mereka hanyalah sekumpulan ahli politik yang sedang berjuang untuk memastikan kuasa masih menjadi milik mereka. Bangsa Melayu memang pasti akan tetap bangkit tetapi bukan UMNO yang menjadi tulang belakangnya. UMNO hanya tumpang bertongkat pada Melayu. Sekiranyanya Melayu menolak UMNO, bukannya bangsa Melayu yang akan jatuh tetapi UMNO yang akan berkubur.

....................
Reply To This Comment ...................
December 4, 2013 at 6:08 PM

Salam Dinturtle,

Kepada PM Najib dan Semua Pemimpin Umno yang lain nya " No time to prey-prey (play-play)" !

Pembangkang dengan mainan perspektif melencong, Umno dengan perspektif kelentong ! Hampir setara.

LIBERALISMA ! Maka GAGAL lah UMNO ! Ada dua jenis terminal. Satu positif dan satu negatif. Jika UMNO menjadi kedua-dua nya, apa lagi, terjadilah " short circuit " !

Kita mahu ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2013 at 7:17 PM

Setuju sgt dgn Melayu Kampung. Especially ayat yg merujuk umno yg kini dipenuhi dgn serigala yg hanya berjuang untuk mempertahankan kuasa politik untuk mengisi tembolok dan kantung masing2..mmg betul umno sbnrnya yg memerlukan Melayu sbg tempat berpaut utk memgekalkan kuasa dn pangkat yg mereka sandang ketika ni..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2013 at 9:32 PM

Bergegar PAU lepas tu semua BALIK tidoq mimpi BASAH. UMNO today is UM-NO-TELOQ

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2013 at 11:28 PM

@AnonymousSetuju... Umno memerlukan melayu, KJ memerlukan umno dan PM memerlukan KJ untuk survival politik?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 5, 2013 at 1:48 AM

umno itu pondan...aku tercari2 parti melayu yg baru..

Post a Comment