........... Orang Melayu Sudah Mula Jemu Dengan Retorik Transformasi AhJibGor | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Orang Melayu Sudah Mula Jemu Dengan Retorik Transformasi AhJibGor

Sunday, December 15, 20139comments




Kebelakangan ini jiwa-jiwa Melayu kian merasa resah diselubungi keselumit sangsi terhadap penularan wabak Ah Jib Gong didalam pentadbiran kerajaan persekutuan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.

Dengan apa yang telah berlaku sekarang ini, mungkin ramai yang mula berfikir akan siapa Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebenarnya ? Adakah beliau seorang pemimpin Melayu tulen yang membawa wadah perjuangan orang-orang Melayu atau hanya seorang pemimpin berwajah Melayu yang telah di Ahjibgongkan ?

Umum menyedari sudah berapa banyak 'transformasi' yang diumumkan oleh Najib namun setakat ini belum satu pun transformasi yang dilakukan  itu boleh dibanggakan oleh orang Melayu waima penyokong UmnoBN itu sendiri, dan tidak keterlaluan jika dikatakan ramai ahli Umno telah jemu mendengar ungkapan transformasi retorik yang senantiasa didendangkan oleh Najib.

Buktinya belum sempat untuk dihimpun dan dipersembahkan disini, namun sebahagiannya boleh dilihat semasa Najib membuat ucapan di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, dimana rata-rata perwakilan dilihat kurang memberi sambutan positif seperti tepukkan dan sorokkan yang gemuruh disaat Najib mengucapkan kata-kata bersifat transformasi retorik yang memerlukan sambutan seperti itu.

Tidak dinafikan penularan wabak Ah Jib Gong makin membuatkan orang Melayu tidak faham akan halatuju yang ingin dibawa oleh Najib yang sekadar bercakapnya saja bergegar tapi perlaksanaannya semua gagal.

Kenkadang bila terlalu banyak sangat sesuatu perkara berlaku yang bercanggah dengan kehendak dan kepentingan orang Melayu, takkan selamanya rakyat akan menyalahkan penasihat, adakah penasihat  lebih cerdik dan berkuasa dari Najib ? Kalau macam tu apa gunanya Najib ? Takkan Najib ni cina, buta, pekak, bisu dan dayus ? Apa gunanya smartphone ditangan Najib? Pegawai media? SB? kalau perkara yang berlaku melibatkan kepentingan Melayu dan tersebar di alam maya pun Najib tak tahu ?

Mustahil Najib tak tahu ? Tapi... kalau Najib tahu, apa tindakan Najib ? Tiada apa-apa tindakan! Jadi salahkah rakyat jika beranggapan bahawa transformasi Najib hanyalah retorik dan KPI Najib pula hanyalah gimik. Tak selamanya akan relevan dengan alasan menyalahkan penasihat, kerana bukan penasihat yang  diundi oleh rakyat...




Itu baru setengah saya copy paste, kalau sayalah, memang saya nak baca seterusnya ..... KLiK.

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 15, 2013 at 2:47 PM

Dari pada past track record kita sudah tahu kerajaan bawah Ah Jib Gor adalah Dayus. Contoh nya perusuh2 BERSIH yang pukul polis dan memusanah kan harta benda awam pun tak di dakwa. Mamat radikal Khalid Ismath pun sehingga sekarang tak ada tindakan terhadap dia.

Orang Cina yang menipu Ah Jib Gor sebelum PRU dengan laungan 1 Malaysia dan 'We love Ah Jib Gor' pun masih di layan dengan baik dan hormat,walau tidak mengundi dia tetap akan terima BR1M dan bantuan kepada sekolah mereka.

Wajah wajah penyokong BERSIH yang terpapang di TV3 dahulu kerana terlibat dalam rusuhan pun tidak jadi apa2 kepada mereka.

Marina Mahathir yang instrumental dalam gerakan LBGT dan BERSIH sudah di masukkan dalam team National Unity Council dan sekarang sudah jadi untouchable,

Kesimpulannya survival Ah Jib Gor dalam politik ada lah untuk mengambil hati pengundi 51% yang mengundi pembangkang dan memberi dan melaksanakan perkara yang sama yang di janji oleh Anwar dan DAP.agar dia dapat jadi popular balik.

Kita yang sokong BN/UMNO selama ini kena beralah segala kemahuan dan kehendak kita agar Ah Jib Gor stay in power. Lagi pun Ah Jib Gor sudah tahu yang 49% yang undi dia dalam PRU13 TIDAK ada pilihan parti yang untuk mengundi..

Kesimpulan orang cina sudah tak mahu BN/UMNO berkuasa lagi walau pun apa diberi oleh AH jib Gor tapi Ah Jib tak faham perkara ini.
Alfie

....................
Reply To This Comment ...................
December 15, 2013 at 3:15 PM

'Orang Melayu Sudah Mula Jemu'

correction: DAH LAMA DAH.
nak dapat sokongan melayu, cipta isu syiah, tak payah pakai duit. nak dapat sokongan cina kena bagi duit, tanah, kuasa. apa lagi ah jib gor mau kasi sama cina.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 15, 2013 at 4:03 PM

Din, aku dah tak larat nak pikiaq semua ni! Kita umpama menyalak bukit je rasanya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 15, 2013 at 4:18 PM

Pendapat aku Najib tak ubah saperti karektur wayang kulit. Ada Tok Dalang dibelakang tabir yang memainkan peranan. Pada peringkat ini aku kira menendang keluar Tok Dalang yang patut menjadi transformasi. Najib tidak bijak menilai antara kaca dengan berlian. Sebagai karektur wayang kulit, Najib perlukan mata, telinga, mulut dan apa pun dari orang lain. Sedangkan untuk berfikir pun diperlukan fikiran orang lain. Najib tidak punyai jiwa dan rasa.

Lihatlah kaum bangsanya sendiri setiap hari mengeluh dengan kepayahan hidup dan ketenteraman yang mula terancam. Sedia mendengar setiap denyut nadi rakyat adalah janjinya sebelum pilihanraya, tapi selepas, apa dah jadi? Walaupun sudah terbukti orang Cina menolak UMNO/BN tapi masih lagi terhegeh hegeh dan merayu untuk mendapatkan sokongan mereka. Dah tiba masanya Najib berikan tumpuan kepada bangsa sendiri (kalau boleh beliau berfikir dan melakukan) dan tunjukkan serta buktikan kepada bangsa Cina apa orang MELAYU boleh lakukan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 15, 2013 at 4:34 PM

Gred politik umno semakin merudum berbanding dengan politik thailand,bersamaan dgn penukaran nilai matawang.Ini di sebabkan hanya....hanya kerana pengubalan undang2 yang membenarkan Thaksin kembali ke thailand.Sejarah penjualan saham telekomunikasi kepada Temasek menjadi titik hitam sejarah politik thailand.Walaupun situasi politik di thailand agak meruncing,nilai bath tetap kukuh.Ia bertitik tolak,di atas ketegasan pemimpin politik dan rakyat di bawah kepincangan pimpinan tertinggi Thailand.Politik di Malaysia agak jauh berbeza,dengan bermodalkan politik retorik dgn campurtangan pehak consultant di atas pentakbiran negara,melanggar slogan janji di tepati atas nama merasai denyut nadi rakyat yang membuatkan rakyat kian cemui dan bimbang atas dasar2 kerajaan.Ahli2 politik Bn masih berdiri atas paltform "menyelamatkan diri" yang di takrifkan tidak selamat utk PRU 14.Di susuli dgn hanya sedikit kredit atas isu syiah yang jelas,meningkatkan pengetahuan tentang fahaman syiah yang amat bertentangan dgn fahaman ahli sunnah wal jamaah.Ia amat merbahaya utk masa depan negara.Sekiranya,politik pehak pemerintah di tahap yang kukuh,di ikuti dgn isu syiah,ia memberi harapan yang amat cerah utk menghadapi PRU14.Kesimpulannya,politik negara kini, kian berceramuk di antara dua unsur didunia dan di akhirat.

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
December 15, 2013 at 4:52 PM

Lantak pi lah !, orang Melayu nak jemu ke ,nak benci ke , ada Najib kesah ?.

Najib hanya dapat undi Melayu , Cina tak bagi undi ,tetapi bolih bagi macham-macham.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 15, 2013 at 5:22 PM

Sangat menghairankan tahap kematangan ahli politik yang sekian lama bergelumbang dalam dunia politik berkiblatkan khidmat consultant luar berbanding dgn satu koridor ekonomi pehak luar dan mewujudkan 3 koridor ekonomi yang berjenama malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 15, 2013 at 6:11 PM

Retorik ah jib gor kita kasi a++. Memang tak boleh tahan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 15, 2013 at 10:13 PM

@kampong ladKampung lad, syiah bukanlah satu 'isu' yang diciptakan, pendedahan kebiadaban syiah dlm internet telah membuka mata umat islam seluruh dunia. Lantas cerdik pandai dan ustaz2 di malaysia mula membongkat kejahatan syiah dari segi akidah dan permusuhannya dgn aswj... Ini bukan isu umno nak menang undi (4 tahun lagi") tapi mungkin Allah nak umat islam tahu. Sekali sekala, cuba sisihkan politik dari minda atau hati kamu... Takkan bab nak solat pun awak nak pastika mcmna cara pas niat solat? Jangan sampai anak diperkosa pun masih nak sabitkan mamat yang perkosa tu berhaluan politik sekian-sekian? Kalau dia pas, maka ianya tidak mungkin?

Post a Comment