........... Najib Dengar Keluh Kesah Rakyat ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib Dengar Keluh Kesah Rakyat ?

Saturday, December 21, 201311comments


PM : Saya dengar keluh kesah rakyat

Begitulah tajuk artikel Sinar @ Bernama dalam mengumumkan penubuhan Makmal Mengenai Kos Sara Hidup.

Beliau menjelaskan makmal itu bertujuan mengkaji serta merangka langkah susulan untuk meringankan beban rakyat dalam mengharungi masalah kenaikan kos sara hidup.

"Disebabkan itu, kerajaan bersetuju menubuhkan Makmal Mengenai Kos Sara Hidup di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu)," katanya
.



Saya heranlah ..... sebelum wujudnya PEMANDU, bagaimana kerajaan bergerak ?  Siapa agaknya yang bertanggungjawab berbincang, memikir dan seterusnya merangka segala dasar2 kerajaan terutama yang berkaitan dengan masalah kehidupan rakyat ?

Pemandu ditubuhkan pada tahun 2009, sama tahun Najib dilantik jadi PM. Jadi era pemerintahan Najib itu sinonim dengan Pemandu. Sikit2 Pemandu ..... apa2pun Pemandu .... rakyat bengang dan melihat Pemandu ini sebagai MUSUH rakyat pun, Najib tetap juga sayang kat Pemandu.

Malah dalam soal memperkasakan ekonomi orang Melayu pun diserahkan kepada Pemandu !

Kepercayaan Najib kepada Pemandu tidak berbelah bahagi ..... balunlah banyak manapun Pemandu, Najib DENGAR tapi Pemandu tetap dihati.

Baca rencana dari Utusan yang menyentuh tentang isu makmal ini dan harapan rakyat -

Sekali lagi, dijangkakan seperti biasa tindakan untuk mengawal harga barang dan perkhidmatan tidak dapat dibuat dengan baik. Rakyat yang berpendapatan menengah dan rendah akan menanggungnya dengan terpaksa menyerap kos sara hidup yang tinggi ini. Maka, tidak hairankanlah beban hutang isi rumah semakin meningkat kerana rakyat terpaksa meminjam bagi menyara kehidupan seharian.

Rakyat memandang dan memantau apa sahaja tindakan ahli-ahli politik ketika kos sara hidup tinggi. Usahlah tatkala PRU menjelang tiba, barulah nasib rakyat dibela. Ini yang membuatkan rakyat berasakan mereka hanya disayangi tatkala PRU menjelang tiba. Selepas PRU, nasib mereka seolah-olah dipinggirkan.

Perlu diingat, kerajaan telah meletakkan menangani kos sara hidup sebagai salah satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), jadi apabila kerajaan menubuhkan Makmal Mengenai Kos Sara Hidup, rakyat akan bertanya apa sudah jadi dengan NKRA menangani kos sara hidup yang disasarkan oleh kerajaan sebelum ini?


Rakyat mahukan pihak-pihak berkenaan benar-benar bertindak membantu menangani kos sara hidup rakyat. Bawa masuk orang bawahan yang berpendapatan rendah sebagai sebahagian daripada ahli Makmal Mengenai Kos Sara Hidup. Usah letakkan golongan elit yang berpendapatan tinggi yang tidak terkesan sikit pun dengan kos sara hidup yang amat tinggi. Mereka ini tidak memahami kepayahan hidup rakyat berpendapatan rendah
.


Entahlah ..... bab bercakap retorik, serah je kat Najib. 

Oya, nak sentuh sikit hal Rosmah !

Perasan tak, para bloggers ramai jugalah yang berani bab mengkritik pemimpin mana2 yang dilihat tak betul TAPI Rosmah JANGAN SENTUH ! 

Sejak akhir2 ini ramailah yang menulis menyokong Rosmah kononnya membela seorang isteri PM yang telah difitnah bla bla bla .....  Itu pun setelah Rosmah sendiri keluarkan kenyataan panjang bagi menjawab isu Jet Eksekutif. 

ITU PUN SELEPAS LEBIH SEBULAN SEJAK ISU PANAS !

Maka disebarkanlah dakwaan2 FITNAH kepada sesiapa saja yang pernah mengkritik Rosmah selama sebulan yang lalu itu ......  
Mujur sebulan jer, dibuatnya tunggu edisi terbaru Biografi Rosmah baru Rosmah nak jawab, alamat makan tahun jugalah baru dakwaan fitnah itu hendak dimainkan.

( Point saya, jika tuduhan dilemparkan SELEPAS kebenaran terserlah - kalau diterima jawapan itu sebagai Kebenaran - barulah tuduhan yang tidak benar itu boleh dianggap sebagai fitnah. )

Satu lagi, kenapa ya tidak ada yang mahu mempromosikan Rosmah yang baru saja menerima anugerah GILA ( dah singkatannya begitu, jangan salahkan saya pulak ! - Global Inspirational Leadership Award - The Star ) ?

The event organiser, Centre for Economic and Leadership Development (CELD), said the award was in recognition of the commitment, role and initiatives of the Malaysian prime minister’s wife that had given an impact on women and children’s development.


                                   ************************************

BANCIAN yang saya lakukan semalam ( KLiK ) masih berbaki 4 hari lagi. Sehingga jam 12 tengahari tadi, bancian sudah menerima 500 undi dengan 93% BERSETUJU agar Najib berundur dari jawatan PM !

Ingin saya ulang sekali lagi, anggaplah ini sebagai satu MESEJ yang jelas kepada Najib supaya UBAH.

Mereka yang menggunakan handphone boleh mengundi setelah anda tukarkan paparan kepada WEB VERSION.

Sebar2kanlah dan UNDIlah ..... sama2 kita berikan MESEJ kepada Najib !

Sehingga jam 12 Tengahari 21 Dis

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 21, 2013 at 1:30 PM

TANGANI KOS HIDUP RAKAYAT..YG MAJORITINYA ORG MELAYU...
RAMAI ORG MELAYU YG SAYANGKAN BN ADALAH DARI KAMPUNG-KAMPUNG...
BENDA YG BAIK TAK PERLU DITANGGUH LAGI...
UNTUK KEBAIKAN BERSAMA SELAMANYA...
ZAMAN DAH CANGGIH SEMUA INFO "TOUCH-TOUCH" AJA...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 21, 2013 at 1:33 PM

Elitis elitis PEMANDU yg berpendapatan puluhan ribu tu boleh paham ke kesusahan rakyat, yg kerja kebun, buat ape kerjapun asal dpt duit, yg meniaga pasar malam, peniaga kecil, nelayan pantai etc.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 21, 2013 at 2:20 PM

Sblm najib, kerajaan ada epu utk rangka segala dasar berkaitan ekonomi negara dan kos sara hidup rakyat. Pamandu adalah baby najib, jd najib akan buat apa shj urk defend pemandu sbb ia adalah salah satu legasi yg ingin ditinggalkan utk negara supaya rakyat berterima kasih padanya selepas dia bersara nnt. Najib mahu dikenang seperti pm2 sblm ini yg mempunyai sesuatu utk dikaitkan. Soalnya skrg, jika pemandu dh amil alih tugas epu, apa status epu skrg? Adakah najib dh mansuhkan epu? Jika epu masih ada, apakah bidang tugas unit penting dlm MOF ini?? Najib sbg menteri kewangan perlu beri penjelasan... Rakyat makin meluat dgn pemandu..

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
December 21, 2013 at 2:29 PM

Zaman TM n sebelumnya adalah ERA KERAJAAN TAHU SEGALANYA....ermmmm maksudnya tahu nak buat apa la utk rakyat.....tp ERA TA n DS Ah Jib Gor bukankah sudah dinyatakan era kerajaan tahu segalanya SUDAH BERAKHIR....jd LEMBAM, LEMBAP, jd tak salah rasanya menggunakan PEMANDU utk bantu "mereka" memacu negara ini.....cumanya kita tak sangka pula PEMANDU ni jenis yg LEMBAM n LEMBAP yg tujuannya hanya MAKMAL,LAB, KAJIAN, SLOGAN.....fikir punya fikir kita terLUPA "ORANG" yg lantik PEMANDU ni sudah mengaku awal2 yg dia TAK TAU APA NAK BUAT UTK RAKYAT sbb sejak lahir hingga kini SEEEEEEMUA org lain buatkan utk dia.....akhirnya kita semua TEPUK DAHI sbb kita semua nampak gaung dah dekat, tp "MEREKA" nampak gaung tu mcm TAMAN TEMA AIR yg menyeronokkan.....:P

"mereka" dgr, baca keluh kesah kita, tapi "mereka" BLURRRRRR gila nak buat apa sebenarnya....tahap menteri2pun kalau diperhatikan SEPESEN...LEMBAM n LEMBAP....jawapannya mmg dr org yg JARANG GUNA OTAK....ayam mahal, bli lembu, tol naik, guna jln takda tol, minyak kurang subsidi utk rasionalisasi sdgkan depa guna duit negara mcm kena RASUK HANTU DUIT, gula naik utk jaga kesihatan tp ROKOK ok.....hai la nasib badan....haha

Bancian yg bro DT buat mungkinlah baca, tp nak minta berUBAH atau LETAK JAWATAN....dua perkataan je BIAR BETUUUULLLLL!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Mat squirrel
December 21, 2013 at 3:55 PM

Masalah najib ni dia tak penah duduk bawah. Apa dia tau pasal susah cari duit? Dia tak penah buat apa. Orang kaya punya mentaliti - bia la orang kata apa janji duit qku banyak. Najib ni amek pendekatan macamni. Biala orang ngata kak ros, janji aku pm derang bukan boleh buat apa pun. Masalah najib ni persepsi orang pada dia sebagai penipu dan lembik dan kak ros sebagai gila glam. Design award sendiri bagi kat diri sendiri. Orang taknak pun pertolongan kau ros. Kau duduk rumah buat rendang jaga laki kau daripada beriya menghabiskan duit tax payer.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 21, 2013 at 4:44 PM

BETUUUULLLLL!!!!

YA -------- UNDUR DIRI LETAK JAWATAN..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 21, 2013 at 7:35 PM

Manifesto bn semasa pru ialah menangani kos sara hidup rakyat ...
Soalan aku ... Adakah semasa manifesto itu dibuat bn telah merangka satu kaedah yang efektif bagi menangani kos sara hidup rakyat ...
Kenapa selepas rakyat bising terntang masalah kos sara hidup barulah ah jib gong yang goblok mahu membina makmal mengkaji kos sara hidup ...
Ini bermakna wang rakyat akan dibazirkan lagi ...
Selepas pembaziran 1/2 juta harga sewa jet peribadi buat kak ros ... Pembaziran 1/2 bilion pula untuk kaji kesan kos sara hidup rakyat ...
Memang akal ah jib gong 1/2 masak ...
Kalau tun dol terkenal dengan tidurnya ...
Ah jib gong akan terkenal sebagai pm yang tidur akalnya walapun semasa jaga ...
Sepatutnya lulusan kaunseling yang ada dalam pemandu mengubat penyakit ah jib gong ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 21, 2013 at 7:52 PM

salam,

kalu kita lihat dan memerhati serta mendengar pemimpin bn terutama pm kita, ah jib gor, berucap, mereka tak akan menyalahkan sesiapa pun kecuali pas, dap dan pkr, termasuklah pemimpin parti. tu pun tak salah juga, tetapi cuba untuk menyesuaikan dengan apa yg dikatakan pembangkang. maksudnya, mereka hanya mendengar kata pemimpin pembangkang, mungkin kerana pengaruh pemimpin. tapi luahan hati rakyat, setakat cakap kami dengar, tapi tak masuk ke dalam kapla dan hati pemimpin.

kenapa terjadi begini? kenalah buat analisa walaupun tidak setaraf uni yg buat. bagi saya, ini kerana zaman pemerintahan sub con. pemimpin hanya mengesahkan, tetapi yg berfikir itu bukan ahli politik. buat la macam mana pun, kita fikir kemudian jika ada masalah. tak macam pemimpin dahulu, yg mempunyai maklumat dan nasihat daripada pegawai kerajaan ( baca blog sanusi dan buku TDM). penyelesaian sesuatu isu, hanya berdasarkan 1 cadangan (persepsi berdasarkan flip flop keputusan) berbeza dahulu. sesuatu isu diselesaikan dengan cara yang agak baik dan diterima oleh hampir semua rakyat. bantahan tak lama kerana masih lagi terkawal. yalah cakap mudah, cer cuba jadi pemimpin. (pasal tak hebat, tak jadi pemimpin, tapi fikiran di bawah tak semestinya salah. rujuk balik cerita ajinomoto dan toyota )

pada pandangan saya, pm terlalu amat percaya terhadap konsultan dan pemandunya. mereka ini bukan orang politik yang tak akan sabotajnya seperti orang politik. tapi penilaian mereka hanya pada angka dan bukan sentimen politik dan rakyat. segala tindakan mengkritik orang kepercayaannya dianggap seperti cuba menjatuhkannya. tu yg dok pertahankan juga walaupun dah banyak orang bercakap tidak puashati. ( ni kena baca komen org cerdik pandai dalam blog orang bijak , ada banyak ). sampai a.kadir pun dah meluahkan apa yg terpendam, tetapi tak dapat respon awal sehinggalah datin rosmah jawab persoalan-persoalan yg dah lama timbul. banyak lagi la. dah tak larat nak tulis. memang saya setuju dengan hampir semua pendapat bro dan blogger lain juga. bukan benci dan menyampah kat pm, tapi sayang kat agama, bangsa dan negara lebih lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 21, 2013 at 8:35 PM

Kalau baca kenyataan si bijan ni boleh tau ape kesudahannya. Mula-mula kononnya mendengar keluhan rakyat. Kerajaan akan pastikan rakyat tak terjejas bla bla bla. Part last sekali "....keNAIKan tak boleh dielakkan, penting untuk ekonomi negara...".

Apa maknanya bro din? A million dollar question to answer.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 22, 2013 at 7:12 AM

dengar je laaa..pastu buat dono je...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 22, 2013 at 10:26 AM

Anugerah GILA.
Lol... xD

Paan M.

Post a Comment