........... Mencari Kebersamaan Selesaikan Isu Kalimah Allah - Apa Maksud Najib ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Mencari Kebersamaan Selesaikan Isu Kalimah Allah - Apa Maksud Najib ?

Thursday, December 26, 20134comments

Saya tertarik dengan kenyataan PM Najib semalam yang mahu menamatkan perbalahan dalam isu kalimah Allah sepertimana dilaporkan TheMalayMail ( saya prinskrin dibawah ) dan versi Bahasa Melayu di FMT.

Tidak ada apa yang salahnya kenyataan itu malah saya puji semangat disebaliknya. Memang kita tidak harus terus berbalah dalam isu kalimah Allah.

“Meskipun dari segi akidah kita ada perbezaan, umpamanya konsep Tuhan. Dalam Islam konsep Tuhan agak berbeza. Tetapi kalau kita sentiasa berbalah atas perkara ini, maka kita akan merenggangkan hubungan antara orang Islam dan orang Kristian,”

Rakyat perlu mencari kebersamaan antara mereka berbanding mencari apa yang membezakan mereka, kata perdana menteri.


Memandangkan kenyataan itu dibuat secara umum ie ditujukan kepada rakyat, maka saya sebagai rakyat yang beragama Islam ingin meminta PM Najib agar dapat menjelaskan dengan lebih terperinci bagaimana kita mahu tamatkan 'fight'/perbalahan/perebutan kalimah Allah ini.


Serius, mengenali Najib .... saya agak risau dengan kenyataan beliau di atas. Bunyi macam mahu berkompromi jer .... tapi mungkin saja saya salah. Makanya saya mohon PM Najib agar dapat menjelaskan kaedah mencari kebersamaan yang beliau maksudkan dalam konteks kalimah Allah.


Bagi saya, yang menjadi masalah adalah kedegilan sesetengah pihak dalam gereja yang berkeras mahu menggunakan kalimah Allah sebagai gantinama Tuhan mereka. Mereka yang bawa kes ke mahkamah dan setelah mereka kalah diperingkat Rayuan dan menunggu satu lagi peringkat Rayuan di Mahkamah Persekutuan, terdapat tanda2 yang mereka tidak akan akur kepada sebarang keputusan yang tidak memihak kepada mereka.

Jadi sebarang usaha mahu menamatkan perbalahan ini amat dialukan cuma saya ingin kepastian apakah maksud Najib. 



Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
December 26, 2013 at 8:23 AM

Belum PRU 14 lagi, nampak nya PM Najib sudah menetapkan garis penamat yang tidak konsisten dengan apa yang di janjikan nya sebelum ini.

Matlamat nya ada tetapi tidak mendapat sokongan padu bangsa lain kecuali ahli-ahli Umno dan pro Umno seperti kita.

Isu kalimah Allah sepatut nya sudah selesai. Apa yang kita nampak sikap kurang ajar rakyat semakin melampau, melawan tanpa rasa hormat pada PM, Pemimpin Utama Negara.

Tiada siapa yang merosakkan, selain dari PM sendiri, yang selalu memberi ruang melampau kepada musuh politik dan musuh Islam memperlekehkan semua nya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2013 at 10:07 AM

Maksudnyer najib secara sukarela untuk beralah asalkan karier politiknya dapat bertahan. Nmpak mcm najib dh mula nk surrender sbb pd najib lebih mudah if u cannot defeat them, u join them.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2013 at 12:39 PM

Sebenarnya, ahjib bermaksud kita bole share-share penggunaan kalimah Allah, tapi kita tidak bole share-share membelanjakan duit rakyat.... Sebagai contoh, kita tidak boleh tegur keboROSan ahjib tapi pada masa yang sama ahjib bole bertoleransi tentang kalimah Allah. Sistem ini amat praktikal pada zaman kolonial British dahulu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2013 at 12:41 PM

pemimpin yang lemah akal fikirnya ..
sedia berkompromi apa saja demi survival politiknya ...
tiada ketegasan ... semua kehendak pembangkang diikutnya ..
mengejar populariti untuk dikenal sebagai pemimpin 1 malaysia ...
berusaha memuaskan kehendak musuh ...
kehendak akar umbi dipandang sepi ... kerana berpendapat apabila musuh dilayan mereka akan menyplong dia walhal hasilnya hampeh ... yakin akar umbi lekal setia kepadanya walaupun dia menaikan harga ayam menjadi rm 40 sekilo ... cukup dengan katakan kepada rakyat makan ayam merbahayakan kesihatan ... tidak macam tun m yang berani berkata kita tidak dapat memuaskan hati semua pihak ... tetapi pribumi yang ketinggalan perlu dan hendaklah dibantu ... maka lolongan cibaibeng disenyapkan begitu saja ....

Post a Comment