........... MB Gedebe Ku - TERBAEEEK Dari MatSaid ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MB Gedebe Ku - TERBAEEEK Dari MatSaid !

Monday, December 9, 201314comments


KEMAMAN: Ketika Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pulang dari Kuala Lumpur  ke Kemaman untuk bersama rakyat menghadapi banjir, beliau tersekat di kawasan Chendor bersama dengan ramai pemandu bersama ahli keluarga, anak, isteri dan lain-lain yang tersekat sama di situ dalam keadaan kelaparan.

Blog Terengganu Today melaporkan kebetulan terdapat dua lori  roti Gardenia yang berada di situ, Ahmad Said yang tidak sanggup melihat situasi rakyat dalam kelaparan beliau telah meminta agar pemandu lori tersebut membuka pintu lori bagi mendapatkan makanan (roti) yang ada bagi di agihkan kepada semua yang ada di situ.

Pada permulaannya, kedua-dua pemandu lori itu tidak membenarkan Ahmad Said membuka lori tersebut.

Tetapi Ahmad Said tetap bekeras mahukan roti tersebut kerana beliau tidak tahan dan sanggup melihat rakyat kelaparan, lalu Menteri Besar meminta agar pemandu lori tersebut terus menghubungi pengurus mereka di Kuala Lumpur untuk meminta kebenaran bagi membeli semua roti-roti tersebut.

Setelah Ahmad Said berbincang dengan pengurus untuk sanggup membayar jumlah yang di terima oleh pengurus tersebut, maka Ahmad Said telah membuka lori tersebut untuk di agihkan kepada semua mangsa perangkap banjir itu.

Ramai yang datang berterima kasih pada Ahmad Said terutama anak-anak kecil yang kelaparan di situ dapat mengisi perut, rungutan dan kelapran dapat di isi, mungkin terdetik di dalam hati MB ketika itu rasa lega dan bersykur kerana dapat memadamkan kesusahan rakyat ketika itu.

Setelah menjadi “Robin Hood” di Chendor, Ahmad Said menyerang Giant pula.

Blog yang sama melaporkan sewaktu bersama-sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan ziarah dan tinjauan di Sekolah Menengah Banggol, Paya Berenjut, beberapa orang ibu mengadu kepada Menteri Besar tentang bekalan susu bayi dan anak mereka yang sudah kehabisan.

Sebaik-baik sahaja Timbalan Perdana Menteri balik ke Kuala Lumpur semula, Menteri Besar Terengganu itu bergegas ke Giant Kijal dan membeli sendiri bekalan susu bayi serta bekalan makanan untuk dihantar ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Banggol, Paya Berenjut.

Sebuah trak tentera digunakan untuk mengangkut bekalan susu dan makanan yang dibeli sendiri oleh Menteri Besar Terengganu itu. Trak tersebut dimuatkan di hadapan Pejabat Pegawai Daerah.

Dan disebabkan ruang tidak cukup, Ahmad Said menggunakan kereta rasmi Menteri Besar untuk mengangkut bekalan susu dan makanan.

Tiba di pusat pemindahan, Menteri Besar Terengganu itu menggunakan kederatnya sendiri, bersama-sama sukarelawan dan mangsa-mangsa banjir menurun dan mengangkut bekalan makanan berkenaan.

Sudah empat hari nampaknya, Menteri Besar Terengganu berpusing-pusing di sekitar tempat-tempat yang dilanda banjir sama ada menggunakan kenderaan rasminya atau kenderaan persendirian mahupun menaiki helikopter.

Sumber - FMT

PS - MB AKU tuh ! Mu takdok ..... hahahahaha ...Tabiklah MatSaid !

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 9, 2013 at 3:39 PM

waaa.... banggga tol ekau Din... den punyo km dolu2 maso lopeh pru kemain gaghang ngan togeh... kemain laei abih cino2 kek Melako di ganyang.... ntah napo lak tibo2 maso PAU (tolobih makan kuih pau kot..pa wau kap ya kot..) toghuih lombik... siap sudi mahapkan cino2 lahanat tuh... apo la malang nasib den.... bukan salah Hang Tuah tapi salah hantu arrrrr.......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 9, 2013 at 4:01 PM

TERBAIKK

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 9, 2013 at 4:15 PM

Slam Pok Din,

Sedapnya Dengor Citer MB yang Berjiwa Rakyat.. Nampaknya Tak Salahlah Sultan Mizan Berkeras nak kan Mat Said terus jadi MB

Apa2 pon Mat Sai MB saya jugak... Hee heee... (Alhamdulillah.. Syukur kpd Allah bukan hati pemimpin spt ini membantu rakyat terengganu yg susah payah tuuh.)

Nanti insyaAllah Saya Anak Terengganu di Perantauan akan Pulang untuk Membangunkan Negeri...(Hujan Emas Dinegeri Orang... Hujan Air Di negeri sendiri) Bila dah ada semua emas tuuh, nanti akan Banjirlah terengganu nieeeh..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 9, 2013 at 4:21 PM

Din x nak ulas ke pasal papaer hari ni ku nan kata tsunami melayu tak akan berlaku? Angkuh gila...Cam haram....

....................
Reply To This Comment ...................
December 9, 2013 at 4:32 PM

Kami di Pulau Pinang ada Guan Eng (sebut nama pun dah rasa cam nak muntah)

....................
Reply To This Comment ...................
December 9, 2013 at 4:44 PM

@AnonymousTakper eh .... mungkin kalau hujan banjir Melako tu, barulah tubek naluri rakyat KM ekau :)

....................
Reply To This Comment ...................
December 9, 2013 at 4:45 PM

@Anonymousdah tulis semalam - http://dinturtle.blogspot.com/2013/12/tsunami-melayu-pemimpin-umno-jangan.html

....................
Reply To This Comment ...................
December 9, 2013 at 4:46 PM

@Labu8455Tahun lepas kan Guan Eng ada sinsing seluar redah banjir :)

....................
Reply To This Comment ...................
December 9, 2013 at 7:00 PM

@dinturtlemb kat negeri pembangkang semuanya pemalas harapkan kerajaan bn aja yang bantu yang mereka tahu singsing seluar lastu ambim gambar datang bawa air liur aja......

....................
Reply To This Comment ...................
December 9, 2013 at 7:57 PM

Apa yang MB buat tu betul dan berperikemanusiaan. Tapi apa yang gerdenia buat tu tak berperikemanusian. Patut dia bagi percuma je, roti tu. Berapa sen sangat dan tak menjejaskan keuntungan dia pun. Betul macam aku dengar, pemilik Gardenia ni berkira betul, satu sen pun tak mau rugi.

....................
Reply To This Comment ...................
December 9, 2013 at 8:37 PM

Hokni kito gitau sumo... ni pahalo besa...kerajaa'ae umno leh buak apo sajo!

Pembangkang ado ? he..he..pitnah ado laa...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 9, 2013 at 10:52 PM

salam,

ada satu tempat kat kuantan, ni kawan sekerja la yg cite, yg berada di pusat pemindahan, walaupun tak bertaraf mb, tapi ada exco bukan adun shj, ckp banyak. tempat dia tak dapat banyak kemudahan pun. pampers pun diberi 2 keping shj. kena minta bertalu-talu. tu yg mb pahang bising. exco pula bekelahi dgn fuziah, tak bagi fuziah lynas masuk bagi bantuan. org ramai tak kira dah, mereka nak lebih, selimut lebih, makanan lebih. tp exco tak bagi fuziah lynas masuk.

sebenarnya, rakyat nak wakil rakyat yg bekerja, bukannya pandai cakap. kalu pandai cakap, kerja hampas tak guna juga. tengok aje la, ramai ustaz yg pandai ceramah, tapi bab kerja culas. mb ganu ok, kerja praktikal, cakap pun ok, lepas ajer. mudah faham. moga rakyat ganu terus menerima pemimpin yg baik dan bekerja untuk rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
December 12, 2013 at 3:01 PM

Saya pon terharu dengar berita pasal Mat Said ni din. Tapi kenapa ya Din keputusan PRU13 lalu menunjukkan seolah-olah rakat Teganu KURANG SENANG dgn Mat Said. Menang tipis jer. Sedangkan di negeri melayu lain mcm di Kedah dn Kelantan umno menambah kerusi. Tapi Teganu yg masih mng 2/3 ketika negeri lain dilanda Tsunami 2008 plak hampir terlepas di tgn Pas. Mgkn din sebagai anak jati boleh ulas lebih lanjut.

....................
Reply To This Comment ...................
December 12, 2013 at 3:09 PM

@To Live AgainSentimen politik di terengganu ni tak sama dengan yg lain.

Kalau tak silap, soal calon banyak beri impak kepada sokongan dalaman Umno masa Pru baru ni.

Soal analisis Pru13, hmmm ... malaslah, takde sapa nak baca pun ! Nak dekat Pru14 baru saya buat :)

Post a Comment